Tuesday, September 9, 2014

fitrah




Hadis berbunyi ,kanak-kanak itu dilahirkan suci, ibu bapalah yang mencorakkan anak-anak samada menjadi yahudi ,nasara atau pun majusi...amat popular dikalangan chegu2 sewaktu memberi ceramah kpd ibu bapa dlm pertemuan mesyuarat pibg terutama ketika pencapaian peperiksaan yg menurun . dikatakan peranan ibu bapa lah yang tidak berkesan sebagai penyebab kepada peperiksaan itu gagal . hadis itu dijadikan hujah utk menutup kegagalan pihak sekolah serta meletakkan ibu bapa penyebab utama murid2 itu gagal.
Fitrah terbahagi kepada dua , pertama fitrah insaniyah dan yang kedua fitrah jibillah . fitrah jibillah adalah bercorak budaya seperti ibu bapa mendidik anak bercakap menggunakan bahasa kaum mereka cara makan pergaulan dan sebagainya. samaada ibu bapa cina ,melayu, india, yahudi, nasara dan sebagainya akan mencorakkan anak nya mengikut budaya bangsa mereka. Kanak2 itu diertikan berseh   sebelum dicorak oleh sesuatu budaya bangsa dari warisan ibu bapanya atau penjaga.
Corak apa2 budaya ditentukan oleh ibu bapa aataupun penjaganya yang mencorakkan rupa bangsa sesuatu kaum.dan pada anak2 yg dikatakan berseh itu bukan bererti ibubapa yg mencorakkan buruk baik ,gagal atau pun berjaya anak itu . adalah tidak mungkin ibu bapa atau penjaga sanggup melihat anak jagaan mereka itu gagal.
SEDIKIT RENUNGAN FITRAH INSANIYAH
Perkara pokok dalam ugama (din) ialah fitrah. Apa itu fitrah? Fitrah ialah perkara pokok yang dikehendaki secara semulajadi oleh semua manusia. Apakah perkara semula jadi yang dikehendaki oleh manusia? Yang utama dan natijahnya ialah pada yang kelima, seperti berikut:
1.   Kebersihan dan kesucian.
2.   Patuh kepada pencipta
3.   Tolak ansur dan sedia memaaf.
4.   Adil
5.   Kebaikan.
Pertama, bersih dan suci pada pakaian dan persekitaran, politik, ekonomi dan pergaulan. Bersih secara batin – hati bersih dan akhlak tercela seperti bakhil atau kedekut, boros, bangga diri. Berseh batin merujuk kepada akhlak yang diredai.
Kedua, patuh kepada pencipta melalui perhubungan dengan tuhan dan perhubungan dengan manusia. Perhubungan diri dengan masyarakat – itulah yang dikehendaki.
Ketiga, tolak ansur dan sedia memaaf kesalahan dan mengakui kesalahan dan kekurangan diri sendiri. Sedia menerima kebenaran dan pendapat daripada orang lain.
Keempat, adil. Keadilan merangkumi semua bidang dalam kehidupan manusia –
Kelima, kebaikan. Membuat kebaikan kepada manusia sebagaimana  Allah  membuat kebaikan kepada kamu. Tuhan berfirman dalam surah al qasas ayat 77; buatlah kebaikan sebagaimana  Allah  telah buat kebaikan kepada kamu dan jangan kamu membuat kerosakan di bumi kerana sesungguhnya  Allah  tidak suka orang yang membuat kerosakan..
Pertama, sepuluh prinsip yang diwarisi daripada nabi idris seperti yang terdapat di mesir, china, greece dan iran.
1.   Beriman kepada pencipta yang tunggal atau amun dalam pengajaran idris a.s
2.   Beriman kepada rasul
3.   Beriman dengan alam kedua.
4.   Kasihkan manusia.
5.   “aku tidak membunuh satu nyawa pun, aku tidak menggalakkan sesiapa melakukan pembunuhan”
6.   “Aku tidak pernah berzina Aku tidak pernah terangsang terhadap perempuan kerabatku”
7.   “aku tidak pernah mencuri”
8.   “aku tidak pernah mencuri”
9.   “aku menghormati ibu bapa”
10.                    Hari minggu
Kedua, sepuluh prinsip agama yang terdapat dalam kitab wida (kitab syariat Hindu)
1.   Prinsip pertama ini tersebut dalam wida: “Pada permulaanNya( Allah ) itu tunggal, tiada yang lain bagiNya, lalu Ia merancang mengadakan bendak lain yang banyak...”
