Friday, October 9, 2015

Khilaf umatku adalah rahmat




(dipetik dari karangan zainudin deris-meninggal 2010M, dalam tafsir al hakm surah ke 70 oleh haji wan abdullah wan musa-meninggal 1932M)
Kebiasannya, sesuatu rencana mengenai masalah agama menimbulkan salah faham. Mereka yang tidak jujur terhadap agamanya, sengaja tidak mahu memahaminya kerana taksub dengan seseorang tokoh agama. Dalam keadaan demikian:
i)               Mereka mengeruhkan lagi keadaan tanpa memahami masalah sebenar, tanpa mengkaji secara mendalam maksud pengajaran Allah dan sunnah Nabi (S.A.W.) kerana tidak secucuk dengan kefahaman mereka.
ii)           Mereka terus menyalahkan pendapat orang lain dan menganggap hanya pendapat mereka yang benar.
Sikap mereka ini sungguh menghairankan orang yang berakal. Adakah mereka tidak terbaca persabdaan Nabi (S.A.W.) :

Maksud: “Perkhilafan umatku adalah rahmat.” (al-ḥadith).
Apakah rahmat di sebalik perkhilafan pendapat para ulama umat Muḥammadiyah dalam sesuatu masalah? Jika tiada sebarang kebaikan, adakah persabdaan itu salah? Allah taʿala berfirman:
Maksudnya: “Mereka sentiasa berselisih pendapat melainkan orang yang diberi rahmat oleh Tuhan; untuk itulah mereka dijadikan”. (Al-Qurʾan:11: 118, 119)
Ayat di atas menunjukkan dengan jelas kedunguan mereka yang menentang perkhilafan pendapat para ulama dalam sesuatu masalah, kerana pada hakikatnya mereka menentang Allah; sedangkan hikmat Allah Yang Maha Tinggi sengaja menjadikan manusia sentiasa berselisih pendapat. Daripada perkhilafan itulah Allah melahirkan rahmatNya kepada manusia.
Mereka yang memahami perkhilafan itu mendapat rahmat daripada Allah  dan dapat menyesuaikan diri dengan memilih pendapat yang baik dan berguna untuk mereka.

 

AURAT, PAKAIAN LELAKI DAN PAKAIAN WANITA


Skop Analisis
Orang ramai ragu dalam masalah ʿaurat dan pakaian. Mereka dapati sebahagian isteri-isteri para ulama Islam dan tokoh agama yang lampau tidak berpakaian seperti wanita sekarang. Adakah para ulama dan tokoh ini tidak memahami hukum Allah, atau mereka belum menjumpai hukum? Ini perkara mustahil, kerana kebanyakan ulama menuntut di Tanah Suci. Tambahan pula mereka tidak pernah membebankan orang ramai; memadailah jika orang ramai memakai pakaian yang menutup ʿaurat.
Para ulama silam amat berjasa kepada agama. Jasa mereka tidak dapat dilupakan. Dengan jasa merekalah umat Islam kini dapat menikmati kemanisan Islam. Para ulama lampau mengamalkan Islam secara baik dan mudah. Kami yakin mereka adalah ulama yang terdidik dan berpengetahuan luas serta benar-benar memahami masalah agama, kerana mereka dibimbing oleh guru-guru yang taat kepada Allah, muhakik dan ikhlas kerana Allah. Amalan mereka bertepatan dengan sunnah dan Al-Qurʾan. 
Setelah generasi ulama yang lampau ini meninggal dunia, mereka diganti oleh para ulama generasi baru yang kononnya berpengetahuan tinggi dan tidak setanding dengan para ulama silam. Maka timbul pelbagai kekeliruan dalam usaha mereka untuk menampung keperluan masyarakat.
Analisis ini bertujuan menghapuskan keraguan yang berpanjangan supaya umat Islam sentiasa berada di atas landasan yang betul. Sebenarnya, hukum dalam masalah ini sudah lama dipertikaikan dalam kalangan golongan ulama Islam. Setiap golongan berpegang mati-matian dengan pendapat mereka tanpa menganalisa secara teliti sumber-sumber asal iaitu:
i)               Al-Qurʾan,
ii)           Al-Sunnah 
iii)       ijmaʿ para ulama.
Golongan ini tidak memikir tentang hikmat perutusan Nabi Muḥammad (S.A.W.) yang umum dan Al-Qurʾan yang maha berhikmat.
Al-Qurʾan bukan diturunkan untuk bangsa ʿArab sahaja, malah diturunkan untuk semua manusia di dunia ini.

