Tuesday, January 7, 2014

Antara ilmu nubuwah dan ilmu kemahiran teknologi




 Antara ilmu  nubuwah dan ilmu kemahiran teknologi
1.       Hendaklah diketahui bahawa makna-makna al Quran yang dituturkan tidak lah terasing dari lima ilmu.
a.       Ilmu hukum-hukum, meliputi sesuatu yang wajib, yang digalakkan, yang dibenarkan, yang dibenci dan yang dilarang, meliputi bidang ibadat, muamalat, pengurusan, rumahtangga dan politik kenegaraan. Mengulas ilmu ini dikaitkan dengan ahli fiqh.
b.      Ilmu dialog dan menangkis empat kumpulan sesat, iaitu yahudi, Nasara, Musyrikin dan Munafikin. Penjelasan ilmu ini dikaitkan kepada pakar ilmu kalam.
c.       Ilmu mengingatkan manusia tentang nikmat-nikmat Tuhan meliputi kenyataan mengenai kejadian langit dan bumi, ilham Tuhan kepada hamba-hamba akan sesuatu yang seyugia untuk mereka, meliputi juga keterangan mengenai sifat-sifat Tuhan yang sempurna.
d.      Ilmu mengingatkan manusia sejarah dan peristiwa yang dicipta oleh Tuhan meng ADA kannya, termasuklah jenis-jenis tindakan memberi nikmat kepada golongan yang taat dan seksaan kepada golongan yang melanggar perintah.
e.      Ilmu mengingati kematian dan segala peristiwa yang akan berlaku selepasnya, meliputi hari perhimpunan, kebangkitan, penghitungan, timbangan, syurga dan neraka.
2.       Di dalam kelima-lima ilmu itu tidak termasuk  ke dalamnya ilmu kemahiran atau pun ilmu teknologi .
3.        Ilmu kemahiran adalah ilmu manusia yang tidak perlukan illmu nubuwah nabi.
4.        Ada pihak mendakwa di dalam Al Quran ada serba aneka ilmu. Ilmu kemahiran dan ilmu teknologi dan apa-apa ilmu di dunia ini semuanya ada dalam Al Quran. Itu tanggapan yang salah.
5.       Ilmu kemahiran dan ilmu teknologi dalam kerajaan Islam berlaku secara lebih meluas pada zaman  Abbassiah. Ia dianggap pencapaian termaju dalam Islam padahal nabi bersabda yang maksudnya sebaik-baik kurun itu kurun aku kemudian kurun sahabat kemudian kurun yang mengiringi sebelum 100 tahun.
6.       Ahli sejarah zaman keemasan Islam yang dimaksudkan oleh hadis nabi dalam persekitaran 100 tahun itu dinamakan zaman Al Quran yang mengutamakan prinsip keadilan dan ehsan dan zaman berikutnya ialah zaman yang bercampur aduk antaranya ada yang digelar zaman mulukul muluk (zaman kemewahan melampau), tetapi pencapaian itu lebih kepada ilmu kemahiran walaupun  pada zaman itu, pencapaian ilmu kemahiran dan ilmu teknologi sejajar dengan tuntutan era kemajuan. Ilmu-ilmu tersebut telah tersebar ke negara-negara barat dan dijadikan budaya masyhur sebagai model pembanggunan sejagat.. Bila ilmu-ilmu  kemahiran itu  berpindah ke negara barat, negara barat memashurkan ilmu itu, maka sudah tentu negara  barat yang menjadi simbol kemajuan dunia yang asalnya berasaskan ilmu kemahiran dan teknologi orang Islam setelah kejatuhan kerajaan Islam.
7.       Pada zaman akhir ini, mereka  dinegara barat mendakwa dengan dakwaan-dakwaan yang mempunyai muslihat politik kepada orang-orang Islam bahawa negara barat telah mencapai kemajuan hasil pelajari ilmu daripada kajian-kajian oleh sarjana-sarjana Islam  yang dipetik daripada kitab-kitab karangan ulama Islam masa lalu yang bersumberkan Al Quran lalu mereka menjemput umat Islam datang belajar kenegaranya yang kata mereka sesungguhnya ilmu yang mereka milik adalah warisan daripada ilmu sarjana-sarjana Islam zaman silam yang difahamkan daripada kitab suci Al Quran dan mereka di negara barat terus-menerus membuat seruan belajar di negara mereka,sekiranya umat Islam mahu berkembang maju dalam arus tamadun dunia moden.
