Allah yang
menjadikan alam. Anda melihat alam besar yang terdapat di dalamnya bulan,
bintang dan matahari, angin, awam dan bumi serta isi perut di dalamnya dan
bermacam-macam kejadian yang mempunyai fungsi yang berbeza tetapi semuanya
memberi impak positif ke seluruh alam. Perjalanan alam dalam keadaan yang
sempurna. Anda lihat pula kepada alam diri manusia seperti mata ,telinga ,
tangan, kaki, perut, alat kelamin dan otak. Otak yang memberi peranan utama.
Itulah arasyh bagi setipa insan bila mengurus badan manusia. Walau sehebat mana
akal seseorang manusia jika tidak dibantu oleh anggota lain, kehebatan akal itu
tidak akan menjadi kenyataan.
Peranan mata
melihat sesuatu dan mendorong selera kepada keinginan serta tangan yang menyuap
ke mulut, mulut terbuka dan lidah merasa, gigi mengunyah dan leher menelan dan
terus terubah daripada lapar. Tenaga pun pulih dan penglihatan pun cerah.
Demikian juga hidup seluruh manusia ini kearah perpaduan.
Manusia
hidup dibumi sebagai khalifah atau sebagai pengganti kepada yang maha mencipta
alam supaya manusia dapat mengurus sesama manusia ke arah adil dan
ihsan(sejahtera), maka manusia perlu kepada pimpinan kitabullah untuk
menterjemah kepada falsafah perpaduan sebagai persediaan untuk mewujudkan adil
dan ihsan. Yang hendak diberitahu di sini perpaduan mesti di utamakan.
Adalah menjadi sunah kejadian Allah di peringkat alam
maya tidak sama dengan alam realiti hidup alam manusia.maksud saya realiti alam
maya dengan alam kenyataan. Umat islam
sepatutnya menjadi juara perpaduan sejagat kerana milah-milah lain adalah
berbentuk nasional ataupun setempat. Walaupun begitu, wujud di kalangan mereka
golongan-golongan yang beriman kepada Allah taala. Firman Allah Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara (Al-Qurʾān: 49: 10). Yang keduanya, rukun islam memebritahu beriman dengan sekelian kitab dan sekelian nabi. Allah berfirman
“Sesungguhnya
mereka yang beriman kepada Nabi (S.A.W.) dan mereka yang beriman kepada Mūsā
menjadi Yahudi, dan mereka yang beriman kepada ʿĪsā menjadi Naṣārā
dan mereka yang beriman kepada nabi-nabi Ṣābiʾīn(termasuk Hindu dan Budha) yang dahulu, sesiapa yang benar-benar
beriman dengan Allāh serta berbuat amalan baik, maka tiada kebimbangan ke atas
mereka itu dan tidak pula mereka merasa dukacita”. Al-Qurʾān: 2: 62. tetapi kerana sebilangan ulama fuqaha
mentafsirkan ayat ini sebagai ayat cerita orang-orang dahulukala ditujukan
kepada orang yang telah mati, mereka meletakkan kepada mereka sebahagian yang
berchanggah, mereka meletakkan ayat-ayat yang berchanggah dengan fuqaha tu
sebagai ayat yang dimansuhkan. Mana ada ayat quran yang dimansuhkan? Semuanya
terpakai. Kalau ada satu ayat di mansuhkan bermakna isi quran itu sama tarafnya
dengan kitab-kitab illahi lain. Mereka meletakkan ayat-ayat Allah sebagai kitab
cerita yang boleh dibaca tetapi tidak
boleh dipakai dan sebahagian daripada ayat-ayat Allah untuk menyokong fiqah.
Mereka mengutamakan ilmu fiqah dan menganggap kitab mutlak.
Sedikit
petikan dari tafsir al hakm oleh wan abdullah bin wan musa
9. “Dan janganlah kamu buat-buat
pandai pada apa yang yang kamu tidak mengerti dengan sebenarnya, kerana
telinga, mata, hati semuanya akan ditanya”. (Al-Qurʾān: 17: 36).
Ayat ini sama seperti yang diwahyukan
kepada Mūsā. Tambahan pada ayat ini ialah firman Allāh:
Dan
janganlah kamu buat-buat pandai pada apa yang yang kamu tidak mengerti dengan
sebenarnya, (Al-Qurʾān: 17: 36).
Inilah asas yang terdapat pada sharīʿat Al-Qurʾān dan sebagai jalan penafian ke atas perkara-perkara
khurafat dan penyelewengan terhadap sifat-sifat kemanusiaan dan menyeru untuk
memastikan kebenaran. Dengan ini umat Islam dengan ilmu mereka dapat mendahului
kaum-kaum lain. Jika mereka tertinggal, mereka akan mengalami kemunduran.
Tujuan hukum yang kesembilan ialah
untuk mengajar adab sopan kepada setiap orang ahli ilmu atau pemimpin bangsa
supaya tutur kata dan gerak gerinya tidak terkeluar daripada pengetahuannya.
10. “Dan janganlah kamu berjalan di
bumi ini dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya kamu tidak boleh
memecahkan bumi dan kamu tidak akan dapat menyamai setinggi bukit”. (Al-Qurʾān: 17: 37).