Manusia Yang Dicipta Berbeza.
Allah mencipta manusia. Manusia yang dicipta itu berbeza daripada segi  keturunan dan kaum, kebudayaan yang merangkumi cara hidup dan adat atau resam. Semua perbezaan ini mengandungi hikmah yang mendalam bagi mereka yang memahaminya sebagaimana Allah taʿala berfirman:
“Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah jadikan kamu dari lelaki dan perempuan; dan Kami jadikan kamu beberapa bangsa dan puak supaya kamu saling berkenalan; sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah yang lebih takwa di antara kamu”. (Al-Qurʾan:49: 13).

Al-Qurʾan Diturunkan Untuk Semua Manusia.
Allah taʿala menurunkan Al-Qurʾan kepada Nabi Muḥammad (S.A.W.) semata-mata sebagai rahmat untuk alam yang didiami manusia yang berbagai-bagai ragam. Maka terserlah dengan jelas bahawa maksud Al-Qurʾan tidak semesti dirujuk kepada satu bentuk pelaksanaan yang khusus; tetapi hendaklah dilihat pada maksud umum yang terdapat dalam sesuatu ayat.
Nabi Muḥammad (S.A.W.) berbangsa ʿArab. Baginda mengasaskan dan melaksanakan syariatnya berdasarkan kebudayaan kaum ʿArab yang serba sederhana. Akan tetapi perlu diingat bahawa perutusan Baginda dan Al-Qurʾan yang diturunkan adalah untuk seluruh manusia – bukan untuk bangsa ʿArab sahaja. Ciri-ciri yang sederhana bangsa ʿArab pada zaman itu sebagai contoh terbaik untuk manusia secara umum. Allah taʿala berfirman:
“Demikianlah Kami jadikan kamu satu umat pertengahan supaya kamu menjadi pembawa keterangan kepada manusia dan rasul menjadi saksi kepada kamu”.( Al-Qurʾan: 2: 143).

Pengajaran Al-Qurʾan Dan Sunnah Nabi Menjurus Ke arah Kesederhanaan.
Rasul Allah (S.A.W.) bersabda:

 “Sebaik-baik perkara itu ialah yang sederhana”.(al-ḥadith)
Maka pengajaran Al-Qurʾan, sunnah Nabi (S.A.W.) dan ijmaʿ para ulama salaf semuanya menjurus ke arah kesederhanaan. Bukan kehendak sharaʿ bahawa seseorang melaksanakan shariʿat dengan cara yang menyusahkan dan membebankan diri dengan perkara yang tidak berguna lebih-lebih lagi mengganggu kecergasan manusia. Allah taʿala berfirman:
“Allah mahu memberi keringanan kepada kamu dan tidak mahu memberi kesusahan kepada kamu”. (Al-Baqarah: ayat 185).
Rasul Allah (S.A.W.) berpesan kepada Abu Musa al-Ashʿari dan Muʿaz bin Jabal (R.A.) semasa baginda mengutus mereka ke Yaman. Baginda bersabda:

 “Hendaklah kamu berdua memudahkan dan janganlah menyusahkan dan hendaklah kamu berdua mengembirakan dan janganlah meliarkan dan hendaklah kamu berdua saling patuh dan janganlah bertelingkah”. (al-ḥadith).
Baginda bersabda:

Maksudnya: “Hanya kamu diutus untuk mempermudahkan dan kamu tidak diutus untuk menyukarkan. (al-ḥadith).
Inilah kehendak Rasul Allah (S.A.W.) iaitu setiap orang yang mahu menyeru orang ramai ke arah kebaikan dilarang memilih jalan yang menyusahkan dan membebankan orang ramai. Inilah kehendak asal agama.
Al-Imam Ḥujjat al-Islam al-Shah Wali Allah (1702-1763M atau 1114-1176 H) telah membentangkan perkara ini seperti berikut. Beliau berkata bahawa dalam pelaksanaan dakwah dan mengajak manusia ke arah kebaikan, tidak seharusnya diketengahkan cara pelaksanaan amalan yang menyusahkan dan membebankan mereka. Dan mereka digalak mengerjakan amalan taat mengikut kecenderungan dan kegemaran tabiat mereka supaya tabiatnya boleh membantu ke arah perkara yang dikehendaki oleh akal. Dengan sebab itu saling berganding dua tenaga. Dari situlah maka disunatkan mengharumkan masjid, membersihkannya dan mandi serta memakai bau-bauan pada hari Jumaat dan disunatkan membaca Al-Qurʾan dengan suara yang lunak dan berlagu. Hendaklah dihapuskan kesusahan daripada mereka dan perkara yang meliarkan tabiat mereka. Itulah sebabnya makruh berimam kepada hamba dan orang desa dan seterusnya. (Al-Imam Shah Wali Allah al-Dihlawi: Ḥujjat Allah al-Balighah, halaman: 111, 112).

