Sunday, June 18, 2017

Kerajaan bermula daripada rumah

Apabila kita menguasai sesebuah negara, kita bertanggungjawab menegakkan sebuah pemerintahan berbentuk dalaman, tetapi kita bermula dengan kerajaan di rumah tempat kediaman. Rumah yang dimaksudkan ini ialah rumah di negara-negara maju bukan rumah di kawasan pedalaman.

Pengurusan Rumah tangga Di Negara Maju Sebagai Persediaan
Untuk Menegakkan Sebuah Kerajaan Dalaman Orang Islām.
Shaykh berkata, apabila kita menguasai sesebuah negara, kita wajib membangun sebuah kerajaan di negara itu. Asas pemerintahan itu bermula di rumah sebagai tempat tinggal, kerana contoh siasah negara dan ibu kota seluruhnya terdapat dalam siasah rumah tangga di mana rumah adalah sebuah negara yang maju. Keadaan ini berbeza dengan rumah di pedalaman. Allāh taʿālā berfirman:

Dan janganlah kamu berkahwin kepada perempuan-perempuan mushrik hingga mereka beriman; dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada seorang perempuan mushrik walaupun menggemarkan kamu; (Al-Qurʾān: 2: 221).
kerana kecantikannya, kekayaannya dan kebijaksanaannya.

dan janganlah kamu kahwinkan (perempuan dari kamu) kepada orang mushrik, hingga mereka beriman; dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman itu lebih baik daripada seorang lelaki yang mushrik walaupun menggemarkan kamu. (Al-Qurʾān: 2: 221).
kerana kecantikannya, kekayaannya dan kebijaksanaannya.

Mereka itu mengajak kamu ke neraka; (Al-Qurʾān: 2: 221).
    Maksudnya, mereka mendorong ke arah pertelingkahan yang membawa ke neraka di akhirat kerana merosakkan kerukunan keluarga rumah.

dan Allāh mengajak kamu ke syurga, (Al-Qurʾān: 2: 221).
    Maksudnya, Allāh mengajak kamu supaya bermuafakat dan bersatu yang membawa ke syurga.
Shaykh berkata, pada ayat ini Allāh menyebut hukum perkahwinan pada zahir, dan disebaliknya terdapat hikmat. Orang yang bijaksana akan melahirkan hikmah di bawahnya. Hikmah dalam ayat ini ialah tidak harus mengawini perempuan mushrik sekalipun dia cantik, kaya dan bijaksana kerana ia membawa kepada pertelingkahan dan kerosakan rumahtangga kerana asas pertelingkahan adalah shirik. Penyatuan hanya melalui tauhid, malah kamu wajib berkahwin dengan amah yang muslim sekalipun ia fakir, tidak cantik dan tidak bijak kerana di sampingnya terdapat asas tauhid.
    Demikian juga suami mushrik dan hamba beriman (maksudnya ditegah perempuan beriman mengawini lelaki mushrik, dan hamba beriman ditegah mengawini perempuan mushrik).
    Seseorang dapat mempelajari pemerintahan di rumah bersama keluarganya. Cara dia bertindak dengan keluarga berhubung dengan makanan, minuman dan keperluan lain di rumah. Tersebut dalam ḥadīth, baginda bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik kamu, mereka yang belajar Al-Qurʾān dan mengajarnya”. Ḥadīth ini dalam bidang ilmu dan pengajaran. Pada ḥadīth lain baginda bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada keluarganya”. Ḥadīth ini dalam bidang amali.
    Dari amali dalam keluarga akan lahir amali dalam pemerintahan secara beransur-ansur. Jika berlaku perpecahan pada perkara-perkara ranting (furuk), sedangkan prinsipnya satu, maka perpecahan itu berlaku kerana pengaruh perasaan (gelabah). Selepas itu dapat disatu dan dimaafkan. Itulah maksud firman Allāh:

dan kepada keampunan dengan pertolongan-Nya; dan Ia terangkan perintah-perintahNya kepada manusia supaya mereka ingat. (Al-Qurʾān: 2: 221).
    Shaykh berkata, ramai orang tidak faham maksud kalimah “” yang bererti dengan harapan atau semoga, kerana mereka tidak menggunakan jalan bahasa percakapan. Contohnya, seorang mahu bercakap dengan anaknya yang telah baligh, maka ia tidak perlu menentukan setiap sesuatu, malah anaknya disuruh secara umum. Kemudian anaknya melakukannya mengikut kefahamannya supaya anaknya bebas berfikir dan bertindak. Dengan kebebasan ini Allāh bercakap dengan kata-kata “”.
    Ayat 221 menyatakan bahawa tidak mungkin dibangunkan sebuah keluarga dan diurus rumahtangga tanpa persefahaman. Orang mushrik mengajak ke arah perselisihan dan perbalahan yang membawa ke neraka. Orang beriman mengajak supaya bersatu yang membawa ke syurga. Tidak mungkin bersatu apabila tujuan hidup berbeza. Demikian juga pemerintah negara. Tidak mungkin berjaya seorang pemimpin yang mushrik sedangkan ahli-ahli partinya orang Islām, atau pemerintah Islām dan ahli-ahli parti dan rakyatnya mushrik. Pemerintah disamakan dengan suami dalam keluarga dan isteri disamakan dengan rakyat dan ahli parti dalam pemerintahan. Demikian juga, isteri wajib patuh kepada suami dan suami wajib menanggung segala keperluan dan perbelanjaan isteri. Kewajipan pemerintah dinisbahkan kepada partinya daripada segi pemerintahan sama dengan keluarga rumah. Tidak mungkin bergabung yang mushrik dengan yang bertauhid, khususnya pada peringkat pusat pemerintahan (kabinet). Misalnya, pemerintahan di Ḥijāz, tetapi Mekah adalah pusat ilmu agama, maka di situ mesti terdapat kebebasan yang secukupnya dan tiada pemerintah yang mencengkam; malah setiap orang wajib berpegang dengan undang-undang diri sendiri (bebas) dan pemerintahnya ialah Allāh.
    Perhimpunan di pusat ilmu agama seperti ini merupakan kemuncak peningkatan pemerintahan sebuah republik. Persamaan seperti ini tidak sia-sia kerana mereka terikat dengan undang-undang diri sendiri. Jika mereka tidak terikat dengan undang-undang, mereka juga menegakkan sebuah pemerintahan di sini sekadar yang diperlukan.
    Apabila manusia terikat dengan undang-undang, ia tidak perlu kepada pemerintah. Madīnah adalah pusat pentadbiran politik. Di Madīnah perlu diadakan undang-undang. Apabila tiada kebebasan di pusat ilmu agama (Mekah), batallah pemerintahan.
    Dalam Muwaṭṭāʾ Imām Mālik, terdapat ḥadīth pada bab menghalau Yahudi dari Madīnah. Nabi (S.A.W.) bersabda, maksudnya: “Tidak mungkin berhimpun dua agama dalam kalangan ʿArab”. Di kawasan pinggir seperti Damshiq, Syria, kemudian berpindah ke Baghdād, pemerintahnya haruslah Muslim, manakala millah muslim dan mushrik bercampur. Maka pemerintahan di pusat berbeza dari pemerintahan di wilayah sekitarnya. Maksud ayat ini, pemerintahan berada di markas sahaja. 

Dan mereka akan bertanya kepadamu darihal haiḍ. Katakanlah: “Iaitu satu kemudaratan. Oleh sebab itu hendaklah kamu berjauh diri daripada perempuan-perempuan haiḍ, dan janganlah kamu hampiri mereka hingga mereka bersih, maka apabila mereka telah suci, bolehlah kamu hampiri mereka sebagaimana Allāh perintah kamu, . (Al-Qurʾān: 2: 222).
    Shaykh berkata, maksud ayat ini ialah semua najis hendaklah dijauhi. Adapun peraturan, terserah kepada persetujuan suami dan isteri. Apabila mereka sekata pada sesuatu maka itulah undang-undang dalam rumah. Maksud rumah di sini bukan bangunan yang tersergam.
    Shaykh berkata, tidak mungkin seseorang menentang sesuatu yang diterangkan dalam sharīʿat. Undang-undang yang tidak diterangkan dalam sharīʿat, apabila diperlukan dalam rumah, maka undang-undang itu dijadikan untuk diri mereka. Sesiapa yang tidak mampu mengadakan undang-undang daripada dirinya ia tidak mampu mengadakan peraturan dalam sebuah negara dan millah, kerana pengurusan rumah tangga adalah asas untuk menegakkan pemerintahan negara. Maksud ikatan perkahwinan ialah persahabatan antara suami dan isteri dan perkongsian pada keperluan harta dan lain-lain serta bekerjasama. Maksud perkahwinan itu bukan tujuan seks semata, di mana isteri tidak membuat sesuatu di rumah, tetapi duduk seperti syaitan dengan tujuan seks semata-mata.
    Shaykh berkata, sebahagian fuqahāʾ mazhab Ḥanafī yang kemudian ini telah salah dalam memastikan matlamat perkahwinan. Mereka mengatakan matlamat ikatan perkahwinan hanya seks. Ada pun mas kahwin adalah sebagai bayaran untuk seks dan nafkah sebagai bayaran dirinya berada di rumah suami menunggu perhubungan seks. Pendapat ini tidak tepat, kerana matlamat ikatan perkahwinan ialah persahabatan antara suami dan isteri, bekerjasama dalam semua urusan di mana perhubungan seks juga termasuk dalam amalan itu, tetapi bukanlah matlamat perhubungan seks dan keseronokan semata-mata, boleh merosakkan pengurusan rumah tangga sehingga isteri dikongkong oleh suami kerana bertaklid kepada pendapat yang salah dan samar daripada para fuqahāʾ mazhab Ḥanafī yang akhir-akhir ini.  
    Imām Abū Ḥanīfah tidak berpendapat sedemikian. Oleh sebab itu mereka menyusun bab perkahwinan selepas bab haji kerana para imām dan Abū Ḥanīfah memasukkan perkahwinan ke dalam ibadat. Manakala susunan Shāh Walī Allāh berbeza dalam Ḥujjat Allāh al-Bālighah. Beliau menyusun bab jual-beli selepas bab haji dan bab perkahwinan dikemudiankan, kerana manusia mesti memiliki harta terlebih dahulu sebelum berkahwin.
    Shaykh berkata, sultan menggambarkan bentuk pemerintah kerana dia adalah salah seorang wakil ahli mesyuarat, manakala rakyat adalah gambaran kumpulan ahli mesyuarat. Demikian juga antara suami dan isteri, perlu ada ikatan persahabatan. Demikian juga perlu ada ikatan antara sultan dengan kumpulan ahli mesyuarat. Isteri wajib patuh kepada suami dan suami menanggung segala keperluannya, demikian juga rakyat wajib patuh kepada sultan dan sultan wajib menanggung segala keperluan rakyat.

kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang yang bertaubat dan Ia suka kepada orang yang bersih. (Al-Qurʾān: 2: 222).
    Maksudnya, apabila kamu tersilap pada masa tertentu seperti melakukan perhubungan seks dengan isteri dari belakang, kemudian kamu bertaubat kepada Allāh, kerana Allāh gemar kepada orang yang bertaubat dan menyuci diri dari kesalahan. Demikian juga pemimpin yang merampas harta rakyat, kemudian dia bertaubat kepada Allāh.

Isteri kamu itu ladang kamu. Oleh sebab itu datangilah ladang kamu sebagaimana kamu kehendaki, (Al-Qurʾān: 2: 223).
   Maksud kalimah “” ialah cara yang kamu kehendaki, dengan erti tidak dapat ditentukan peraturan, malah terserah kepada kamu untuk mengadakan peraturan antara kamu dan isteri-isteri kamu. Orang lain tidak harus membuat peraturan pada perkara ini walaupun dari kalangan para sahabat dan tābiʿīn.
    Jika diadakan peraturan untuk perkara seperti itu, sudah tentu tidak diterima. Diriwayat daripada Nāfiʿ bahawa harus melakukan perhubungan seks dari belakang dan riwayat ini adalah kesilapan Nāfiʿ atau pembohongan terhadap Nāfiʿ. Maksud tafsiran Nāfiʿ pada ayat “” ialah sediakanlah bagi dirimu untuk menyambut kelahiran anak sebagai hasil “ladang”.

dan sediakanlah untuk diri kamu, dan takutlah kepada Allāh, dan ketahuilah bahawasanya kamu akan menghadap Dia; dan girangkanlah orang yang beriman. (Al-Qurʾān: 2: 223).