Ayat ini sebagai tambahan kepada hukum Taurāt, kerana berjalan dengan berlagak
sombong termasuk dalam menyombong diri dan menafikan hak yang sama yang menjadi
tabii manusia. Jika manusia bercita-cita mahu menyatukan umat manusia supaya
berada di atas satu matlamat yang sama, maka kewajipan mereka ialah memberi hak
yang sama tanpa membezakan antara kaum dan suku kaum. Menyekat dan melarang
dari berlagak sombong itu boleh membawa kepada persamaan dengan seluruh umat di
dunia.
Sesiapa yang menempatkan dirinya sama
dengan manusia lain, tiada keutamaan dari mereka melainkan sifat adil dan ihsan
(al-taqwa) dan menghapuskan kezaliman; sudah tentu ia dapat menyatukan manusia
di atas landasan yang sama. Tanpa cara yang dibentangkan itu tidak mungkin
dapat menyatukan manusia seluruh dunia. Inilah maksud firman Allāh:
Sesungguhnya Al-Qurʾān ini memberi petunjuk ke jalan yang
amat lurus (Al-Qurʾān: 17: 9).
Tujuan hukum
kesepuluh ialah untuk mengajar adab kepada setiap manusia supaya tidak bersikap
sombong atau besar diri dalam pergaulan dengan saudaranya.
Demikian sepuluh hukum dasar yang
ditetapkan oleh Allāh taʾālā pada malam miʿraj untuk dijadikan asas pergaulan antarabangsa seperti Hindu,
Majusi, Yahudi, Naṣārā dan lain-lain di dunia ini; juga menegakkan sebuah
perlembagaan antarabangsa untuk menjaga keamanan dan hak yang adil dari
kalangan semua bangsa.
Maka kehendak agama Islām ialah menyelamatkan kehidupan
manusia dan menyemaikan perasaan kasih mesra dan saling bekerjasama dalam jiwa
setiap manusia dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada golongan lelaki dan
perempuan di bawah undang-undang pergaulan itu dan menyempurnakan hak setiap
individu dengan sepenuhnya.
Stretegi
Perkara kedua yang diputuskan pada malam Miʿrāj itu ialah menubuhkan suatu perlembagaan baharu untuk
melatih pasukan persekutuan keamanaan antarabangsa untuk menegakkan
undang-undang yang tersebut dalam pergaulan antarabangsa dan mengawal semua
bangsa yang bekerjasama di bawah undang-undang itu supaya tidak melanggar
batasan-batasannya.
Semua cendekiawan yang bijaksana dahulu
dan sekarang bersetuju bahawa kejayaan sesuatu bangsa memerlukan tiga perkara.
Pertama, tujuan yang baik. Kedua, peraturan yang baik. Ketiga, semangat
perpaduan yang teguh. Tujuan yang baik dan peraturan yang baik sudah
diterangkan dalam perkara pertama. Sekarang akan diterangkan perkara ketiga
iaitu semangat perpaduan yang teguh.
Semangat perpaduan yang teguh disertai dengan pendidikan
dalam pelbagai bidang mengikut kelayakan semulajadi setiap manusia adalah asas
yang kukuh untuk membangunkan sesebuah negara.
Falsafah
pendidikan dalam millah Ṣābiīn mengikut keperluan kebangsaan sahaja, tetapi
apabila muncul millah Ḥanīfī,
yang menyatukan semua bangsa di bumi ini, maka falsafah pendidikan dalam millah
Ṣābiīn perlu diubah supaya lebih luas dan sesuai dengan
semua kaum.
Maka hukum-hukum dan prinsip yang lebih luas itu disampaikan
oleh Allāh
melalui Nabi Muḥammad
(S.A.W.) pada malam Miʿrāj, iaitu supaya mengadakan satu
peraturan baharu untuk mendidik manusia. Peraturan itu dinamakan ṣolāt (perhubungan kasih sayang) atau
sembahyang.
Dalam
diri manusia terdapat perasaan yang dinamakan “Ev´¯QÛ¯ ECLÝ” atau cinta yang sejati. Perasaan cinta ini tertumpu
ke dua tempat. Pertama, cinta yang tertumpu kepada Allāh. Kedua, cinta yang
tertumpu kepada bangsa sendiri. Allāh taʿālā
berfirman; maksudnya:
“Dibalakan
ke atas mereka yang memutuskan pertalian cinta kepada Allāh dan cinta kepada
bangsa”. (Al-Qurʾān: 3: 112).
Mereka yang
memutuskan pertalian cinta antara manusia tersebut akan ditimpa bala dan
kehinaan di mana mereka berada. Maka mereka hendaklah bergantung kepada tali
Allāh dan tali perhubungan di antara manusia.
Kecenderungan
hati setiap manusia sebagai tempat pergantungan cintanya yang pertama dinamakan
ibadat (memperhambakan diri kepada Tuhan); manakala kecenderungan hati ke
tempat pergantungan cinta yang kedua dinamakan ṣolāt atau perhubungan kasih mesra atau sembahyang.
Bagi
orang awam, perhubungan kasih mesra hanya di antara saudara dalam keluarga dan
waris sahaja, tetapi bagi para nabi dan ḥukamāʾ, perhubungan kasih mesra ialah memupuk persaudaraan
dan kerjasama dalam kalangan semua manusia daripada semua bangsa di dunia ini.