 

Definisi Aurat

Istilah ʿaurat biasanya ditujukan kepada anggota yang haram dilihat sama ada oleh lelaki dengan perempuan, perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan lelaki. Dalam bahasa Arab ʿaurat bererti keaiban atau sebarang anggota badan yang apabila terdedah, ditutup secara tergesa-gesa kerana pendedahan itu memalukan.
Imam Shah Wali Allah mentakrifkan ʿaurat seperti berikut:
“Ketahuilah bahawa menutup ʿaurat, saya maksudkan ialah anggota-anggota yang mendatangkan keaiban kerana terdedah di hadapan khalayak ramai mengikut adat umat yang sederhana hidupnya seperti yang terdapat pada bangsa Quraish pada zaman itu. Menutup ʿaurat termasuk dalam asas tamadun yang diakui di sisi setiap golongan manusia dan antara perkara yang membezakan manusia dari pelbagai jenis haiwan. Oleh sebab itu shariʿat mewajibkan supaya menutup ʿaurat tersebut iaitu dua kemaluan (qubul dan dubur) dan dua buah zakar, bahagian ari-ari dan bahagian anggota yang mengiringinya termasuklah dua pangkal paha yang jelas dikira daripada segi agama bahawa termasuk ke dalam bahagian ʿaurat. Tidak perlu mendapat dalil pada perkara itu. Persabdaan Nabi (S.A.W.) telah menunjukkan bahawa apabila seseorang kamu mengahwini hamba perempuan, maka janganlah dia melihat pada ʿauratnya. Dalam riwayat lain Nabi (S.A.W.) bersabda: “Maka janganlah dilihat kepada anggota yang di bawah pusat dan di atas lutut”. Nabi (S.A.W.) bersabda lagi: “Tidakkah kamu tahu bahawa dua paha itu ʿaurat?” Sebenarnya ḥadith-ḥadith yang datang dalam masalah ini didapati saling bercanggah, tetapi mengambil dengan apa yang tersebut di atas ini adalah lebih cermat dan lebih hampir kepada peraturan syarak”.[1]
(dipetik dari karangan zainudin deris-meninggal 2010M, dalam tafsir al hakm surah ke 70 oleh haji wan abdullah wan musa-meninggal 1932M)



[1] Ḥujjat Allāh Al-Bālighah: Juzuk 2: Bab : ʿAurāt, ms. 126).

