Thursday, September 3, 2015

Jihad



Dalam Al-Quran banyak dinyatakan tentang jihad, tetapi tidak ramai ulama Islam  yang dapat menghuraikan dengan jelas tentang jihad. Masalah jihad atau perang merupakan masalah negara apabila kita hidup bernegara, memandangkan kepada keselamatan negara itu sendiri. Pada zaman ini peranan ulama dalam bidang jihad boleh dikatakan tiada langsung. Pemikiran mereka telah luput dari ilmu pemerintahan. Kehidupan mereka cuma beribadat dalam bentuk yang dapat dilihat seperti sekarang. Tidak ada perjuangan yang mereka lakukan. Disebabkan kesamaran dalam kalangan ulama ini, maka tidak lahir hakikat jihad dan pengenalan sebenar mengenai jihad.
Allah menghendaki supaya manusia melaksanakan keadilan yang disertai dengan ihsan dalam kalangan manusia. Ini merupakan asas pertama. Tujuan utama diutuskan nabi ialah menegakkan keadilan hingga martabat ihsan. Untuk menegakkan keadilan banyak lagi wasilah dan usaha untuk mencapai keadilan. Keadaan ini bolah dibandingkan dengan sembahyang, puasa dan zakat; yang mana semuanya bukan merupakan matlamat, tetapi merupakan wasilah. Jika wasilah tidak terlaksana, maka matlamat tidak tercapai. Maka Allah berfirman: “ Sesungguhnya Allah menyuruh berbuat adil”. (Al-Quran: 16: 90). Suruhan ini pada peringkat pertama. “dan ihsan”. (Al-Quran: 16: 90). Suruhan ini pada peringkat kedua. Setelah wujud keadilan dan ihsan, dapatlah dilaksanakan usaha-usaha berikut: “dan menolong mereka yang memperjuangkan keadilan dan melarang dari yang keji dan yang mungkar dan kezaliman; Ia nasihati kamu supaya kamu ingat”. (Al-Quran: 16: 90).
Sifat adil adalah hak bagi semua manusia. Jika sesuatu bangsa atau kaum dizalimi, maka usaha menghapuskan kezaliman itu digelar jihad dalam agama – iaitu berjuang dan berperang untuk menghapuskan kezaliman dan penindasan oleh manusia ke atas manusia walau di mana sekalipun. Inilah pengertian jihad mengikut Al-Quran, di mana peperangan agama adalah peperangan menentang penindasan oleh manusia ke atas manusia walau di mana sekalipun. Inilah pengertian jihad mengikut Al-Quran, di mana peperangan agama adalah peperangan menentang penindasan oleh manusia ke atas manusia tanpa memilih bangsa, kaum atau puak, warna kulit dan lain-lain. Perjuangan ini berasaskan keadilan. Jika tiada keadilan, maka tiada agama.
Dipetik dari muka buku tafsir al hakm karangan haji wan abdullah haji wan musa (jilid 8).
Jihad 3
Ulasan (oleh hasan muhamad)
Firman Allah dalam surah al-mudathir, “Dialah Tuhan yang mengutuskan RasulNya dengan petunjuk dan agama yang benar supaya beliau melahirkannya di atas semua agama pada keseluruhannya walaupun dibenci oleh orang musyrik.” (Al-Qurʾān: 61: 9).
Peringkat pertama hidayah nabi ialah memberi hidayah dan peringatan secara lemah lembut atau dibahasakan dengan hari ini satu teori yang menuju kepada adil dan ihsan. Sebagai satu penyelesaian masalah yang mengatasi semua teori yang ada.
Hidayah secara berlemah lembut ini untuk memberi fahaman tertakhluk kepada batas-batas tertentu sehingga jelas penerimaan dan penolakan.
Di sinilah letaknya perbezaan diantara ilmu dari ilmu yang bermanafaat.
Keutamaan patut diberi kepada hala tuju dan pengenalan matlamat melebihi hidayah untuk ditiru atau di ambil contoh panduan oleh mana-mana pihak dalam kontek hari ini tidak tertakhluk kepada jenama atau cara.Janji ,Ambil contoh itu dinamakan hidayah.