Perhubungan kasih mesra itulah sebagai asas penegakkan semua kemajuan dan
kebahagiaan semua bangsa di dunia ini. Maka Allāh taʿālā
amat mengambil berat dengan sumpah setia setiap roh manusia supaya mereka
berperasaan dengan kasih mesra tersebut. Kemudian dibangkitkan pula Nabi Muḥammad (S.A.W.) untuk memberi peringatan tentang sumpah
setia dan perjanjian itu kepada setiap manusia dengan diberikan kitab yang
menerangkan undang-undang perjanjian itu. Allāh taʿālā
berfirman; maksudnya:
“Dan
hendaklah kamu sempurnakan perjanjian Allāh, manakala kamu telah berjanji. Dan
janganlah kamu batalkan sumpah kamu itu kemudian daripada ditetapkan;
sesungguhnya telah kamu jadikan Allāh itu penjaga di atas kamu, bahawa Allāh
amat mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (Al-Qurʾān: 16: 91).
Allāh
berfirman lagi; maksudnya:
“Mereka
yang membatalkan perjanjian Allāh kemudian daripada meneguhkannya serta
memutuskan perhubungan yang Allāh hukumkan supaya dihubungkan kasih sayang di
antara manusia itu dan membuat kacau bilau di bumi ini, sebenarnya ialah mereka
yang mendapat kerugian”. (Al-Qurʾān: 2: 27).
Pada
zaman Nabi (S.A.W.) telah ramai orang yang memeluk agama Islām. Maka ramailah
yang mendapat pendidikan daripada baginda. Maka baginda pun mengatur tugas
mereka berkhidmat kepada agama dan bangsa. Ada kumpulan yang terlibat dalam
sistem pendidikan, ada yang ditugaskan dalam perniagaan dan tidak ketinggalan
juga kumpulan yang ditugaskan dalam ketenteraan. Setiap kumpulan diberikan
tugas yang khusus.
Secara ringkasnya, tidak diragukan
lagi bahawa Miʿrāj Nabi
(S.A.W.) telah membuka satu lembaran sejarah baharu dan amat besar di alam
manusia dengan tujuan mentadbir, mengurus dan mendidik manusia seperti yang
diberikan oleh Allāh taʿālā kepada Nabi Muḥammad (S.A.W.) pada malam itu.
Manusia
dikehendaki mengambil pesanan Allāh ini dan contoh yang ditunjukkan oleh Nabi
Muḥammad (S.A.W.). Inilah contoh yang dicari-cari oleh
semua bangsa di dunia. Maka manusia digesa segera mengamalkannya. Mereka
dikehendaki berkorban jiwa dan harta untuk menegakkannya. Inilah agama Islām
yang maha suci, maha tinggi dan maha besar yang dipilih oleh Allāh taʿālā kepada kita supaya kita hidup dan mati di atasnya.
Allāh taʿālā berfirman; maksudnya:
“Sesungguhnya aku hadapkan
muka dan diriku kepada Allāh yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap
di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang yang menyekutukan Allāh”. (Qurʾān: 6: 79).
Maka
Allāh mengatakan Dia membeli diri orang beriman dengan pembalasan syurga atau kebahagiaan
dengan memiliki negara. Dalam ayat yang lain Allāh menyatakan bahawa Dia akan
mengazab orang yang syirik, murtad dan dijajah di dalam neraka; kerana bangsa
yang dijajah tidak boleh mengadakan sebarang kebaikan untuk faedah bangsanya.
Akhlak mereka rosak. Mereka syirik, mereka mendewakan pemimpin, mengampu orang
besar dan takut menyatakan kebenaran.
Islām ditegakkan di atas dasar tauhid dan menjauhkan syirik
yang berlawanan dengannya. Tauhid diamalkan dengan menegakkan persatuan umat,
membangunkan satu ideologi dan sebuah negara yang merdeka, berdikari, bebas
daripada sikap hamba dan diperalatkan oleh negara kuasa besar. Islām mencela
syirik yang diamalkan oleh manusia kerana syirik menjadi sebab utama kejatuhan
Islām pada zaman sekarang.
Hakikat
memberi peringatan (inzar) ialah seruan sebenar bahawa Islām ditegakkan
di atas jihad atau revolusi atau perubahan besar yang menyeluruh melalui
perjuangan yang memerlukan pengorbanan jiwa dan harta. Perkara ini telah
dinyatakan di dalam Al-Qurʾān dengan banyak
dan telah dipraktikkan oleh Nabi Muḥammad
(S.A.W.). Hakikat jihad yang dianjurkan dalam Islām ialah supaya menegakkan
sebuah negara dan telah diulangkan lagi oleh Abū Bakar al-Siddīq setelah beliau dipilih sebagai khalifah pertama.
Beliau menyeru supaya umat Islām terus berjihad untuk melaksanakan keadilan
sosial supaya senang beribadat.
Manusia
mengenali kezaliman dan mereka mengumpul segala sebab keduniaan untuk mereka,
dan mereka tidak mengharapkan kebaikan, mereka melihat keadilan orang yang
benar dan mereka berada dalam keadaan yang sukar. Tetapi mereka dilihat sebagai
manusia yang paling mulia dan orang ramai mengharapkan kebaikan daripada
mereka. Perbezaan di dunia ini adalah perkara semulajadi. Kemudian perbezaan
ini bertambah di akhirat. Orang yang bertakwa akan pergi ke Ḥaẓīrat al-quds dan syurga. Sebaliknya orang fasik dihumban ke dalam
neraka. Perkara ini tiada apa-apa melainkan untuk melahirkan perbezaan mengikut
undang-undang negeri setempat. Kepada maksud ini diisyaratkan pada ayat 21:
Lihatlah bagaimana Kami
lebihkan sebahagian dari mereka atas sebahagian yang lain dan sesungguhnya
akhirat itu lebih tinggi tingkat perbezaannya dan lebih besar kkeutamaannya. (Al-Qurʾān: 17: 21).