Sunday, October 4, 2015

Pengertian syurga dan neraka




Kebanyakan ulama tafsir cuma memberi gambaran syurga dan neraka yang akan berlaku di akhirat atau selepas mati sahaja.
Mereka tidak mengambil kira syurga dan neraka di dunia yang menjadi matlamat al-Quran  supaya manusia beramal dengan Quran . Naitjahnya wujud suasana syurga di dunia. Demikianlah sebaliknya jika yang bercanggah dengan al-Quran .
Suasana syurga di dunia ialah adalah matlamat manusia dijadikan untuk mengimarahkan bumi dan melahirkan suasana adil serta kasih sayang sesama manusia, melahirkan suasana adil, kasih sayang, hidup saling membantu, merdeka, selamat dari penjajahan dengan semangat setiakawan, itulah  syurga yang dimaksudkan oleh al-Quran  bermula daripada di dunia dan dapat diwarisi oleh generasi-genarasi akan datang serta kemakmuran yang berekekalan.
Al-Quran  sebut dunia maziratul akhirah. Dunia tempat bercucuk tanam dan akhirat adalah tempat menuai. Pengertiannya, hasil dairpada usaha untuk meletakkan masa depan dan generasi akan datang terselamat daripada bentuk penindasan dan kezaliman sebagai matlamat akhir dalam ajenda mereka itulah yang di maksudkan dengan akhirat tempat menuai dan gambaran kejayaaan itu terhasilah syurga di akhirat.
Lihatlah akhirat dan jangan kamu lupa bahagian kamu di dunia. Maksud bahagian kamu di dunia ialah segala nikmat yang Allah kurnia seperti harta, kuasa, segala ilmu pegentahuan diguna untuk menjaya matlamat akhir hingga akhirat.
mereka yang berjaya di dunia ialah berjaya mewujudkankan suasana syurgta dan faedah daripada segala usaha dapat dinikmati oleh keseluruhan manusia termasuk dengan keluarga (mereka yang sealiran dalam perjuangan), orang miskin, anak yatim (iaitu mereka yang tiada tempat bergantung)
Tetapi apa yang berlaku hari ini hanya satu tanggapan untuk peribadi semata-mata untuk mencapai kesenangan dan kejayaan yang boleh diwarisi oleh anak cucunya sahaja tanpa bersama-sama di nikmati dan diwarisi oleh keluarga yang lain, puak yang lain, bangsa yang lain dan manusia yang lain.
Mereka mengambil ilmu berkesan dalam kotak yang tidak bersambung kepada matlamat perjuangan untuk menegakkan keadilan dan kasih sayang selama mana adil dan ihsan.
Setiapa perancangan dan hala tuju di ukur dengan fitrah insaniyah (adil dan Ihsan). Itulah gambaran syurga bermula di dunia.
Sebagai hamba Allah di bumi perlu mempunyai nawaitu (niat) sebagai matlamat dalam perjuangan. Hadis nabi, segala perbuatan di sertai niat.
Sejauh mana pencapaian pada zahirnya adalah ketentuan Allah kepada hambanya, tetapi terus berusaha  walaupun tidak terhasil dan tidak mendapat sokongan daripada manusia dia tetap berusaha dan tidak berputus asa dan tetap berasad atas asas-asas ke arah matlamat dan persediaan untuk di sambung perjuagan oleh generasi kemudian adalah dikira berjaya di sisi Allah.
Sebaliknya neraka bermula dengna perpecahan dan kezaliman atau yang bercanggah dengan fitrah insaniyah.
Mereka telah memadam kepada asas-asas yang menyeru kepada yang menuju kepada perpaduan dan keadilan, mereka mencipta perpecahan dari setiap sudut.
Mereka mencipta Islamisasi yang di ukur dari kaca mata mazhab sehingga tidak mampu duduk semeja sesama Islam. Sepatutunya Islamisasi di ukur dengan Quran  yang mempunyai saiz untuk seluruh umat manusia.
Tetapi oleh kerana para ilmuan hari ini tidak memahami jalan hikmat yang ada di dalam al-Quran  dan jika diambil faham mengikut jalan hikmat akan terkena batang hidung sendiri. Sebab itu mereka tidak sanggup menerima pihak yang berhujah dengan al-Quran .
Kata ustaz Kazim Ilias, mereka jangan berhujah dengan al-Quran . Sekiranya mereka mahu berhujah dengan al-Quran  hendaklah masuk Islam.
Sebaliknya jika ada yang berhujah dengan ayat Allah mereka akan mempersoalkan adakah mereka itu Islam liberal, Islam syiah, qudiani, pluralisma dan lain-lain.
Mereka itdak sedar al-Quran  untuk semua manusia tanpa syarat samada milah hanifi atau pun milah sabie. Setiap umat semuanya ada rasul. Ayat-ayat Allah itu apa yang di langgit atau dibumi.
Sudahkan para ustaz-ustaz itu mengkaji isi kitab kitab yang dianuti oleh agama-agama besar hari ini seperti Yahudi, Kristian, Hindu dan Budha. Semuanya mempunyai sepuluh hukum fitrah yang sama dan al-Quran  diturunkan untuk menyeru kepada ahli kitab supaya bekerjasama pada kalimah yang sama. Antara mereka berhujah, kononnya kitab-kitab itu bercampur aduk dan ada tambahan.
Sebenarnya keaslian pada kitab-kitab itu masih ada jika diperlihatkan sebab itu Allah menyeru kepada nabi muhamad supaya bekerjasama pada persamaan yang ada. Kalau langsung tiak ada persamaan kenapa Allah turunkan al-Quran  supaya menyeru kepada kerjasama dan keadaan itu. Allah mengetahui bahawa kitab itu sudah terubah. Adakah para ustaz menyangka Allah tidak tahu kitab-kitab itu sudah terubah.
Seperti mana Allah tahu kitab-kitab hadis yang bercampur aduk dengna segala pengubahan tetapi masih ada sunah nabi. Adakah para ustaz-ustaz mahu menolak semua hadis yang sudah bercampur aduk itu sama seperti yang berlaku ubahan dan bercampur aduk  yang terdapat di dalam kitab-kitab yahdui, nasara, hindu dan budha.
Mereka mahu memonopolikan nama ilmu Allah dan memenopolikan syurga Allah sama seperti yahudi di zaman nabi yang mendakwa puaknya saja yang layak masuk syurga dan semua yang lain kekal di dalam neraka.
Islam hari ini mesti membebas diri daripada penjajahan mental oleh para ustaz cari makan yang berpegang dengan sumber zanni, pada mereka terdapat sesuatu yang kebal daripada dosa kerana setiap langkah mereka pergi kemasjid akan berguguran segala dosa-dosanya dan jika mereka merasa masih ada dosa mereka pergi ke Mekah berulangkali dan mereka merasa sungguh suci dan sempurna serta membawa balik uniform seragam arab bertenggek di atas kepalanya.
Kita nak amalan kemuncak, maka kepada semua orang Islam yang berkemampuan yang berulang alik ke Mekah samada haji atau umrah yang mencecah perbelanjaan sebanyak hampir 60 billion setiap tahun.
Oleh hasan bin muhamad kg tok ku.