2.   Beriman kepada para rasul
3.   Beriman dengan hari akhir.
4.   Kasihkan manusia.
5.   Dilarang membunuh.
6.   Dilarang berzina.
7.   Dilarang mencuri.
8.   Dilarang berbohong.
9.   Menghormati kedua ibu bapa.
10.                    Hari minggu.
Sepuluh prinsip utama dalam syariat yahudi dan kristian dan islam.
1.   Beriman dengan kewujudan  Allah  yang esa.
Yahudi: “dengarlah wahai israil(Yakub), pendidik itu tuhan kita. Tuhan yang tunggal.(safr tatniat’ 4-6)
Kristian: “siapa yang menerima aku(Isa) bermakna ia menerima tuhan yang mengutuskan aku.”(Lu: 9-48)
Islam: “ tidak kamu utus sebelum engkau seorang lelaki melainkan kamu wahyukan kepadanya bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Aku, sebab itu sembahlah aku”(Anbia ayat 25)
2.   Beriman kepada para rasul
Yahudi: “aku akan bangkitkan kepada mereka dari kelangan saudara-saudara mereka seorang nabi yang serupa dengan mu” (tath:15: 17,18)
Kristian: “kerana orang yang diutus oleh  Allah  biasanya bercakap dengan kalam  Allah ” (yu:3:34)
Islam: “katakanlah: “Kami beriman kepada  Allah  dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami dan kami mengakui apa yang telah diturunkan kepada ibrahim, ismail, yaakub, dan keturunannnya; dan apa yang telah diturunkan kepada musa, isa, dan kekpada semua nabi dari tuhan mereka; seorang pun tidak kami bezakan, kami semua patuh kepadanya”. (al imran ayat 84)
3.   Beriman kepada hari kebangkitan dan pembalasan:
Yahudi: “menjadi hak aku bertindak keras dan pembalasan pada masa tapak kaki mereka tergelincir”. (tath: 32: 35).
Kristian: “lalu ia akan keluarkan orang yang berbuat baik untuk menuju hari kebangkitan hidup, dan orang yang membuat keburukan untuk menuju kepada perlaksanaan pembalasan”. (yu: 5: 30).
Islam: “yang berkuasa pada hari pembalasan”. (alfatihah ayat 4)
4.   Kasih sesama manusia:
Yahudi: “engkau kasihkan kerabatmu sama seperti kasih kepada dirimu sendiri” (La 18: 19).
Kristian: “kamu pernah mendengar dikatakan, kamu kasihkan keluarga rapat kamu dan kamu bencikan musuh kamu; tetapi, bagiku aku katakan kepada kamu, kasihkanlah musuh-musuh kamu...berbuat baiklah kepada orang yang membenci kamu...” (Mat; 5: 42).
Islam: “wahai manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan berpuak-puak supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi  Allah  ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu” (al-hujurat: 13)
5.   Membunuh:
Yahudi : “Jangan membunuh”. (tath: 5: 18)
Kristian: “ jangan membunuh”. (mat:5: 21)
Islam: “jangan kamu membunuh manusia yang diharamkan oleh  Allah , melainkan dengan jalan yang benar”. (al isra’ ayat 33).
6.   Zina:
Yahudi: “jangan berzina ” (khuruj: 12: 20)
Kristian: “sesungguhnya kamu pernah dengar telah dikatakan kepada orang dahulu, jangan kamu berzina...” ( mat: 5: 27)
Islam: “dan janganlah kamu menghampiri zina ” (al isra’ ayat 32 )
7.   Mencuri,
Yahudi: “jangan mencuri ” (khuruj 20:12 )
Kristian: “jangan mencuri ” (mat: 19:18 )
Islam: “pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah masing-masing dipotong tangan ” (al maidah ayat 38 )
8.   Berbohong,
Yahudi: “jangan berbohong ” (La : 19: 11 )
Kristian: “jangan berbohong ” (Ku: 3:9 )
Islam: “wahai orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada  Allah  dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar ” (at taubah ayat 119 )
9.   hormati ibu bapa.
