Sunday, December 8, 2013

Penghibur Dahulu Dan Sekarang. Apa Bezanya?



Penghibur Dahulu Dan Sekarang. Apa Bezanya?

1.     Industri hiburan yang dapat menpengaruhi masyarakat dan peminat masing-masing telah meletakkan seniman sebagai idola samada lawak jenaka atau nyanyian. Mereka dapat meyelitkan unsur-unsur mesej kepada mayarakat. Peranan itu boleh membantu masyarakat mencapai maklumat yang baru dan sebagainya. Mendidik masyarakat secara tidak langsung sekaligus usaha mereka mendapat imbuhan yang setimpal dan dapat menampung keperluan hidup keluarga sebagai memenuhi tuntutan hidup mereka sebagai ketua keluarga, dia dapat. Hakikat ini tidak sama dengan pengiat seni masa lampau. Kegiatan seni mereka sebagai hobi dan menghabiskan daripada tumpuan kerja harian dan mereka tidak mendapat imbuhan munasabah sebagai penyebab mereka tidak dapat memenuhi keperluan keluarga atau mereka lupa daripada menjalankan tugas sebagai ketua keluarga.


2.     Satu peristiwa seni berlaku di kampung saya. Mereka bermain gasing dan menghabiskan masa dari tumpuan kerjaya harian. Bila mereka pulang kerumah hendak makan, apabila membuka periuk dia mendapati gasing berada di dalam periuk. Bila dia bertanya kepada isterinya, jawab isterinya tiada apa yang hendak di masak. Kerana mereka lalai menyempurnakan tuntutan sebagai ketua keluarga. Hadis nabi s.a.w. “...mereka yang berada di tengah bulatan dan menjadi bahan ketawa adalah melalaikan...” al hadis.

3.     Sepatutnya tujuan yang dikehendaki adalah berada di tengah bulatan dapat menyumbang sesuatu kebenaran serta berusaha kearah memenuhi tuntutan hidup (Ini adalah pendapat saya) yang dimaksudkan dengan melalaikan, ada yang menterjemah, iaitu lupakan Allah atau lupa kepada mati.

4.     Kalau demikianlah, maka semua kerjaya termasuk dalam golongan lalai  kepada mereka seperti orang berniaga ketika ia sedang membuat kira-kira untung rugi dan tidak mungkin ia menumpukan kepada Allah dan sudah tentu dia juga melupakan kepada mati. Maka semua yang bekerjaya sudah tentu akan tergolong dalam kelompok yang melalaikan mengikut pandangan mereka selain dari golongan sami dan ruhban yang telah di perkatakan di nota-nota yang telah di tulis sebelum ini. Ini dikeranakan kerjaya mereka sahaja yang hanya tertumpu kepada zikir-zikir dan kegiatan mengingati Allah dan mati. Hadis melalaikan yang dimaksudkan sebanarnya adalah lupa kepada tanggungjawab dan masyarakat.
5.     Golongan fuqaha hanya melihat kepada zahir hadis secara borong, mereka menghukum tanpa membuat banyak penilaian. Adakah mereka ini termasuk dalam golongan yang tidur kerana mereka tidak sedar perubahan yang berlaku dan tidak dapat mensesuaikan amal yang setimpal dengan perubahan yang berlaku dan tidak menyumbang apa-apa kepada perubahan dunia. Sesungguhnya perubahan itu urusan Allah.
Quran 55:29 “Allah sentiasa dalam urusan syuun illahi”
6.     Mereka itu hanyalah penonton perubahan yang berlaku di depan matanya dan bukan penyumbang kepada perubahan masyarakat. Allah telah menukilkan dalam kitabullah umat as habul kahfi. Suatu umat yang tidur dan tidak dapat memahami perubahan yang berlaku dan mereka tidak menyumbang ke arah perubahan itu dan melihat sahaja perubahan dan ini sama juga dengan golongan sami dan ruhban itu.


Oleh hasan Muhamad. Kg tok ku.
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan.!(Quran55:29)

No comments:

Post a Comment