Dan janganlah kamu jadikan Allāh itu satu sasaran bagi sumpah-sumpah kamu, (Al-Qurʾān: 2: 224).
    Shaykh berkata, makna “aimān” yang difahami dari Ḥujjat Allāh al-Bālighah, pada bab ‘Hukum Nazar Dan Sumpah’ iaitu yang haram jelas dan yang wajib pun jelas, dan yang tidak jelas dalam sharīʿat dengan haram dan wajib, bagi kita ada pilihan sama dengan perkara harus, sunat, makruh yang mana semuanya harus.
    Semua perkara ini jika diwajibkan ke atas diri kita, dinamakan nazar. Apabila diharamkan dinamakan sumpah. Apabila kita mengharam dan mewajib, bermakna kita mengadakan undang-undang sendiri, kerana apabila tidak diterangkan ada undang-undang dalam sharīʿat, kita harus membuat undang-undang tentang perkara itu. Apabila kita jadikan undang-undang ke atas diri kita, kemudian kita melanggarnya, Allāh pasti bertindak ke atas kita kerana kita telah mengadakan undang-undang ke atas diri kita dahulu.
    Petikan dari Ḥujjat Allāh al-Bālighah, sebahagian perkara yang berkait dengan bahasan ini ialah hukum nazar dan sumpah. Secara ringkasnya, tentang perkara ini adalah dari adat ʿArab dan ʿAjam. Kamu dapati semua umat melaksanakannya mengikut tanggapan masing-masing. Maka tanggapan itu wajib dibahas.
    Nazar dan sumpah tidak termasuk dalam asas kebajikan, tetapi jika seseorang mewajibkan ke atas dirinya dengan menyebut nama Allāh kerananya, maka wajiblah dia tidak cuai terhadap Allāh dengan perkara yang disebut nama Allāh kerananya.
    Shaykh berkata, di sini terdapat satu perkara lain, iaitu mereka yang tidak sampai seruan para nabi, kemudian mereka memahami dengan baik melalui akal mereka. Mereka membuat keputusan bahawa kefahaman mereka itu benar dan dijadikan undang-undang dari diri mereka iaitu dengan mewajibkan mereka melaksana atau meninggalkannya. Kemudian mereka menentang perkara itu. Maka Allāh akan azab mereka dan diambil tindakan kerana undang-undang yang dicipta dari diri mereka, sama seperti tindankan yang diambil kerana menentang undang-undang yang dibawa oleh para nabi (A.S.). Allāh tidak bertindak kerana menentang undang-undang yang dibawa oleh para nabi melainkan setelah mereka menerima secara faham.
    Secara ringkasnya, manusia tidak dibiarkan begitu sahaja sebelum dan selepas nabi diutus. Ada pun firman Allāh yang bermaksud: “Dan tidaklah Kami akan mengazabkan hingga Kami utuskan seorang rasūl”. (Al-Qurʾān: 17: 15), ayat ini tidak difahami oleh ulama usul dan ahli tafsir. Setelah Shaykh pastikan, maksud ayat ini ialah azab di dunia sahaja. Maksudnya, apabila diberi peringatan oleh seseorang sama ada rasul atau tidak, kemudian ia menentangnya, maka ia akan diazab di dunia.

menghalang kamu berbuat kebajikan, (Al-Qurʾān:2:224)
    Maksud kebajikan ialah kebaikan.

dan bertakwa, (Al-Qurʾān: 2: 224)
Maksud taqwa ialah undang-undang yang betul yang mendatangkan kebaikan.

Dan berbuat perdamaian antara manusia, dan Allāh itu Pendengar, Pengetahui. (Al-Qurʾān: 2: 224)
Maksudnya, mendamaikan antara golongan dan kumpulan manusia.

Allāh tidak masukkan perhitungan kamu apa yang sia-sia di dalam sumpah-sumpah kamu, (Al-Qurʾān: 2: 225).
    Maksudnya, apabila kamu jadikan undang-undang dari diri kamu, tetapi kamu tidak pasti undang-undng itu benar, malah mungkin benar atau tidak, jika kamu menyalahi undang-undang itu, kamu tidak diambil tindakan kerana tiada kata putus di hati kamu.

tetapi Ia masukkan perhitungan kamu apa yang dikerjakan oleh hati-hati kamu; (Al-Qurʾān: 2: 225).
    Maksudnya, apabila kamu mencipta undang-undang dari diri kamu dan kamu yakin undang-undang itu benar secara tegas, apabila kamu menentang undang-undang itu, kamu pasti diambil tindakan oleh Allāh seperti tindakan yang diambil kerana menyalahi undang-undang yang dibawa oleh para nabi (A.S.).
    Dalam Ḥujjat Allāh al-Bālighah, pada bab “Peringkat-peringkat Dosa” terdapat kata-kata yang tersusun: “Yang kelima, hukum yang tidak dinaskan oleh syariʿ dan tiada ketetapan di al-Malaʾ al-aʿlā, tetapi hamba telah menumpu kepada Allāh…..” hingga akhir bab.

dan Allāh itu Maha Pengampun, Maha Penyantun. (Al-Qurʾān: 2: 225).

Orang yang bersumpah hendak berjauh diri daripada isterinya itu, boleh tunggu empat bulan, sesudah itu kalau mereka kembali, maka Allāh itu Maha Pengampun, Maha Penyayang. (Al-Qurʾān: 2: 226).

Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama terhadap mereka dengan cara yang sopan, tetapi lelaki mempunyai satu darjah kelebihan atas perempuan-perempuan, dan Allāh itu Gagah, Bijaksana. (Al-Qurʾān: 2: 228).
    Shaykh berkata, kedua-dua pihak saling mempunyai hak, sekalipun pada sebahagian perkara kecil, hak suami lebih utama daripada hak isteri seperti perbelanjaan, kerana diambil daripada firman Tuhan yang bermaksud: “Lelaki melebihi perempuan satu darjah”, tetapi pada kebanyakan hak adalah sama, kerana untuk isteri adalah seperti perkara yang mesti dan ia mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya, dengan erti lelaki gemar isterinya berhias untuknya, dan isteri pula gemar suaminya berhias untuknya. Demikian juga wajib kepada suami bersatu dengannya, begitu juga isteri hendaklah bersatu dengan suaminya.
    Sekarang suami mengadakan sumpah yang menyusahkan isterinya dengan meninggalkan perhubungan seks selama empat bulan. Jika perkara itu berlaku, isteri wajib bersabar dan menunggu pada peringkat pertama dan tidak menuntut cerai daripada suaminya. Jika mereka bersatu kembali, sesungguhnya Allāh Maha Pengampun, Maha Penyayang.
    Demikian pendekatan ayat dan pengajaran yang diambil pemerintah dengan kumpulannya. Kedua-duanya saling berhak, sekalipun hak pemerintah lebih utama dalam beberapa perkara seperti menengakkan dasar luar negeri, jihād dan sebagainya. Apabila berlaku kesilapan pada pemerintah pada masa tertentu, rakyat hendaklah bersabar dan menunggu terlebih dahulu semoga pemerintah akan memperbetulkan kesilapannya selepas itu. Maka janganlah dipecat pemerintah serta merta, kerana sesungguhnya Allāh Pengampun dan Penyayang terhadap kesilapan itu.

Dan jika mereka menuntut cerai, (Al-Qurʾān: 2: 227).
selepas itu,

maka sesungguhnya Allāh itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui. (Al-Qurʾān: 2: 227).

Dan perempuan-perempuan yang dicerai itu menahan diri mereka tiga kali bersih, (Al-Qurʾān: 2: 228).
    Maksudnya, apabila pemerintah berundur diri, rakyat hendaklah bersabar semoga pemerintah kembali kepada tugasnya yang asal, kerana pertukaran pemerintah adalah sesuatu yang amat menyulitkan.

dan tidak halal mereka menyembunyikan apa yang telah dijadikan oleh Allāh di dalam kandungan-kandungan mereka jika memang mereka beriman kepada Allāh dan hari kemudian dan suami mereka berhak menarik kembali akan mereka di dalam (tempoh menunggu) jika mereka mahu berbuat damai, (Al-Qurʾān: 2: 228).
    Maksudnya apabila pemerintah yang disingkir bertaubat dari kesilapannya yang lalu dan mahu kembali memperbaiki kali kedua, dia hendaklah diterima oleh rakyat kerana menukar dengan pemerintah yang baru adalah sesuatu yang menyulitkan.

Dan Allāh itu Gagah, Bijaksana. (Al-Qurʾān: 2: 228).

Talak itu hanya dua kali, sesudah itu (hendaklah kamu) rujuk dengan cara yang sopan. (Al-Qurʾān: 2: 229).
    Shaykh berkata, kami akan tafsirkan ayat ini kemudian. Sekarang kami tafsirkan bahawa gabungan suami dan isteri pasti dilakukan mengikut undang-undang, tetapi di situ terdapat undang-undang sejagat dan undang-undang yang khusus, kerana tanpa undang-undang, tak mungkin bergabung sama sekali, kerana masyarakat manusia tanpa undang-undang akan kembali kepada masyarakat haiwan yang liar.
    Kaedah siasah yang sekata oleh ahli fikir sedunia bahawa tidak harus membatalkan undang-undang umum yang sejagat kerana undang-undang yang khusus setiap kaum. Malah harus dihapuskan undang-undang khusus bagi satu kaum apabila selaras dengan kelulusan undang-undang yang umum. Demikian juga harta yang diberi kepada perempuan, tidak harus diambil daripadanya, tetapi jika pengekalan perkahwinan itu membawa pembatalan undang-undang yang umum, maka isteri memberi harta-harta itu, dan lelaki harus menerimanya, dan itulah firman Allāh taʿālā:

tidak halal kamu mengambil (kembali) sesuatu daripada (pemberian) yang kamu telah berikan kepada mereka itu, tetapi jika (suami-isteri itu) takut bahawa mereka tidak mampu (lagi) memelihara batas-batas Allāh, lantas kamu (pun) takut bahawa mereka tidak akan mampu memelihara batas-batas Allāh, maka tidak ada halangan atas mereka berdua tentang sesuatu yang isteri itu beri untuk menebus diri. Yang demikian itu batas-batas Allāh, (Al-Qurʾān: 2: 229).
    Maksud “batas-batas Allāh” ialah undang-undang umum. Semua yang tersebut itu adalah batas-batas Allāh.

maka janganlah kamu langgar dia, dan sesiapa melanggar batas-batas Allāh, maka mereka itu ialah orang yang menganiaya. (Al-Qurʾān: 2: 229).
    Shaykh berkata, demikianlah tentang jihād terhadap golongan kafir. Apabila kita terpaksa melakukan beberapa perkara haram, kita harus lakukannya demi kebaikan jihād itu.

Sesudah itu kalau ia cerai dia lagi, maka tidaklah ia jadi halal baginya selama-lamanya, hingga ia berkahwin dengan suami yang lain, lantas jika (suami yang kedua ) itu (pula) ceraikan dia, maka tidak ada halangan untuk mereka berdua kembali (lagi), jika mereka rasa bahawa mereka boleh pelihara batas-batas Allāh; (Al-Qurʾān: 2: 230).
    Shaykh berkata, Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyīm dan pengikut-pengikut mereka menolak perbuatan helah cerai dan semua ʿulamāʾ menolak dengan kuat masalah “muḥallil”. Kami bersama mereka dalam masalah itu, walaupun kami tidak bersetuju dengan kebanyakan fatwa mereka, kerana banyak orang yang berkahwin dengan “muḥallil” secara helah sahaja. Mereka lakukan beberapa kali sehingga sifat cemburu manusia telah hilang daripada hati mereka sama sekali. Dengan sebab itu mereka kembali kepada sifat haiwan dengan cara mengambil seorang lelaki yang mengawini isterinya untuk satu masa tertentu; kemudian disuruh menceraikannya supaya dia dapat kembali selepas itu. Helah seperti ini banyak dilakukan oleh orang ramai. Kemudian dia menghukum talak tiga gugur satu untuk melepas helah pada talak tiga melalui “muḥallil”. Tetapi percakapan ini jarang didapati daripada Ibni Taimiyah dan kami tidak mengikutinya dalam masalah ini.
    Jika berlaku perceraian daripada suami kedua tanpa helah dan tanpa sesuatu, malah secara kebetulan sahaja, maka harus, kerana Al-Qurʾān mengharuskannya dan itulah firman Allāh:

hingga ia berkahwin dengan suami yang lain, (Al-Qurʾān: 2: 230).
Ayat ini diyakini secara pengajaran (iktibar). Dari ayat:

Talak itu (hanya) dua kali, sesudah itu hendaklah kamu rujuk dengan cara yang sopan atau kamu lepaskan dengan cara yang baik. (Al-Qurʾān: 2: 229).
Difahamkan bahawa, adakah harus presiden sesebuah pertubuhan dipilih sekali, dua kali atau tiga kali pada seorang individu? Contohnya kita telah memilih supaya dia menjadi presiden selama tiga tahun. Selepas tempoh itu tidak didapati orang lain yang dapat mengganti tempatnya. Adakah harus bagi pertubuhan mengambilnya sebagai presiden bagi kali kedua atau kali ketiga?
    Sebahagian ahli-ahli politik berpendapat tidak harus berulang pemilihan pada individu yang sama kerana cara itu membawa kepada sistem bentuk beraja, bukan berbentuk republik.
    Shaykh berkata, kami menyalahi dalam perkara ini berpandukan ayat ini dan membiasa diri dengannya. Kami mengharuskan pemilihan yang berulang kerana tiga kali sama dengan talak. Selepas kali ketiga, kita pasti pilih tokoh yang lain sebagai pengganti untuk menerajui republik; kerana jika tidak diganti dengan tokoh lain pada kali keempat, dia akan menjadi pemerintah bentuk beraja selepas tempoh tertentu.
    Setelah tamat tempoh tertentu bagi tokoh kedua, kita akan kembali kepada tokoh pertama. Tidak mengapa dia dipilih apabila dipersetujui oleh ahli-ahli pertubuhan kerana tiada tokoh lain yang layak memegang jawatan itu.
    Demikian juga rujuk selepas bercerai daripada suami kedua secara kebetulan. Di situ tiada tipu helah dan sesuatu yang mengharuskan suami pertama berkahwin dengan isterinya yang mula-mula.
    Shaykh berkata, apabila pemimpin sebuah kerajaan melakukan kesilapan tiga kali, dia hendaklah dimaafkan dan dikehendaki meletak jawatan, kerana itulah mereka menyamakan kesilapan ʿUthmān bin ʿAffān tiga kali, di mana beliau tidak menghiraukan teguran, lalu orang ramai bangkit menentangnya.
    Shaykh berkata, kami mengagungkannya, kesilapannya harus dimaafkan kerana dia bukan nabi, tetapi manusia, jadikan kesilapan itu sebagai kaedah umum.
    Saiyidina Ḥasan mengganti ʿAlī beberapa bulan. Setelah beliau dapati kekacauan akan berlaku, beliau menyerahkan pemerintahan kepada Muʿawiyyah bin Abū Sufiyan, sedangkan orang ramai berpendapat beliau adalah pengganti nabi. Nabi (S.A.W.) bersabda, maksudnya: “Anakku ini (Ḥasan) adalah penghulu ahli syurga yang mendamaikan dua golongan umat Islām”.
    Shaykh berkata, perbezaan antara ketua republik dengan ketua berbentuk beraja adalah daripada segi sumpah setia. Apabila sumpah setia secara bebas, ia dikira pemerintah kecil. Apabila sumpah setia secara bersyarat, ia dikira ketua republik. Sumpah setia yang bebas harus dibatalkan jika terdapat kerosakan selepas itu, dan cukuplah terikat di hati sahaja, kerana manusia tidak boleh mengikuti manusia yang sama dengannya melainkan bersyarat. Demikian juga ikatan perkahwinan yang bebas, jika berlaku kerosakan selepas itu, maka harus dibatalkan.

yang demikian itu batas-batas Allāh. Ia terangkan dia kepada kaum yang mahu mengetahui. (Al-Qurʾān: 2: 230).

