Tuesday, July 21, 2015

Liwat Adalah Akibat Amalan Bertudung Oleh Perempuan.



  
[1]Satu cara menggelakkan liwat melanda sesuatu umat ialah dengan memastikan perempuan menghapuskan tudung. Orang jahil yang tidak memakai hijab terlanjur ke dalam zina. Walaupun liwat di dapati berlaku, perbuatan itu sedikit sahaja. Orang yang terkenal dengan hijab lebih banyak melakukan liwat berbanding zina.
Sekarang kami kembali kepada tajuk asal perbincangan. Seorang yang terikat kepada seorang perempuan sahaja lebih banyak melakukan liwat. Kita tumpukan perhatian kepada perkara ini untuk memastikan keburukan kepimpinan masyarakat yang menyedarkan. Orang yang tidak bersama-sama orang ramai, mereka mengenali diri mereka. Ketinggian tokoh-tokoh yang terdapat dalam sejarah yang tidak mengambil tahu tentang masyarakat tidak dibincangkan. Mereka adalah manusia yang dilaknat Allah di dunia dan di akhirat. Allah telah membutakan penghlihatan mereka dan Allah sesatkan mereka dengan pengetahuan mereka. Orang yang memerhati masyarakat, mereka dapati bala ini telah menyeluruh.
Sekarang kami kembali kepada seruan para nabi Hunafa (Yahudi, Nasara dan Islam). Aku pasti sepintas lalu bahawa para nabi itu menegah masyarakat dua perkara. Pertama seseorang telah menciptakan sesuatu ciptaan dengan usahanya. Ini satu bukti dia seorang yang sempurna. Orang yang lebih sempurna daripada pencipta itu ialah orang yang mampu mencipta lebih banyak ciptaan seperti itu. Kemudian urusan itu terpantul di mana seseorang itu mencipta tuhan. ciptaannya bercanggah dengan fitrah. Ciptaan-ciptaan Allah adalah sebagai bukti ketuhanan-Nya. pendapat ini tidak bercanggah dengan fitrah di sisi Hanifah.
Dipetik dari tafsir al hakm.


[1] Kajian guru kami ini memang benar dan aku dapati keadaan masyarakat Malaysia lebih baik daripada masyarakat India dalam masalah liwat, kerana di Malaysia terdapat wanita yang musafir. Apabila syahwat lelaki memuncak, mereka mula-mula melihat perempuan dan remaja yang segak; seolah mereka itu dapat menggantikan tempat isterinya. Keadaan di India tidak sedemikian. Para remaja di sisi mereka di India lebih seronok daripada perempuan dengan amalan liwat, kerana perempuan di India bertudung.
Jika dilihat keadaan di Malaysia dan di Indonesia, maka aku dapati keadaan di Indonesia jauh lebih baik daripada Malaysia. Rahsianya, mereka membebaskan perempuan dan anak perempuan mereka supaya bergaul dengan pemuda dan lelaki. Dengan sebab itu kerosakan liwat terhapus daripada mereka melainkan segolongan yang cacat fitrah yang mewarisi daripada golongan lain. (Haji nik Mohd salleh Haji Wan Musa)

