Tuesday, February 18, 2014

Punca kemunduran umat Islam


Punca kemunduran umat Islam
1.      Punca kemunduran umat Islam adalah berpunca daripada mereka, yang salah satunya  ialah mengamalkan amalan sunat melebihi daripada amalan fardhu. Demikianlah tajuk yang diperkatakan di dalam feqah oleh Dr Yusuf Qardawi .  
2.      Peserta haji dan umrah   tujuh puluh peratus daripadanya mereka yang berulangkali mengerjakan haji dan umrah sehingga sampai sepuluh kali seorang sedangkan perintah Allah hanya sekali dan selebih itu adalah amalan sunat.  
3.      Bayangkan jumlah wang yang di habiskan oleh tujuh puluh peratus harta kepunyaan umat Islam setiap tahun.
4.      Kalaulah wang yang sebanyak itu digunakan untuk melabur, membina kilang , premis-premis  perniagaan dan lain-lain, sudah tentu dapat menyelesaikan masalah pengangguran, ibu-ibu tunggal,anak-anak yatim dan orang yang hilang tempat bergantung dan ini berlaku di negara-negara Islam yang yang dikenali sebagai terdiri daripada masyarakat miskin.
5.      Mereka menganggap harta ini milik mutlak mereka sedangkan harta itu amanah Allah kepada mereka untuk memakmurkan  manusia.
6.      Fardu kifayah bukan hanya terhad kepada sembahyang jenazah sahaja. Itulah yang difahamkan oleh umum, malah fardhu kifayah adalah sesuatu penyelesaian masalah umum.
7.      Dalam Islam fardu kifayah lebih besar daripada fardu ain. Fardu kifayah adalah matlamat fardu ain atau pencapaian fardu ain.  
8.      Fardhu ain adalah sebagai persediaan untuk memikul tanggung jawab  masyarakat, selain   supaya sesuatu tugas terselamat daripada dicemari oleh penyelewengan dan salah guna.  
9.      Demikianlah sikap orang yang menyalah gunakan amanah Allah apabila dia diberi petunjuk dan mencapai kejayaan. Makanya dia sesat dan durhaka dalam amalan mereka. Itulah yang dimaksudkan dengan hikmat ayat surah fatihah ayat 5 -7dengan maksud, “Mereka-mereka ini semasa memohon petunjuk tidak terkiralah  kesungguhannya tetapi apabila diberi petunjuk, mereka sesat dalam petunjuk.”
10.  Mereka-mereka ini kalau pun mengaji ugama pun, hanya  bermatlamatkan sijil dan pengiktirafan, mereka hanya bermatlamatkan makan gaji. Iaitu hamba  gaji. Ilmu hanya jadi alat sandaran untuk mendapatkan gaji. Bukan kerana sebab lain.Demikian juga  penyakit masyarakat miskin bertaklid kepada mereka-mereka yang di anggap idola , bertaklid kepada ulama  yang maksud ayat:
Dengan maksud:“mereka jadikan ulama feqah dan tasauh pengganti tuhan pendidik selain  Allah”. Kata ibnu abbas , mereka tidak menyembah ulama tetapi mengikut apa sahaja apa yang di kata ulama tanpa menilai, dan ulama mengambil kesempatan di atas kebodohan dan kejahilan mereka.
11.  Salah satu daripada yang di taklid oleh mereka yang miskin seperti aqiqah anak pada tanggapan mereka kalau tidak buat merasa berdosa. 
12.  Mereka ini sanggup bergadai untuk memenuhi tuntutan yang di sunatkan seolah-olah amalan aqiqah itu adalah sesuatu yang wajib.  
13.  Bagi istilah mereka, amalan aqiqah walau pun sunat tetapi seakan sesuatu yang wajib.
14.  Yang sunat menjadi wajib adalah sesuatu yang pelik dan menghairankan.  Dari manakah datangnya kalau tidak daripada seseorang yang memberitahu dan menggalakkannya.
15.  Bagaimana pemikiran mereka itu telah dipesongkan oleh tok lebai-tok lebai kampung dan bandar .
Budaya taklid dan salahfaham ugama adalah membawa kepada kemunduran. Komunis melihat golongan ini, mereka melebelkan ugama adalah dadah kerana mereka tidak dapat beza antara ugama sebenar dan banyak tahlil yang menjadi dedalu yang menyelubungi dan menutupi kebenaran agama itu sendiri.

16.  Kalaulah di ikutkan sejarah, aqiqah ini telah berlaku di zaman jahiliah lagi. Di kalangan masyarakat arab zaman nabi rasulullah s.a.w., mereka menyembelih binatang ternakan dan memberi makan kepada saudara, kenalan dan sahabat handai apabila dia mendapat anak laki-laki tetapi tidak berbuat demikian apabila dia mendapat anak perempuan.
17.  Rasulullah s.a.w telah menganggap budaya pemurah ini amat baik dan mengekalkannya menjadi kesinambungan amalan-amalan seterusnya kepada umat Islam sebagai satu kesinambungan kepada budaya pemurah amalan baik masyarakat arab maka nabi pun menggalakkan anak perempuan di aqiqah juga walau pun setengah daripada apa yang biasa di lakukan kepada anak laki-laki. Iaitu menggalakkan amalan pemurah.
18.  Berbalik kepada masyarakat kita, budaya ‘pemurah’ itu tidak wujud. Kalau dengan mengadakan majlis jamuan hanya kerana majlis keagamaan, ia hanyalah tertumpu kepada tok lebai-tok lebai sahaja dan bukan melibatkan orang miskin. Untuk memenuhi agenda majlis, tok lebai-tok lebai  berdoa, berselawat dan bertahlil. Itu sahaja yang di buat. Itu lah peranan tok lebai-tok lebai dalam masyarakat Islam melayu.
19.  Sedang nabi menyemarak dan menggunakan sikap pemurah dalam bentuk menyelesaikan masalah masyarakat pada masa itu menganjur supaya memberi makan kerana keperluan makanan pada masa itu adalah terlalu besar dan memerlukan permurahan hati daripada orang yang dikurniakan kelebihan nikmat.
20.  Ini melibatkan dalam usaha ke arah masyarakat, kearah penyelesaian adalah keperluan yang menjadi fardu kifayah yang  dapat menampung keperluan masalah umum.
Oleh: hasan muhamad kg tok ku kedai lalat. 

No comments:

Post a Comment