Hari ini mereka berjihad untuk menukar kerajaan yang mempunyai gaya dan adat resam arab seperti mana dilakukan oleh Pas dengan slogan bersama ulama sedangkan hala tuju tidak pernah di persoalkan. Mereka tidak memberi penekanan masalah-masalah penting seperti perpaduan keadilan Islamiyah untuk menjadi ikutan generasi kemudian.
Alasan ikan besar untuk memakan ikan kecil dengan mendakwa bahawa ikan kecil menjadi makanan ikan besar dengan alasan ikan besar tak tahu memakan lumut. Apabila sampai peringkat ini ikan kecil tidak perlu lagi berhujah dan ikan kecil perlu mencari muslihat bagaimana untuk membunuh ikan besar untuk menyelamat diri dari menjadi mangsa.
Peringkat yang kedua ini di namakan din nul hak iaitu bertolak kepada organisasi perjuang dan mengumpul keupayaan sanggup membentangkan bantahan secara terbuka kepada golongan yang zalim.
Kegiatan itu tidak akan mendapat sokongan daripada golongan musyrikin, iaitu mereka yang berpegang selain daripada kitab Allah dan berhujah dengan kitab ciptaan manusia, selalunya mereka berpendirian seperti lalang semata-mata untuk mencari kepentingan, kerja mereka menilai pada zahir tanpa matlamat untuk menegak keadilan dan menentang kezaliman. Fakta yang ada pada mereka sudah bercampur aduk.
Mereka mengutamakan cara sehingga hilang matlamat, mereka sanggup kehilangan matlamat   fanatik cara yang diwarisi oleh nenek moyang mereka yang dianggap sebagai mutlak.
Mereka yang menentang hidayah dan teori kebenaran dari kitab Allah setelah ia memahaminya adalah munafik.
Ada pun mereka yang menentang peringatan yang kedua atau din nul hak setelah dia sedar perjuangan itu benar di namakan kafir . mereka itu wajib di jihad.
Jihad tidak semestinya mengangkat senjata semata-mata, tetapi dengan usaha yang berterusan sehinggap dapat merubah sistem yang zalim kepada adil.
A.                     Ada pihak keliru dengan jihad ekonomi, jihad menuntut ilmu, dan jihad nafsu.
Individu yang menuntut ilmu atau yang mengumpul harta adalah jalan atau alat untuk menyempurnakan matlamat untuk mencapai keadilan. Jika hilang matlamat jihad segala peranannya tidak dinamakan jihad.
B.                      Dengan usaha yang terus berterusan melalui jalan-jalan yang berisiko, adalah tidak selari dengan kehendak nafsu yang membisikkan supaya berehat dan bersantai, itulah nafsu yang wajib dijihad.
Oleh hasan muhamad kg tok ku

