Friday, September 27, 2013

DELIMA SYIAH TERKINI



DELIMA SYIAH TERKINI

Saya bersetuju usaha supaya ada sekatan terhadap perkembangan Syiah dibendung peringkat umum. Jika tidak umat Islam akan terdedah kepada peranan pihak ke tiga yang menjadi batu api sehingga tercetus daripada fahaman yang berbeza menjadi dua musuh dalaman Islam yang saling membunuh seperti pernah berlaku di Iraq dan Pakistan.
Mereka yang bersikap fanatik  dengan pegangan mereka hanya terhenti setakat sumber zanni (bukan Al Quran iaitu selain daripada Al Quran)  yang menjadi hujah kepada sebahagian ulama fiqh sehingga terhalang mereka untuk kembali kepada Al Quran.
Firman Allah dalam surah taubah ayat  32 menyatakan:
Yang maksudnya:
Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama(Ulama) mereka sebagai pendidik-pendidik(Tuhan) selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan.

Kata ibnu Abbas di dalam kitab hadis Bukhari menyatakan bahawa mereka bukan menyembah para ulama tetapi mereka mengikut apa yang dikata oleh ulama tanpa menilainya.( iaitu dengan Al Quran).
Berpegang kepada sesuatu mazhab adaalah baik untuk kefahaman sekelopok kaum pada sesuatu tempat dan keadaan yang berubah-ubah tetapi apabila melibatkan manusia-masyarakat sejagat ia mesti kembali kepada Al Quran sebagai sumber asas yaang mutlak tanpa syarat.
Antara Syiah dan sunnah terdapat golongan yang sederhana(tidak fanatik) yang berminat untuk kembali kepada Al Quran dan bertolak ansur perkara-perkara yang tidak mutlak (selain daripada Al Quran.)
Syiah bermula daripada sebuah organisasi politik dan isu kebangkitan semula imam mahadi adalah satu helah politik Syiah untuk mengalih perhatiah penyokong-penyokongnya supaya tidak menyokong khalifah umaiyyah dan helah politik ini masih menjadi akidah kepada penganut Syiah dan orang yang mengaku dirinya penganut sunni juga terperangkap dan turut bertaklid bersama-sama penyokong Syiah dalam masalah ini.
Hadis-hadis yang menyentuh soal akidah perlu bertaraf mutawattir iaitu hadis yang diriwayat dari sumber tiga orang sahabat. Ada pun hadis tentang kebangkitan imam mahadi hanya dari sumber seorang sahabat sahaja bererti hadis ini sekadar hadis ahad yang tidak boleh dijadikan asas kepada akidah.

(oleh : Hassan muhammad, kg tok ku kedai lalat)

No comments:

Post a Comment