8.       Mereka mengingatkan Jika ada orang Islam berminat mengkaji semula Al Quran untuk mengupas ilmu kemahiran hari ini , belum tentu dapat satu apa pun formula untuk membuat sesuatu produk apabila mereka melihat kekolotan pemikiran umat Islam ,yang maksudnya orang Islam terlalu amat  lemah dalam bidang ilmu kemahiran dunia, dan kalau hendak dibuat kajian semula isi kandungan Al Quran untuk mencari ilmu kemahiran itu, sampai bila pun tidak akan dapat. (Bagaimanakah hendak dapat kerana Al Quran tidak menerangkan ilmu-ilmu itu selain daripada ilmu nubuwah atau ilmu kenabian). Jadi adalah lebih baik umat Islam terima sahaja apa yang sudah disediakan oleh mereka dinegara barat ,lebih baik tidak perlu pening-pening kepala mengkaji  Al Quran dan cukup sekadar membaca sahaja (dengan berirama merdu/sebagai nyanyian atau syair yang menenangkan jiwa di dalam bahasa kesusasteraan arab kuno).
9.        Demikianlah umat Islam telah termakan jerat dan perangkap musuh supaya umat Islam tidak lagi perlu mengkaji Al Quran.  Jika di kaji sudah tentu akan terdedahlah tipu muslihat mereka.
10.   Orang yang termakan dengan umpan tersebut ialah ulama-ulama Islam terdahulu dan sampai sekarang pun masih lagi terikut-ikut dengan ulama-ulama terdahulu. Mereka ulama-ulama Islam dari dahulu hingga sekarang  telah membuat  berbagai-bagai tekanan kepada mereka yang cuba  mengkaji semula isi kandungan Al Quran kerana ilmu kemahiran dunia di luar daripada kotak pengentahuan mereka atau terus terang saya kata mereka jahil dalam hal ini dan jika ada orang Islam cuba nak buat kajian semula al Quran, mereka akan membantah dan berkata tidak perlulah di buat kajian semula,berfikirlah sekadar fatwa-fatwa yang telah diberi mereka,sudah memadai.
11.    Padahal tentang ilmu teknologi dan ilmu kemahiran, nabi pernah mendakwa baginda adalah manusia seperti kamu  juga sewaktu beliau di Madinah yang penduduknya adalah pakar dalam ilmu pertanian(yang tahu mengahwinkan bungan jantan dan bunga betina pada pokok tamar) telah merosot hasil dari kebiasaan pada tahun itu dan tidak seperti tahun-tahunsebelumnya lalu nabi bertanya kepada mereka apa sebabnya? Lalu mereka menjawab  bukankah nabi mengatakan kahwin bunga itu kalau tak buat pun tidak mengapa. (Apa yang hendak di cakapkan ialah kita harus tahu membezakan di antara ilmu kenabian (nubuwah) tidak menerangkan hal-hal keduniaan dan ilmu pekerjaan manusia itu sendiri ialah ilmu kemahiran) manusia yang di dorong oleh sifat ingin mencuba , bertukar-tukar fesyen, jemu dengan sesuatu keadaan, cenderung kepada sesuatu yang baru dan lebih changgih, lebih kedepan daripada orang lain. Jadinya, manusia itu sendiri boleh memikir tentang ilmu kemahiran dan ilmu teknologi tidak berhajat kepada ilmu nubuwah dan ilmu nubuwah hanyalah untuk mewujudkan suasana kebahagian manusia di dunia dan di akhirat iaitu adili wal ihsan(hendaklah kamu tuntut negeri akhirat(hari-hari akhir) dan jangan kamu lupa bahagian kamu di dunia(maksud sebenar `jgn lupa bhg kamu di dunia' adalah hendaklah menggunapakai semua harta, modal serta apa2 kebolehan yg ada pada kita utk menuntut atau mendpt manafaat di hari akhirat nanti). 
      Quran surah al qasas ayat 77: "Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.
      Bukanlah sebagaimana fahaman umum iaitu, `jgn lupa bhg kamu didunia' itu ialah bila dpt harta dan kelebihan boleh lah bermewah2 disamping mengerjakan ibadat fardu ain.
12.     Sebenarnya kita umat Islam telah lama di tipu oleh orang dibarat. Orang islam telah menerima helah itu sebagai penghargaan besar kepada Islam dan selesa dengan penghargaan yang membawa kepada kejatuhan. Orang islam juga telah di sumbat yang Quran ini meliputi semua perkara ilmu. Mereka  dibarat juga telah memperbodohkan ulama-ulama Islam yang sememangnya bodoh dan jahil dalam bidang ilmu kemahiran dunia kerana mereka dibarat akan amat gembira jika ulama-ulama Islam terus tidur dan menidurkan umat supaya umat Islam terus ketinggalan dalam arus kemajuan mereka di barat akan terus-menerus dapat memanfaatkan dunia ini hanya untuk kepentingan mereka di barat sahaja. Ulama sekarang ini pun apa bezanya?
        Oleh hasan muhamad kg tokku.

 

No comments:

Post a Comment