Titik tumpuan semua pandangan itu ialah bahawa Allāh itu Esa
dan tiada sekutu bagiNya, yang menegakkan langit dan bumi dan menegakkan sifat
kemanusiaan. Apabila seseorang tidak lupa dari pengenalan itu dan mahu menambah
pada pengenalannya, dia akan selamat di akhirat. Jika tidak sedemikian, maka
tidak berguna kepadanya sesuatu. Kepada maksud ini terdapat isyarat pada firman
Tuhan;
Janganlah engkau adakan
tuhan yang lain bersama Allāh, kerana akibatnya engkau akan tinggal dalam
keadaan tercela dan kecewa dari mendapat pertolongan. (Al-Qurʾān: 17: 22).
Sekarang kami kembarkan sepuluh hukum dalam Taurāt
seperti yang tersebut dalam nas Taurāt.
i). Jangan ada padamu Allāh
lain di hadapanKu.
ii). Jangan menyebut nama
Tuhan-mu dengan sembarangan.
iii). Ingatlah dan
sucikanlah hari Sabtu sebagai hari minggu.
iv). Hormatilah ayahmu dan
ibumu.
v). Jangan kamu membunuh.
vi). Jangan berzina.
vii). Jangan mencuri.
viii). Jangan mengucap
saksi dusta tentang sesamamu.
ix). Jangan mengintai rumah
kawan kamu.
x). Jangan kamu rindu
kepada isteri kawan kamu dan jangan kamu rindu kepada hambanya dan jangan kamu
mahu lembu jantan orang lain atau keldainya atau sesuatu dari harta kawan baik
kamu.[1]
Hukum-hukum itu tesebut dalam Al-Qurʾān pada surah Banī Isrāʾīl, surah
al-Anʿām dan sebahagian surah al-Nisāʾ. Hukum pertama dalam Taurāt juga tersebut
dalam surah al-Anʿām (ayat:
164), surah al-Nisāʾ. (ayat: 36)
dan surah Banī Isrāʾīl (ayat
22). Hukum ke empat dalam Taurāt (hormatilah ayahmu dan ibumu)
di sebut sebagai hukum pertama dalam surah Banī
Isrāʾīl (ayat 23). Hukum kelima dalam Taurāt (jangan
membunuh) disebut sebagai hukum keenam dalam surah Banī Isrāʾīl (ayat 33). Hukum keenam dalam Taurāt
(jangan berzina) disebut sebagai hukum kelima dalam surah Banī Isrāʾīl (ayat: 32) (jangan kamu menghampiri zina). Hukum
keempat dalam Taurāt (hormatilah ayahmu dan ibumu),
disebut sebagai hukum pertama pada surah Banī
Isrāʾīl (ayat 23), Hukum yang ke lapan dalam Taurāt (jangan mengucap
saksi dusta), disebut sebagai hukum kesembilan dalam surah Banī Isrāʾīl (ayat: 36). Hukum ke sembilan dalam Taurāt
(jangan mengintai rumah kawan kamu) dan hukum kesepuluh (jangan rindu kepada
isteri kawan kamu) dalam Taurāt,
disebut dalam Al-Qurʾān pada
surah al-Nisāʾ sahaja (ayat
24).
Al-Quran menambah beberapa perkara, antaranya berilah
hak keluarga yang hampir, termasuk dalam hukum kedua dalam surah Banī Isrāʾīl (ayat 26). Hukum kelapan dalam Taurāt
(jangan mengucap saksi dusta), disebut sebagai hukum kesembilan dalam surah Banī Isrāʾīl. (ayat 36).
Dalam bahasa Hindu istilah “al-jār” (À°JÛ¯) bererti “al-qarīb” dalam bahasa ʿArab, yang bererti “yang hampir”. Maka terdapat dalam
ayat-ayat Taurāt secara umum yang merujuk kepada
“al-jār” dan “dhilqurbā”
yang bermaksud ‘keluarga yang hampir, yang mana makna “dhilqurbā” sama dengan makna “al-jār”
yang terdapat dalam Al-Qurʾān pada
surah al-Nisāʾ:
Dan hendaklah kamu
beribadat kepada Allāh dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa
jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat,
dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan keluarga yang hampir, dan keluarga
yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan hamba yang
kamu miliki. (Al-Qurʾān: 4: 36).
Wajib membuat kebaikan kepada ibu dan bapa sebagaimana wajib
membuat kebaikan kepada setiap individu dalam masyarakat pada sesuatu perkara. Al-Qurʾān telah menggabungkan semuanya, boleh jadi nas Taurāt
dengan kata-kata “ ʿabdunniyati” yang merangkumi keluarga yang dekat, sebagaimana Allāh
terangkan dalam Al-Qurʾān.
Dan janganlah kamu membunuh
anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada
mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu
kesalahan yang besar. (Al-Qurʾān: 17: 31).
Dan janganlah kamu
menghampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik, sehingga ia
baligh; dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia),
sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya. (Al-Qurʾān: 17: 34).
