Wednesday, February 12, 2014

Janggut itu bukan sunah



Janggut itu bukan sunah
1.       Sunah pada tanggapan orang ramai adalah kata-kata nabi s.a.w dan perbuatan nabi s.a.w. Dengan maksud  itu Kalau hendak amalkan sunah, bacalah  hadis kerana didalamnya ada sunah. Itu tanggapan yang salah. Sebenarnya sunah itu adalah Al Quran.
2.        Ini kerana bila ditanya Saidatina Aisyah tentang akhlak nabi s.a.w, Saidatina Aisyah menjawab akhlak nabi s.a.w meliputi keseluruhan Al Quran. Saidatina Aisyah menjawab bacalah Al Quran. Al Quran lah yang menerangkan sunah. Dengan maksud, akhlak nabi s.a.w, perangai nabi s.a.w itu Al Quran. atau sesuatu yang menjurus kepada Al Quran adalah sunah.
Hadis Saidatina Aisyah r.a: Diriwayatkan daripada Zurarah r.a katanya: Qatadah berkata: Sesungguhnya aku cedera semasa peperangan Uhud, lalu aku berkata: Wahai Ummul Mukminin! Ceritakanlah kepadaku mengenai akhlak Rasulullah s.a.w. Saidatina Aisyah menjawab: Bukankah kamu membaca al-Al Quran? Aku menjawab: Benar! Saidatina Aisyah berkata lagi: Sesungguhnya akhlak Rasulullah s.a.w ialah al-Al Quran. Qatadah berkata: Fahamlah aku apakah yang perlu aku lakukan dan aku tidak akan bertanya sesiapa pun mengenai sesuatu sehingga aku mati. -Hadis 414: * Kajian Hadis: Riwayat Bukhari  , Riwayat Muslim  , Riwayat Tirmizi  , Riwayat Nasaie   Riwayat Abu Daud  , Riwayat Ibnu Majah   Ahmad Ibnu Hambal   Riwayat Malik
3.       Ramai orang menganggap hadis itu sunah. Hadis bukan sunah. Tetapi jika hendak mencari sunah kena cari dalam hadis ataupun riwayat. Harus di ingat hadis tidak setaraf dengan Al Quran. Hadis dan riwayat hanya untuk menerangkan Al Quran dan terbatas kepada adat dan budaya arab untuk orang arab dan bukan untuk orang yang bukan arab. Hadis hanya muncul selepas kewafatan nabi dan amat berbeza dengan Al Quran.
4.       Matlamat pertama nabi s.a.w lebih tertumpu kepada identiti arab untuk membentuk organisasi awal(sabiqun nal awalin) yang mana nabi s.a.w itu utamakan bangsa arab yang pada mulanya sebagai pencetus utama yang dari keturunan nabi Allah Ibrahim a.s. Maka di perlukan memelihara identiti arab untuk mencetuskan organisasi awal ‘sabiqun nal awalin’.  Matlamat akhirnya ialah untuk semua manusia.
5.      هُوَ ٱلَّذِى بَعَثَ فِى ٱلْأُمِّيِّۦنَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُوا۟ عَلَيْهِمْ ءَايَٰتِهِۦ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ ٱلْكِتَٰبَ وَٱلْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا۟ مِن قَبْلُ لَفِى ضَلَٰلٍ مُّبِينٍ ﴿٢ Al-Jumu`ah[62]:2 Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (Sunnah), meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.