Dan apabila kamu mencerai perempuan-perempuan, lantas sampai tempoh mereka, maka hendaklah kamu rujuk kepada mereka dengan cara yang sopan atau kamu lepas mereka dengan cara yang sopan; dan janganlah kamu rujuk kepada mereka dengan maksud hendak menyusahkan kerana kamu akan melanggar (batas-batas Allāh); dan sesiapa berbuat demikian, maka sesungguhnya ia menganiayai dirinya dan perintah-perintah Allāh itu janganlah kamu jadikan permainan, (Al-Qurʾān: 2: 231).
    Maksud kalimah “” ialah mengekalkan rupa tanpa maksud. Maksudnya, apabila kita menyingkirkan raja, tidak harus diadakan helah supaya ia berkuasa semula. Maka kita pastikan dia keluar dari pemerintahan.

Dan hendaklah kamu ingat nikmat Allāh atas kamu, dan apa yang Ia turunkan atas kamu iaitu kitab dan hikmah; (Al-Qurʾān: 2: 231).
    Maksudnya, tiga perkara iaitu kitab, kenabian dan kerajaan.

Yang Ia nasihati kamu dengan itu; dan hendaklah kamu berbakti kepada Allāh dan hendaklah kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allāh itu Maha Mengetahui setiap sesuatu.(231). Dan apabila kamu mencerai perempuan-perempuan, lantas mereka sampai kepada iddah mereka, maka janganlah kamu halangi mereka berkahwin kepada lelaki mereka, apabila mereka telah bersetuju di antara mereka dengan cara yang sopan. (Al-Qurʾān: 2: 231, 232).
    Shhaykh berkata, para ahli tafisr berpendapat maksud kalimah “” di sini ialah suami yang pertama sahaja, berbeza dari pendapat Shāh Walī Allāh. Maksudnya, apabila perempuan bersetuju dengan suaminya yang pertama, maka walī perempuan tidak harus menghalang perempuan itu mengawini suaminya yang pertama. Mengikut pendapat Shāh Walī Allāh maksud kalimah “” pada ayat ini adalah umum, sama ada suami pertama atau lelaki lain yang mahu mengawininya, jika mereka bersetuju secara baik, maka walī tidak harus menghalang kehendaknya, malah walī hendaklah bersetuju dan tidak harus memilih lelaki lain.

Yang demikian itu dijadikan nasihat bagi orang yang di antara kamu yang percaya kepada Allāh dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih untung bagi kamu dan lebih bersih; dan Allāh itu mengetahui, tetapi kamu tidak mengetahui.  (Al-Qurʾān: 2: 232).
Maksudnya, Allāh mengetahui kebaikan antara suami  dan isteri itu. Difahamkan dari ayat ini bahawa orang yang tidak mempunyai kekuatan dan kemampuan menegakkan sebuah kerajaan, tetapi mempunyai pengetahuan hendaklah mengajar pemerintah dan rakyat. Dia hendaklah berusaha supaya kedua-duanya mencapai kata sepakat dan tidak membiarkan rakyat bersikap munafik dengan pemerintah.

Dan ibu-ibu itu menyusui anak-anak mereka dua tahun yang sempurna bagi orang yang mahu menyempurnakan penyusuan itu, tetapi atas lelaki yang punya anak, memberi makanan dan pakaian bagi ibu itu dengan cara yang patut; tidak diberatkan seseorang melainkan kelapangannya; jangan disusahkan seorang ibu lantaran anaknya dan jangan seorang bapa lantaran anaknya dan atas waris itu sama dengan yang tersebut. (Al-Qurʾān: 2: 233)
    Maksud ayat ini, sesuatu dalam rumah tidak harus dilakukan tanpa mesyuarat supaya terhasil persetujuan, kerana rumah tidak teguh tanpa persetujuan. Apabila keadaan rumah sudah rosak, maka tidak mungkin diteguhkan pemerintahan negara selama-lamanya, kerana persediaan berada di rumah. Begitu juga pemerintahan, tidak dapat diteguhkan tanpa mesyuarat. Diktator pasti merosakkan sesebuah pemerintahan.

Tetapi jika mereka berdua mahu putuskan penyusuan dengan rela dan mesyuarat antara mereka berdua, maka tidaklah ada halangan atas mereka (tentang itu), (Al-Qurʾān: 2: 233)
    Demikian juga tentang menamatkan penyusuan, hendaklah melalui mesyuarat dan kata sepakat.

Dan jika kamu mahu mencari (perempuan) untuk menyusu anak-anak kamu, maka tidaklah ada halangan atas kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu beri dengan cara yang patut. (Al-Qurʾān: 2: 233)
    Maksudnya, apabila pasangan mahu mengambil perempuan yang menyusu anak mereka, mereka perlu mesyuarat juga untuk mencapai kata sepakat.

Dan bertakwalah kepada Allāh, dan ketahuilah bahawasanya Allāh itu amat Melihat apa yang kamu kerjakan. (Al-Qurʾān: 2: 233).
    Faedah menyusu dengan ibu penyusu, apabila kanak-kanak ini dewasa dia boleh menyampaikan agama kepada kaum ibu yang menyusunya dan dia terdidik dalam pelbagai kaum dan millah lain melalui pengajaran millah ʿArab. Contohnya, apabila anak yang terdidik tanpa ibu mereka, mendapati umat-umat memasuki Islām tanpa pandangan permusuhan, pandngan itu hanya terjadi pada umat tertentu dengan kebaikan tertentu yang berkaitan dengan faedah peperangan.
    Kemudian pelbagai umat memasuki Islām. Maka adat umat ini boleh mendidik anak umat lain yang memasuki Islām dan menganggap dan berurusan dengan anak-anak itu seperti anak sendiri. Inilah hasil istinbat kami dalam masalah penyusuan yang diuji sendiri oleh Shaykh ke atas dirinya seperti berikut.
    Shaykh keluar dari rumah bapanya dan berjumpa dengan beberapa shaykh tarikat dan shaykh dalam bidang ilmu sosial. Mereka berurusan dengannya seperti berurusan dengan anak-anak. Maka beliau boleh memahami kitab Allāh seperti yang difahami oleh orang Islām yang lahir dalam keluarga Islām atau lebih dari itu, kerana beliau mengenali kufur secara langsung. Tidak seperti anak orang Islām yang tidak teruji dengan kekufuran sama sekali. Jika para guru tidak berurusan dengan beliau sedemikian, adakah beliau mampu berada seperti yang beliau katakan dan beliau dalam keadaan yang tidak menentu seperti peminta sedekah yang merenget. Sesungguhnya ramai dari bangsa beliau yang memasuki Islām yang kemudiannya hanyut di pasar-pasar. Maka beliau menganggap dada para shaykh yang lapang itulah yang menerbitkan pendidikan Islām kerana mereka mengawini ramai isteri yang melahirkan anak-anak dari pasangan mereka yang berbeza atau anak-anak mereka dididik oleh khadam. Maka fiṭrah anak-anak mereka berkembang, tetapi tujuan mereka bukan supaya setiap anak itu kembali kepadanya. Malah jika sebahagian dari anak-anak itu kembali kepadanya, mereka tertarik kepadanya sebagai tarikan bapa.
Tabiat ini menjadi fiṭrah kedua (fiṭrah jibillah) bagi masyarakat yang baik dalam kalangan orang Islām. Contohnya, dilahirkan seorang anak untuk seorang lelaki dari isteri yang telah dicerai. Ibunya menyusunya, ayahnya memberi nafkah seperti sebelum bercerai. Kemudian mereka berbincang untuk menamatkan penyusuan dan mengambil perempuan lain untuk menyusu dan mendidik anaknya. Pendidik ini sama dengan ibunya dan dia diberi nafkah seperti yang diberi kepada ibu. Inilah cara yang meluaskan pandangan rahmatnya dan dia tidak terikat kepada satu rupa. Malah akan lahir pelbagai bentuk yang diambil dari warisan yang umum daripada dua ibu yang menyusu dan mendidik, sekalipun perkara ini samar. Mungkin orang lain dapat mengadakan satu teori yang lebih baik daripada yang beliau dapati. Beliau sedar dan faham seperti yang beliau sebutkan ini mengikut kaedah yang beliau alami.
    Dalam masyarakat Hindu, terdapat banyak peristiwa. Contohnya, satu kumpulan orang Hindu giat berdakwah kepada orang Islām supaya memeluk agama Hindu. Maka ramai orang cenderung kepada mereka. Kemudian mereka kembali kepada Islām, tetapi mereka tidak mampu menarik seorangpun yang telah kembali kepada Islām tadi dan jadikan mereka seperti mereka. Sesungguhnya, mereka lemah dalam dakwah setelah teruji beberapa kali. Akhirnya, mereka mengakui tidak mampu melawan orang Islām dalam bidang itu. Mereka mengatakan, anak-anak mereka telah memasuki dan tercelup dengan celupan Islām seolah-olah mereka lahir dalam Islām. Mereka berusaha gigih menarik anak-anak orang Islām ke dalam agama Hindu supaya menjadi seperti mereka, tetapi mereka tidak yakin dalam bidang itu. Semuanya merujuk kepada pengenalan yang baik oleh orang Islām. Hasilnya, beliau dapati dua perkara. Pertama, umat ʿArab bertanggungjawab mendidik bangsa-bangsa yang memasuki Islām yang lahir dengan pendidikan Al-Qurʾān dan Nabi. Ini bukan perkara mudah, melainkan dengan sokongan pemerintah, malah di sisi beliau urusan ini lebih dari usaha oleh kerajaan.
    Apabila kita mencipta sebuah perlembagaan bagi kerajaan, yang merangkumi pentadbiran rumah tangga, maka dalam peraturan pentadbiran rumah tangga itu terdapat undang-undang yang memberi pimpinan kepada umat yang tidak bermusuhan, kerana beliau dapati ada persamaan antara bimbingan kepada umat yang tidak bermusuhan dengan masalah penyusuan yang beliau dapat mengambil pengajaran.
    Kedua, kematian ketua rumah seperti pemimpin umat, dan kepada suami ada hukum-hukum tertentu. Masalah perceraian dan mati tidak sama.

Dan orang yang meninggal dunia dari antara kamu, padahal mereka meninggalkan isteri-isteri, (hendaklah) isteri-isteri itu menahan diri-diri mereka empat bulan sepuluh hari, sesudah itu, apabila mereka sampai kepada tempoh mereka, maka tidaklah ada keberatan atas kamu tentang apa yang mereka kerjakan pada diri-diri mereka dengan cara yang sopan; dan Allāh itu amat Mengetahui apa-apa yang kamu buat. (Al-Qurʾān: 2: 234)

Dan tidak ada larangan atas kamu tentang peminangan yang kamu sindirkan kepada perempuan-perempuan itu, atau kamu simpan dalam hati kamu; Allāh mengetahui bahawa kamu akan mengingat perempuan-perempuan itu, tetapi janganlah kamu berjanji kepada mereka itu di dalam rahsia, melainkan kamu berkata perkataan yang sopan; dan janganlah kamu tentukan ikatan perkahwinan hingga kewajipan itu sampai tempohnya; dan ketahuilah bahawa Allāh itu mengetahui apa-apa yang di hati kamu; lantaran itu takutlah kepadaNya; dan ketahuilah, bahawa Allāh itu Pengampun, Penyantun. (Al-Qurʾān: 2: 235).
    Kami dapat pengajaran dari hukum ini iaitu hukum perpindahan hukum antara rumah. Kami berpendapat keluar dari satu pemerintahan untuk menguasai pemerintahan, mesyuarat secara sulit tentang kerajaan yang sedang memerintah, untuk merampas kuasanya tidak diredai Allāh; tetapi jika pemerintah pertama mati atau tidak mampu, hendaklah muncul seorang secara jelas ke muka rakyat, jika mereka bersetuju, dia dilantik sebagai pemerintah dan dia hendaklah memerintah.
    Apabila beberapa lelaki (suami) meninggal dunia, maka para isteri harus bertindak ke atas diri mereka secara baik mengikut kemahuan mereka, tetapi mereka tidak harus membuat perjanjian sulit seperti berazam berkahwin dengan mereka sebelum tamat tempoh menunggunya. Perbuatan itu adalah haram.
    Dan kami ambil dari masalah ini bahawa apabila sesuatu bangsa diketahui lemah memerintah, kamu boleh singkir mereka dan kamu pilih untuk diri kamu sebagai pemerintah tanpa pergerakan sulit menentang pemerintah yang ada, kerana tindakan itu tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.
Petikan tafsir al hakm.
Fitrah insaniyah like & share.
Bersambung

Thursday, May 18, 2017

Sepuluh rukun dalam Qur'an

Sekarang akan dibincangkan sepuluh hukum untuk menegakkan keamanan antarabangsa di bumi ini dan mengiktiraf taraf yang sama antara bangsa-bangsa yang gagah dan bangsa-bangsa yang lemah dan menjaga hak kemerdekaan, berjimat cermat dan sama rata dalam siasah dalam kalangan mereka. Allāh berfirman:

1.“Dan telah dihukumkan oleh Tuhan engkau bahawa janganlah kamu sembah selain daripadaNya dan kepada dua ibu bapa hendaklah kamu berkasih sayang, sekiranya telah sampai umurnya tua, seorang atau kedua-duanya, maka janganlah engkau berkata dengan perkataan yang kasar dan janganlah engkau menyakitkan hati kedua-duanya, hendaklah engkau berkata dengan perkataan yang mulia. (Al-Qurʾān: 17: 23).

