Penduduk Madinah pakar dalam bidang pertanian terutama
tanaman pokok tamar. Antaranya, mereka kahwinkan(mendebungakan) bunga jantan
dan bunga betina untuk menyubur dan memperbanyakkan hasil buah. Bila ditanya Rasulullah
saw tentang hal ini, jawab baginda Rasulullah saw ,kalau tak kahwin (debunga)pun
tidak mengapa. Bila berlalu musim buah, buah tamar yang bunganya tidak di
debungakan didapati tidak sesubur dahulu dan Nabi saw pun bertanya kepada penghuni
pasar di Madinah itu kenapa buah tamar tahun ini tidak sesubur dahulu. Mereka
menjawab bukankah Rasulullah saw menyatakan kalau tidak mendebungakan pokok
tamar itu tidak perlu? Jawab baginda Rasulullah saw , aku adalah manusia
seperti kamu. Kamu lebih tahu tentang dunia kamu.
Ada pihak yang mentafsirkan seolah-olah Nabi saw serba tahu
tentang semua hal-hal pengurusan dunia,
selain dari pemerintahan yang adil dan ihsan.
Sebenarnya pegentahuan dunia yang dimaksudkan oleh Nabi saw
ialah ilmu kemahiran dan pertanian dan pembuatan adalah bidang ilmu yang Allah
swt berikan kepada semua manusia sehingga manusia dapat mencipta sesuatu yang
lebih canggih dan moden dan mencipta senjata sehingga berlaku kezaliman
terhadap manusia lain kesan daripada tumpuan manusia hanya kepada ilmu sains
dan teknologi semata-mata sehingga terlupa kepada ilmu falsafah kemanusiaan
yang akibatnya kehidupan bermasyarakat mereka semakin hilang semangat tolong menolong
dan berkasih sayang antara satu sama lain sesama manusia.
Kata Jawarhela Nehru, Perdana Menteri India, manusia hidup
dizaman batu jauh lebih baik dalam hal mengasihi dan megasihani manusia lain dan hidup saling bekerjasama dan
tolong menolong dalam kelompok masyarakat mereka dibandingkan dengan dunia yang
pada hari ini ,dimana manusia zaman ini yang kehidupan mereka dalam serba moden
dan masing-masing mahu berlepas diri antara satu sama lain dan lebih
mementingkan diri sendiri.
Umumnya manusia tertumpu kepada bidang kemahiran dan
teknologi hanya kejayaan peribadi semata-mata. Hidup manusia tidak sampai kepada
matlamat yang sebenar apabila mereka lupa kepada fitrah kejadian asal manusia
atau dipanggil juga (fitrah insaniyah atau sifat semulajadi manusia). Manusia
memerlukan ilmu Nabi yang diwahyu oleh Allah swt supaya manusia saling berkasih
sayang atau dipanggil juga (ihsan yang dalam bahasa Arab yang maksudnya lebih
kurang mengasihani kepada yang lemah dan tertindas) dan bersifat adil (yang
maksudnya tidak zalim). Dengan sifat kemurahan Allah swt ,telah diutuskan Nabi
kepada manusia supaya mengajak manusia bersifat adil dan ihsan (mengasihani
atau dipanggil juga falsafah kemanusiaan) kepada antara sesama manusia.
Hari ini untuk membina kerangka adil dan ihsan manusia perlu
terlibat dengan suasana masyarakat (politik).
Berpolitik untuk mencari kepentingan diri dan puak adalah
tidak sama dengan berpolitik untuk kepentingan umum untuk manusia keseluruhan,selari
dengan sunah Nabi saw dengan ukuran
manusia sejagat.
Allah swt telah mengingatkan kepada manusia supaya
menghayati hikmah kejadian alam sebagai iktibar untuk dilaksanakan dalam
kehidupan manusia.
Antara alam yang
paling dekat untuk difahami ialah alam diri manusia itu sendiri. (Diri
sendiri).
Dalam diri manusia terdapat komponen-kompenan yang berbeza
dan selera yang berbeza seperti mata mahu melihat yang comel-comel, telinga mahu
mendengar yang indah-indah dan elok di
dengar ,lidah( ataupun selera) pula mahu mengecapi yang sesuatu yang lazat dan wangi dan lain-lain
lagi bersesuaian dengan pancaindera manusia itu sendiri .
