Saturday, December 28, 2013

ADAM(a.s) Bukan Manusia Pertama


ADAM(a.s) Bukan Manusia Pertama
Berdasarkan ilmu biologi, manusia merupakan salah satu dari berbagai2 jenis spesies (al-nau’) dimukabumi. Spesies (al-nau’) manusia di namakan sebagai Homo sapiens (bahasa Latin yg.bererti `manusia yg. tahu’).
Spesies (al-nau’) manusia itu berasaskan dari `induk’ spesies manusia atau ‘gambaran spesies’ (imam al-nau’) yg.merupakan tempat lahir tajjalli al-a’zam yg. berada di alam atas/tinggi. Adam(a.s) yg.berada dibumi mempunyai imam al-nau’ insan.
Adam(a.s) adalah manusia yg. utama (bukan yg. pertama) kerana beliau mempunyai sifat2 imam al-nau’ insan.
Di dalam surah Al-Baqarah ayat 30, Allah(s.w.t) berfirman: “Sesungguhnya Aku mahu jadikan seorang khalifah di bumi”.
Ayat ini bermaksud, Allah mahu jadikan Adam(a.s) sebagai pemerintah/pemimpin kpd. kaumnya dibumi sebagaimana  khalifah yg.diberi kpd. Daud(a.s) dan bukannya khalifah yg.berada di langit.
Manusia diilhamkan secara semulajadi cara mendapat faedah yg. bertepatan dgn. kehendak gambaran spesiesnya, tetapi setiap kaum itu mempunyai gaya & adab yg.berbeza menyebabkan manusia berbeza.  Akhlak yg.sejahtera dan tepat adalah syarat kesejahteraan individu spesies yg. sihat.

Secara umumnya perkembangan spesies manusia itu ada tiga(3) peringkat, sepertimana berikut;
1.       Haiwan Natiq - hanya pandai berkata-kata
2.      Boleh menamakan alat-alat – iaitu merupakan manusia yg.mempunyai idea, kreatif dan boleh berfikir utk. merekacipta sesuatu yg. dapat member manafaat kpd. manusia sejagat.
3.      Boleh mengenal masalah 
Peringkat kedua(2) dan ketiga(3) itulah yg. dikatakan spesies (al-nau’) manusia yg. mempunyai imam al-nau’.
Di dalam surah Al-Baqarah ayat 31, Allah berfirman: “Dan Ia telah ajarkan kepada Adam nama-nama itu semuanya”.

Masalah teori evolusi tidak dibangkit oleh ulama mutaqaddimin(abad 1-3 Hijrah=abad ke 6-8 Masehi ~ 1 abad = 100 tahun) kerana persoalan ini bukanlah suatu keutamaan di waktu itu.
``Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah’’        (Al-Mu’minun:12)
Ayat di atas merupakan firman Allah(s.w.t) yg ditujukan kepada semua umat manusia kerana sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan sebagai `panduan hidup’ bagi seluruh umat manusia tanpa mengira kaum atau warna kulit dan juga tanpa membezakan manusia yg pertama atau manusia seterusnya. Para ulama Mutakkhirin( 300 tahun dan seterusnya selepas kewafatan Nabi s.a.w) telah mula di pengaruhi oleh golongan ahlil kitab bangsa Yahudi yg banyak mendominasi bidang keilmuan pada zaman itu (zaman Taurat) yg secara tidak langsung menyebabkan mereka(para ulama Mutakkhirin) tenggelam di dalam ilmu yg hanya mementingkan rupa/zahir semata-mata tanpa merenung hikmah atau falsafah disebalik penurunan kitab Al-Quran tersebut yg merupakan panduan hidup seluruh umat manusia. Al-Quran adalah merupakan suatu panduan yg praktikal dan realistik dan bukanlah hanya sekadar khayalan semata-mata sptmana kisah `Hikayat Seribu Satu Malam’ yg begitu masyhur pada suatu masa dahulu. Sewajarnya umat Islam hari ini membuat kajian yg lebih jelas, sesuai dgn perkembangan ilmu yg tinggi dan mencabar di masa ini.
Para ulama Mutakhirrin telah cuba menyesuaikan kisah2 atau cerita2 yg diperolehi dari ahlil kitab Yahudi dgn berdalilkan firman2 Allah di dalam Al-Quran. Contohnya, ``Dan(ingatlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kpd Malaikat : ``Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yg kering, yg berasal dari tanah kental yg berubah warna dan baunya’’(Al-Hijr:28) dan lagi ``Ia menciptakan manusia(lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar’’ (Ar-Rahman:14).


Kaedah penyesuaian pemikiran atau kisah2 yg diamalkan oleh para ulama Mutakhirrin ini amat jauh terpesong jika dibandingkan dgn kaedah yg digunapakai oleh para ulama Mutaqaddimin, iaitu menyesuaikan kehendak hikmah Al-Quran ke dalam pemikiran/kehidupan manusia.