Dan hendaklah rendahkan bagi kedua-duanya tanda kehinaan daripada kasih sayang, dan hendaklah berdoa: “Wahai Tuhanku, kasih sayanglah kepada kedua-duanya seperti kasih sayang kedua-duanya kepadaku dan membela kedua-duanya pada masa aku kanak-kanak. (Al-Qurʾān: 17: 24).

Sebenarnya Tuhan kamu Maha Mengetahui apa-apa yang tersimpan di dalam hati kamu jika kamu orang yang beramal salih, maka Allah bersedia mengampun mereka yang taat dibawah hukumNya”. (Al-Qurʾān: 17: 25).
Tujuan hukum yang pertama ini supaya mengesakan ibadat kepada Allāh dan berkhidmat kepada dua ibu bapa.

2. “Hendaklah berikan hak pertalian yang dekat dan orang yang kesusahan dan orang yang berhajat; janganlah engkau melebihkan belanja yang lebih daripada hajat. (Al-Qurʾān: 17: 26).

Bahawasanya mereka yang melebihkan belanja daripada hajat itu bersaudara dengan syaitan dan ialah mereka yang amat kufur kepada Tuhannya”. (Al-Qurʾān: 17: 27).
Tujuan hukum yang kedua ini ialah untuk menegakkan semangat pergaulan dan perhubungan manusia sebangsa.

Dan jika engkau terpaksa berpaling tidak melayani mereka, kerana menunggu rezeki dari Tuhanmu yang engkau harapkan, maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang menyenangkan hati. (Al-Qurʾān: 17: 28).

3. “Dan janganlah engkau jadikan tangan engkau dibelenggu ke tengkuk engkau dan jangan pula engkau lepaskan dia selepas-lepas, sebab itu jadilah engkau dicerca dan dihina”. (Al-Qurʾān: 17: 29).
Tujuan hukum ketiga ialah supaya manusia berjimat cermat dengan baik dalam pergaulan, kerana dalam dunia ini terdapat dua golongan manusia iaitu golongan kaya dan golongan miskin.

Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Ia juga yang menyempitkannya. Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya. (Al-Qurʾān: 17: 30).

4. “Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan harta benda kamu itu, Kami akan memberi rezeki mereka dan kamu, bahawa membunuh mereka adalah satu kesalahan yang amat besar”. (Al-Qurʾān: 17: 31).
Tujuan hukum keempat ialah supaya penduduk dan anak-anak diberi pendidikan dalam pelbagai bidang mengikut kelayakan masing-masing.

5. “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat”. (Al-Qurʾān: 17: 32).
Tujuan hukum kelima ialah untuk menjaga kehormatan golongan wanita dalam masyarakat.

6. “Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allāh membunuhnya dengan tidak sebenar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia mendapat sepenuh-penuh pertolongan”. (Al-Qurʾān: 17: 33).
Hukum yang keenam ini menerangkan undang-undang untuk memelihara kehormatan dan kemuliaan setiap individu dalam pergaulan hidup mereka.

7. Dan janganlah kamu mengganggu harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia baligh; dan sempurnakanlah perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Qurʾān: 17: 34).
Tujuan hukum ketujuh ialah untuk memelihara harta anak yatim piatu yang lemah.

8. “Dan hendaklah sempurnakan sukatan jika kamu penyukat dan timbangkanlah dengan neraca yang betul, itulah sebaik-baik dan seelok-elok jalan”. (Al-Qurʾān: 17: 35).
Tujuan hukum kelapan ialah supaya manusia menyempurnakan hak yang sama atau adil dalam pergaulan dan menegakkan semangat kasih sayang.

9. “Dan janganlah kamu buat-buat pandai pada apa yang yang kamu tidak mengerti dengan sebenarnya, kerana telinga, mata, hati semuanya akan ditanya”. (Al-Qurʾān: 17: 36).
Ayat ini sama seperti yang diwahyukan kepada Mūsā. Tambahan pada ayat ini ialah firman Allāh:

Dan janganlah kamu buat-buat pandai pada apa yang yang kamu tidak mengerti dengan sebenarnya, (Al-Qurʾān: 17: 36).
Inilah asas yang terdapat pada sharīʿat Al-Qurʾān dan sebagai jalan penafian ke atas perkara-perkara khurafat dan penyelewengan terhadap sifat-sifat kemanusiaan dan menyeru untuk memastikan kebenaran. Dengan ini umat Islam dengan ilmu mereka dapat mendahului kaum-kaum lain. Jika mereka tertinggal, mereka akan mengalami kemunduran.
Tujuan hukum yang kesembilan ialah untuk mengajar adab sopan kepada setiap orang ahli ilmu atau pemimpin bangsa supaya tutur kata dan gerak gerinya tidak terkeluar daripada pengetahuannya.

10. “Dan janganlah kamu berjalan di bumi ini dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya kamu tidak boleh memecahkan bumi dan kamu tidak akan dapat menyamai setinggi bukit”. (Al-Qurʾān: 17: 37).
Ayat ini sebagai tambahan kepada hukum Taurāt, kerana berjalan dengan berlagak sombong termasuk dalam menyombong diri dan menafikan hak yang sama yang menjadi tabii manusia. Jika manusia bercita-cita mahu menyatukan umat manusia supaya berada di atas satu matlamat yang sama, maka kewajipan mereka ialah memberi hak yang sama tanpa membezakan antara kaum dan suku kaum. Menyekat dan melarang dari berlagak sombong itu boleh membawa kepada persamaan dengan seluruh umat di dunia.
Sesiapa yang menempatkan dirinya sama dengan manusia lain, tiada keutamaan dari mereka melainkan sifat adil dan ihsan (al-taqwa) dan menghapuskan kezaliman; sudah tentu ia dapat menyatukan manusia di atas landasan yang sama. Tanpa cara yang dibentangkan itu tidak mungkin dapat menyatukan manusia seluruh dunia. Inilah maksud firman Allāh:

Sesungguhnya  Al-Qurʾān ini memberi petunjuk ke jalan yang amat lurus (Al-Qurʾān: 17: 9).
Tujuan hukum kesepuluh ialah untuk mengajar adab kepada setiap manusia supaya tidak bersikap sombong atau besar diri dalam pergaulan dengan saudaranya.
Demikian sepuluh hukum dasar yang ditetapkan oleh Allāh taʾālā pada malam miʿraj untuk dijadikan asas pergaulan antarabangsa seperti Hindu, Majusi, Yahudi, Naṣārā dan lain-lain di dunia ini; juga menegakkan sebuah perlembagaan antarabangsa untuk menjaga keamanan dan hak yang adil dari kalangan semua bangsa.
Maka kehendak agama Islām ialah menyelamatkan kehidupan manusia dan menyemaikan perasaan kasih mesra dan saling bekerjasama dalam jiwa setiap manusia dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada golongan lelaki dan perempuan di bawah undang-undang pergaulan itu dan menyempurnakan hak setiap individu dengan sepenuhnya.
Stretegi
Perkara kedua yang diputuskan pada malam Miʿrāj itu ialah menubuhkan suatu perlembagaan baharu untuk melatih pasukan persekutuan keamanaan antarabangsa untuk menegakkan undang-undang yang tersebut dalam pergaulan antarabangsa dan mengawal semua bangsa yang bekerjasama di bawah undang-undang itu supaya tidak melanggar batasan-batasannya.
Semua cendekiawan yang bijaksana dahulu dan sekarang bersetuju bahawa kejayaan sesuatu bangsa memerlukan tiga perkara. Pertama, tujuan yang baik. Kedua, peraturan yang baik. Ketiga, semangat perpaduan yang teguh. Tujuan yang baik dan peraturan yang baik sudah diterangkan dalam perkara pertama. Sekarang akan diterangkan perkara ketiga iaitu semangat perpaduan yang teguh.
Semangat perpaduan yang teguh disertai dengan pendidikan dalam pelbagai bidang mengikut kelayakan semulajadi setiap manusia adalah asas yang kukuh untuk membangunkan sesebuah negara.
Falsafah pendidikan dalam millah Ṣābiīn mengikut keperluan kebangsaan sahaja, tetapi apabila muncul millah Ḥanīfī, yang menyatukan semua bangsa di bumi ini, maka falsafah pendidikan dalam millah Ṣābiīn perlu diubah supaya lebih luas dan sesuai dengan semua kaum.
Maka hukum-hukum dan prinsip yang lebih luas itu disampaikan oleh Allāh melalui Nabi Muḥammad (S.A.W.) pada malam Miʿrāj, iaitu supaya mengadakan satu peraturan baharu untuk mendidik manusia. Peraturan itu dinamakan ṣolāt (perhubungan kasih sayang) atau sembahyang.
Dalam diri manusia terdapat perasaan yang dinamakan “” atau cinta yang sejati. Perasaan cinta ini tertumpu ke dua tempat. Pertama, cinta yang tertumpu kepada Allāh. Kedua, cinta yang tertumpu kepada bangsa sendiri.

Dalam diri manusia terdapat perasaan yang dinamakan “” atau cinta yang sejati. Perasaan cinta ini tertumpu ke dua tempat. Pertama, cinta yang tertumpu kepada Allāh. Kedua, cinta yang tertumpu kepada bangsa sendiri. Allāh taʿālā berfirman; maksudnya:

“Dibalakan ke atas mereka yang memutuskan pertalian cinta kepada Allāh dan cinta kepada bangsa”. (Al-Qurʾān: 3: 112).
Mereka yang memutuskan pertalian cinta antara manusia tersebut akan ditimpa bala dan kehinaan di mana mereka berada. Maka mereka hendaklah bergantung kepada tali Allāh dan tali perhubungan di antara manusia.
Kecenderungan hati setiap manusia sebagai tempat pergantungan cintanya yang pertama dinamakan ibadat (memperhambakan diri kepada Tuhan); manakala kecenderungan hati ke tempat pergantungan cinta yang kedua dinamakan ṣolāt atau perhubungan kasih mesra atau sembahyang.
Bagi orang awam, perhubungan kasih mesra hanya di antara saudara dalam keluarga dan waris sahaja, tetapi bagi para nabi dan ḥukamāʾ, perhubungan kasih mesra ialah memupuk persaudaraan dan kerjasama dalam kalangan semua manusia daripada semua bangsa di dunia ini. Perhubungan kasih mesra itulah sebagai asas penegakkan semua kemajuan dan kebahagiaan semua bangsa di dunia ini. Maka Allāh taʿālā amat mengambil berat dengan sumpah setia setiap roh manusia supaya mereka berperasaan dengan kasih mesra tersebut. Kemudian dibangkitkan pula Nabi Muḥammad (S.A.W.) untuk memberi peringatan tentang sumpah setia dan perjanjian itu kepada setiap manusia dengan diberikan kitab yang menerangkan undang-undang perjanjian itu. Allāh taʿālā berfirman; maksudnya:

“Dan hendaklah kamu sempurnakan perjanjian Allāh, manakala kamu telah berjanji. Dan janganlah kamu batalkan sumpah kamu itu kemudian daripada ditetapkan; sesungguhnya telah kamu jadikan Allāh itu penjaga di atas kamu, bahawa Allāh amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-Qurʾān: 16: 91).
Allāh berfirman lagi; maksudnya:

“Mereka yang membatalkan perjanjian Allāh kemudian daripada meneguhkannya serta memutuskan perhubungan yang Allāh hukumkan supaya dihubungkan kasih sayang di antara manusia itu dan membuat kacau bilau di bumi ini, sebenarnya ialah mereka yang mendapat kerugian”. (Al-Qurʾān: 2: 27).
Pada zaman Nabi (S.A.W.) telah ramai orang yang memeluk agama Islām. Maka ramailah yang mendapat pendidikan daripada baginda. Maka baginda pun mengatur tugas mereka berkhidmat kepada agama dan bangsa. Ada kumpulan yang terlibat dalam sistem pendidikan, ada yang ditugaskan dalam perniagaan dan tidak ketinggalan juga kumpulan yang ditugaskan dalam ketenteraan. Setiap kumpulan diberikan tugas yang khusus.
Secara ringkasnya, tidak diragukan lagi bahawa Miʿrāj Nabi (S.A.W.) telah membuka satu lembaran sejarah baharu dan amat besar di alam manusia dengan tujuan mentadbir, mengurus dan mendidik manusia seperti yang diberikan oleh Allāh taʿālā kepada Nabi Muḥammad (S.A.W.) pada malam itu.
Manusia dikehendaki mengambil pesanan Allāh ini dan contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muḥammad (S.A.W.). Inilah contoh yang dicari-cari oleh semua bangsa di dunia. Maka manusia digesa segera mengamalkannya. Mereka dikehendaki berkorban jiwa dan harta untuk menegakkannya. Inilah agama Islām yang maha suci, maha tinggi dan maha besar yang dipilih oleh Allāh taʿālā kepada kita supaya kita hidup dan mati di atasnya. Allāh taʿālā berfirman; maksudnya:

“Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allāh yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang yang menyekutukan Allāh”. (Qurʾān: 6: 79).
Maka Allāh mengatakan Dia membeli diri orang beriman dengan pembalasan syurga atau kebahagiaan dengan memiliki negara. Dalam ayat yang lain Allāh menyatakan bahawa Dia akan mengazab orang yang syirik, murtad dan dijajah di dalam neraka; kerana bangsa yang dijajah tidak boleh mengadakan sebarang kebaikan untuk faedah bangsanya. Akhlak mereka rosak. Mereka syirik, mereka mendewakan pemimpin, mengampu orang besar dan takut menyatakan kebenaran.
Islām ditegakkan di atas dasar tauhid dan menjauhkan syirik yang berlawanan dengannya. Tauhid diamalkan dengan menegakkan persatuan umat, membangunkan satu ideologi dan sebuah negara yang merdeka, berdikari, bebas daripada sikap hamba dan diperalatkan oleh negara kuasa besar. Islām mencela syirik yang diamalkan oleh manusia kerana syirik menjadi sebab utama kejatuhan Islām pada zaman sekarang.
Hakikat memberi peringatan (inzar) ialah seruan sebenar bahawa Islām ditegakkan di atas jihad atau revolusi atau perubahan besar yang menyeluruh melalui perjuangan yang memerlukan pengorbanan jiwa dan harta. Perkara ini telah dinyatakan di dalam Al-Qurʾān dengan banyak dan telah dipraktikkan oleh Nabi Muḥammad (S.A.W.). Hakikat jihad yang dianjurkan dalam Islām ialah supaya menegakkan sebuah negara dan telah diulangkan lagi oleh Abū Bakar al-Siddīq setelah beliau dipilih sebagai khalifah pertama. Beliau menyeru supaya umat Islām terus berjihad untuk melaksanakan keadilan sosial supaya senang beribadat.
Manusia mengenali kezaliman dan mereka mengumpul segala sebab keduniaan untuk mereka, dan mereka tidak mengharapkan kebaikan, mereka melihat keadilan orang yang benar dan mereka berada dalam keadaan yang sukar. Tetapi mereka dilihat sebagai manusia yang paling mulia dan orang ramai mengharapkan kebaikan daripada mereka. Perbezaan di dunia ini adalah perkara semulajadi. Kemudian perbezaan ini bertambah di akhirat. Orang yang bertakwa akan pergi ke Ḥaẓīrat al-quds dan syurga. Sebaliknya orang fasik dihumban ke dalam neraka. Perkara ini tiada apa-apa melainkan untuk melahirkan perbezaan mengikut undang-undang negeri setempat. Kepada maksud ini diisyaratkan pada ayat 21:

Lihatlah bagaimana Kami lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain dan sesungguhnya akhirat itu lebih tinggi tingkat perbezaannya dan lebih besar kkeutamaannya. (Al-Qurʾān: 17: 21).
Titik tumpuan semua pandangan itu ialah bahawa Allāh itu Esa dan tiada sekutu bagiNya, yang menegakkan langit dan bumi dan menegakkan sifat kemanusiaan. Apabila seseorang tidak lupa dari pengenalan itu dan mahu menambah pada pengenalannya, dia akan selamat di akhirat. Jika tidak sedemikian, maka tidak berguna kepadanya sesuatu. Kepada maksud ini terdapat isyarat pada firman Tuhan;

Janganlah engkau adakan tuhan yang lain bersama Allāh, kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan. (Al-Qurʾān: 17: 22).
Sekarang kami kembarkan sepuluh hukum dalam Taurāt seperti yang tersebut dalam nas Taurāt.
i). Jangan ada padamu Allāh lain di hadapanKu.
ii). Jangan menyebut nama Tuhan-mu dengan sembarangan.
iii). Ingatlah dan sucikanlah hari Sabtu sebagai hari minggu.
iv). Hormatilah ayahmu dan ibumu.
v). Jangan kamu membunuh.
vi). Jangan berzina.
vii). Jangan mencuri.
viii). Jangan mengucap saksi dusta tentang sesamamu.
ix). Jangan mengintai rumah kawan kamu.
x). Jangan kamu rindu kepada isteri kawan kamu dan jangan kamu rindu kepada hambanya dan jangan kamu mahu lembu jantan orang lain atau keldainya atau sesuatu dari harta kawan baik kamu.
Hukum-hukum itu tesebut dalam Al-Qurʾān pada surah Banī Isrāʾīl, surah al-Anʿām dan sebahagian surah al-Nisāʾ. Hukum pertama dalam Taurāt juga tersebut dalam surah al-Anʿām (ayat: 164), surah al-Nisāʾ. (ayat: 36) dan surah Banī Isrāʾīl (ayat 22). Hukum ke empat dalam Taurāt (hormatilah ayahmu dan ibumu) di sebut sebagai hukum pertama dalam surah Banī Isrāʾīl (ayat 23). Hukum kelima dalam Taurāt (jangan membunuh) disebut sebagai hukum keenam dalam surah Banī Isrāʾīl (ayat 33). Hukum keenam dalam Taurāt (jangan berzina) disebut sebagai hukum kelima dalam surah Banī Isrāʾīl (ayat: 32) (jangan kamu menghampiri zina). Hukum keempat dalam Taurāt (hormatilah ayahmu dan ibumu), disebut sebagai hukum pertama pada surah Banī Isrāʾīl (ayat 23), Hukum yang ke lapan dalam Taurāt (jangan mengucap saksi dusta), disebut sebagai hukum kesembilan dalam surah Banī Isrāʾīl (ayat: 36). Hukum ke sembilan dalam Taurāt (jangan mengintai rumah kawan kamu) dan hukum kesepuluh (jangan rindu kepada isteri kawan kamu)  dalam Taurāt, disebut dalam Al-Qurʾān pada surah al-Nisāʾ sahaja (ayat 24).
Al-Quran menambah beberapa perkara, antaranya berilah hak keluarga yang hampir, termasuk dalam hukum kedua dalam surah Banī Isrāʾīl (ayat 26). Hukum kelapan dalam Taurāt (jangan mengucap saksi dusta), disebut sebagai hukum kesembilan dalam surah Banī Isrāʾīl. (ayat 36).
Dalam bahasa Hindu istilah “al-jār” () bererti “al-qarīb” dalam bahasa ʿArab, yang bererti “yang hampir”. Maka terdapat dalam ayat-ayat Taurāt secara umum yang merujuk kepada “al-jār” dan “dhilqurbā” yang bermaksud ‘keluarga yang hampir, yang mana makna “dhilqurbā” sama dengan makna “al-jār” yang terdapat dalam Al-Qurʾān pada surah al-Nisāʾ:

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allāh dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan keluarga yang hampir, dan keluarga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan hamba yang kamu miliki. (Al-Qurʾān: 4: 36).
Wajib membuat kebaikan kepada ibu dan bapa sebagaimana wajib membuat kebaikan kepada setiap individu dalam masyarakat pada sesuatu perkara. Al-Qurʾān telah menggabungkan semuanya, boleh jadi nas Taurāt dengan kata-kata “ ʿabdunniyati” yang merangkumi keluarga yang dekat, sebagaimana Allāh terangkan dalam Al-Qurʾān.

Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar. (Al-Qurʾān: 17: 31).

Dan janganlah kamu menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia baligh; dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Qurʾān: 17: 34).

Dan sempurnakanlah sukatan apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian itu baik dan sebaik baik kesudahan. (Al-Qurʾān: 17: 35).
Pesanan-pesanan seperti ini seolah-olah tertutup atau tertinggal kerana penekanan kepada pengharaman hari Sabtu. Pesanan ini adalah sebagai peringatan kepada perhambaan Banī Isrāʾīl di bawah kuasa Firʿaūn. Mereka memandang kepada keadaan mereka yang biasa dan saling menghormati dan kasih sayang kepada manusia hinggakan kepada hamba dan binatang, tetapi sharīʿat itu mereka khususkan kepada Banī Isrāʾīl.
Apabila Allāh menghapuskan sistem sharīʿat itu, kerana terdapat di dalamnya pelbagai pendapat yang melupakan pelbagai hukum, yang maksudnya sesuai dengan sifat jahiliah orang ʿArab, seperti hukum menafikan pembunuhan anak-anak, menjaga harta anak yatim, menyempurnakan janji, menyempurnakan sukatan dan timbangan, menjaga kebenaran dalam percakapan dan perkara-perkara seperti itu; maka Allāh sandarkan dua hukum yang berasingan dengan firmanNya:

Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Qurʾān: 17: 36).
Ini satu seruan kepada manusia untuk memastikan semua ilmu dan pengenalan. Setelah ayat itu diturunkan kepada manusia, kita dapati semua pengenalan dan hakikat berkembang luas kepada manusia berbanding dengan perkembangan pada masa yang lalu.
Orang Islām menjadi perantaraan secara khusus untuk menyampaikan hukum ini kepada manusia; sebagaimana orang ʿArab menjadi perantaraan menyampaikan hukum ini kepada orang Islām. Setiap perkara yang diambil petunjuk oleh manusia selepas perutusan Nabi (S.A.W.); kami masukkan ke dalam keberkatan ilmu yang diturunkan ini.
Jika satu kaum tidak mengamalkannya, sudah tentu akan diamalkan oleh kaum-kaum lain yang tiada padanya warisan dan tidak dikhususkan kepada satu kaum, tanpa kaum lain.
Kemudian datang hukum yang lebih baik daripada hukum yang sedia ada sebagaimana firmanNya pada ayat 37:

Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang. (Al-Qurʾān: 17: 37).
Dari ayat ini kita dapat faham bahawa menguasai ke atas manusia adalah satu sifat yang dimurkai Allāh. Aku berakidah bahawa perkara itu adalah satu fasal yang terang antara dua janji. Pertama, janji sebelum perutusan Nabi (S.A.W.) mengatasi janji yang mengandungi segala kelebihan ke atas manusia umum, termasuklah sultan-sultan, raja-raja, sebahagian ʿulamāʾ fiqh dan ʿulamāʾ taṣawūf. Semuanya telah menjadi sebagai fiṭrah manusia. Kedua, janji selepas perutusan Nabi (S.A.W.). Janji kedua ialah nabi penyudah para nabi yang berjalan bersama-sama orang ramai seperti orang ramai. Para khalifah al-Rāshidīn menguasai satu atau dua buah kerajaan. Setiap orang dari mereka sama dengan Iskandar Mecedonia (Dhulqarnain) yang menaluk Parsi. Dan para khalifah Islām yang menguasai dua kerajaan di bumi (kerajaan Rom dan Parsi), berjalan dalam kaumnya mengikuit taraf yang paling rendah dalam kalangan orang ramai. Kemudian semangat itu meresap perlahan-lahan ke dalam kumpulan semua kaum (di negara-negara di bawah penguasaan khalifah Islām).
Kemudian kami dapati pada awalnya, sistem demokrasi hanya tertumpu dalam sebuah negara, tetapi sekarang telah tersebar ke seluruh dunia. Ramai saudara kami dari kalangan ahli tafsir dan pemimpin umat Islām telah sesat memahami Al-Qurʾān yang agung apabila menghadkan kesan Al-Qurʾān ke atas diri mereka sahaja. Al-Qurʾān merupakan kitab Ilahi yang membatalkan semua kitab yang dahulu. Maka kitab ini memberi kesan kepada semua manusia.
Apabila kita hapuskan hukum hari Sabtu daripada hukum Taurāt, maka hukum Taurāt menjadi sembilan. Sembilan hukum dalam Taurāt itu telah tercatat dalam tiga surah (iaitu surah Banī Isrāʾīl, surah al-Nisāʾ dan surah al-Anʿām), dalam Al-Qurʾān dengan lafaz-lafaz yang hampir sama. Jika ditambah hukum hari Sabtu dari Taurāt kepada sepuluh hukum dalam Al-Qurʾān, jumlahnya menjadi sebelas hukum. Maksud Al-Qurʾān, bahawa ayat-ayat ini menyebabkan peningkatan pada Banī Isrāʾīl sehingga mereka mengatasi semua manusia di dunia. Jika ahli Al-Qurʾān berpegang teguh dengan hukum-hukum ini dengan beriman kepada Allāh dan hari akhirat, mereka menjadi seperti Banī Isrāʾīl yang menguasai semua manusia. 
Sekarang kami baca ayat 38-52. Kami telah sebut dahulu bahawa mengambil faedah yang sempurna dari hukum-hukum itu bergantung rapat kepada beriman dengan Allāh dan hari akhirat. Orang ʿArab pada zaman itu, apabila turun ayat-ayat itu, mereka tidak merendah diri untuk menerima syarat itu. Dengan sebab itu Allāh menyeru mereka pada ayat-ayat itu kepada tiga perkara. Pertama, tauhid; kedua, beriman dengan hari akhirat; ketiga, beriman dengan perutusan Nabi (S.A.W.) dan syarat-syarat itu untuk diambil faedah.

Dipetik dari tafsir al hakm.

Shafaat dan penerangan

Fasal Kedua
Menerangkan Perkara-Perkara Umum
Dalam Fasal Pertama.

Wahai Banī Isrāʾīl! Ingatlah nikmatKu yang pernah Aku kurniakan atas kamu. (Al-Qurʾān: 2: 47).
    Ayat ini sudah ditafsirkan dahulu.

