Sunday, September 29, 2013

PEKEJ EKONOMI RAKYAT TERMISKIN



Tidak semua rakyat yang berpendapatan rendah mampu mengatasi masaalah kos sara hidup yang tidak seimbang dengan pendapatan secara bersendirian. Lebih-lebih lagi kaedah hidup bermasyarakat yang tiada semangat tolong menolong.  
Sebelum ianya menjadi lebih kronik, langkah awal perlu diambil dan mengenal pasti kumpulan sasar yang perlu dibantu dan persediaan sebuah kerangka plan bertindak perlu di asaskan sebagai saluran kepada orang yang memerlukannya dan mengelak daripada kelam-kabut dan terkejar-kejar untuk mengelak daripada tekanan hidup.
Dalam susun lapis masyarakat terdapat golongan yang tidak bernasib baik atau tersilap langkah sebagai penyebab mereka gagal dan sukar mendapat peluang kedua untuk keluar daripada masalah tekanan kemiskinan ,mereka terdiri daripada golongan muflis, ibu tunggal, anak yatim, penganggur dan mereka yang hilang tempat bergantung.
Golongan ini menjadi mangsa peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat, mereka boleh diketogorikan sebagai pesakit sosial yang boleh berjangkit dan merebak kepada masalah sosial yang lebih kronik.
Antara mereka ada yang berpengalaman atau bercita-cita dalam sesuatu bidang tetapi terbantut kerana tiada kemudahan.
Pengalaman daripada sistem negara maju ada memperuntukkan bantuan sara hidup kepada golongan penganggur dan miskin mungkin ketika negara banyak wang tidak timbul masalah kepada ekonomi negara tetapi kesannya akan terasa apabila kegawatan ekonomi berlaku. Di kalangan mereka terdapat tenaga dan pengalaman tertentu. Kenapa tidak dimanafaatkan tenaga dan pengalaman mereka. Tenaga dan pengalaman mereka adalah anugerah Tuhan dan jika di manafaatkan akan memberi faedah bersama makhluk-makhluk di bumi.
Penempatan sementara adalah langkah drastik sebagai jalan penyelesaian masaalah golongan terdesak  dan tiada tempat bergantung.
Mereka perlu dirawat sebagai pesakit ekonomi yang perlu dipantau dalam bentuk penempatan sementara yang dilenkapi dengan prasarana, bahan mentah dan permudah cara pengurusan yang merangsang kepada kegiatan ekonomi untuk memenuhi keperluan sara diri secara berkelompok.
kerangka perkongsian antara modal dan tenaga, penglibatan ajensi-ajensi kerajaan seperti tabung haji, majlis Ugama Islam, Petronas, Felda, Pertubuhan Peladang, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain sebagai penyumbang bahan mentah untuk peserta penempatan sebagai anak angkat yang membolehkan mereka MEMBUAT, MENGGUNA DAN MENJUAL.
Penempatan sementara itu hanya sebagai pilihan kepada mereka yang tidak berpeluang berniaga atau mendapat pekerjaan daripada terdedah kepada gejala sosial.
Mereka perlu didedah dengan kegiatan-kegiatan dalam pakej yang merangkumi bidang pertanian, penternakan, pembuatan, pembukusan dan perniagaan.
Tenaga dan kemahiran yang ada pada mereka digabungkan dalam kelompok kekeluargaan yang besar akan menghasilkan sesuatu kekuatan dan kemampuan mengurus prasarana yang disediakan dan pemantauan berkala supaya dapat menghasilkan bahan keperluan sara diri dan tuntutan pasaran.
Peserta utama ialah mereka yang mempunyai kesanggupan bekerja dan mengurus prasarana dan kepada peserta yang sedang menunggu peluang pekerjaan, penyertaan mereka lebeh merupakan  pusat latihan.
Pakej perkongsian ekonomi pengeluaran yang berasaskan keperluan sara diri serta perniagaan berupaya melahirkan suasana mesra ekonomi bersama kampung-kampung yang berjiran sebagai pilihan mendapat produk keperluan yang lebih murah atau jalan keluar kepada sebahagian daripada individu yang kurang mampu daripada terperangkap dalam arus tekanan kos sara hidup yang tinggi di pasaran arus perdana.
Keistimewaan komuniti penempatan sementara ini ialah sebagai saluran untuk mempelbagaikan produktiviti pengeluaran negara sebagai pusat permulaan dan merealisasikan penemuan baru atau resepi mana-mana produk luar yang berpotensi untuk keperluan tempatan yang sukar mendapat sambutan di pasaran arus perdana. Jangka masa tertentu boleh membantu mepelbagai pengeluaran negara dan akan mengubah selera pengguna kerana yang hanya memerlukan barang-barang berjenama sahaja.
