Benarkah tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum?
1.
Maka dibacalah ayat “tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu
sendiri yang mengubahnya. Dan setakat terhenti di situ sahaja dan
meninggalkan aqidah yang sebahagian lain yang membuatkan orang syirik.
لَهُۥ
مُعَقِّبَٰتٌ
مِّنۢ
بَيْنِ
يَدَيْهِ
وَمِنْ
خَلْفِهِۦ
يَحْفَظُونَهُۥ
مِنْ
أَمْرِ
ٱللَّهِ
إِنَّ
ٱللَّهَ
لَا
يُغَيِّرُ
مَا
بِقَوْمٍ
حَتَّىٰ
يُغَيِّرُوا۟
مَا
بِأَنفُسِهِمْ
وَإِذَآ
أَرَادَ
ٱللَّهُ
بِقَوْمٍ
سُوٓءًا
فَلَا
مَرَدَّ
لَهُۥ
وَمَا
لَهُم
مِّن
دُونِهِۦ
مِن
وَالٍ
﴿١١﴾
Baginya
ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan
belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak
akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum
mereka mengubah keadaan diri mereka
sendiri. Dan apabila Allah menghendaki
keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada
pelindung bagi mereka selain Dia. Ar-Ra`d[13]:11
2.
Ayat ini di fahami oleh umum seolah2 ketentuan
nasib manusia di tentukan oleh manusia itu sendiri.
3.
Promosi kaedah memahami ayat seperti ini berlaku
di zaman pemerintahan Tengku Abdul Rahman yang ketika itu sedang memikirkan
bagaimana untuk mengisi kemerdekaan kepada orang-orang melayu, maka di bacakan
setengah daripada ayat itu oleh menteri yang tidak berpot polia sebagai galakan untuk orang melayu tidak
menjadi pemalas kerana telah sekian lama di bius oleh inggeris supaya kekal menjadi
pemalas supaya inggeris kekal memerintah dengan memperbodohkan pribumi melayu.
Dan yang pada masa itu dato razak sebagai menteri luar
bandar yang dulunya di perkenalkan untuk melancarkan projek luar bandar supaya
rakyat mengubah nasib.
4.
Daripada saat itu, ayat ini sentiasa bermain di
bibir tokoh politik dan terutama di pihak penentang supaya rakyat sedar dan bangkit untuk mengubah
pemerintah yang ada dan memilih mereka sebagai pengganti pentadbir negara.
5.
Sampai ke hari ini rakyat menjadi sasaran supaya
mengubah sikap tetapi di sebaliknya mereka menyembunyi dasar dan prinsip khusus
yang menjadi penyebab yang kaku kepada perubahan.
6.
Saya pernah menghadiri majlis kasim ahmad,
beliau pernah menyebut baahwa manusia mempunyai pilihan antara yang baik dan
buruk. Pada sesiapa yang memilih yang buruk maka pembalasannya buruk
demikianlah sebaliknya.
7.
Bagi beliau pilihan manusia adalah mutlak
sebagai penentu segalanya.
8.
Pendapat beliau ada persamaannya dengan pandangan
dengan ulama2 yang ada cuma berbeza pada gaya sahaja.
9.
Sebenarnya pilihan manusia tertakhluk kepada
pilihan Allah dan marilah kita sama2
renung kisah nabi yusuf a.s.
10.
Ianya bermula dengan mimpi yusuf yang
menggambarkan satu ideal yang menyeluruh dn difahami oleh ayahnya nabi yaakub
bahawa akan berlaku sesuaut anugerah yang amat besar kepada yusuf maka
bermulalah episod kepada yusuf. Ayahnya sendiri bersikap pilih kasih di
kalangan ahli keluarganya sebagai mendorong saudara2 yusuf bersikap irihati
terhadap yusuf dan tindakan seterusnya mereka bersepakat untuk membunuh tapi
dengan takdir Allah, yusuf di buang kedalam telaga.
11.
Episod kedua berlaku fitnah dengan isteri raja
sehingga yusuf diperjara, ada individu (kasim ahmad) yang mengatakan penjara
adalah universiti kedua.
12.
Demikian juga yusuf dengan hikmat Allah ia di
penjara, beliau dapat bertemu dengan sekumpulan individuindividu yang bermasalah
dan daripada individu2 itu yusuf mendapat ilmu daripada perkenalan itu.
13.
Allah mahu memberi petunjuk kepada yusuf melalui
individu2 di dalam penjara sebagai persediaan memikul tugas yang akan berlaku.
14.
Apabila yusuf dapat men ta’bir mimpi raja dan
raja memahami kebenarannya dan sedar bahawa beliau salah menghukum orang yang
tidak bersalah, sebagai hendak menebus kesalahan daripada tindakan raja, raja
telah menawarkan satu jawatan yang istimewa kepada yusuf, maka yusuf telah
memilih jawatan perbendaharaan negara.
15.