Dan bahawa Aku pernah muliakan kamu atas bangsa-bangsa. (Al-Qurʾān: 2: 47).
    Aku lebihkan kamu ke atas alam bukan bererti agama telah tersebar ke seluruh dunia dan semua manusia mengikuti para nabi. Ini suatu perkara mustahil kerana itu bukan kemahuan tabiat manusia, malah maksudnya adalah menegakkan sebuah pusat pemerintahan dan tiada satu kerajaan pun yang menentang dan memeranginya kerana semua kerajaan lain bernaung di bawahnya dan tiada satu kerajaan pun yang bernaung di bawah kerajaan yang bernaung itu. Inilah maksud isyarat Nabi (S.A.W.) memberi nikmat ke seluruh alam dengan menubuhkan pusat pemerintahan. Tanpa pusat pemerintahan ini tidak mungkin Nabi (S.A.W.) memberi rahmat ke seluruah alam.

Dan takutlah kepada satu hari yang satu jiwa tidak akan dapat melepaskan sesuatu apapun daripada satu jiwa, dan tidak bakal diterima permohonan daripadanya dan tidak bakal diterima penebusan daripadanya; dan mereka tidak akan diberi pertolongan. (Al-Qurʾān: 2: 48)
Shaykh berkata, shafāʿat yang dinafi pada hari ini dan shafāʿat untuk kelepasan yang tersebut dalam ḥadīth semuanya tersebut dalam Al-Qurʾān, tetapi yang pertama disebut dalam Al-Qurʾān secara tafsiran, manakala yang kedua disebut secara umum dan dalam ḥadīth disebut secara terperinci.
Shaykh berkata, Mawlānā Muḥammad Qāsim mentafsirkan ayat ini dengan elok dan nyata. Beliau berkata: Apabila manusia dibawa kepada hakim kerana jenayah yang dilakukan, ia tidak dapat menyelamatkan dirinya melainkan dengan empat cara. Pertama, orang lain datang kepada hakim dan berkata kepadanya: “Hendaklah kamu bebaskan lelaki ini dari tahanan dan semua jenayah. Aku snggup mengambilalihnya”. Dengan cara ini hakim boleh membebaskan orang yang bersalah. Cara ini tidak terdapat di akhirat. Itulah maksud:  “”.
Cara kedua, apabila hakim menahan seorang anak menteri dan pembesar yang hampir kepada raja, ayahnya datang kepada hakim dan berkata: “Hendaklah kamu bebaskan anakku dari penjara”. Hakim pasti bebaskannya kerana bapanya seorang yang terkemuka. Cara ini juga tidak terdapat di akhirat. Itulah maksud: “”
Cara ketiga, apabila hakim menahan seseorang kerana sesuatu kesalahan dan ia sendiri merayu kepada hakim: “Wahai orang yang menduduki tempat yang tinggi, bebaskan aku dari penahanan ini; aku akan beri kepada kamu harta”. Hakim pasti membebaskannya juga. Cara ini juga tidak terdapat di akhirat.
Cara keempat, hakim menahan seseorang kerana kesalahan. Dia seorang rakyat negara lain. Maka kerajaan negara asing datang menyerang negara itu. Lelaki ini terselamat dari tawanan. Cara ini juga tidak terdapat di akhirat. Maka empat cara di atas untuk menyelamatkan seseorang tidak terdapat di akhirat.
Dalam kitab-kitab ḥadīth terdapat ḥadīth-ḥadīth shafāʿat Nabi (S.A.W.) untuk pembebasan. Shaykh berkata, ḥadīth-ḥadīth ini tidak bercanggah dengan ayat ini, kerana ayat ini menyatakan hari permulaan bangkit dari kubur ke Maḥshar, hisab dan timbang amalan, ahli syurga masuk ke syurga, ahli neraka masuk ke neraka, di mana seluruh Maḥshar selesai dalam tempoh satu hari. Itulah maksud ayat (Al-Qurʾān: 2: 48) di atas.
Ḥadīth-ḥadīth shafāʿat menerangkan shafāʿat di syurga di mana ahli syurga memberi shafāʿat kepada ahli neraka dengan perintah dan keizinan Allāh. Pada hakikatnya shafāʿat adalah hasil amalannya yang baik di dunia dalam bentuk shafāʿat. Yang demikian, apabila amalan baik lebih berat dari amalan jahat setelah ditimbang, ia dimasukkan ke syurga. Jika sebaliknya, ia dimasukkan ke neraka. Setelah ia dimasukkan ke neraka dan seluruh pembalasannya sempurna, ia juga mempunyai amalan-amalan baik; dia pasti dimasukkan ke syurga. Itulah sebabnya Allāh menyuruh ia masuk ke neraka dan keluar dari neraka dan masuk ke syurga.
Pada hakikatnya keluar dari neraka dan masuk ke syurga ini adalah kehendak amalan baik dan hasilya yang ada pada dirinya. Perkara ini muncul dalam bentuk shafāʿat. Shafāʿat ini tidak dikhususkan kepada orang Islām sahaja, malah kepada semua ahli agama pengikut para nabi.
Shafāʿat pada ḥadīth ini adalah pada hari yang lain dan Shafāʿat yang ternafi dalam ayat ini pada hari lain. Maka kedua-duanya tidak bercanggah.
Shafāʿat maqam terpuji oleh Nabi (S.A.W.) adalah untuk mengadakan keputusan, bukan untuk menyelamat. Para ʿulamāʾ khilaf tentang shafāʿat. Ada ʿulamāʾ yang menetapkan ada shafāʿat dan ada yang menafikan adanya shafāʿat. Semuanya salah, kerana mereka tidak merujuk kepada Al-Qurʾān dan menyesuaikan ḥadīth yang bercanggah menyebabkan mereka terjerumus ke dalam kesilapan dan meraba-raba seperti unta buta.
Shaykh berkata, ayat 48 ini untuk mengingatkan kepada peristiwa selepas mati. Jika empat cara ini terdapat di sana, maka tiada faedah diberi peringatan dengannya.

Dan apabila Kami selamatkan kamu daripada Firʿaūn yang mengenakan kepada kamu seksaan yang pedih, mereka bunuh anak-anak lelaki kamu, dan mereka biarkan hidup anak-anak perempuan kamu, pada hal tentang yang demikian ada satu percubaan yang besar dari Tuhan kamu. Dan apabila Kami belahkan laut untuk kamu, lalu Kami selamatkan kamu, dan Kami karamkan kaum Firʿaūn sedang kamu melihat. (Al-Qurʾān: 2: 49, 50).
Shaykh berkata, apabila kaum Banī Isrāʾīl keluar mengikuti Mūsā (A.S.), mereka semua bersedia untuk mati. Maka Allāh berkatkan mereka dengan membelah laut dan menyelamatkan mereka daripada Firʿaūn dan menenggelamkan Firʿaūn dan pengikutnya dalam laut.
Dua ayat ini menyatakan dua nikmat kepada Banī Isrāʾīl dan inilah maksud fasal kedua.
Ayat 47 hingga 49 seolah-olah sebagai pendahuluan sahaja.

Dan apabila Kami janjikan kepada Mūsā empat puluh malam, (Al-Qurʾān: 2: 51)
Maksudnya, empat puluh malam untuk diberi Taurāt. Ini adalah satu nikmat lain kepada Banī Isrāʾīl setelah berlaku revolusi ke atas Firʿaūn dan penyokong-penyokongnya.

Kemudian sesudah ia pergi, kamu sembah anak lembu itu kerana kamu orang yang menganianya. (Al-Qurʾān: 2: 51).
Ini satu penyelewengan oleh Banī Isrāʾīl dan penyelewengan ini menjatuhkan mereka, iaitu beribadat kepada anak lembu kerana martabat anak lembu lebih rendah daripada manusia.
Mula-mula Banī Isrāʾīl diperintah secara khusus supaya beribadat kepada Allāh. Kemudian mereka menerima undang-undang yang dibawa oleh Mūsā  (A.S.) dan mereka membuat anak lembu daripada emas kerana mereka dapati dalam emas terdapat semua perkara. Mereka diperintah beribadat kepada Allāh sahaja. Itulah maksud firman Tuhan pada ayat 21.
Mereka menyembah anak lembu sedangkan mereka diperintah mengikuti undang-undang yang dibawa oleh Mūsā  (A.S.); mereka mengikuti setiap perkara yang keluar dari suara anak lembu. Ini satu penyelewengan  yang menjunamkan mereka ke bawah.

Kemudian sesudah itu, Kami telah ampunkan kamu supaya kamu bersyukur. (Al-Qurʾān: 2: 52).
Ayat ini ditafsirkan dengan ayat:

Lantas Ia ampunkan kamu, kerana sesungguhnya Ialah Pengampun, Penyayang. (Al-Qurʾān: 2: 54)

Dan apabila Kami beri kepada Mūsā Kitab itu al-Furqān, (Al-Qurʾān: 2: 53)
Maksud “kitab” di sini ialah Taurāt yang mengandungi sepuluh hukum sebagai teks Taurāt. Selain daripada teks itu adalah huraiannya. Maksud “al-Furqān” ialah kekuatan yang membezakan antara kebenaran dan kebatilan.
Allah menurunkan al-Furqān ke hati Mūsā  (A.S.). Tanpa al-Furqān penurunan kitab tidak berguna. Demikian juga ada al-furqān tanpa kitab juga tidak berguna.

Supaya kamu terpimpin. (Al-Qurʾān: 2: 53)

Dan apabila Mūsā berkata kepada kaumnya: “Wahai kaumku! Sesungguhnya kamu telah menzalimi diri-diri kamu, (Al-Qurʾān: 2: 54)
Maksudnya, ‘bunuhlah diri kamu’ ialah bunuhlah dengan diri kamu kerana aku tiada tentera untuk membunuh kamu.
Shaykh berkata, ayat ini menyatakan bahawa mereka yang mundur dalam urusan politik hendaklah dibunuh. Hukum ini sekata oleh semua penduduk dunia sejak awal hingga akhir. Seorang yang lari dari barisan peperangan, tiada pilihan lain melainkan dibunuh. Tanpa jalan ini tidak mungkin dilaksanakan jihad selama-lamanya. Apabila ia tahu ia tidak dibunuh kerana mundur maka semuanya akan mundur kerana takut kepada musuh. Apabila ia yakin ia akan dibunuh jika ia mundur, maka ia mara menghadapi musuh sama ada ia terbunuh atau tidak. Di situ terdapat keraguan sahaja. Ia mara tanpa undur. Jihad dapat dilaksanakan.

kerana menyembah anak lembu, maka mintalah ampun kepada Tuhan kamu, dan bunuhlah diri-diri kamu, yang demikian itu baik untuk kamu di sisi Tuhan kamu”. (Al-Qurʾān: 2: 54).
Setelah mereka semua bersedia untuk mati dengan hati yang ikhlas,

Maka Ia maafkan kamu, kerana sesungguhnya Ialah Pengampun, Penyayang. (Al-Qurʾān: 2: 54).
Maksudnya, hukum bunuh telah dihapuskan daripada mereka dan mereka tidak membunuh diri mereka. Ayat ini mentafsirkan ayat (Al-Qurʾān: 2: 52).
Maksud “maaf” di sini ialah maaf dari pembunuhan yang diperintah ke atas mereka dahulu kerana mereka semua bersedia untuk mati sebagai mematuhi perintah Allāh melalui lidah Mūsā  (A.S.).

Dan sewaktu kamu berkata: “Wahai Mūsā! Tidak akan kami beriman kepadamu sehingga kami lihat Allāh dengan terang”. (Al-Qurʾān: 2: 55)
Ini satu penyelewengan ke atas dari jalan yang diperintah, kerana mereka diperintah mematuhi undang-undang yang dibawa oleh Mūsā (A.S.). Mula-mula penyelewengan dari jalan ke bawah. Ayat ini menerangkan penyelewengan dari jalan menuju ke atas. Kedua-duanya meninggalkan jalan yang diperintah.

Lantaran itu kamu ditimpa gempa, padahal kamu melihat. (Al-Qurʾān: 2: 55).
Cahaya yang turun dari alam al-mithāl menyebabkan mereka mati, tetapi kematian yang masih tertinggal sedikit kehidupan seperti pengsan yang masyhur di sisi umat Hindu. Maka umat Hindu tidak menanam mayat mereka, tetapi meletakkan mayat dalam bilik yang tinggi kerana bimbang mayat tidak mati pada hakikatnya tetapi pengsan sahaja. Kepercayaan ini juga terdapat pada zaman awal Islām.

Kemudian, Kami bangkitkan kamu daripada maut kamu, supaya kamu berterima kasih. (Al-Qurʾān: 2: 56).
Ini bukan kebangkitan pada hari kiamat kerana mayat berada di sini di mana kehidupan dunianya telah hilang dan terdapat pada mayat itu sedikit kehidupan keduniaan. Orang yang mati secara hakiki tidak dibangkit melainkan pada hari kiamat.

Kemudian Kami bangkitkan kamu daripada mati kamu, (Al-Qurʾān:2:56).
Dengan kekuatan alam al-mithāl yang masih ada sedikit, maka ia hidup.