Yahudi: “ muliakanlah dua ibu bapa” (khuruj:20:12 )
Kristian: “muliakan bapa dan ibu kamu ” (mar:9:18 )
Islam: “tuhan mu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain daripada  Allah , dan hendaklah kaum berbuat baik terhadap dua orang tua ” (al isra ayat 23 )
10.                    hari minggu
Yahudi: “engkau perkenalkan hari sabtu dipuja....melalui hambamu musa”. (ghaim:9:14 ).
Kristian: penganut kristan tidak terikat dengan hari tertentu. Ada yang menghormati hari sabtu. Ada yang menghormati hari ahad hingga kezaman maharaja konstantin. Baginda menetapkan hari ahad sebagai hari berehat mingguan dan baginda mengeluarkan kertas gezet pada tahun 321 M.
Islam: Islam tidak menentukan hari berehat mingguan. Malah islam memastikan ibadat sosial semata-mata.
“wahai orang yang beriman, apabila diseru azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari jumaatm, maka segeralah kamu pergi untuk mengingati  Allah  dan tinggalkan berjual-beli”. (al jumaat ayat 9)
Sepuluh hukum untuk menegakkan keaman antarabangsa di bumi dan mengiktiraf taraf yang sama antara bangsa-bangsa yang gagah dan bangsa-bangsa yang lemah dan menjaga hak kemerdekaan, berjimat cermat dan sama rata dalam siasah dalam kalangan mereka.
1.   “Dan telah dihukumkan oleh tuhan engkau bahawa janganlah kamu sembah selain daripadaNya dan kepada kedua ibu bapa hendaklah kamu berkasih sayang, sekiranya telah sampai umurnya tua, seorang atau kedua-duanya , maka janganlah kamu berkata dengan perkataan yang kasar dan janganlah kamu menyakitkan hati kedua-duanya, hendaklah kamu berkata dengan perkataan yang mulia. Dan hendaklah kamu rendahkan bagi kedua-duanya tanda kehinaan daripada kasih sayang, dan hendaklah berdoa: “wahai tuhan ku, kasihkan dan sayanglah kepada kedua-dua nya seperti kasih sayang dan sayang kedua-dua mereka kepada ku  dan membela kedua-duanya pada masa kanak-kanak. Sebenarnya tuhan kamu maha mengetahui apa-apa yang tersimpan di dalam hati kamu jika kamu orang yang beramal salih, maka  Allah  bersedia mengampun mereka yang taat dibawah hukumNya”.(alquratn: 17: 23-25)
Tujuan hukum yang pertama ini supaya mengesa ibadat kepada  Allah  dan berkhidmat kepada dua ibu bapa.
2.   “hendaklah berikan pertalian yang dekat dan orang yang kesussahan dan orang yang berhajat: janganlah engkau melebihkan belanja yang lebih daripada hajat, bahawasanya mereka yang melebihkan belanja daripada hajat itu bersaudara dengan syaitan dan ialah mereka yang amat kufur kepada tuhannya”. (al quran 17: 26-27)
3.   “dan janganlah tangan engkau dibelengu ke tengkuk engkau dan jangan pula engkau lepaskan dia selepas-lepasnya, sebab itu jadilah engkau dicerca dan dihina”. (al quran 17:29)
Tujuan hukum ke tiga ialah supaya manusia berjimat cermat dengan baik dalam pergaulan, kerana dalam dunia ini terdapat dua golongan manusia, iaitu golongan kaya dan golongan miskin.
4.   “dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan harta benda kamu itu, kami akan memberi rezeki mereka dan kamu bahawa membunuh mereka adalah kesalahan yang amat besar”. (al quran: 17:21)
Tujuan hukum keempat ialah supaya penduduk dan anak-anak diberi pendidikan dalam pelbagai bidang mengikut kelayakan masing-masing.