Daripada liku2 kehidupan yusuf yang meniti
diatas pilih kasih, irihati, fitnah dan keinsafan raja menghukum orang yang
tidak bersalah menjadi penyumbang atau ‘takribah’ (jalan pintas) untuk
meletakkan yusuf sebagai pemerintah.
16.
Di dalam penjara itu adalah masyarakat yang paling terkebawah. Yusuf dapat menyelami
perasaan dalaman golongan perasaan yang paling terkebawah. Maka yusuf pun
fahamlah bagaimana untuk mengatasinya
17.
Kalau tidak dikerana ayahnya tidak bersikap
pilihkasih maka tidak akan berlaku iri hati dan tidak akan berlaku di campakkan
ke dalam telaga. Keburukan keluarga yusuf semata2 berlaku daripada hikmat dan kehendak Allah di dalam
mentakmirkan mimpi yusuf, lahirlah susunan tadbir masyarakat yang menyeluruh
kepada umat manusia, maka apa yang berlaku kepada yusuf adalah ikhtibar umum
yang berlaku kepada semua manusia. Susun tadbir Allah adalah melibatkan semua
manusia. Manusia dapat membina sesuatu yang lebih baik kepada
masyarakat perlu mengambil iktibar daripada perasaan
mereka2 yang bermasalah dan masyarakat yang paling terkebawah (menyelam ke
masyarakat terkebawah barulah boleh memahami masyarakat yang sebenar.)
18.
bukan
hanya melihat pada yang zahir semata2 tetapi semuanya berlaku adalah susun atur dari tadbir Allah
yang harus di ambil iktibar daripadanya di guna pakai oleh manusia di guna
pakai keseluruhan.
Apa yang hendak diberitahu di sini bahawa
tukang-tukang syarah yang berpakaian ugama mengambil faham seakan-akan Allah tidak berkuasa dan tidak
mengetahui apa yang akan terjadi sedang kita di beritahu Allah sudah pun mengetahui
apa yang akan terjadi sedangkan kita di beritahu bahawa allah maha tahu dengan
makna allah tahu apa yang akan terjadi seperti dalam ayat 255 surah al baqarah.
Dengan tidak berpegang dengan ketentuan baik dan ketentuan buruk yang
ditentukan oleh tuhan, aqidah kita semacam separuh-separuh. Beriman separuh dan
tidak beriman separuh. Kita hampir sama macam aqidah yahudi yang mengatakan
kerja tuhan sudah selesai selepas enam hari, dan kita ini adalah dari rupa
tuhan. Kemudian kita katakan yahudi itu
sesat sedang kita hampir sama dengan yahudi. Tuhan ialah sebahagian daripada
kita.
Maksud sebenar ayat itu ialah:
Walaupun kamu cuba hendak mengubah maka tak
akan terubah dan itulah yang sebenarnya. (Q 13;11)
Walaupun
kamu cuba nak mengubah maka tak terubah dan itulah yang sebenarnya.
Di sini bawah ada di bawakan sedikit
rujukan:
Semua
perbuaatan hamba adalah pilihannya, tetapi pilihan dalam pilihan itu. Semua
perbuatan yang berlaku dijadikan Allah. Jika demikian dari manakah datangnya
pembalasan, kerana maksud pembalasan merujuk kepada perbuatan Allah yang
berlaku kepada hambanya? Kehendak hikmat perbuatan itu supaya terjadi perbuatan
lain sama ada nikmat atau azab. Ikhtiar dan usaha hamba hanya dijadikan syarat
pada pembalasan itu ssecara mendatang tidak secara hakiki, kerana nafs natiqah
tidak menerimanya
1. Warna amalan yang tidak berkait dngannya.
Amalan yang tidak di
sandarkan kepada pilihan dan qasad seseorang
Allah tidak membalas
seorang hamba dengan perbuatan yang mana warna perbuatan itu tidak diterima
oleh nafs natiqah
Dalam keadaan demikian, pilihan hamba
dengan tidak bebas dari syarat, setelah perbuatan itu sudah dipastikan untuk
nafs natiqah menerima warnnya. Untuk memastikan hamba melakukan sesuatu perbuatan,
maka dikembarkan dengan usaha. Kepastian ini suatu perkara yang mulia yang
difahami dariapda kata-kata sahabat dan tabiin.
mengikut tafsir al hakm ayat 11 surah al rad'
Maksudnya: Allah hanya menurunkan
sesuatu peraturan hidup (syariat) atau hukum yang sesuai dengan perubahan dan
persediaan yang ada di sisi mereka. Maka ada dari kalangan mereka tidak boleh
menerima peraturan dan undang2 itu. Mereka terus menegakkan peraturan (taghut)
dan mereka berdegil mempertahankan kebatilan mereka. Mereka tidak perlukan
pembaharuan. Tidak ada penolong selain daripada Allah. Orang islam berpegang
teguh dengan hukum Allah dan Allah tetap memelihara mereka. (Tafsir hakm jilid 3 ms 435.)
No comments:
Post a Comment