Friday, July 17, 2015

Umat Islam malaysia meraba2 mencari2 falsafah perpaduan umat

Umat Islam  meraba tercari falsafah perpaduan

1.  Sepatutnya tajuk ini dibincang oleh ulama.dan sebenarnya falsafah perpaduan tidak boleh dibincang oleh orang yang terasa dirinya teristimewa oleh orang orang lain.
2.  Kerana mereka tidak memberi ruang kepada orang lain untuk mengemukan pandangan mereka.
3.  Mereka yang meletakkan dirinya beriman di bawah kerangka mazhab cuba untuk memazhabkan kepada peringkat antarabangsa.
4.  Saiz masyarakat antarabangsa ialah hikmat daripada al-quran yang mengiktirafkan milah sabiah dan milah sabie.
5.  Setiap kaum ada syariat nya dan agama yang satu ialah fitrah insaniyah mampu merangkumi dalam sebuah kesatuan yang berbagai syariat.
6.  Orang mukmin itu bersaudara. Orang Islam tidak semestinya mukmin, orang bukan Islam ada yang mukmin.
7.  Tidak semestinya persaudaraan itu disyaratkan bermula dengan orang Islam sedangkan ia tidak mukmin.
8.  Setiap kejadian Allah   iaitu manusia tiada yang sia-sia.
9.  Setiap manusia yang dilahirkan ada syariat dan fitrah.
10.                  Fitrah jibilah ialah budaya, fitrah insaniyah ialah prinsip kemanusiaan sejagat. Fitrah jibilah itu badan. Fitrah insaniyah itu adalah rohnya.
11.                  Gabungan antara ke dua2nya adalah mukmin.
12.                  Golongan ini Allah   utuskan pada setiap umat.
13.                  Sama saja Islam baka atau kafir baka, sama2 mendokong resam.
14.                  Kafir sebenarnya ialah mereka yang engkar setelah dia tahu itu adalah sesuatu dari Allah  .
15.                  Adapun mereka yang tidak sampai hujah yang sebenar dari Allah  , mereka itu adalah ‘ashabul araf’.
16.                  Adapun mukmin ialah yang beramal apa2 yang difaham dari Allah   dan besih dirinya daripada hijab resam, hijab tabie dan hijab ‘suun makrifat’(salah pengenalan).
17.                  Tidak ada satu nikmat melainkan di utus nabi (mereka yang menentang hikmah kenabian itu dinamakan kafir).
18.                  Tidak ada satu umat melainkan diutus rasul. (al fathil ayat 24). Yang menyampai kitab2 suci dalam bahasa mereka, sembahyang dan berdoa pun dalam bahasa mereka.
19.                  Dan golongan inilah yang dimaksudkan mukmin2 yang perlu dipersaudarakan.(urah al baqarah ayat 62).
20.                  Oleh kerana umat Islam bertaklid kepada fiqah bila mengukur manusia sejagat, mereka mengkafirkan semuanya.
21.                  Demikianlah gelagat umat Islam hari ini seperti kera sumbang yang mengharapkan orang lain turut selera dan ragam dia.
22.                  Untuk membuktikan kemampuan mereka ini, kerjanya memilih golongan ini ke perhimpunan PBB sebagai otak penyelesaian masalah sejagat. Apakah yang dapat memberikannya kepada masalah jalan penyelesaian ini? Mampukah mereka menyelesaikan permasalah manusia?
23.                  Mereka tidak minat mencari persamaan sesama manusia tetapi mereka hanya berminat mencari perbezaan dengan alasan semua kitab2 itu sudah di ubahsuai. Bukankah Allah  perintah kepada nabi Muhammad supaya bekerjasama dengan ahli kitab pada kalimah yang sama sedangkan kitab itu telah pun berlaku perubahan tetapi Allah  maha megetahui masih ada keasliannya dan persamaan di antara kitab2 Allah  (al-Imran ayat 64)
24.                  Allah   menjadikan manusia berbagai2 kaum utuk mengenal antara satu sama lain lebih2 lagi mengenali kitab2 mereka.
25.                  Justeru itu rukun iman disarankan supaya beriman dengan ssemua kitab.
26.                  Tetapi apa yang berlaku, ditolak semua kitab dan mereka sama2 menganggap di cap sebagai kafir.
27.                  Mereka mengkafirkan mengikut perkiraan syariat semata2 sedangkan hukum kafir mengikut saiz kemanusiaan sejagat ialah mereka yang bercanggah dengan fitrah insaniyah. (rom ayat 30).
28.                  Kekeliruan berkenaan kafir inilah menyebabkan pemimpin2 agama diperingkat atasan hidup dengan berpura2 apabila bercakap tentang perpaduan umah.
29.                  dibibir mereka menyeru perpaduan tanpa berlandaskan fakta yang kukuh dan memutar belitkan fakta dalam bentuk yang rapuh ataupun ciptaan sahaja.
30.                  Apabila di belakang, kaum-kaum itu mereka berbisik  sesama mereka di anu si anu itu kafir dan perpaduan hanya dibibir setakat sandiwara sahaja.
31.                  Inilah akibatnya kerana terlalu menjaga, mendewa2 ustaz2 cari makan. Dengan kata lain, ustaz lain diluar(mulut), lain dihati atau dengan kata lain mulut manis jubor(bontot/kentot) masam.
32.                  Diatas asas yang rosak tidak boleh diharapkan melahirkan kebaikan dan telah sampai ke satu tahap menghalang manusia yang berlainan syariat daripada berhujah dengna al quran.
33.                  Mereka mencipta suatu halangan al quran itu dariada dimashyurkan kepada umum sedangkan mereka yang mengaku diri ulama pun tidak mahu memperkasakan ilmu.
34.                  Sudahlah dia tidak mampu memperkasakan ilmu, dia menyekat orang lain pula.
35.                  Pandangan ulama yang membelakangkan al Quran punca perpecahan umat.