5.   “dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat”.(al quran: 17:32).
Tujuan hukum kelima ialah untuk menjaga kehormatan wanita dalam masyarakat.
6.   “dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh  Allah  membunuhnya dengan tidak sebenar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya kami telah menjadikan warisnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia mendapat sepenuh-penuh pertolongan.” (Al quran 17;33)
Hukum yang keenam ini menerangkan undang-undang untuk memelihara kehormatan dan kemulian setiap individu dalam pergaulan mereka.
7.   “dan janganlah kamu mengganggu harta nak yatim melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia baligh; dan sempurnakanlah perjanjian, sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya”.(al quran: 17:34)
Tujuan hukum ke tujuh ialah untuk memelihara harta anak yatim piatu yang lemah.
8.   Dan hendaklah sempurnakan sukatan jika kamu penyukat dan timbangkanlah dengan adil dalam pergaulan dan menegakkan semangat kasih sayang.
Tujuan hukum kelapan ialah supaya manusia menyempurnakan hak yang sama atau adil dalam pergaulan dan menegakkan semangat kasih sayang.
9.   “dan janganlah kamu buat-buat pandai pada apa yang kamu tidak mengerti dengna sebenarnya, kerana telinga, mata, hati semuanya akan ditanya.” (al quran :17:36).
Tujuan hukum yang kesembilan ialah untuk mengajar adab sopan kepada setiap orang ahli imu atau pemimpin bangsa supaya tutur kata dan gerak gerinya tidak terkeluar daripada pengetahuannya.
10.                    “dan janganlah kamu berjalan di bumi ini dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya kamu tidak boleh memecahkan bumi dan kamu tidak akan dapat menyamai setinggi bukit”. (al quran :17:37)
Tujuan hukum kesepuluh ialah untuk mengajar adab kepada setiap manusia supaya tidak   bersikap sombong atau besar diri dalam pergaulan dengan saudaranya.
Demikianlah sepuluh hukum dasar yang ditetapkan oleh  Allah  pada malam Mi’raj untuk dijadikan asas pergaulan antarabangsa seperti Hindu, majusi,yahudi, nasara dan lain-lain di dunia ini; juga menegakkan sebuah perlembagaan antarabangsa untuk menjaga keamanan dan hak yang adil dalam kalangan semua bangsa.
Di petik dari kertas kerja PENDIRIAN KAUM MUSLIMIN TERHADAP PLURALISME AGAMA sebagai asas perpaduan umat pelbagai syariat mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam al quran dan kitab-kitab suci yang lain.(boleh di dapati di IKIM)
Berasaskan kepada 10 rukun yang sama itulah yang dikatakan ugama yang satu dan syariat yang berbeza.
Diutuskan nabi akhir zaman untuk menyatukan semua umat manusia yang beriman kepada kitab  Allah  supaya bersatu sebagaimana firman  Allah  katakan kepada ahli kitab marilah kita bekerja sama pada kalimah yang sama...
Mereka yang beriman kepada mana2 nabi dan mana2 kitab  Allah ,  Allah  memberi jaminan firmannya yang maksud “mereka2 yang beriman yahudi nasarani dan sabie ,beriman dengan hari akhirat, amal baik akan diberi ganjaran di akhirat”

Tuesday, August 26, 2014

Umno berputih mata dalam kemelut politik selangor




Umno berputih mata dalam kemelut politik selangor sebagai peneraju  dan penentu kepada kerajaan malaysia terdapat petanda-petanda intitusi umno sudah tidak mendapat kepercayaan di kalangan aliran politik negara yang di dokong masyarakat berbilang bangsa dan agama.