Supaya kamu berterima kasih (Al-Qurʾān:2:56).
Apabila manusia ditimpa kesusahan, kemudian urusannya betul. Inilah tabiat manusia.
Shaykh berkata, tabiat manusia, apabila ia diperintah sesuatu, kadang-kadang ia condong ke kiri. Ini contoh mereka yang beribadat kepada anak lembu. Kadang-kadang condong ke kanan. Ini contoh mereka yang menjawab kepada Mūsā: “”.
Kadang-kadang mereka mundur ke belakang. Apabila mereka ditimpa bala dan kesusahan kerana mereka menyeleweng dari jalan, kemudian mereka faham, mereka dapat memperbetulkan keadaan mereka semula.
Shaykh berkata, selama Banī Isrāʾīl mematuhi undang-undang yang dibawa oleh Mūsā  (A.S.), Allāh berkatkan mereka dengan diberikan mereka kerajaan dari Firʿaūn dan dibuka peluang untuk mereka terselamat daripada Firʿaūn. Tamatlah fasal tentang pengajaran akhlak. Tanpa akhlak tidak mungkin dapat bersatu dan membangun tamadun.

Petikan tafsir hakm.

Wednesday, May 17, 2017

Persediaan untuk kebenaran

Persediaan Untuk Berjihad.

Dan dirikanlah sembahyang dan keluarkanlah zakat, kerana apa-apa amalan baik yang kamu sediakan untuk diri-diri kamu, nanti kamu dapatinya di sisi Allāh, kerana sesungguhnya Allāh itu amat Melihat apa-apa yang kamu kerjakan. (Al-Qurʾān: 2: 110).
    Ini adalah persediaan jihad kerana maksud mendirikan sembahyang ialah mengadakan kumpulan.

Dan mereka berkata: “Tidak akan masuk syurga melainkan mereka yang jadi Yahudi”. (Al-Qurʾān: 2: 111)
    Maksudnya, mengikut rupa yang khusus di sisi umat Yahudi sahaja iaitu rupa sharīʿat Yahudi.

atau Naṣārā. (Al-Qurʾān: 2: 111).
    Maksudnya, orang Naṣranī berkata bahawa tidak masuk ke syurga kecuali orang Naṣranī kerana mereka terikat dengan rupa sharīʿat Naṣranī yang khusus.
    Apabila rupa berubah, mereka tidak faham. Lalu mereka pun ingkar. Jika mereka faham maksud, tentu mereka tidak ingkar, kerana maksud itulah matlamat utama dan rupa adalah maksud yang kedua.

Yang demikian itu angan-angan mereka. Katakanlah: “Tunjukkan keterangan kamu jika memang kamu orang yang benar”. (Al-Qurʾān: 2: 111)

Bahkan, sesiapa serahkan dirinya kepada Allāh, padahal ia berbuat baik, maka ia akan dapat ganjarannya di sisi Tuhannya dan tidak ada ketakutan atas mereka dan tidak akan mereka berdukacita. (Al-Qurʾān: 2: 112).
    Ayat ini menolak mereka, di mana matlamatnya ialah maksud, bukannya rupa sahaja.

Dan Yahudi berkata: “Naṣārā tidak atas sesuatu”. Dan Naṣārā berkata: “Yahudi tidak atas sesuatu”. (Al-Qurʾān: 2: 113)
Maksudnya, sedangkan mereka semua pengikut Taurāt, dan Injīl sebagai huraian kepada Taurāt sahaja. Oleh kerana mereka tidak faham maksud, mereka mengambil lafaz dan rupa sahaja. Maka mereka saling berselisih pendapat walaupun mereka mengikuti kitab yang sama, iaitu Taurāt.

Padahal mereka membaca kitab. (Al-Qurʾān: 2: 113)
    Maksudnya, orang Yahudi dan Naṣārā membaca kitab Taurāt.

Begitu juga orang yang tidak mengetahui seperti perkataan mereka itu. (Al-Qurʾān: 2: 113).
    Maksudnya, demikian juga orang mushrik Mekah yang mempunyai rupa agama yang khusus yang mereka warisi daripada nenek moyang mereka yang lalu.

Maka Allāh akan beri keputusan di antara mereka itu, pada hari kiamat tentang apa yang mereka berselisih. (Al-Qurʾān: 2: 113)
    Maksudnya, pertengkaran ini tidak mungkin hapus sama sekali hingga kiamat, tetapi boleh dikurangkan apabila terbentuk sebuah kerajaan Islām yang boleh menguatkuasa undang-undang.

Dan bukankah tidak ada orang yang lebih aniaya daripada siapa yang menghalangi masjid-masjid Allāh daripada disebut namanya di situ; serta berusaha pada membinasakannya? Mereka ini tidak harus masuk kepadanya melainkan dengan takut. (Al-Qurʾān: 11: 114)
    Masjid ialah markas pembelajaran. Apabila markas ini rosak, rosaklah pembelajaran.

Mereka akan dapat kehinaan di dunia; dan adalah bagi mereka azab yang besar di akhirat. (Al-Qurʾān: 2: 114)

Dan kepunyaan Allāhlah Timur dan Barat. Lantaran itu, ke mana sahaja kamu menghadap, maka di situ ada keredaan Allāh, kerana Allāh itu luas, amat Mengetahui. (Al-Qurʾān: 2: 115).
    Maksudnya, kiblat sudah ditetapkan, tetapi cara bertawajuh dan arahnya berbeza. Mereka menumpu hanya ke satu arah tertentu kerana mereka tidak memahami maksud dan tujuan, tetapi mereka hanya memahami rupa.
    Demikian juga orang Islām kini di Masjid  al-Ḥarām, mereka memilih arah tertentu untuk bertawajuh kepada kiblat misalnya ke arah Pintu Ibrāhīm (A.S.) atau ke arah Pintu Ṣafa. Semua ini adalah bidaah, malah semua arah tawajuh kepada Kaʿbah adalah sama.

Dan mereka berkata: “Allāh mempunyai anak” Mahasuci Ia! Bahkan Ialah yang mempunyai apa-apa yang di langit dan di bumi. Kepada-Nyalah taat tiap-tiap sesuatu. (Al-Qurʾān: 2: 116).
    Shaykh berkata, di sisi mereka anak bererti kekasih. Contohnya, Allāh berfirman:

Ia sukai mereka dan mereka pun suka kepadaNya. (Al-Qurʾān: 5: 54).
Maksudnya, kerana bapa kasihkan anak dan mereka melihat malaikat dikasihi Allāh. Mereka namakan malaikat itu anak. Kemudian keturunan mereka jadikan anak Allāh yang hakiki. Maka mereka berpegang dan terikat dengan rupa yang khusus iaitu rupa anak sahaja, sedangkan banyak cara yang menuju kepada kasih sayang, bukan tertunpu kepada satu cara sahaja.

Yang mengadakan langit-langit dan bumi dengan tidak bercontoh; dan apabila Ia putuskan sesuatu, hanya ia berkata kepadanya: “Jadilah” lantas sesuatu itu jadi. (Al-Qurʾān:2:117).
    Shaykh berkata, makna ibdaʿ ialah mengadakan bayangan sahaja seperti kami letakkan cermin di hadapan seseorang, maka sudah pasti terdapat bayangan pada cermin itu. Mengadakan bayangan ini dinamakan ibdaʿ.

Dan mereka yang tidak berpengetahuan itu berkata: “Mengapakah Allāh tidak berkata-kata kepada kami, (Al-Qurʾān: 2: 118)
Maksudnya, Allāh hendaklah bercakap dengan mereka dengan perantaraan Nabi (S.A.W.).

Atau datang satu tanda kepada kami? Begitu juga telah berkata orang yang dahulu dari mereka, seperti perkataan mereka bersamaan hati mereka. Sesungguhnya Kami telah terangkan beberapa tanda untuk kaum yang mahu percaya. (Al-Qurʾān: 2: 118).

Sesungguhnya Kami telah utusmu dengan membawa kebenaran, sebagai penggemar dan mengancam; dan engkau tidak akan diperiksa darihal ahli-ahli neraka. (Al-Qurʾān: 2: 119)

Dan orang Yahudi dan Naṣārā tidak akan suka kepadamu hingga engkau turut agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya pertunjuk Allāh itulah pertunjuk”. Dan sesungguhnya jika engkau turut kemahuan-kemahuan mereka, sesudah datang pengetahuan kepadamu, maka engkau tidak akan dapat dari Allāh, pengawal dan pembantu. (Al-Qurʾān: 2: 120).

Orang yang Kami beri kitab kepada mereka, padahal mereka baca dia sebenar-benar bacaan, maka mereka inilah beriman kepadanya; dan siapa-siapa yang tidak percaya kepadanya, maka ialah orang yang rugi. (Al-Qurʾān: 2: 121)

Wahai Banī Isrāʾīl! Ingatlah nikmatKu yang Aku telah kurniakan atas kamu, dan bahawasanya Aku telah muliakan kamu atas bangsa-bangsa (lain). (Al-Qurʾān: 2: 122).

Dan hendaklah kamu takut kepada satu hari yang satu jiwa tidak akan dapat melepaskan sesuatu apa dari satu jiwa, dan tidak bakal diterima penebusan daripadanya, dan tidak akan memberi manfaat kepadanya satu shafāʿat dan mereka tidak akan diberi pertolongan. (Al-Qurʾān: 2: 123).

Dan sewaktu Ibrāhīm diberi percubaan oleh Tuhannya dengan beberapa perintah, lalu ia sempurnakannya. Ia berkata: “Sesungguhnya Aku hendak jadikanmu ketua bagi manusia”. Ia bertanya: “Dan dari anak cucuku?” Ia jawab: “PerjanjianKu tidak akan mengenai orang yang zalim”. (Al-Qurʾān: 2: 124).

Dan sewaktu Kami jadikan rumah itu satu tempat berkumpul bagi manusia dan satu tempat keamanan; dan Kami berkata: “Jadikanlah sebahagian dari maqam Ibrāhīm itu tempat sembahyang”. Dan Kami perintah kepada Ibrāhīm dan Ismāʿīl: “Bahawasanya hendaklah kamu bersihkan RumahKu itu untuk orang yang tawaf dan yang iktikaf dan yang rukuk, yang sujud”. (Al-Qurʾān: 2: 125).

Dan sewaktu Ibrāhīm berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah negeri ini satu negeri yang aman, dan kurniakanlah penduduknya dengan buah-buahan, sesiapa yang beriman, dari antara mereka kepada Allāh dan hari Kemudian”. (Allāh ) berkata: “Tetapi sesiapa kufur, maka Aku akan beri kepadanya kesenangan sebentar, kemudian, Aku akan tarik dia kepada seksaan neraka, padahal sejahat-jahat tempat tujuan”. (Al-Qurʾān: 2: 126).

Dan sewaktu Ibrāhīm dan Ismāʿīl mendirikan asas-asas dari rumah itu: “Wahai Tuhan kami! Terimalah dari kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Pendengar, Pengetahui”. (Al-Qurʾān: 2: 127)

“Wahai Tuhan kami! Dan jadikanlah kami berdua orang yang menyerah diri kepada-Mu, dan dari anak cucu kami satu umat yang menyerah diri kepadaMu, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara kami berbakti, dan ampunkanlah kami, kerana sesungguhnya Engkaulah Pengampun, Penyayang”. (Al-Qurʾān: 2: 128)

“Wahai Tuhan kami! Dan bangkitkanlah di antara mereka itu seorang rasūl dari mereka, yang membaca kepada mereka firman-firmanMu dan mengajar kepada mereka kitab itu dan kebijaksanaan, dan membersihkan mereka, kerana sesungguhnya Engkaulah Yang Gagah, Yang Bijaksana”. (Al-Qurʾān: 2: 129).
    Semua ayat ini dipindahkan dari Taurāt.

Dan sewaktu Ibrahim diberi percubaan oleh Tuhannya dengan beberapa perintah. (Al-Qurʾān: 2: 124)
    Syeikh berkata, maksud “kalimah-kalimah” () pada ayat di atas ialah; pertama, Allāh memerintahkan Ibrāhīm supaya menyembelih anaknya Ismāʿīl (A.S.). Kedua, supaya Ibrāhīm memecahkan berhala-berhala kerana beberapa kalimah dalam hatinya, kemudian beliau dibakar. Pendirian Ibrāhīm tidak berubah. Pembakaran itu tidak membahayakannya sedikitpun. Ketiga, Allāh menyuruh Ibrāhīm berhijrah. Maksud kalimah-kalimah ini bukannya memotong kuku, menggunting misai dan lain-lain seperti yang disebut oleh para ahli tafsir; tetapi jika ahli-ahli tafsir maksudkan perkara-perkara itu untuk mengingati kalimah Ibrāhīm dan menggambarkannya, itu mungkin.

Lalu ia sempurnakannya. Ia berkata: :”Sesungguhnya Aku hendak jadikan kamu ketua bagi manusia”. (Al-Qurʾān: 2: 124).
    Setelah Ibrāhīm menyempurnakan semua perintah itu, Allāh berfriman kepadanya seperti di atas yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku jadikan kamu imām kepada manusia”. Maksud ‘imām’ ialah Allāh berjanji Ibrāhīm dan keturunannya; dalam Taurāt dalam Safaruttakwim pada bab 15 ayat 18 bahawa Allāh berikan bumi ini dari sungai Meṣir hingga sungai Furat (di ʿIrāq) dan kawasan ini pada zaman itu adalah kawasan pertengahan jalan perniagaan daratan dari Timur ke Barat. Kawasan ini tidak mungkin dilalui tanpa kebenaran Ibrāhīm dan keturunannya. Maka jadilah maksud ‘imām’ di sini bahawa Ibrāhīm menggabungkan pemerintah-pemerintah. Manusia tidak sampai ke kutub Utara dan Selatan pada zaman itu.
    Ibrāhīm berpindah ke Bariyyah (Tujuh perigi) di Mekah. Semasa di Mekah Ibrāhīm dapati orang Yahudi mentakwilkan dan menonjolkan bahawa Bariyyah terletak berhampiran Ṭūr Sina. Tambahan pula, Ibrāhīm (A.S.) menjelaskan bahawa beliau pergi ke Baitilʿil yang bererti Bait Allah kerana ʿil dalam bahasa Ibranī bererti Allāh.