Dan sempurnakanlah sukatan
apabila kamu menyukat, dan timbanglah dengan timbangan yang adil. Yang demikian
itu baik dan sebaik baik kesudahan. (Al-Qurʾān: 17: 35).
Pesanan-pesanan seperti ini seolah-olah tertutup atau
tertinggal kerana penekanan kepada pengharaman hari Sabtu. Pesanan ini adalah
sebagai peringatan kepada perhambaan Banī Isrāʾīl
di bawah kuasa Firʿaūn. Mereka
memandang kepada keadaan mereka yang biasa dan saling menghormati dan kasih
sayang kepada manusia hinggakan kepada hamba dan binatang, tetapi sharīʿat itu mereka khususkan kepada Banī Isrāʾīl.
Apabila Allāh menghapuskan sistem sharīʿat itu, kerana terdapat di dalamnya pelbagai pendapat
yang melupakan pelbagai hukum, yang maksudnya sesuai dengan sifat jahiliah
orang ʿArab, seperti hukum menafikan pembunuhan anak-anak,
menjaga harta anak yatim, menyempurnakan janji, menyempurnakan sukatan dan
timbangan, menjaga kebenaran dalam percakapan dan perkara-perkara seperti itu;
maka Allāh sandarkan dua hukum yang berasingan dengan firmanNya:
Dan janganlah engkau
mengikuti apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya
pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan
ditanya tentang apa yang dilakukannya. (Al-Qurʾān: 17: 36).
Ini satu seruan kepada manusia untuk memastikan semua ilmu
dan pengenalan. Setelah ayat itu diturunkan kepada manusia, kita dapati semua
pengenalan dan hakikat berkembang luas kepada manusia berbanding dengan
perkembangan pada masa yang lalu.
Orang Islām menjadi perantaraan secara khusus untuk
menyampaikan hukum ini kepada manusia; sebagaimana orang ʿArab menjadi perantaraan menyampaikan hukum ini kepada
orang Islām. Setiap perkara yang diambil petunjuk oleh manusia selepas
perutusan Nabi (S.A.W.); kami masukkan ke dalam keberkatan ilmu yang diturunkan
ini.
Jika satu kaum tidak mengamalkannya, sudah tentu akan diamalkan
oleh kaum-kaum lain yang tiada padanya warisan dan tidak dikhususkan kepada
satu kaum, tanpa kaum lain.
Kemudian datang hukum yang lebih baik daripada hukum yang
sedia ada sebagaimana firmanNya pada ayat 37:
Dan janganlah engkau
berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan
dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi
gunung-ganang. (Al-Qurʾān: 17: 37).
Dari ayat ini kita dapat faham bahawa menguasai ke atas
manusia adalah satu sifat yang dimurkai Allāh. Aku
berakidah bahawa perkara itu adalah satu fasal yang terang antara dua janji.
Pertama, janji sebelum perutusan Nabi (S.A.W.) mengatasi janji yang mengandungi
segala kelebihan ke atas manusia umum, termasuklah sultan-sultan, raja-raja,
sebahagian ʿulamāʾ fiqh dan ʿulamāʾ taṣawūf. Semuanya telah menjadi sebagai fiṭrah
manusia. Kedua, janji selepas perutusan Nabi (S.A.W.). Janji kedua ialah nabi
penyudah para nabi yang berjalan bersama-sama orang ramai seperti orang ramai.
Para khalifah al-Rāshidīn menguasai satu atau dua buah kerajaan. Setiap orang dari
mereka sama dengan Iskandar Mecedonia (Dhulqarnain) yang menaluk Parsi.[2]
Dan para khalifah Islām yang menguasai dua kerajaan di bumi (kerajaan Rom dan
Parsi), berjalan dalam kaumnya mengikuit taraf yang paling rendah dalam
kalangan orang ramai. Kemudian semangat itu meresap perlahan-lahan ke dalam
kumpulan semua kaum (di negara-negara di bawah penguasaan khalifah Islām).
Kemudian
kami dapati pada awalnya, sistem demokrasi hanya tertumpu dalam sebuah negara,
tetapi sekarang telah tersebar ke seluruh dunia. Ramai saudara kami dari
kalangan ahli tafsir dan pemimpin umat Islām telah sesat memahami Al-Qurʾān yang agung apabila menghadkan kesan Al-Qurʾān ke atas diri mereka sahaja. Al-Qurʾān merupakan kitab Ilahi yang membatalkan semua kitab
yang dahulu. Maka kitab ini memberi kesan kepada semua manusia.
Apabila
kita hapuskan hukum hari Sabtu daripada hukum Taurāt, maka hukum Taurāt
menjadi sembilan. Sembilan hukum dalam Taurāt itu telah
tercatat dalam tiga surah (iaitu surah Banī
Isrāʾīl, surah al-Nisāʾ dan surah al-Anʿām), dalam Al-Qurʾān dengan lafaz-lafaz yang hampir sama. Jika ditambah
hukum hari Sabtu dari Taurāt kepada sepuluh hukum dalam Al-Qurʾān, jumlahnya menjadi sebelas hukum. Maksud Al-Qurʾān, bahawa ayat-ayat ini menyebabkan peningkatan pada
Banī Isrāʾīl sehingga mereka mengatasi semua manusia di dunia.