Perubahan ini bermula setelah Islamisasi di perkenalkan dan untuk kalangan ulama (yang maksud nya kadok naik junjung) dan di beri peranan dalam hal ehwal Islam berlebihan. Setelah sekian lama tajuk perbincangan mereka tidak dibincangkan secara mendalam dalam hal-hal perkara ibadah dan fardu ain dan mendalami perkara-perkara yang dianggap remen dan cuba memperhalusi perkara-perkara yang dianggap kasar,( mati di situlah perbincangan) maka muncul lah di kalangan mereka uztaz-ustaz yang menghiasi di permukaan yang kosong, membesar-besarkan perkara kecil dan menutup seboleh-bolehnya matlamat al Quran itu di turunkan untuk semua manusia. Mereka tiada ajenda untuk mewujudkan suasana adil dan ihsan sebagaimana yang dituntut  oleh fitrah insaniyah.
Adil dan ihsan hampir luput dalam ajenda umat Islam hari ini walaupun peringatan adil dan ihsan sentiasa dibaca dan tertulis di dalam tek khutbah setiap jumaat tetapi peringatan itu tidak disedari oleh pendengar, pembaca dan penulis tek itu sendiri.
Teks peringatan itu dibaca tanpa apa-apa kesan daripada pembaca, pendengar dan pencatat tek itu sendiri.
Boleh jadi tek itu sebagai warisan dahulu kala yang tidak perlu di ambil peduli kerana tidak ada kesinambungan dengan semua khutbah yang menitik beratkan soal-soal ibadah semata-mata dan memperbesar-besarkan amalan sunat dan fardu ain sahaja.
Saya percaya kalimah adil dan ihsan dalam khutbah ini akan dibuang daripada tek khutbah satu hari nanti.
Umat Islam hari ini sudah tidak ada pegangan dan amalan ke arah hala tuju kearah adil dan ihsan di kalangan masyarakat. Mereka menilai Islam dan al Quran dari sudut feqah dan bahasa arab semata-mata apabila menilai Quran terhenti setakat cerita-cerita israiliat semata-mata.
Mereka tidak bersifat ihsan sesama manusia melainkan puak-puak yang ada persamaan dengannya. Mereka tidak mampu menilai kebenaran berasaskan prinsip insaniyah kerana terpegaruh dengan pada hukum zahir semata-mata.
Kerajaan terlalu memberi muka (membuka ruang)kepada orang-orang yang mengaku dirinya ulama yang memiliki sekeping ijazah untuk cari makan berlagak dengan gaya miskin supaya terdorong orang memberi wang kepadanya.
Maka lahirlah ustaz-ustaz kain tudung ,ustaz-ustaz selawat, ustaz-ustaz halal haq . semuanya yang tidak selaras dengan pandangannya di anggap haram mutlak  lalu mereka berjihad dengannya di samping memperbesarkan elaun. Memperluaskan isu-isu untuk memperluaskan operasi mereka.
Sikap kerajaan terlalu hormat kepada kadok yang diletakkan keatas junjung ini dan menganggap dirinya sebagai raja , jika ada siapa yang menentangnya akan dihukum sebagai manusia yang melawan Tuhan atau anti agama dan ada mangsa yang  di lucutkan kerakyatan dan ditutup facebooknya. Mereka tidakberminat berhujah dengan ilmu. Mereka menggunakan pengaruh nya terhadap mana-mana institusi semata-mata untuk menyekat pihak yang cuba untuk mempertikaikannya. Merekalah yang menolak pihak lain daripada menggunakan kalimah Allah adalah satu sifat yang sombong kerana pada tanggapan mereka manusia yang lain dari kalangan mereka bukan hamba Allah . firman Allah:  bertanya kepada semua roh manusia....
Semua manusia telah tercetak ke dalam roh natiqah setiap insan setiap manusia tentang penyaksian bahawa Allah itu Tuhannya.