Saya berkata(penulis), sememangnya manusia ini dijadikan dari bahan yg sama iaitu `tanah’. Iaitu dari air mani diproses dari zat2 makanan yg berasal dari saripati tanah/bumi(tumbuh2an serta binatang2 dari darat dan lautan).  Sekiranya manusia terdahulu(Adam) terjadi dari segumpal tanah secara langsung begitu, sudah tentu ianya berbeza dari sudut kejadian manusia dan menyalahi `sunnatullah’ sebagaimana firman Allah (s.w.t): ``Yang demikian adalah menurut `Sunnahtullah’(undang2 peraturan Allah yg telah lalu) dan engkau tidak sekali2 akan mendapati sebarang perubahan bagi `Sunnatullah’ itu’’ (Al-Ahzab:62). Oleh itu kalau hari ini terjadinya dari air mani, maka dahulu pun sama jua dimana air mani tersebut juga berasal daripada tanah.
Kisah Adam ada di ceritakan di dalam semua kitab2 yg terdahulu.  Adam dlm bahasa Sanskrit di sebut  `Atam/Atama’ bermaksud `Yg Utama’. Dan Adam juga bukanlah hanya satu(1) orang sebagaimana fahaman umum. Adam merupakan org yg utama yg telah diajarkan oleh Allah(s.w.t) dgn kebolehan menamakan benda2 sebagaimana yg telah diterangkan sebelum ini. Seorang yg mempunyai idea, kreatif dan ada kebolehan mencipta sesuatu alat dan menamakannya. Nama2 tersebut contohnya spt kapak, lembing, pisau dan sebagainya, telah dinamakan sejak lama dahulu dan seluruh umat manusia telah dapat menerima nama2 tersebut dan faham akan fungsi alat masing2 hingga ke hari ini. Kemajuan zaman yg semakin meningkat dan moden menyebabkan alat2 tadi telah diubahsuai agar menjadi lebih mudah dan efisien sesuai dgn zaman sekarang.
Adam(a.s) merupakan khalifah atau pemerintah pertama di mukabumi. Beliau telah menjadi pemimpin mengikut tahap kemajuan dan tahap pemikiran yg sesuai dgn zaman beliau di seluruh benua dunia. Dan Adam(a.s) juga bukanlah satu(1) orang sebagaimana fahaman umum. Sebenarnya sebelum dari Adam(a.s) itu telah ada manusia yg hidup di mukabumi dlm bentuk jasad yg tidak seperti manusia di zaman moden. Ada yg mengatakan spt monyet, gorilla dll. Rupa paras bukan menjadi ukuran tapi apa yg penting berdasarkan kajian di dapati manusia di zaman kuno( peringkat haiwan Nul-Natiq ) itu mempunyai DNA manusia jua. Teori Evolusi oleh Charles Robert Darwin(1859M – abad ke 18 Masehi) di dlm bukunya yg bertajuk `The Origin of Species’ mengatakan manusia telah hidup di dunia ini 10 juta tahun yang lalu di zaman sebelum masehi berdasarkan penemuan fosil-fosil (fosil yg ditemui dibuat kajian masa) oleh ahli sejarah/archeologist

Akhir kata renunglah firman Allah (s.w.t), yg bermaksud: ``Bukankah telah berlalu kpd manusia satu ketika dari masa(yg beredar), sdg ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yg di sebut2, ( maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?:(Al-Insan:1). Yg di maksudkan dgn `masih belum wujud lagi’ adalah belum wujud lagi khalifah/pemimpin di kalangan mereka pada masa itu dan mereka hidup penuh dengan kejahilan, menumpah darah dan melakukan kerosakan di mukabumi. Berdasarkan fakta sejarah, di dapati Adam(a.s) yg merupakan salah seorang khalifah bagi manusia pada masa dahulu di lahirkan pada 5472 sebelum Masehi(SM). Nabi(s.a.w) dilahirkan pada 571 Masehi, maka jika dikira jarak perbezaan masa dari Adam(a.s) hingga ke Nabi Muhammad(s.a.w) adalah kira2 6,043 (enam ribu empat puluh tiga) tahun lamanya, sedangkan fosil yg ditemui oleh ahli arkeologi mengikut kajian sains moden adalah berumur kira2 10 juta tahun lamanya. Adam(a.s) merupakan Nabi dan khalifah yg pertama yg diceritakan di dalam Al-Quran utk umat Arab pada masa itu. Sedangkan masih ada lagi umat manusia yg mendiami benua2 lain di dunia spt di Afrika, Eropah dan sebagainya tidak diceritakan di dalam Al-Quran.
Firman Allah(s.w.t) yg bermaksud: ``Dan(Kami) telah mengutuskan) beberapa org Rasul yg telah Kami ceritakan kpd.mu dahulu sebelum ini, dan Rasul2 yg tidak Kami ceritakan hal mereka kpd.mu.’’.(An-Nisa’:164)
Oleh admin...bukan aurat

No comments:

Post a Comment