Jika ahli Al-Qurʾān berpegang
teguh dengan hukum-hukum ini dengan beriman kepada Allāh dan hari akhirat, mereka menjadi seperti Banī Isrāʾīl yang menguasai semua manusia.
Sekarang kami baca ayat 38-52. Kami telah sebut dahulu
bahawa mengambil faedah yang sempurna dari hukum-hukum itu bergantung rapat
kepada beriman dengan Allāh dan hari akhirat. Orang ʿArab
pada zaman itu, apabila turun ayat-ayat itu, mereka tidak merendah diri untuk
menerima syarat itu. Dengan sebab itu Allāh menyeru mereka pada ayat-ayat itu
kepada tiga perkara. Pertama, tauhid; kedua, beriman dengan hari akhirat;
ketiga, beriman dengan perutusan Nabi (S.A.W.) dan syarat-syarat itu untuk
diambil faedah.
Tiap-tiap satu perintah
itu, menyalahinya adalah kejahatan yang dibenci di sisi Tuhanmu. (Al-Qurʾān: 17: 38).
Perintah yang demikian itu
ialah sebahagian dari hikmah yang telah diwahyukan kepadamu oleh Tuhanmu. Dan
janganlah engkau jadikan bersama-sama Allāh sesuatu yang lain yang disembah,
kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka Jahannam dengan
keadaan tercela dan tersingkir. (Al-Qurʾān: 17: 39).
Adakah Tuhan kamu telah
memilih anak-anak lelaki untuk kamu dan Ia mengambil untuk diriNya anak-anak
perempuan dari kalangan malaikat? Sesungguhnya kamu adalah memperkatakan dusta
yang amat besar. (Al-Qurʾān: 17: 40).
Sekarang kami membaca ayat-ayat itu sahaja.
Dan sesungguhnya Kami telah
menerangkan jalan-jalan menetapkan iktiqad dan tauhid dengan berbagai cara di
dalam Al-Qurʾān ini
supaya mereka beringat; (Al-Qurʾān: 17: 41).
Kami bawa ilmu-ilmu ini dengan keterangan yang berbeza-beza
supaya mereka mengambil peringatan, kerana perintah tidak meliputi
maksud-maksud yang tinggi itu melalui dalil akal yang hanya dapat difahamkan
apabila kenyataan menepati fikiran. Maka kenyataan itu boleh digunakan untuk
pelbagai kegunaan. Pada satu ketika, boleh digunakan untuk menjaga pemikiran
orang yang berjaya; pada satu ketika untuk menjaga pemikiran orang yang
berniaga; dan satu ketika lain untuk menjaga perasaan orang yang merantau.
Perbandingan tujuan-tujuan itu hanya satu, yang tidak bertukar; tetapi
menghapuskan kesamaran itu tidak mungkin tanpa kenyataan yang jelas. Allāh
berfirman:
dalam pada itu, penerangan
yang berbagai cara itu tidak menjadikan mereka melainkan bertambah liar. (Al-Qurʾān: 17: 41).
Setiap penambahan dalam kenyataan menjadikan mereka
bertambah liar daripadanya, kerana perkara itu telah hampir mengubah kehidupan
mereka dan mereka menjadi liar. Maka keliaran itu sebagai dalil kebenaran telah
sampai dalam satu bentuk yang khusus ke hati mereka. Sekiranya mereka tidak
faham bahawa perkara itu menyokong revolusi, sebagaimana mereka lari dari revolusi
itu; kerana khayalan mendatangkan pemikiran yang khusus dan mudah; tidak
menghasilkan sebarang natijah kepada kehidupan seseorang dan tidak menyusahkan
manusia. Allāh berfirman:
Katakanlah: “Kalaulah ada
tuhan-tuhan yang lain bersama-sama Allāh, sebagaimana yang mereka katakan itu,
tentulah tuhan-tuhan itu akan mencari jalan kepada Allāh yang mempunyai ʿArash. (Al-Qurʾān: 17: 42).
Maha Suci Allāh dan maha
Tinggi Ia setinggi-tingginya, jauh dari apa yang mereka katakan itu. (Al-Qurʾān: 17: 43).
Langit yang tujuh dan bumi
serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allāh;
dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu
tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyantun, lagi
Maha Pengampun. (Al-Qurʾān: 17: 44).
Ini satu perbahasan mengenai tauhid. Kemudian disebut yang
akhir:
Dan apabila engkau membaca Al-Qurʾān, Kami jadikan perasaan ingkar dan hasad dengki orang
yang tidak beriman kepada hari akhirat itu sebagai dinding yang tidak dapat
dilihat, yang menyekat mereka daripada memahami bacaanmu. (Al-Qurʾān: 17: 45).
Maksudnya, seolah-olah mereka tidak memahami bahasa Al-Qurʾān. Perkara ini kami telah uji pada diri kami. Apabila
kami membaca kitab nujum atau gerak perasaan yang mengandungi bahasa yang jelas
yang kami faham, tetapi kadang-kadang tidak muncul dalam fikiran kami, kerana
kami tidak menghayati dan tidak berpegang dengannya. Perbandingannya pada
perkara itu adalah seperti keadaan orang yang ingkar apabila mendengar Al-Qurʾān. Apabila datang sebutan mengenai akhirat, hati mereka
merasa ragu-ragu. Kepada maksud ini telah diisyaratkan pada firmanNya:
Dan Kami jadikan tutupan
yang berlapis-lapis atas hati mereka, juga sebagai penyumbat pada telinga
mereka, yang menghalang mereka dari memahami dan mendengar kebenaran Al-Qurʾān; dan sebab itulah apabila engkau menyebut nama
Tuhanmu sahaja di dalam Al-Qurʾān, mereka
berpaling melarikan diri. (Al-Qurʾān: 17: 46).
