Friday, January 31, 2014

manusia selepas di syurga



     manusia selepas di syurga
Komponen manusia terbahagi kepada tiga. Pertama badan, kedua roh badan dipanggil nasamah dan ketiga roh natiqah. Roh natiqah itu dipanggil roh malaikat.
Roh natiqah adalah roh manusia di alam roh itu sewaktu tuhan tanya siapa tuhan kamu, jawab semua manusia kamulah tuhan kami. Itu terjadi di alam roh.
Manusia telah tercetak secara semulajadi fitrah insaniyah yang cenderong kepada fitrah akhlak empat. Suci, tolak ansur, membesarkan-besarkan tuhan dan kemuncak adalah adil.
Roh badan atau pun roh nasamah, ia mempunyai keinginan badan seperti makan sedap, hidup selesa, mewah serta mahu mengatasi orang lain terdorong kepada kepentingan diri keluarga dan puak atau dinamakan fitrah jibillah.
Nasamah juga ada dua jendela yang menerima ilham, satu dari setan dan jendela yang satu lagi ilham malaikat. Antara dua aliran insaniyah dan jibilah yang pertama ekstrim (tajazzuk)  iaitu salaing tarik menarik antara malaikat dan  binatang dan yang kedua adalah damai iaitu saling bantu membantu antara kehendak nafsu dan akal dalam memenuhi keperluan malakiyah dan bahimiah. Bila manusia terpisah antara badan (iaitu mati), tetapi kedua roh itu masih bersatu (iaitu antara roh nasamah dan natiqah) masih bersatu nasamah menjadi badan semula natiqah menjadi roh.
Di syurga adalah keperluan nasamah yang menyambung keinginannya di dunia. Selera dan keinginan manusia terpenuh di syurga tetapi tidak selama-lamanya.
Kemuncak di syurga ialah dapat apa yang dia mahu sepertimana keinginan di dunia termasuk apa yang dia minat.  Seperti mana seorang yang berminat dalam hal pertanian. Ia merasa bahagia jika tanamannya hidup subur. Itu maksudnya syurga.
Walaupun keenakan disyurga tiada bandingan  tetapi segala nikmat itu bukan satu keperluan kerana kalau tak makan pun tak lapar. Kalau tak minum pun tak dahaga.
Adalah berbeza dengan hidup di dunia. Makanan dan minuman adalah satu keprluan.
Disyurga manusia kerap menikmati makanan dan sebagainya. Peringkat mula-mula masuk syurga. Ia berlaku dan semakin berkurangan lama kelamaan sampai kepada satu tahap yang amat kurang kerana keranatekanan kekuatan malakiyah semakin kuat serta kelemahan dan kekurangan tuntutan keinginan nasamah semaki kurang sehingga sampai kepada satu tahap yang tidak seimbang antara kekuatan malakiyah semakin bertambah dan kelemahan nasamah yang sentiasa berkurangan fungsi sehingga tidak memerlukan lagi syurga kerana kekuatan malakiyah dapat menguasai nasamah sepenuhnya dan nasamah dalam keadaan yang tidak berfungsi. Ketika itu roh malakiyah dan nasamah itu terpisah maka roh malakiyah akan kembali ketempat asalnya. Tempat asalnya itu ialah alam malaikat.asal roh, pulang ke roh. Asal tanah, pulang ke tanah maka manusia berlaku dua kali mati.
Selepas manusia masuk syurga ulama fiqah tidak membincangkannya. Yang mengatakan manusia itu kekal selama-lamanya disyurga tanpa berkesudahan. Mereka lupa bahawa syurga dan neraka itu adalah makhluk yang dijadikan. Sebagai makhluk akan berlaku tempoh tamat dan akan hancur seperti mana makhluk yang lain.
Dan maksud syurga neraka seperti yang dinukil dalam kitab-kitab Allah adalah kekal sekadar masa yang lama dan tidak mungkin kekal syurga dan neraka itu sama dengan kekal Allah. Dalam hadis termizi meriwayatkan penghuni neraka yang akhir sekali meminta kepada penjaga neraka supaya dibolehkan di tepi-tepi neraka supaya boleh pergi ketepi sedikit demi sedikit dan telah sekian lama ia memohon pula supaya boleh naik ke tebing neraka sehingga dapat menikmati bau syurga dan akhirnya ia dapat masuk ke syurga.
Oleh Hasan muhamad, kg tok ku

No comments:

Post a Comment