Sunday, September 20, 2015

50 troli di samak




Akhbar Sinar harian 7 Sept memaparkan berita yang menjadi bahan ketawa setaraf dengan pesta raja lawak berhubung dengan troli yang di samak oleh pihak yang berkenaan yang dikatakan tempat rujuk perkara-perkara yang berkait dengan agama Islam tetapi apa yang berlaku mereka telah meletakkan melebehi daripada yang sepatutnya gara-gara seekor anak anjing. Umat islam telah meletakkan anjing itu sebagai seolah-olah seperti hantu yang mengusiknya.
Dizaman nabi anjing di guna untuk berburu.
Sifat anjing boleh dimanafaat apabila diberi perhatian bilangan anjing yang kecil tetapi bila ia ramai menjadi sekumpulan yang besar, ia menjadi ganas sebagai makhluk perosak dan nabi pernah menyarankan supaya anjing dibunuh. Perintah itu di lihat sifat perosaknya kerana ramai dan tidak tidak terkawal dan apabila jumlah mereka tidak ramai nabi melarang daripada membunuh.
Hadis nabi , malaikat rahmat tidak masuk ke rumah apabila ada gambar ada orang berjunub dan ada anjing.
Maksud malikat rahmat itu ialah kunjungan kawan-kawan teman tidak gemar berkunjung apabila ada ketiga-tiga itu.
Hadis nabi, kepada bekas-bekas makan dan minum yang dijilat anjing hendaklah membasuh tujuh kali termasuk air tanah.
Untuk penjimatan air membasuh kesan lendir daripada jilatan anjing mengguna bahan-bahan mudah seperti tanah adalah wajar untuk zaman manusia yang tiada sabun.
Ada pihak yang mengatakan sentuhan anjing dibolehkan apabila kering sama kering sebenarnya tanggapan oleh hukama fukaha yang tidak muhakik.
Umat Ashabul kahfi di dalam gua bersama anjing.
Anjing adalah satu binatang yang mempunyai deria bau yang tajam. Ia dimanafaaatkan oleh manusia dimana-mana sahaja diguna untuk memburu, mengesan dadah, penjenayah amat banyak berguna untuk membantu pihak polis.
Apabila seseorang itu terjerumus ke dalam kejahilan itu lalu gambaran azab di dunia dan di akhirat merka dalam keadaan buta.
Pengertian azab yang pedih ialah jahil apabila sesuatu kaum berada dalam kejahilan maka kaum itu sudah hilang serinya untuk dicontohi, mereka sudah hilang pedoman daripada kitab Allah.
Mereka menyangjung ulama-ulama yang jahil yang menyekat umat Islam daripada mengkaji Al-Quran kerana ditakuti bercahnggah dengan agama warisan nenek moyang mereka. Ajaran mereka memadai dengan membaca sekadar membetul sebutan dan memperindahkan lagu serta hafal tanpa niat untuk mengambol faham dan berpandukannya.
Saranan seperti itu adalah untuk melalaikan umat manusia daripada ... matlamat Al-Quran diturunkan untuk memerintah bumi.
Mereka mengambil tafsir Al-Qran sebagai ruhban dengan berbekalkan bahasa Arab dan fiqah.
Oleh Hasan Muahamad, kg tok ku