Berkaitan dengan umat umi itu ialah kaum quraisy keturunan nabi allah ibrahim. Pada Umumnya mereka mengambil faham umat umi itu khusus kepada nabi sahaja kononya nabi itu buta huruf tidak tahu membaca dan menulis sedangkan umi yang dimaksudkan ialah umat quraish iaitu umat yang mengutamakan praktikal yang tidak banyak berhajat kepada banyak menulis dan membaca. Tidak boleh dinafikan umat yang umi titu tidak tahu membaca dan menulis sebab mereka terlibat dalam menulis wahyu.
6.       Umi dalam erti kata yang sebenar ialah umat yang praktikal dan segera memperaktikkan sesuatu perkara apabila diberitahu satu-satu kaedah untuk mengetahui kesan baik atau buruk sesuatu. Satu kaum  yang tidak banyak memerlukan pembacaan dan menulis dan tidak sebagaimana pengertian ramai yang pada berpendapat nabi s.a.w seorang yang buta huruf sedangkan dari ayat tersebut mengatakan umat, yang maknanya keseluruhan dan tidak terhad kepada seorang sahaja. ‘Umat’ itu menunjukkan banyak dan bukan satu. Ianya bererti umat umi itu buta huruf. Dengan maksud keseluruhan kaum quraisy itu buta huruf sedang mereka-mereka itu lah yang menulis wahyu sebagaimana muawiayah , zaid dan lain-lain lagi.
7.       Matlamat nabi s.a.w memelihara budaya arab tidak seharusnya dilihat pada zahir rupa semata-mata kerana matlamat itu ialah nilai iman. Walaupun pada zahirnya sama tetapi tidak sama dari segi matlamat. Kadang-kadang ianya sama pada zahir rupa sahaja iaitu budaya tetapi tidak sama dari segi matlamat.
8.       Oleh kerana matlamat itulah nilai iman, budaya arab yang dibawa oleh nabi s.a.w sama dengan budaya yang dibawa oleh abu lahab. Budaya abu lahab pun sama. Serban, janggut,bersugi, jubah. Budaya arab dan adat resam arab.
9.       Budaya arab itu juga sama dengan budaya umat islam sekarang ini. Berhenti setakat rupa zahir sahaja tetapi tidak kepada kemuncak matlamat. Mereka lebih cenderung kepada  rupa arab. Kemuncak matlamatnya ialah rupa islam.
10.   Matlamat sunah ialah menuju kepada Al Quran. Di namakan sunah kerana arablah yang membina ‘sabiqun nal awalin’ iaitu organisasi awal.
11.   Hadis dan sunah itu tidak sama, secara keseluruhannya hadis itu bukan sunah tetapi di dalam hadis  itu ada sunah iaitu perlaksanaannya yang menuju kepada Al Quran. Seruan nabi s.a.w yang tertumpu kepada rupa dan budaya arab kerana arablah yang membina ‘sabiqunnal awalin’ organisasi awal. Pada peringkat lain untuk semua manusia.
12.   Hakikat ini sama dengan matlamat pemimpin negara sebagai perdana menteri sebelum itu perlu kepada jawatan presiden umno sebagai organisasi awal .untuk merealisasikan idealnya yang bermatlamatkan sebagai Perdana Menteri. Merealisasikan idealnya perlu kepada jawatan Perdana Menteri dan Jawatan Perdana Menterilah matlamatnya yang utama untuk Merealisasikan seorang pemimpin itu ialah menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri tetapi sebelum itu dia perlu menjawat kepada pemimpin organisasi itu sendiri. Ini sistem pemerintahan di malaysia iaitu ‘national intergrated’ atau sistem pemerintahan pelbagai bangsa.
13.   Perbezaan antara ucapan sebagai ketua organisasi tentunya tidak sama dengan ucapan sebagai ketua negara kerana negara mempunyai berbagai-bagai bangsa dan kaum.