Secara fitrah kerjasama berlaku antara kompenan yang berbeza
dan itu terarah kepada satu matlamat,
iaitu memulihkan tenaga,sama ada untuk
tenaga zahir atau pun batin.
Seperti mata melihat makanan,selera pun tertarik, tangan terus
menyuap mulut , hidung menghidu dan lidah mengecap, gigi mengunyah, leher
menelan, perut terisi dan seluruh tenaga kembali pulih. Peranan-peranan tadi
adalah untuk keperluan seluruh tubuh. Itulah yang utama. Menuju kepada satu
matlamat.
Demikianlah juga manusia daripada kumpulan-kumpulan kaum
yang berbeza dan keperluan yang berbagai-bagai dapat bekerjasama bila
bertembung dengan keperluan kemanusiaan dan keadilan sejagat. Ketika itu
manusia dapat melampaui semua kepentingan kaum tanpa mengira ‘ugama bangsa’ dan budaya.
Manusia sebagai khalifah Allah swt dibumi pasti mengambil
pendekatan mengikut kaedah Allah swt yang menjadikan alam manusia( ini susah
sikit untuk diterangkan secara terperinci apa itu alam manusia atau dalam
bahasa falsafah arab ialah shakhsul asra). Walaupun shariat(peraturan) berbeza
tetapi (matlamat) itu satu, iaitu menuju kepada Tuhan yang satu. Lebih lengkap
lagi di panggil ‘Agama itu Tunggal’ atau ‘Agama Satu’.
Shariat Nabi Muhamad saw perlu dipandang dari dua elemen. Yang
pertama, Nasionalis Arab dan yang kedua , manusia sejagat. Peranan Nabi saw
bermula dengan mendidik Arab untuk membina jemaah awal (sabiqun nal awaliq;
bahasa arab lebih tepat tapi tiada dalam bahasa melayu mudah) dan daripada
bangsa Arab yang memahami mesej Al Quran, berjaya meletakkan kerangka keadilan
sejagat kepada semua bangsa manusia dengan perantaraan kuasa pemerintahan yang
memantau perlaksanaan zahir. Dua elemen ini hanya bebeza antara matlamat
sejagat dan jalan menuju kepada matlamat itu.
Hakikat ini sama seperti apa yang berlaku kepada Perdana
Menteri Malaysia dan pada masa yang sama
Presiden Umno yang berucap berdasarkan
kebangsaan melayu tetapi menyeru supaya bersatu padu antara rakyat yang
berbagai kaum bila berucap sebagai Ketua Negara.
Seruan kearah penyatuan dan kerjasama peringkat sejagat yang
difirman kan oleh Allah dan dilaksanakan oleh Nabi saw perlu diteruskan oleh
umat Islam hari ini yang memiliki Al Quran sebagai bukti kukuh mereka berketuakan
(berpenghulukan) Nabi saw yang menyeru ayat-ayat Allah kepada pemimpin
masyarakat dan pemimpin ugama terutamanya (tidak mengira dari shariat mana
sekalipun). Cuba perhatikan Ayat 64
surah al Imran yang maksudnya:
“katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai ahli kitab, marilah
kepada satu kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita
semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya
sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil sebahagian
yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain
dari Allah, kemudian jika mereka (ahli kitab itu) berpaling (enggang
menerimanya) maka katakanlah kepada mereka “saksikanlah bahawa sesungguhnya
kami adalah orang-orang Islam”.
Pertama, siapakah ahli kitab hari ini? Dan yang kedua,
apakah kalimah yang sama itu?
Penganut ugama di dunia terbahagi kepada dua. Pertamanya
ialah Millah Hanifi iaitu shariat
Muhamad (yang juga panggil muslim ataupun Islam), Yahudi dan Kristian dan yang kedua ialah Millah Sabiah iaitu shariat Hindu, Budha, Majusi, Shinto, Lo Tse, Kung Fu
Tze dan lain-lain lagi yang berselerakan di dunia ini dan tidak terkecuali juga
bahai iaitu pegangan orang asli kemungkinan dari sabiah. Semua shariat-shariat
yang ada pasti mempunyai 10 rukun sebagai
prinsip dalam kitab-kitab (perlembagaan kemanusian) mereka. Walaupun ianya
dalam keadaan berserabut dan bercampur aduk dan sesetengah daripadanya mungkin
telah menyimpang daripada maksud asal tetapi asas fitrah(falsafah ketuhanan)
dalam kitab-kitab mereka masih tetap kekal.