Monday, August 24, 2015

Apa itu perniagaan dan ekonomi kewangan Islam



1. Apabila diperkatakan perniagaan dan ekonomi Islam selalunya dikaitkan dengan riba.
2. Sesungguhnya Islam menghalalkan perniagaan dan mengharamkan riba.
3. Riba adalah mengambil sesuatu faedah dan manafaat tanpa sebab seperti jawatan yang bergaji besar biarlah setimpal dengan sumbangan yang diberi.
4. Mereka ini akan ditanya daripada mana harta yang kamu dapat dan apa yang kamu belanjakan.
5. Jika individu tertentu sedar manafaat yang di ambil tidak setimpal dengan sumbangan yang diberi hendaklah ia mengembalikan sebahagian harta itu kepada rakyat yang memerlukan seperti membuat dana bantuan dan sebagainya.
6. Ada yang berpendapat bank yang mengenakan pinjaman itu riba pada hal faedah yang dikenakan kepada peminjam adalah bersebab manasabah seperti menyewa banggunan, gaji kakitangan, pengawal keselamatan serta keuntungan diberi kepada penyimpan dan susut nilai harta.
7. Tetapi oleh kerana pengenalan riba itu telah ditentukan kepada lebihan semata-mata, maka  dihukum bank  itu riba berdasarkan hadis nabi, apabila berhutang  gandum segantang di bayar segantang. Pada hal pinjaman seperti gandum tidak berlaku susut nilai dalam tempoh yang singkat sedangkan pinjaman yang diurus oleh bank me;melibatkan harta yang terdedah kepada susut nilai dalam tempoh pinjaman lebih masa yang panjang.
8. Setelah kita melihat wujudnya bank Islam ada pun dinamakan perbankan Islam tidak jauh daripada apa yang berlaku pada bank biasa.
9. Apabila dikaitkan dengan Islam hanya di tokok tambah dari sudut istilah sahaja tanpa menyentuh persoalan pokok, apa yang sangat kelebihannya kalau setakan menonjolkan istilah.
10.     Pada prinsipnya ekonomi Islam ialah satu sistem keadilan dan pembahagian rezeki antara golongan kaya dan golongan miskin.
11.     Tetapi apa yang berlaku bank Islam hanya melihat dari sudut feqah yang diukur pada zahir semata-mata.
12.     Antaranya seperti aqad hanya dinilai pada upacara tertentu yang berbeza dengan bank yang berjenama Islam.
13.     Bank yang tidak berjenama Islam membuat perjanjian dan mengemaskini urusan mengeluar dan membayar balik pinjaman.
14.     Akad bermula daripada perkataan aqada bererti kemaskan harganya yang biasanya sesuatu yang tidak kemas dalam urusan jual beli.
15.     Seperti membeli di pasaraya harga sudah di kemaskan tidak seperti membeli barang dipasar, dikedai-kedai kecil, di kaki lima kerana harga dibolehkan tawar menawar bergantung kepada budi bicara daripada harga asal.
16.     Setelah persetujuan di ambil kedua pihak telah bersetuju dan menetapkan harga dan jumlah barang, tempoh bayar, maka itu dinamakan aqad.
17.     Nabi pernah bersabda orang berniaga boleh berada bersama nabi di akhirat.
18.     Ahli perniagaan dikalangan para sahabat nabi adalah penyumbang besar pada perjuangan nabi termasuk harta benda dan tenaga atas dasar persamaan dalam perjuangan itulah maka wajar mereka-mereka berada bersama nabi di akhirat.
19.     Mereka merantau di negara-negara lain menjadi mata telinga kepada nabi. Mereka melihat bagaimana penduduk negeri-negeri yang dijajah oleh empayar besar rom dan parsi. Maka umat Islam dapat mengikuti maklumat perkembangan politik antarabangsa dengan peranan para peniaga.
20.     Ada pun perniagaan yang dikaitkan dengan  Islam hari ini sekadar menilai rupa zahir, timbang cukup, aqad, tinggal kerja ketika sampai waktu solat, tinggal perniagaaan dan mereka menilai sembahyang itu pada rukun 13 semata-mata.
21.     Sedangkan peranan manusia yang layak bergelar khalifath ataupun peranan manusia dijadikan untuk mengimarahkan bumi, mereka itu sanggup menegak dan menyumbang atau dengan lain perkataan wa aki mu solah, dirikan lah sembahyang keluar zakat sebagai jalan beramal orang-orang yang beriman.
22.     Adapun bertaklid pada rupa zahir semata2 hanya layak orang yang bergelar Islam sahaja.
23.     Pinjaman perumahan dan lain-lain juga dikenakan faedah berganda sama dengan bank biasa.