Oleh: hasan muhamad kampung tok ku.

Penerangan berkenaan hijrah




       Orang yang tidak mahu maju mengadakan kata-kata bahawa hijrah sebagaimana pada zaman Nabi (S.A.W.) sudah tiada sekarang. Ini suatu andaian yang salah dan ditolak. Yang jelasnya di sisi kami bahawa hijrah boleh dilaksanakan setiap masa jika diperlukan. Maka hijrah diperlukan hanya apabila tidak berdaya mengadakan satu gerakan revolusi dalam negeri. Maka pada waktu itu mereka terpaksa berhijrah sebagai persiapan dan menyerang mereka. Tempat berhijrah tidak disyaratkan negara Islām, malah mana-mana negara yang mampu untuk menjalankan urusan itu. Perhatikan Nabi (S.A.W.), pada mulanya berhijrah ke
Habasyah sedangkan di sana tiada seorang Islām pun. Kemudian baginda kembali ke Mekah. Kemudian baginda berhijrah ke aif. Selepas itu baginda berhijrah ke Madīnah yang di diami oleh orang Yahudi dan Naārā.
Orang Islām yang ada di situ hanya sebahagian orang Madīnah yang fakir yang beriman kepada Nabi (S.A.W.) di Aqabah pertama, kerana pendapat yang menyeluruh itu di sisi kami diambil dari persabdaan Nabi (S.A.W.) yang bermaksud: “Berhijrah ialah meninggalkan larangan Allāh”. Contohnya, apabila seseorang telah meninggalkan negaranya kerana tidak dapat melaksanakan programnya, tetapi dapat dilaksanakan di negara lain, di sana mereka membuat persediaan untuk menentang musuh.
Mereka dikira orang yang berhijrah tanpa sebarang keraguan. Sesiapa yang meninggalkan program āghūt dan menyertai sistem Al-Qurʾ ān, maka dia dikira orang yang berhijrah. (Golongan āghūt ialah golongan yang menyeru ke arah satu sistem yang bertentangan dengan kitab Allāh, contohnya seruan Rom atau Kristian yang meninggalkan kitab Allāh). Sekarang kami tidak dapati sebuah kerajaan Islām seperti yang terdapat pada zaman khalifah al Rāshidīn yang membolehkan kami menumpang markas kami dengan markas mereka untuk menguasai dunia. Maka kita tidak perlu menguasai semua orang Islām yang ada, kerana mereka telah sesat jalan seperti kita.
 (Oleh Haji Nik Mohd. Salleh haji Wan Musa dipetik dari tafsr al hakm karangan haji nik abdullah bin haji wan musa ).
Dipetik dari tafsr al hakm karangan haji wan abdullah wan musa (meninggal  pada 21 Ṣafar 1355H atau 24 Mei, 1935M)

Masaalah peperangan ugama.




Orang sekarang meragui berhubung masalah peperangan agama. Mereka berkata bahawa orang Eropah berperang dalam kalangan mereka kerana persaingan dalam ekonomi. Maka para pemimpin mereka merasa hairan tentang mensabitkan peperangan berbentuk agama. Maka mereka meninggalkan Al-Qurʾān dan peperangan berbentuk agama. Kami menjawab: Setiap orang yang berperang untuk menghapuskan kezaliman terhadap manusia dan menegakkan keadilan dan isān dari kalangan mereka merupakan peperangan agama.
(Dipetik dari tafsr al hakm karangan haji wan abdullah wan musa - meninggal  pada 21 Ṣafar 1355H atau 24 Mei, 1935M)