Ia bertanya: “Dan dari anak cucuku? Ia jawab: “PerjanjianKu tidak akan mengenai orang yang zalim”. (Al-Qurʾān: 2: 124).
    Shaykh berkata, maksud imām ialah imām semua agama seluruh dunia terangkum di bawah keturunan Ibrāhīm (A.S.) sahaja. Itulah maksud firman Allāh:

Dialah yang mengutus rasulNya dengan pertunjuk dan agama yang benar untuk meninggikan dia atas semua agama, walaupun orang mushrik tidak suka. (Al-Qurʾān: 9: 33).
    Bukannya bermaksud menguasai semua agama atau tidak tertinggal satu agama pun di bumi ini semuanya beransur-ansur hilang. Tidak! Malah maksudnya semua bangsa dan agama tunduk di bawah agama Nabi Muḥammad (S.A.W.).
    Janji Allāh kepada Ibrāhīm dan anak cucunya disebut secara umum dalam Taurāt. Dalam Al-Qurʾān disebut tafsirannya sebagai tambahan iaitu “janjiKu tidak dicapai oleh orang zalim”.

Dan tetkala Kami jadikan Rumah itu satu tempat berkumpul bagi manusia, (Al-Qurʾān: 2: 125)
    Semasa Ibrāhīm (A.S.) berada di Mekah, beliau bermimpi tajallī Tuhan turun. Kemudian beliau membina Kaʿbah di tempat tajallī itu turun. Maksudnya. Rumah itu sebagai pusat berkumpul pelbagai bangsa, kerana mengumpul manusia dalam satu kumpulan  adalah berguna untuk penyatuan dan tamadun.
    Mengumpul pelbagai spesis tidak mendatangkan penyatuan, kerana mengikut kaedah yang ditetapkan di sisi ḥukamāʾ, bahawa pengumpulan pelbagai spesis melahirkan satu keturunan yang tidak melahirkan sesuatu kemudiannya. Contohnya, cantuman hemar dengan kuda dari spesis yang berbeza melahirkan keturunannya iaitu baghal yang tidak melahirkan keturuanan lain.
    Apabila dikumpul pelbagai spesis dari keluarga yang sama, individu spesis itu serupa, tetapi berlebih kurang antara spesis pertama dengan yang kedua berbanding dengan imām al-nauʿ dan dari kalangan mereka ada yang lebih mirip dan ada yang kurang mirip kepada imām al-nauʿ.
    Gabungan ini amat berfaedah untuk penyatuan dan pembangunan tamadun. Contohnya, kita tetapkan markas pusat, dan di situ ditempatkan manusia yang paling sempurna akalnya. Setiap spesis yang lebih dekat kepadanya lebih sempurna dari spesis yang yang lebih jauh. Demikianlah seterusnya kesempurnaan itu berkurang sedikit demi sedikit. Itulah sebabnya tersebut dalam ḥadīth tentang masalah barisan dalam sembahyang yang bermaksud hendaklah yang terhampir dari kalangan kamu orang yang berakal.

Dan satu (tempat) keamanan dan jadikanlah sebahagian dari maqam Ibrāhīm itu tempat sembahyang. (Al-Qurʾān: 2: 125)
Maksudnya, supaya dapat mengingati kembali perbuatan Ibrāhīm (A.S.).

dan Kami perintah kepada Ibrāhīm dan Ismāʿīl: “Bahawasanya hendaklah kamu bersihkan rumahKu itu untuk orang yang tawaf”. (Al-Qurʾān: 2: 125),
di Kaʿbah.

Dan yang iʿtikaf. (Al-Qurʾān: 2: 125)
dan orang yang duduk di sekitarnya kerana menanti-nanti untuk melihat Tuhan. Maksudnya iʿtikaf.

Dan yang rukuʿ dan yang sujūd. (Al-Qurʾān: 2: 125).
Maksudnya, mereka yang menunaikan sembahyang di sekiratnya.
Shaykh berkata, maksud ‘membersihkan rumahKu’ ialah membersih dari semua sebutan bukan-Allāh kepada sebutan Allāh sahaja.
    Inilah maksud dijadikan Bait Allāh sebagai tempat manusia berkumpul dan menyempurnakan pengenalan manusia terhadap Allāh dan mentadbir manusia. Tanpa jalan ini manusia tidak mungkin ditadbirkan. Dengan pentadbiran ini terbentuklah penyatuan. Ayat-ayat (Al-Qurʾān: 2 :126-129) adalah doa Ibrāhīm tentang Ismāʿīl, Isḥāq dan Yaʿqūb. Sesungguhnya Allāh telah perkenankan doanya dinisbahkan kepada I Ismāʿīl seperti kepada Isḥāq. Dalam Taurāt, doa ini tidak teratur, tetapi teratur dalam Al-Qurʾān.

Dan ketika Ibrāhīm berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang yang beriman kepada Allāh dan hari akhirat di antara mereka”. Allāh berfirman: “Tetapi sesiapa yang kufur maka Aku akan beri juga ia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara, kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab neraka, dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali”. (Al-Qurʾān: 2: 126).

Dan ketika Ibrāhīm bersama-sama Ismāʿīl meninggikan binaan asas-asas (tapak) Bait Allāh (Kaʿbah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui”. (Al-Qurʾān: 2: 127).

“Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang Islām (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islām (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami sharīʿat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani; (Al-Qurʾān: 2: 128).

“Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasūl dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat dan mengajarkan mereka kandungan Kitab serta Hikmah kebijaksanaan dan membersihkan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Qurʾān: 2: 129).
    Telah jelas dalam Taurāt pada Safarutakwin, bab 17, ayat 20:

“Ada pun Ismāʿīl sesungguhnya telah aku dengar bagimu padanya: Awas! Aku memberkatinya, Aku membuahkannya dan Aku perbanyakkannya benar-benar bahawa Aku ketua yang meramaikan dan aku jadikannya satu umat yang besar”.

Dan bukankah tidak ada yang enggan dari agama Ibrāhīm itu melainkan orang yang membodohkan dirinya? Padahal sesungguhnya Kami telah pilih dia di dunia dan sesungguhnya di akhirat kelak adalah ia seorang daripada mereka yang baik-baik. (Al-Qurʾān: 2: 130).

(Ingatlah) sewaktu Tuhannya berkata kepadanya: “Serahkanlah dirimu;” Ia jawab: “Aku serahkan diriku kepada Tuhan bagi sekalian alam”. (Al-Qurʾān: 2: 131)

Dan telah berpesan Ibrāhīm kepada anak-anaknya dan Yaʿqūb dengan itu: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allāh telah tentukan agama itu untuk kamu. Oleh yang demikian, janganlah kamu mati melainkan di dalam keadaan kamu jadi muslimīn”. (Al-Qurʾān: 2: 132).

Adakah kamu menyaksi tetkala Yaʿqūb hampir mati, waktu itu ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah kemudian daripadaku?” Mereka jawab: “Kami akan sembah Tuhanmu dan Tuhan bagi bapa-bapamu; Ibrāhīm dan Ismāʿīl dan Isḥāq, satu Tuhan yang tunggal, dan kepadaNyalah kami menyerah diri”. (Al-Qurʾān:2:133).

Mereka itu suatu umat yang telah lalu. Merekalah akan dapat apa yang telah mereka kerjakan; dan kamulah yang akan dapat apa yang kamu telah kerjakan; dan kamu tidak akan diperiksa tentang apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Qurʾān: 2: 134).
    Ayat 134 hingga akhir, sebagai jawapan kepada apa yang mereka nisbahkan kepada orang besar dan orang ṣāliḥ, sedangkan mereka tidak beramal dengan amalan mereka dan tidak mengikuti jalan mereka. Dinisbahkan kepada mereka semata-mata tidak bererti apa-apa.

Dan mereka berkata: “Jadilah Yahudi atau Naṣārā, nescaya kamu dapat pertunjuk”. (Al-Qurʾān: 2: 135).
    Maksudnya, orang Yahudi berkata: “Hendaklah kamu menjadi Yahudi, kamu mendapat pertunjuk,” kerana orang Yahudi berpegang dengan rupa sharīʿat Yahudi, dan orang Naṣārā berkata: “Hendaklah kamu menjadi Naṣārā, kamu mendapat pertunjuk,” kerana mereka berpegang dengan rupa sharīʿat Naṣārā yang khusus di sisi mereka.

Katakanlah: “Tidak begitu! Bahkan agama Ibrāhīm yang lurus. (Al-Qurʾān: 2: 135)
Maksudnya, kerana millah Ibrāhīm merangkumi millah Yahudi, millah Naṣārā dan millah Muslimīn.

Dan bukan ia daripada mereka yang mushrik”. (Al-Qurʾān: 2: 135).
    Maksudnya, orang mushrik menganggap Ibrāhīm (A.S.) adalah dari keluarga orang mushrik.

Katakanlah: “Kami beriman kepada Allāh dan apa yang telah diturunkan kepada kami, dan apa yang telah diturunkan kepada Ibrāhīm dan Ismāʿīl dan Isḥāq dan Yaʿqūb dan anak cucunya dan apa yang telah diberikan Mūsā dan ʿĪsā dan apa yang diberikan nabi-nabi dari Tuhan mereka. (Al-Qurʾān: 2: 136).
    Shaykh berkata, maksud para nabi di sini ialah nabi-nabi sebelum Ibrāhīm (A.S.) dalam millah Ṣābiʾah.

Kami tidak membezakan antara seorang daripada mereka dan kepadaNyalah kami berserah diri”. (Al-Qurʾān: 2: 136).

Maka sekiranya mereka itu beriman sebagaimana kamu beriman, nescaya mereka terpimpin; dan jika mereka berpaling, nescaya tidak ada mereka melainkan dalam perpecahan, tetapi Allāh akan selamatkanmu daripada mereka, kerana Ialah maha Mendengar, maha Mengetahui. (Al-Qurʾān: 2: 137)

“Pencelupan Allāh! dan siapakah yang lebih baik pencelupannya daripada Allāh? Dan akan Dialah kami menyembah”. (Al-Qurʾān:2:138)
    Shaykh berkata, setiap kitab mempunyai sifat yang khusus. Sifat itu memberi kesan kepada pembaca. Agama Allāh lebih elok, dan itulah bentuk Al-Qurʾān yang merangkumi semua sifat dan datang daripada al-Malaʾ al-aʿlā.
.

Katakanlah: “Apakah kamu mahu membantah kami tentang Allāh, padahal Ia itu Tuhan kami dan Tuhan kamu; dan bagi kamilah amalan kami dan bagi kamulah amalan kamu; (Al-Qurʾān: 2:139).
    Maksudnya kami tidak pedulikan kamu dan ini adalah sebagai iklan jihad.

Dan kepadaNyalah kami berikhlas. (Al-Qurʾān: 2: 139)

“Atau apakah kamu berkata bahawa Ibrāhīm dan Ismāʿīl dan Isḥāq dan Yaʿqūb dan anak cucunya itu adalah orang Yahudi atau Naṣārā? Katalah: “Apakah kamu terlebih mengetahui atau Allāh?” (Al-Qurʾān: 2: 140)
Maksudnya, kerana kitab kamu yang diturunkan daripada Allāh ini telah menyaksi bahawa mereka bukan beragama Yahudi atau Nasrani, kerana tersebut dalam Taurāt dalam Bab Kejadian bahawa para nabi sejak Adam hingga Mūsā tersusun, dan Mūsā hanya datang dengan syarat selepas itu. Jika kamu khususkan hidayah dengan rupa agama kamu yang ada, sesungguhnya kamu telah keluarkan Ibrāhīm, Isḥāq, Ismāʿīl dari hidayah dan tanggapan itu kufur dengan asas kitab kamu yang menjadi undang-undang bagi millah Ibrāhīm.
    Jika kamu umumkan hidayah dan jadikan hidayah terdapat pada semua sharīʿat termasuklah sharīʿat Ibrāhīm dan mereka yang selepasnya, sesungguhnya cara kamu telah batal dan kamu telah berpegang dengan rupa agama Yahudi dan Nasrani yang telah rosak.

Dan bukankah tidak ada yang terlebih aniaya daripada orang yang menyembunyikan keterangan dari Allāh yang ada padanya?” Dan tidak sekali-kali Allāh itu lalai daripada apa yang kamu kerjakan. (Al-Qurʾān: 2: 140)
    Kitab-kitab kamu telah menyaksi perkara itu. Jika kamu sembunyikannya, nescaya hanya kamulah orang yang paling zalim.

Mereka itu satu umat yang telah lalu. Mereka akan dapat apa yang mereka telah kerjakan; dan kamu akan dapat apa yang kamu telah kerjakan; dan kamu tidak akan diperiksa darihal apa yang mereka telah kerjakan. (Al-Qurʾān: 2: 141).
    Jika sifat mereka (Yahudi dan Naṣārā) tidak seperti sifat Yahudi kamu yang telah rosak, memerlukan pembaikan dan pembaharuan, kamu hendaklah berfikir apa harus kamu lakukan.
    Allāh membawa satu contoh yang menggambarkan orang Yahudi berpegang dengan rupa agama mereka, dan orang Yahudi yang tidak memahami kebenaran yang terdapat pada semua agama. Yang demikian adalah sama dengan masalah perselisihan kiblat, kerana walaupun kiblat berubah tempat. Perubahan itu bukan matlamat yang utama. Perselisihan hanya dari sudut rupa. Di sini tamatlah huraian tentang perdebatan dalam kalangan Ahli Kitab.
Petikan dari tafsir hakm .