Apabila ditakdirkan Allah lahirkan mereka ke dalam bangsa dan kaum tertentu maka di bahasakan Tuhan itu mengikut bahasa mereka dalam keadaan yang tidak sempurna tetapi apabila mereka sedar akan kalimah Allah yang sempurna. Apa salahnya jika mereka sedar dan mahu sebutan nama itu dengan lebih sempurna pada nama Allah, kenapa di tolak . firman Allah: Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya
engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai
setinggi gunung-ganang. (Al-Qurʾān: 17: 37)..dengan menafikan makhluk Allah yang lain daripada menggunakan kalimah Allah adalah satu sifat yang sombong serta mendakwa tidak masuk syurga puak lain melainkan dari puaknya sahaja  hari ini sebagaimana umat Islam telah mendakwa dan mewarisi dakwaan kaum yahudi yang sesat itu yang berlaku pada zaman nabi s.a.w. Allah menemplakkan dakwaan itu sebagai sesat kerana mereka meninggalkan kitab suci taurat, demikian juga umat Islam yang mendakwa demikian kerana mereka menganggap kitab-kitab fiqahlah yang lebih mutlak dan mereka berhujah dengan sumber zanni . firman Allah. Mereka telah meninggalkan kitab-kitab nabi...
Hasan muhamad

Tuesday, August 19, 2014

Perkongsian antara modal dan tenaga




Di madinah nabi membuka pasar ke dua untuk memecah monopoli orang-orang yahudi.
 Pasar kedua akan menjadi pilihan kepada mereka yang tidak berada sebagai pengukur kepada pasaran yang ada akan menjadi pilihan pengguna .
  Hak-hak keadilan pengguna dan rakyat tidak seharusnya dibiarkan pasaran arus perdana yang didominasi oleh sesuatu kaum atau pun kuasa luar sebagai penentu kepada harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat. Perlunya ada pasar kedua yang mempunyai kuasa pengimbang. Perniagaan biasanya dibina di atas kekuatan daya saing, adapun alternatif pasaran kedua perlu di bina diatas perkongsian antara modal dan tenaga. Negara perlukan dua asas kekuatan pengeluaran dan perniagaan ini.
Kepada mereka yang tidak mempunyai kekuatan membina produktiviti, mereka perlu diberi ruang perkongsian antara modal dan tenaga.
Demikianlah kalau penghuni sesebuah negara itu miskin dan lemah dan tidak ada tempat bergantung tentunya mereka perlu mendapat hak kebebasan membuat sesuatu bersama-sama untuk kepentingan bersama. Dalam satu perkampungan mesra penghuni yang menghidupkan semangat tolong menolong dan saling bantu-membantu. Itulah kehidupan berasaskan fitrah kemanusiaan.
Pasar kedua bermula daripada kumpulan penempatan sementara terdiri daripada orang yang tiada tempat bergantung biasanya menerima keadaan hidup yang sederhana.  Ianya akan bermula daripada kumpulan tempatan kerana orang-orang yang tiada tempat bergantung. Biasanya mereka ini boleh menerima keadaan hidup yang sederhana.
Kerajaan perlu menyediakan prasarana untuk membina satu perkongsian antara modal dan tenaga membolehkan mereka membuat, mengguna dan menjual . itulah suatu kegiatan ekonomi melibatkan golongan yang paling terkebawah, sebodoh-bodoh manusia mereka mempunya ruang untuk memberi sumbangan serta bergabung dalam keluarga besar saling bergantung antara satu sama lain.
  Mereka sebagai anak angkat kepada mana-mana institusi seperti mara, tabung haji, majlis ugama islam, ngo, badan kebajikan dan lain-lain untuk membekal bahan-bahan mentah.
Penempatan sementara bukanlah sesuatu yang kekal tetapi ianya hanya sementara mendapat peluang yang lebih baik bedasarkan keadaan ekonomi negara yang turun naik.
manusia adalah jenis makhluk yang meletakkan kemajuan dan moden sebagai memberi keselesaan dan kebebasan  nilai kehidupan disamping kemajuan kemanusian .
Membantu orang miskin secara individu adalah tidak berkesan kerana mereka terpegaruh dengan suasana persekitaran dan iklan. Jika bantuan diberi mereka menumpukan kepada keperluan-keperluan tersebut dan tidak dapat memajukan diri.
Demikianlah falsafah pelihara ayam tidak mungkin mendapat hak keadilan pada golongan yang lemah jika mereka diberi makan tabur dan bebas berebut . perlunya kepada golongan yang lemah dipantau secara tersendiri untuk menyelamatkan keadaan rebutan yang terdedah kepada penindasan.
Oleh hasan muhamad kg tok ku kota baharu