Sunday, March 23, 2014

Amalan tarikat bukan kaedah umum.



Amalan tarikat bukan kaedah umum.

1.     Seorang pengamal tarikat mendakwa dengan yakin bahawa ilmu tarikat adalah mengatasi semua ilmu lain di dalam Islam dengan membuktikan beliau telah berjaya hidup dan mendapat keuntungan dalam perniagaan.

2.     Demikianlah pandangan peribadi daripada seorang yang melihat ilmu atau pun amalan tarikat daripada satu segi tertentu.

3.     Tarikat sebenarnya bukan ilmu malah boleh dikatakan sebagai pakaian kepada seseorang yang berilmu.

4.     Ilmu terbahagi kepada tiga, ilmu naqli, ilmu akli dan ilmu kasyaf. Ilmu naqli itu maksudnya illmu alat, alat untuk memahami al quran.ilmu akli itu ialah  ilmu akal   dan arah tumpuan nya ialah falsafah dan ilmu hikmah. Falsafah ketuhanan dan juga falsafah kemanusiaan. Keinginan semula jadi manusia dalam memahami manusia. Antara dua ilmu itu harus seimbang. Jangan terlalu tidak menggunakan akal dan tidak terlalu menggunakan akal. Dan yang satu lagi ialah ilmu kasyaf. Ilmu yang dapat memahami sesuatu yang tidak dapat difahami oleh umum. Yang paling tinggi ilmu ialah ilmu tauhid(penyatuan dan ilmu keesaan).

5.     Ilmu alat iaitu ilmu hadis dan juga ilmu memahami Al Quran. Jadi, mereka yang mempunyai pengetahuan nakli dan akli yang mengcukupi dia dapat menilai dari sudut hikmah dan falsafah dan layak untuk memiliki dan mengamalkan tarikat sebagai pembuka jalan menghubungi penghubung. Maksudnya,menghubungi guru-guru melalui sanad-sanad ilmu sebagai rangkaian ‘penghubung’ hingga kepada Rasulullah.

6.     Pencapaian amalan itu , dapat menghubungi guru-gurunya walaupun yang sudah meninggal dunia dan kepada mereka yang memiliki alat yang sempurna ia dapat ‘membaca’ dan dapat memahami kilatan ilmu pada kasyafnya.

7.     Kepada mereka yang dapat isyarat di alam misal (ghaib), dia dapat menterjemah daripada kilatan ilmu itu. Di kalangan orang-orang sufi  yang muhakik dapat menulis bab-bab alam misal dengan kaedah itu daripada ahli-ahli tarikat dan ahli-ahli sufi dapat mengabadikan ilmu nabi dalam   karangan mereka dan dapat dimanafaat oleh manusia berhubung dengan alam misal dan alam kubur.

8.     Jika orang yang tidak mempunyai alat yang cukup, dia tidak boleh hendak baca isyarat-isyarat yang di tunjukkan kepada mereka. Iniah ilmu kasyaf. Ilmu yang tidak dimiliki oleh ramai orang Yang tidak mampu ‘dapat’ menterjemah   daripada kilatan alam misal.

9.     Sebahagian apa yang berlaku oleh pengamal tarikat yang tidak memiliki ilmu alat (nakli dan akli) yang cukup, mereka lebih nayak mengundang bahaya.

10.                       Katakan mereka ditakdirkan mendapat kilatan ghaibi daripada kashafnya, mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mempunyai persediaan yang cukup.

11.                       Kadang-kadang mereka cuba terjemah kilatan itu dalam keadaan meraba-raba dan tidak menepati kehendak sebenar, maka ilmu yang mereka sebarkan tidak memberi manafaat kepada manusia lain malah berchanggah dengan ajaran Al Quran dan mendorong pengikut-pengikutnya mencari sumber lain daripada Al Quran.Berchanggah kerana ilmu alat untuk memahami dan mentafsirkan ‘khayalan abstrak’   maka mereka meraba-raba dalam gelap dan membuat andaian sendiri yang sama sekali tidak menepati dan agak bertentangan dengan pendapat umum maka mereka akan menjadi manusia tidak mempunyai apa-apa   untuk di ambil faedah,  mereka akan menghabiskan masa ‘melayan keasyikan’ sesuatu yang dilihatnya tanpa berpijak kepada kenyataan dan mereka akan menjadi manusia yang rugi dan sia-sia.

12.                       Manusia ini tidak berguna untuk di dekati kerana mereka hilang tumpuan kepada kenyataan dan tenggelam di alam maya dan tenggelam di alam fantasi dan alam khayalan mereka dan tidak timbul-timbul dan sukar untuk kembali kepada pemikiran masyarakat umum. Itulah bahayanya kepada mereka meraba-raba di dalam kegelapan alam yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar . Yang terpegaruh dengan mereka menggelarkan mereka itu mempunyai keramat hidup atau pun orang keramat. Perkara ini bukan sahaja wujud dalam syariat muhamad sahaja malah dalam syariat lain tidak kurang banyaknya ilmu yang seperti ini.

13.                       Mereka memandang selain dari kelompok mereka lebih rendah darjat di sisi ilmu, dan hampir sama juga dengan pegangan tarikat ‘salbiah’, di mana semua manusia semuanya najis dan jika mahu memohon atau mendoakan sesuatu hendaklah di serahkan kepada mereka kerana hanya kepada mereka yang mengamalkan tarikat mereka sahaja tergolong dalam golongan  suci.

14.                       Mereka-mereka ini dan tidak boleh di ajak berunding.mereka-mereka ini hanya memerdayakan dan memperalatkan manusia lain untuk kesenangan mereka. Dan mereka ini ingin menjadi berhala kepada manusia-manusia lain untuk di sembah. Kami gelarkan mereka ini ‘berhala hidup’ dan  keramat hidup.

15.                       demikianlah bahayanya pengamal tarikat yang tidak selari dengan persediaan.Mereka tenggelam di alam fantasi bersama pendewaan terhadap seseorang dalam khayalan mereka. Mendewa-dewakan sheikh.

16.                       Sebarang pemujaan, pengagungan sesuatu yang tidak berfaedah adalah berhala.Untuk pengentahuan umum, berhala yang di dekati oleh manusia ada yang berbentuk, ada yang terukir di dinding ,ada berhala makan minum dan berhala yang paling tidak di sedari pengamal tarikaq ialah berhala yang dalam khayalan.

17.                       Berhala pada mereka yang mengamal tarikat ada dalam khayalan mereka.Berhala ausan, asnan, Cuma berhala makan minum sahaja yang tiada nama.

Oleh hasan muhamad, kg tok ku, kedai lalat.

No comments:

Post a Comment