Oleh hasan muhamad. Kg tok ku

Tuesday, August 18, 2015

Sebab2 penyelewengan





[1] Berikut adalah beberapa perkara yang menyebabkan penyelewengan. (i) pengabaian, hakikat pengabaian ialah generasi yang mengganti golongan pendukung agama mengabaikan solat, mengikut keinginan nafsu, tidak berusaha menyebarkan, mengajar, mempelajari dan mengamalkan agama, tidak menggalakkan perbuatan baik dan tidak mencegah perbuatan jahat. (ii) tujuan yang merosakkan, meyebabkan takwilan yang salah untuk mendapat keredaan dan mengikut keinginan raja-raja. (iii) para ulama tidak melarang perbuatan buruk. (iv) sikap terlalu menghalusi dalam agama. keadaan sebenarnya apabila syarik menyuruh atau melarang daripada sesuatu, orang yang mendengar memahami mengikut akalnya. Lalu dengan hukum itu digunakan pada kes-kes yang menyemainya hanya dalam sudut tertentu. (v) memilih ibadat yang  menyusahkan (tasyaddud) yang tidak disuruh oleh nabi atau Tuhan seperti sentiasa puasa, beribadat malam, tidak kahwin. (vi) istihsan. Hakikat istihsan ialah seorang melihat Nabi menetap satu tanggapan yang sesuai bagi setiap hukum dan dia melihat nabi menetapkan syariat. Lalu dia mengambil sebahagian rahsia syariat dan dijadikan peraturan untuk manusia mengikut apa yang baik mengikut kefahamannya. (vii) mengikuti ijmak satu kumpulan pembawa millah yang biasanya atau kebanyakan masa dipercayai benar oleh orang ramai. Maka mereka berpendapat ijmak mereka ini adalah hujah yang teguh yang menetapkan sesuatu hukum, walaupun ijmak itu tidak berasaskan Al-Qurʾan dan sunnah. (viii). Bertaklid kepada seseorang yang tidak maksum iaitu selain dari nabi. Seorang ulama umat Muhammadiah berijtihad dalam satu masalah, ijtihadanya diikuti oleh orang ramai. Mereka yakin ijtihad itu benar atau biasanya benar. Dengan ijtihad itu mereka menolak hadis sahih. (ix) percampuran millah sehingga tidak dapat dibezakan. (Ḥujjat Allah al-Balighah, jilid I, bab).


[1] Shariʿat yang sempurna mengandungi perintah jihad, kerana Allah taklifkan manusia dengan suruhan dan larangan. Kebanyakan manusia dikuasai keinginan nafsu yang hina, akhlak yang ganas, pelbagai waswas syaitan ingin menjadi pemimpin dan budaya lama. Faktor-faktor ini menyebabkan mereka mengabaikan faedah dan tidak mengakui perintah Nabi (S.A.W.), tidak menghayati kebaikan perintah baginda. Untuk mereka tidak memadai dengan menyampaikan hujah, tetapi mereka hendaklah dipaksa beriman secara hina. Mereka yang terlalu kuat perlu dibunuh, benteng kekuatan mereka dimusnahkan, harta mereka dirampas. Dengan berbuat demikian penyokong dan keturunan mereka akan beriman secara gemar dan taat. Mereka beriman apabila ditawan dan dipaksa. Inilah maksud sabda Nabi (S.A.W.) : “Allah hairan dengan satu kaum yang memasuki syurga bersama-sama rantai”. (Ḥujjat Allah al-Balighah, jilid II, bab ‘’, ms. 170).

10 Sifat haiwan tunduk kepada sifat malaikat dalam bentuk perbuatan, tanggapan dan peraturan yang khusus
untuknya. (Itulah kebajikan). Sifat haiwan juga menentang sifat malaikat dalam bentuk perbuatan,
tanggapan dan usaha-usaha yang bertentangan dengan kepatuhan itu. (Itulah dosa). (Ḥujjat Allah al-
Balighah, jilid I,).

Dipetik dari tafsir al-hakm