Walaupun keutuhan kitab-kitab tersebut tidak setanding
dengan Al Quran tetapi sekurang-kurangnya setanding dengan kitab-kitab hadis.
Sekiranya kitab-kitab tersebut telah hilang sama sekali
kebenarannya tidak mungkin Allah telah memerintah supaya Nabi saw menyeru
kepada berkerjasama pada kalimah yang sama iaitu manusia perlu bersatu
berasaskan kesatuan ugama.
Pada zaman Nabi saw terdapat sebahagian ahli-ahli kitab dikalangan Yahudi dan Nasara
yang melampau mendakwa tidak masuk syurga melainkan dikalangan mereka sahaja.
Dakwaan yang diucapkan oleh mereka yang melampau dikalangan Yahudi dan Nasarani
berlaku pada zaman Nabi saw kerana menolak kerjasama pada kalimah yang sama (iaitu
fitrah insaniyah ataupun kita panggil juga falsafah kemanusiaan).
Pada maksud yang sama berlaku hari ini oleh sebahagian umat Islam
yang bersikap melampau dan mendakwa tidak masuk syurga melainkan dikalangan
mereka sahaja dan dakwaan itu tidak ada kena mengena dengan ajaran Al Quran dan
sunah Nabi saw. Firman Allah dalam surah al Baqarah ayat 101 yang maksudnya:
“Dan apabila datang kepada kamu seorang rasul dari sisi
Allah (Nabi Muhammad saw), yang mengesahkan apa yang ada pada mereka,sebahagian
dari orang-orang yang telah diberikan kitab ini melemparkan kitab Allah kebelakang
mereka, seolah-olah mereka tidak mengetahui”.
Dakwaan mereka-mereka itu telah mewarisi dakwaan-dakwaan
yang sesat sebagaimana yang dilakukan oleh Yahudi dan Nasara sebagaimana segolongan Yahudi dan Nasara yang
sesat semata-mata untuk menghalang wujudnya kesatuan sejagat dikalangan umat
manusia yang berbilang bangsa dan berbilang agama bahawa “Tuhan telah
menampakkan keelokan pada amalan sesuatu kaum”. Ayat Quran Surah baqarah ayat 62 yang maksudnya:
“Sesungguhnya
orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora
(Nasrani), dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman
kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi
mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari
berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita.”
Maksud ayat di atas
menunjukkan bahawa amalan baik daripada semua penganut-penganut ugama yang
berbagai-bagai shariat akan mendapat ganjaran di sisi Allah dan beriman kepada hari akhirat serta beramal
baik tetap mendapat ganjaran di sisi Allah. Semua pengamal agama sejak Nabi Adam
as ,Nuh as, Idris as adalah Islam.
Kepada pengikut Musa as digelar Yahudi, kepada pengikut Isa
digelar Nasara. Perbezaan itu hanya pada istilah dan shariat (peraturan)
sahaja. Pada hakikatnya mereka yang beramal baik selaras dengan fitrah
insaniyah (falsafah kemanusiaan) adalah Islam dan layak mendapat ganjaran
daripada Allah.
Menjadi fitrah kepada setiap kaum mengagungkan kitab suci mereka
dan ulama-ulama(bijak pandai) mereka dan mereka tidak sanggup patuh kepada
keputusan yang dibuat ke atas mereka tanpa mengambil kira kitab-kitab suci dan
orang yang mereka sanjung.
Maka wajarlah pihak-pihak kerajaan menubuhkan dewan ulama
yang terlibat daripada semua ugama mencari kata sepakat berasaskan persamaan
yang wujud kepada semua kitab-kitab suci.
Manusia perlu ada asas untuk bersatu di peringkat sejagat
dan kalimah Allah sebagai tonggak kepada perpaduan sejagat. Firman Allah surah
al A’raf:172 yang maksudnya:
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika
Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang)
belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri,
(sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?"
Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi
saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat
kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang
(hakikat tauhid) ini".
Oleh Hasan Muhamad.kampung tok ku.
No comments:
Post a Comment