14.   Berasaskan budaya arab lah nabi membina organisasi awal dan budaya utama masyarakat awal salah satu daripadanya ialah menyimpan janggut. Lelaki tanpa janggut dianggap kurang kejantanan oleh masyarakat arab dan boleh terdedah kepada dorongan nafsu sesama lelaki mengikut perangai arab jahiliah pada masa itu. Itu sudah menjadi budaya arab jahiliah. Janggut pada masa itu hanyalah untuk membezakan lelaki dan perempuan untuk dikenalpasti.
15.    Disamping itu juga lahirnya hadis-hadis nabi s.a.w itu yang antara lainnya ialah menggalakkan memelihara budaya arab dan dapat mengekalkan identiti arab Quraish, maka lahirlah hadis-hadis dan tindakan nabi s.a.w yang menampakkan budaya arab keseluruhannya.
16.   Antara hadis atau pun riwayat ialah ‘setiap titit air sembahyang melalui janggut, akan lahirlah malaikat yang bergantungan bergentayangan di setiap helai janggut’.(al-hadis). Iaitu dengan maksud, sifat malaikat yang bergantung di janggut itu ialah kesan berseh dan berseri apabila janggut itu di selak-selakkan untuk kelihatan rapi. Ini dikeranakan orang arab jarang mandi dan tidak suka mandi disebabkan kekurangan air, maka kebersihan itu berlaku semasa berwudu’.
17.   Demikianlah persesuaian nabi s.a.w dengan budaya arab untuk mendidik arab melaksanakan  ajaran Al Quran.
18.   Ini lain halnya kepada orang melayu yang bukan arab,maka  lainlah pula  pula pendekatan itu. Apa yang hendak diberitahu di sini ialah arab jarang mandi. Jika hendak solat, umat di didik menjaga kebesihan rupa dan matlamat utamanya ialah kebersihan hati dan jiwa. Dan dimulakan dengan umat arab yang memulakan peranan ini. Kerana rupa hadis ini hampir keseluruhannya adalah dalam rupa arab.
19.   Perbuatan wali sogo mengambil pendekatan main wayang kulit untuk menarik masyarakat jawa menuju kepada islam. Dengan bermain wayang kulit, beliau berjaya membawa manusia kepada islam. Oleh kerana ia menggunakan wayang kulit,Maka wayang kulit itu sunah pada dia. Sunah wali sogo. Yang hendak diberitahu di sini, bukanlah wayang kulit itu sunah, tapi wayang kulti itu wasilah. Tetapi oleh kerana dengan cara bermain wayang kulit itu boleh mencapai matlamat itu ‘maka jadi sunahlah baginya’ walaupun orang lain juga main wayang kulit yang sama tapi matlamatnya tiada dan tidak kemana-mana, itu bukan sunah.
20.    Sama juga dengan bekas Perdana Menteri Dr Mahathir memakai tengkolok kelantan untuk memancing sokongan rakyat. Itu pun sunah juga.ada matlamat. Matlamat awal untuk untuk mentauhidkan bangsa. Tauhid di sini bermaksud ‘bersatu’, ‘syirik’ maksud berpecah. ini juga sunah. sunah politik. Ada matlamat dan bukan saja-saja.
21.   Apa yang hendak di katakan sunah (sunah nabi s.a.w) itu adalah sesuatu yang mengheret manusia kepada matlamat. Al Quranlah matlamatnya. Dan bukan setakat terhenti kepada janggut sahaja. Kalau hanya setakat simpan janggut sahaja dan tidak sampai kepada matlamat iaitu mengheret manusia kepada ajaran Al Quran, tak ada makna simpan janggut. Matlamat sunah yang dikehendaki tiada, apa sahaja yang kita buat, matlamatlah yang dikehendaki iaitu matlamat menuju kepada Al Quran. Begitulah sunah. Maka nabi s.a.w buat begitu, apakah kita kena juga kena buat begitu??!!!....
 jika hanya menayang kan rupa tanpa matlamat. Itu bukan sunah. Tidak akan sampai matlamat menuju hikmah Al Quran.  Kalau bertaklid atas rupa zahir itu tidak dinamakan sunah sebab hadis bukan sunah melainkan ianya atas rupa arab dan untuk arab sekadar untuk membentuk organisasi awal’‘sabiqunnal awalin’. Maka sunah ialah keseluruhan Al Quran seperti yang dimaksudkan dalam Al Quran.
 Oleh hasan muhammad tok ku kedai lalat.

No comments:

Post a Comment