Antara produk yang tidak mendapat sambutan dipasaran seperti produk ternakan arnab, sate arnab, burger arnab yang pernah diperkenalkan oleh FAMA supaya pengguna dapat mengubah budaya permakanan dalam masa yang singkat.
Sekiranya prasarana yang berkaitan dengan produktiviti pengeluaran itu dilaksanakan oleh sesebuah komuniti penempatan sementara dan memiliki daya sebagai pengguna sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada pasaran pada peringkat awal, saya percaya usaha seperti itu boleh berterusan dan pusat kajian teknologi yang berkaitan terus berfungsi.
jika produk-produk keluaran mereka mendapat sambutan di pasaran dengan baik, mereka akan menjadi kelompok manusia miskin yang mampu menyara diri tanpa menjadi beban jangka panjang masyarakat terhadap golongan miskin yang kian bertambah setiap masa.
Selain daripada kegiatan ekonomi komuniti penempatan perlu mengadakan kegiatan-kegiatan intergrasi nasional menghidupkan budaya kerjasama tolong-menolong dan saling bantu-membantu sebagai amalan harian yang perlu dimasyhurkan kerana ianya adalah sifat fitrah manusia lebih-lebih lagi amalan demikian kian terhakis dalam era kemajuan .
Amalan kemanusiaan adalah sebahagian daripada ilmu nubuwah yang Allah perintah supaya manusia MEMBINA KEADILAN DAN IHSAN SESAMA MANUSIA dan pendidikan negara perlu dititik beratkan ilmu falsafah kemanusian sebagai pencapaian kepada modal insan kearah perpaduan,dan untuk merialisasikannya dalam suasana manusia mengejar arus kehidupan yang serba moden, sebenarnya manusia masih mencari-cari bagaimana titik tolak yang harus dimulakan.
Tranformasi ekonomi peringkat bawahan perlu diperkenalkan supaya mereka terselamat daripada menjadi golongan yang meminta-minta dan menjadi lebih tertekan apabila kos sara hidup yang meningkat.
Kemajuan ekonomi sebenar ialah peranan semua peringkat daripada peringkat atasan yang kaya hingga kepada peringkat yang termiskin dapat menyumbang bersama menyuburkan daya pengeluaran negara dan menyelamat daripada gelombang kegawatan ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi.
Sekiranya pasaran arus perdana tidak mampu mempertahankan kepentingan umum daripada tekanan kos sara hidup yang tinggi maka perlu diwujudkan pasaran kedua seperti mana langkah awal Nabi Muhammad S.A.W. mula bertapak di Madinah. Keadaan pada masa itu pasaran didominasi oleh kaum Yahudi dan air terpaksa dibeli daripada kaum Yahudi dan Baginda rasulullah S.A.W. telah mewujudkan pasaran kedua dan akhirnya penduduk Madinah terselamat daripada tekanan daripada amalan riba dan mendapat air percuma.
Golongan miskin yang lemah dan serba kekurangan memerlukan prasaran dan peranan pihak berkuasa terlibat sama  supaya lebih aktik dan memecah kuasa monopoli.
Allah telah jadikan unta Nabi Soleh A.S. bersifat bengis dan ditakuti oleh unta-unta lain dan ketika unta Nabi Solleh A.S. datang untuk minum dan ketika itulah unta daripada kumpulan kecil yang dimiliki oleh penternak miskin berpeluang meminum air.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah memperkenalkan dasar perkongsian pintar. Kaedah ini telah berjaya mewujudkan syarikat perniagaan yang berdaya saing. Sewajarnya dasar seperti ini diperluaskan kepada peringkat bawahan.
Seperti FELDA yang berfungsikan perkongsian antara tenaga peserta dan prasarana yang disediakan oleh kerajaan, dengan kerjasama antara dua pihak yang terlibat dengan Felda telah berjaya sebagai sebuah gerakan ekonomi yang perkasa.
Seterusnya perkongsian antara modal dan tenaga berkelompok perlu di perkenalkan.
Boleh diambil iktibar daripada Al-Quran  kisah kaum Nabi Solleh A.S. , dan kegiatan sosioekonomi kaumnya bergantung kepada memelihara unta, dan masalah kesukaran mendapat sumber air dikalangan penternak miskin yang memiliki beberapa ekor unta tidak berpeluang mendapat air kerana wadi tempat minum unta dimonopoli oleh penternak kaya yang memiliki kumpulan unta yang banyak.
Oleh: Hasan Muhamad.kampung Tok Ku,kedai lalat

No comments:

Post a Comment