Kami telah menguji perkara ini dalam
masyarakat kami, kerana kami berkeyakinan kepada para walī dan nabi dengan kata-kata bahawa mereka memberi shafāʿat, dan pada
hakikatnya mereka sanggup untuk mendapat kelepasan. Perkara itu umum bagi
masyarakat kami, tidak berpaling kepada perintah Al-Qurʾān. Di samping itu mereka membuat keputusan dengan
mendapat kejayaan, kerana bertentangan dengan golongan lain yang menamakan
mereka semua sebagai golongan yang ingkar. Dengan sebab itu, tempat rujukan
akidah kelepasan mereka ialah doa orang yang bekerjasama dengan para nabi dan
walī.
Kita membaca sebuah kitab seperti kitab Takwiyat al-Imān,
karangan Mawlānā Muḥammad Ismāʿīl al-Shahīd, yang menjadikan kejayaan seseorang itu hanya berada
pada keredaan Tuhan; dan menjadikan kesan shafāʿat pada
darjah kedua selepas keizinan Allāh dan
keredaanNya kepada seseorang itu.
Aku menggunakan hikmah dalam penyampaian pengajaran kepada
mereka. Mula-mula aku mengajar mereka kitab Futuh al-Ghaib karangan
Shaykh ʿAbd al-Qadīr al-Jailānī dalam bidang
tauhid. Hanya kitab itu menerangkan makna tawakal kepada Allāh. Tiada seorang
pun dari kalangan orang jahil yang mampu mengingkari kitab ini. Mereka hanya
ingkar naskhah yang ada pada kami tidak bersanadkan kepada Shaykh ʿAbd al-Qadīr al-Jailānī.
Kami
merasa aman bahawa Shaykh ʿAbd al-Ḥaq sebagai seorang ahli ḥadīth
termasuk dalam kalangan sepuluh tokoh Al-Qurʾān. Beliau
mengulas kitab ini dalam bahasa Parsi (bahasa rasmi di India pada zaman itu).
Beliau adalah seorang yang tidak diingkari oleh penduduk India bahawa beliau
menyamai golongan Wahabi. Maka orang ramai dapat memahami erti tauhid oleh
Shaykh ʿAbd al-Qadīr al-Jailānī yang kami mengajar
mereka Takwiyat al-Imān. Dengan pengajaran ini keliaran
orang ramai telah hilang. Jika kami datang kepada orang ramai secara mendadak
dengan kata-kata Shaykh Ismāʿīl al-Shahīd ini, mereka akan lari daripada kami.
Kemudian
Allāh berfirman:
Kami lebih mengetahui akan
tujuan mereka mendengar Al-Qurʾān semasa
mereka mendengar bacaanmu, dan semasa mereka berbisik-bisik. (Al-Qurʾān: 17: 47).
Ayat ini menyatakan bahawa rasūl adalah pembuka kepada pengenalan kashaf dan
kitab-kitab Ilahiyyah. Jika manusia tidak berpegang kepada rasūl seperti yang sepatutnya, tidak mungkin pengenalan
itu terdapat dalam hati manusia. Maka syarat mengambil faedah dari kenyataan
dengan sebenarnya tidak dapat dipastikan.
iaitu ketika orang yang zalim
itu berkata: “Kamu tidak menurut melainkan seorang yang kena sihir”. (Al-Qurʾān: 17: 47).
Lihatlah bagaimana mereka
menyifatkan engkau dengan yang bukan-bukan, maka dengan sebab itu mereka sesat,
sehingga mereka tidak dapat mencari jalan kebenaran. (Al-Qurʾān: 17: 48).
Mereka hanya mendengar berita bahawa Nabi (S.A.W.) telah
disihir, kerana menguasai kashaf dan ilham yang mengubah fiṭrahnya
yang dahulu.
Sekarang, setiap masa ingatanku hanya kepada ketuhanan
Allāh. Awas! Kebenaran dan negeri akhirat adalah kepunyaanNya. Jika manusia
mengikuti ayat-ayat yang terang itu, kesannya mereka akan menguasai dunia dan
mereka tidak bercakap seperti keadaan mereka hidup dahulu. Mereka tidak
menganggap bahawa perkara itu berlaku dalam batin fiṭrah Nabi
(S.A.W.); malah menganggap perkara itu datang dari luar. Maka mereka berakidah
demikian, iaitu kesan dari kekuasaan jin atau perkara karut yang mereka
namakannya sebagai kesan kena sihir.
Maksudnya, mereka lebih faham daripada Nabi (S.A.W.). Adakah
mereka dapati perkhilafan yang berlaku dalam kalangan mereka mengenai siasah
kaum sebagai satu jalan yang benar, yang terang dan untuk membezakan,
sebagaimana isyarat pada firman Allāh pada
ayat 48.
