Sunday, April 6, 2014

Memaksa anak sembahyang kenapa salah di sweeden



Memaksa anak sembahyang kenapa salah di sweeden

1.    Pada zahirnya hukuman yang berlaku di sweeden yang memaksa anak sembahyang berchanggah dengan ajaran islam kerana terdapat di dalam hadis-hadis supaya menghukum anak yang tidak sembahyang bila umurnya sampai tujuh tahun.
2.    Dari sudut umum sembahyang adalah syiar kepada islam . ada orang bercakap kononnya nabi dan para sahabat berjuang untuk menegakkan syiar islam. Mungkin juga ada betulnya jika dilihat pada peringkat awal sabiqun nal awalin ataupun pembentukan organisasi awal yang bertanggungjawab yang memikul tanggung jawab kepada matlamat seterusnya dalam membentuk sebuah sistem hidup yang bersifat adil dan ihsan adalah tidak terhenti setakat syiar semata-mata.
3.    adalah tidak benar di dasarkan kepada kebaikan berlaku kepada masyarakat bermula daripada kesedaran umum setelah semua angggota masyarakat menyempurnakan syiar semata2.  Dengan maksud kalaulah masyarakat duduk sembahyang saja itu boleh membawa kebaikan kepada masayarakat. Kerana Allah menjadikan manusia itu tidak sama pada tabiaatnya kerana disebabkan sifat manusia ada peranan hak tak ikut tabiaat masing-masing , jadi kalau kita hendak bermula dengan syiar sebagai pengukur sesuatu kebaikan adalah tidak mungkin kerana baik itu ada yang baik secara terpaksa, ada yang baik kerana ,ada baik kerana kuat kuasa undang2 , jadi apakah berkesudahannya  masyarakat islam kita hari ini , bila kita pakat sembahyang belaka adakah masyarakat akan menjadi baik? Sebab itu dibesar-besarkan sangat syiar itu bagi  mereka tapi pada hakikatnya tidak.
4.    Bagi   parti politik syiar ialah bendera dan bendera itu tidak berguna sama sekali walau bendera itu sangat dibesar dan dihias indah jika parti itu mendapat  kuasa dalam pilihanraya kemenangan itu diambil kesempatan oleh nafsu kerakusan dan tamak dan menafikan hak-hak keadilan bersama…yang hendak diberitahu di sini ialah syiar ini kalau comel mana pun tak berguna. Ia lupa kepada semangat . ia lupa kepada saat-saatkejatuhan yang akan menimpa di hari-hariyang berbangkit (akan datang).  Maka syiar bukanlah segala-galanya dan ia hanya sebagai pengenalan awal .
5.    umat islam tenggelam di dalam syiar yang segaja diperbesar-besarkan  dan diperindahkan seperti tajwid, taranum, hafiz dan selawat perdana tidak menuju supaya umat islam kembali kepada ajaran Quran . itu pun besar tetapi itu tiada kena mengena dengan syiar yang diperbesar-besarkan.
6.    Dimana besarnya sembahyang kalau di nilai semata-mata kepada rukun 13? Kanak-kanak berumur 3-4 tahun boleh dibuat kalau di ajar. Kalau sembahyang itu besar masakan kanak-kanak boleh membuatnya ? dan kanak-kanak tidak mungkin membuat sesuatu  yang besar. Di manakah ada sesuatu yang besar boleh dibuat oleh kanak-kanak?
7.    Umat islam hari ini tidak mampu menterjemah di mana besarnya sembahyang kerana rata-rata umat islam mengamalkan sembahyang yang hanya terhenti setakat amalan zahir semata-mata malah semakin kuat sembahyang umat islam semakin lemah ,semakin diperbodohkan dan diperkotak-katikkan bah kan semakin sia-sia malah mereka yang kuat sembahyang ini bila berhimpun mereka mengutuk sana-sini kerana mereka merasa dirinnya sudah sempurna kerana perasan dirinya yang kuat sembahyang lebih-lebih lagi bila berjemaah di masjid mereka menghitung pahala dan gugur dosa setiap langkah pergi ke masjid .
8.    orang yang sembahyang ada tanggungjawabnya. dalam surah al maun neraka wil untuk orang sembahyang kerana ia merasa tidak bertanggungjawa ke atas orang miskin dan anak yatim.persoalannya siapa anak yatim?
9.    Dari sudut ikhtibar umum di dalam masyarakat ada sebahagian daripadanya mereka yang tiada orang yang memimpin dan tiada ilmu pengetahuan . mereka yang tiada ilmu dan tiada pimpinan mereka yang tiada roh keibubapaan, roh ibu adalah yang menghidupkan dan mendidik ilmu dan roh bapa adalah yang penghidup kepimpinan. Mereka ini tergolong dalam orang yang tiada ibu bapa dari segi ikhtibar atau di istilah sebagai anak yatim . kehidupan mereka tidak menentu.
10.                      Adalah menjadi tanggung jawab kepada orang-orang yang sembahyang yang mengurus masyarakat atau sistem pemerintahan terhadap golongan itu .
11.                      jika tiada pihak yang mengambil tanggungjawab terhadap golongan tersebut mereka akan membawa diri dan terhalau dari masyarakat . maksudnya menghalau anak yatim bermakna tidak prihatin. sedangka mereka anggota masyarakat yang mendakwa khusuk sembahyang dan orang yang  berkemampuan, sedangkan mereka tidak mempedulikan dan tidak mengambil tanggungjawab terhadap masaalah itu.
12.                      Rezeki yang Allah memperuntukkan kepada sesebuah negara adalah untuk semua penduduknya di keranakan sebahagian penduduk itu yang tidak berpengetahuan yang tiada pimpinan dan sebahagian yang lain pula mempunyai kekuatan pengaruh dan pengentahuan maka rezekinya yang sepatutnya dinikmati bersama telah bertukar rezeki yang diperolehi telah dimonopoli oleh golongan-golongan tertentu sahaja.
13.                      Inilah sekatan dan perbezaan diantara dua golongan yatim dan tidak yatim pada hakikatnya.
14.                      Yang kedua, sembahyang itu mencegah daripada kemungkaran dan fasik. Adalah menjadi tanggungjawab orang sembahyang mencegah golongan fasik dan mungkar. Golongan fasik ialah mereka yang  berchanggah dengan fitrah dan tindakan mereka bertentangan dengan keadilan dan ihsan adapun golongan mungkar ialah tindakan mereka bertentangan dengan peraturan dan undang-undang.
15.                      maka menjadi tanggunjawab orang sembahyang menghapus dua golongan ini adalah satu tanggungjawab dan perjuangan bagi orang yaang mengerjakan sembahyang .
16.                      yang ketiganya solah bererti menghubungi manusia untuk membina matlamat adil dan ihsan dan menghubungi Allah untuk mendapat restu dan kekuatan .
17.                      Pada umumnya membina satu masyarakat yang baik, dan sempurna apabila ada  dalam sebuah  sistem yang adil dan mendapat ihsan dan kerjasama saling membantu daripada agnggota masyarakat sekeliling.
18.                      Apa yang hendak diberitahu disini,  kebaikan datangnya dari sebuah sistem yang sempurna itulah sunah sekalian nabi dan bukannya kebaikan itu terhenti setakat peribadi sahaja mengikut andaian golangan ruhban dan juga bukannya kebaikan itu datang begitu sahaja.
oleh hasan muhamad kg tok ku

No comments:

Post a Comment