Sunday, September 28, 2014

Amalan rohban dalam islam

Amalan rohban dalam islam
1.     Terdapat disegolongan penganut islam telah meleyapkan matlamat al quran diturunkan mereka memisahkan agama dan  politik .
2.     Mentafsir al quran dengan kaedah nahu dan feqah semata-mata, bagi mereka al quran setakat terhenti pada rupa zahir sahaja.
3.     Ganjaran Amalan soleh hanya untuk dinilai selepas mati  sahaja.
4.     Tetapi ketua-ketua mereka mengambil kesempatan daripada penganut mereka (bertaklid) dan mengaut keuntungan peribadi untuk mereka antaranya menjadi toukeh haji.
5.     Pengikut-pengikut mereka digalak bersekolah agama atau tahfiz tetapi anak-anak mereka melanjut pelajaran diluar negara .
6.      tidak digalakkan berpolitik kerana diharam berbohong tetapi bila mendapat kuasa dikalangan merekalah yang menjadi kadok naik junjung.
7.     Berlagak dengan gaya fakir supaya orang menderma kepadanya elak diri daripada berniaga kerana dalam perniagaan terlibat dengan berbohong,
8.     Elak diri daripada menjadi doktor kerana banyak orang yang mati kerana kesilapan menilai penyakit dan ubat
9.     Menilai agama jangan mengguna akal , mereka melatih murid-muridnya supaya bertaklid kepadanya
10.                       Bila menegur erti mencaci tuhan , bila menegur tok guru bererti melawan tuhan.
11.                       Mereka melantik dirinya sebagai wakil tuhan bila berurusan berhubung dengan agama .
12.                       Mereka umpama paderi kristian atau yang mengamalkan tariqat babiyah
13.                       Ijtihad mereka-mereka yang disanjung adalah qatie(mutlak) dan mereka meletakkan setaraf dengan wahyu allah. Kata-kata mereka diletakkan setaraf dengan wahyu allah.
14.                       Apabila mereka tidak sanggup berhujah dengan seseorang mereka mendesak menteri menarik balik kerakyatan atau memenjarakan mereka.
15.                       Dialog antara agama ditolak kerana mereka tidak sanggup berhujah dengan quran kerana hujah yang ada pada mereka hanya kitab feqah.
16.                       Membaca quran hanya sebagai budaya untuk menghadapi mati tanpa tujuan untuk mempraktikan seperti belajar untuk faham atau mengkaji kerana amal itu bergantung kepada niat
17.                        Penghafal al quran tidak bermatlamatkan ilmu al quran,
18.                        ilmu untuk memahami al quran. Mereka membesar-besarkan hadis bahawa membaca setiap ayat al quran mendapat ganjaran surga. Maksud hadis ini membaca yang ada matlamat.
19.                       Mereka membesar-besarkan hadis  “membaca setiap ayat al quran mendapat ganjaran syurga”
20.                       Maksud hadis ini membaca yang ada matlamat seperti belajar, mengkaji, memahami untuk dilaksanakan
21.                       Dalam kaedah bahasa dinamakan ayat tiga suku kata seperti orang yang rajin menyangkul , dia akan murah rezeki
22.                       Jika diamalkan kaedah tersebut , iatiu  seseorang menyangkul tanpa susulan selepasnya seperti menanam,menyiram, membaja dan lain-lain nescaya usaha menyangkul itu tidak mendapat apa-apa faedah
23.                       Demikian juga membaca al quran mesti ada niat dan tujuan.
24.                       Bayangkan jika sebuah negeri yang menghafal al quran tanpa ilmu memahami dan menghayati ,umat itu akan menjadi semakin mundur
25.                         orang-orang tua dikampung  di ugut, amalan mereka hanya setakat terhenti setakat membetulkan fatihah kerana lidah-lidah mereka sudah keras   tidak dapat menyebut ayat-ayat al Quran dengan betul dan mereka diugut kerana kononnya sembahyang mereka tidak diterima allah .
26.                       Syaidina umar pernah menegur seorang yang asyik menunggu-nunggu dalam masjid kerana menunggu waktu solat, katanya amalan demikianlah telah merosakkan   umat-umat dahulu.
27.                       Tetapi hari ini penunggu masjid diberi elaun.
28.                       Mereka tidak merasa bala dpd allah yang berlaku kepada umat islam hari ini  oleh umat lain yang memperkotak katikkan kepada umat islam. Bala ini ada berbagai-bagai bala dan ini salah satunya bala yang menimpa umat islam pada masa ini di bumi ini.
29.                        Sesuatu Kaum yang tidak mahu kembali kepada kebenaran   menafikan hak-hak yang sama dikalangan manusia yang dijadikan allah.
30.                       Menafikan orang lain daripada menggunakan kalimah allah sedangkan firman allah  “aku tanya kepada semua roh manusia siapa tuhan kamu, roh menjawab kamulah tuhan kami....”,7, 172. Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi." (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)",  “dan janganlah kamu berjalan di bumi ini dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya kamu tidak boleh memecahkan bumi dan kamu tidak akan dapat menyamai setinggi bukit”. (al quran :17:37) janganlah kamu berjalan dimuka bumi dengan sombong, maksud sombong di sini ialah meletakkan istimewa pada orang lain seperti mana orang yahudi dan nasara pada zaman nabi mendakwa tidak masuk syurga melainkan kaumnya sahaja. Sikap sombong ini diwarisi oleh umat islam hari ini mendakwa orang islam sahaja yang masuk syurga.
31.                       Ada pihak yang bertopenkan islam berjihad mahu menukar sesuatu kerajaan tetapi dasar dan matlamt adalah sama.
32.                       Mereka yang berpengetahuan fekah mempertahankan cara mendakwa matlamat tidak menghalal cara, membiarkan hilang matlamat sedang mereka tahu jihad itu menghalal bunuh, bukankah itu menghalal cara
33.                       Mereka memperkenalkansyirik kepada allah yang diamalkan oleh golongan bawahan seperti memuja keramat kubur dan lain-lain tetapi mereka menyembunyikan syirik kepada alhli ilmu dan orang-orang yaang berkuasa. Firman allah ,mereka jadikan ulama feqah dan ulama tasauh tuhan selain allah..
34.                       Amalan syirik terhadap ahli ilmu dan orang yang berkuasa berlaku secara meluas dalam masyarakat. Mereka dilatih bertaklid dan tidak menggunakan akal bila berugama sebab itu ijtihad mereka-mereka ini tidak selari dengan akal fikiran manusia.
35.                       Untuk menuntup ketandusan ilmu di kalangan mereka (ahli feqah), mereka mewujudkan ustaz-ustaz bolywood dan ustaz-ustaz lawak jenaka.
36.                       Mereka-mereka ini hanya tahu menyama tarafkan aurat yang dimaksudkan dalam al quran itu, mereka sama tarafkan  rambut dengan kemaluan depan belakang.
Oleh hasan muhamad, kg tok ku, kota bharu

No comments:

Post a Comment