Mereka rasa hairan mereka tidak mampu menyokong salah satu
dari dua pemerintahan (Rom dan Parsi). Setiap kali mereka duduk bersama-sama
Nabi (S.A.W.), mereka mengambil ilmu daripadanya satu jalan yang lebih teguh
yang mereka dapat berpegang dengan hati mereka. Mereka namaknya sihir. Orang ʿArab pula menamakan setiap perkara yang diambil
melalui hati dikatakan sihir. Mereka mengatakan:
Dan mereka berkata: “Adakah
sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan
semula dengan kejadian yang baharu?” (Al-Qurʾān: 17: 49).
Katakanlah: “Jadilah kamu batu atau besi – (Al-Qurʾān: 17: 50).
Atau makhluk lain yang
terlintas di hati kamu sukar hidupnya”. Mereka pula akan bertanya: “Siapakah
yang akan mengembalikan kita hidup semula?” Katakanlah: “Ialah Allāh yang
menjadikan kamu pada mulanya!” Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka
kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya?” Katakanlah:
“Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi!” (Al-Qurʾān: 17: 51).
Hari Ia menyeru kamu lalu
kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu menyangka, bahawa kamu
tinggal hanya sebentar. (Al-Qurʾān: 17: 52).
Ini adalah satu perbincangan mengenai beriman dengan hari
akhirat, dan rasūl mampu
menerangkan perkara itu hingga ke tahap yang terakhir. Jika mereka kehendaki,
nabi menerangkan semasa revolusi atau semasa kiamat agung. Penerangan tentang
perkara seperti ini tidak diharuskan dalam syarak.
Satu fasal.
Kami andaikan bahawa satu kumpulan manusia menyempurnakan
tiga syarat. Pertama, beriman dengan Allāh dan
hari akhirat. Kedua, beriman dengan malaikat. Ketiga, beriman dengan para nabi.
Mereka berhak menggunakan kenyataan-kenyataan ini. Maka apakah jalan mereka
untuk melaksanakan kemajuan dalam tamadun? Maka Allāh
mengajar mereka secara teratur. Pertama, Allāh
berfirman:
Dan katakanlah kepada
hamba-hambaKu, supaya mereka berkata dengan kata-kata yang amat baik. (Al-Qurʾān: 17: 53).
Ini adalah perintah mula-mula untuk memahami dan berfikir.
Setiap perkara yang mereka mahu katakan, mereka perlu fikirkan. Maka mereka
hanya bercakap perkara yang mereka fikir lebih baik dari semua pendapat. Ini
adalah satu jalan hidup bermasyarakat yang merangkumi pelbagai kumpulan atau
puak, kerana apabila manusia meninggalkan kata-kata yang terbaik, maka syaitan
menjadikan mereka terasing daripada kumpulan seperti yang diisyaratkan pada
firmanNya:
sesungguhnya Syaitan itu
sentiasa menghasut di antara mereka; sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang
amat nyata bagi manusia. (Al-Qurʾān: 17: 53).
Kemudian terdapat isyarat kepada perhimpunan yang terbaik
yang menjadi sebab bagi penurunan rahmat Tuhan, pada firman Tuhan:
Tuhan kamu lebih mengetahui
akan keadaan kamu; jika Ia kehendaki, Ia akan memberi rahmat kepada kamu; atau
jika Ia kehendaki, Ia akan menyeksa kamu. Dan Kami tidak mengutusmu kepada
mereka, sebagai wakil yang menguasai urusan mereka. (Al-Qurʾān: 17: 54).
Maksud ayat ini, apabila berlaku perhimpunan yang baik
melalui percakapan yang baik, maka percakapan yang baik itu menjadi pencetus
kemajuan. Nabi bukannya sanggup untuk maju tanpa rupa yang beliau tidak
mendapatnya daripada perintah Allāh.
Dan Tuhanmu lebih
mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan
sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang
lain; dan Kami telah memberikan Zabūr kepada Dāʾwūd.
(Al-Qurʾān: 17 :
55).
Pada ayat ini terdapat isyarat bahawa rahmat ini adalah
untuk kebaikan yang tersebut dalam Zabūr, selepas disebut bahawa bumi ini telah
dipusakainya oleh hamba yang ṣāliḥ.
Setelah manusia meningkat ke tahap itu
(tahap membangun sebuah pemerintahan), ia meningkat ke tahap yang satu lagi
yang berada di Ḥaẓīrat al-quds untuk mencapai kehampiran kepada Allāh, dan menjadikan pemerintahan ini
sebagai peluang berkhidmat kepada manusia dan memperbaiki mereka. Setiap orang
yang berusaha dengan sifat kemanusiaan dengan satu bentuk kebaikan, yang mana
doa Ḥaẓīrat al-quds tertumpu kepadanya, maka secara
beransur-ansur dia termasuk ke dalam Ḥaẓīrat al-quds.
[1] Al-Kitab,
Keluaran: 20: ayat 3- 17.
[2]
Alexander the Great (356-323 B.C.) King of
Macedon (336-323 B.C.), son of Philip II and pupil of Aristotle. He
defeated the Persian at Issus (333 B.C.), conquered Egypt (332 B.c.) and
founded Alexanderia (331 B.C.). He decisively defeated the Persians at Arbela
(331 B.C.), occupied the easternmost
Persian provincesm and then
overran the Punjab (327-325 B.C.). His army refused to advance further
and he returned to Babylon. Where he died of fever (323 B.C.) (The New
Lexicon Webster’s Endyclopedic Dictionary of The English Language, pp. 22).
No comments:
Post a Comment