Wednesday, December 18, 2013

HAKIKAT PERBEZAAN MAZHAB



HAKIKAT PERBEZAAN MAZHAB

Di dalam proses perkembangan tamadun bagi sesuatu kaum  ianya berkait rapat dengan perkembangan budaya kaum tersebut. Budaya yang baik dan diterima pakai oleh sesuatu kaum itu bolehlah dijadikan sebagai pemudah cara dalam hidup bermasyarakat.
Umat Islam yang lepas telah melalui beberapa peringkat zaman kegemilangan ilmu seperti contohnya zaman perkembangan ilmu Al-Quran, ilmu Hadis dan juga ilmu Feqah. Budaya baik yang diamalkan di dalam sesuatu masyarakat itu tadi merupakan jalan2 yang di lalui bagi mencapai tujuan yang baik juga.
Mazhab adalah istilah Bahasa Arab yang bermaksud  jalan yg di lalui yg menjadi ciri2 khas bagi seseorang.Minhaj atau Manahij pula bererti jalan yang jelas dan terang, sebagaimana firman Allah(s.w.t) di dalam surah Al-Maidah:48 yang bermaksud `Utk.tiap umat di antara kamu, Kami berikan aturan & jalan yang terang’.
Secara amnya jalan atau mazhab pada masa dahulu terbahagi kpd. dua(2) sahaja, iaitu mazhab kaum Arab dan mazhab kaum Ajam(selain dari bangsa Arab). Kaum Arab menerima tiga(3) mazhab manakala kaum Ajam menerima mazhab Abu Hanifah(Hanafi).
Umar ibni Ab.Aziz (682-720) merupakan khalifah Ummaiyyah yg memerintah dari tahun 717-720. Beliau adalah cicit kpd Saidina Umar ibni Al-Khattab. Bapanya Ab.Aziz merupakan seorang Gabenor Mesir pada zamannya.
Bermula pada zaman khalifah Umar ibni Ab.Aziz perkembangan ilmu dalam bidang Hadis telah tercetus dan menjadi perkara utama yang dititik beratkan di mana beliau sendiri pula mempunyai beberapa kelebihan, antaranya:
1)    Telah mengubah dasar sediada yang berkaitan Ahlul-Bait.  Beliau telah banyak membantu keluarga Nabi(s.a.w) yang menyebabkan beliau disanjung tinggi oleh Bani Ummaiyyah mahupun Abbasiyyah.
2)    Mengarahkan ulama’2 agar mengkaji  hadis2 serta membukukannya.
Usaha penumpuan kpd kajian/membukukan hadis2 itu telah melahirkan sedikit kesan sampingan tanpa disedari iaitu para Ulama’ terlupa yang `Ulum Al-Quran’ itu sendiri telah mantap dan sempurna. Perkataan `Ulum’ adalah dalam lafaz jamak drpd. perkataan `ilm’ yg boleh ditakrifkan sebagai `kefahaman muktamad yg menepati fakta sebenar’.
Bidang keilmuan terus berkembang pesat sehinggalah penekanan diberikan pula kpd bidang Feqah. Ilmu Feqah menjadi popular dizaman selepas itu yg tanpa disedari juga telah memberikan kesan sampingan iaitu Ilmu Al-Quran dan Sunah mulai menjadi malap. Mereka memetik ayat-ayat Al-Quran yang selari dengan fiqh dengan mentafsir Al Quran  mengikut kaedah feqah dan nahu semata-mata dan merebak tanggapan tentang ayat nasahk mansuh pada sebahagian ayat Al Quran. Demikian juga pakar-pakar motivasi mengarang buku-buku terisi dengan ayat-ayat Al Quran. Apakah tujuan mereka? Atau ayat Al Quran itu dijadikan tiang/tongkat sebagai ayat untuk mengukuhkan banggunan/matlamat masing--masing.

Antaranya mereka sedar diri mereka buta Al Quran dan sebab itu mereka  menolak usaha majlis dialog pelbagai ugama dengan bermacam-macam alasan kerana mereka tahu di pihak yang lain sanggup berhujjah dengan Al Quran. Adapun di pihak orang yang mendakwa dirinya  ulama hanya berhujjah dengan hadis dan fiqah. Mereka sedar apabila bertembung di antara pihak yang berhujah dengan Al Quran maka terdedahlah diri nya terang-terang menolak Al Quran.Pembetulan di kalangan khilaf mazhab perlu ada suatu pendekatan mengikut kaedah hikmah.
          Pembetulan khilaf perpecahan umat Islam tidak harus dibiarkan berterusan dan seruan bersatu kepada Al Quran dan sunah jalan sebaik-baiknya jalan hikmah daripada Al Quran mampu membawa umat Islam kepada bersatu sebagai chontoh. Satu antara contoh
Salah satu sudut perbincangan pada malam Ini berhubung dengan khilaf menyentuh wanita yang boleh membatalkan wuduk. Perlu ada satu pendekatan antara dua khilaf yang mana menyentuh antara positif dan negatif. Wuduk bererti suci maka yang membatalkan suci hanyalah cemar atau hadas. Berasaskan pengenalan cemar inilah para mujtahid mazhab berijtihad mengikut pandangan dan pengenalan mereka tentang batas-batas cemar yang membatalkan wuduk  atau kesucian. berdasarkan cara itulah  itulah, para ulama telah membahaskan dari sudut zahir dan tidak menyentuh persoalan hakikat. Bila manusia ada pengenalan hadas atau cemar maka ternyata cemar itu terlalu banyak.  Sesetengah ulama memahami, membahas pada sudut zahir sahaja dan tidak menyentuh  pengenalan hadas atau cemar ternyata hakikat cemar itu terlalu banyak umpama meraba wanita dengan berlapik yang boleh mendatangkan kemarahan kepada mangsa dan orang yang melihatnya adalah hadas dan boleh membatalkan wuduk malah mengenyit kepada wanita juga sebagai perbuatan yang cemar. Bercakap bohong, menipu dan melakukan kesalahan jalanraya atau sebagainya tergolong dalam golongan orang yang melakukan hadas, mereka juga boleh dikatakan cemar dan boleh membatalkan wudu. Sebaliknya jika seorang itu memegang atau pun menyentuh wanita tanpa unsur-unsur cemar seperti menolong tanpa ada tujuan atau niat cemar, maka menyentuh itu tidak membatalkan wuduk. Hadas dan wuduk tidak seharus di nilai pada zahir semata-mata. Tidak semestinya menyentuh wanita itu membatalkan wuduk dan perlakuan cemar tanpa menyentuh kulit juga boleh membatalkan wuduk. Kesucian zahir dan batin boleh terbatal oleh kecemaran zahir dan batin dan dalam keadaan hati yang tercemar itu tidak wajar menghadap Tuhan.
Oleh Hasan Muhamad dan wan Izhar .

No comments:

Post a Comment