Monday, April 28, 2014

LAILATUL QADAR


LAILATUL QADAR
1.      Terdapat dalam kitab-kitab lama tentang penentuan malan lailatul qadr, seperti malam yang tidak berangin, air penuh telaga, pokok chondong ke arah kiblat dan malam yang tenang dan luar biasa.
2.      Faktor itu sudah mula dilupakan kerana  di kalangan mereka selalu mengintai-intai pada malam-malam tertentu kalau-kalau suasana isyarat itu berlaku terutama malam sepuluh akhir atau pun malam ganjil.
3.      Setelah mengintai-intai sekian lama, keadaan yang dinanti tidak kunjung tiba dan mulalah di kalangan ustaz-ustaz baru tidak berminat memperkatakan seperti mana ustaz-ustaz lama tetapi ia masih kuat tentang perhitungan (mathematiklah kita katakan) bahawa berlaku satu malam yang boleh menyamai pahala sebanyak seribu bulan.
4.      Inilah yang dianggap sebagai hadiah subsidi terbesar yang disediakan kepada umat Muhammad s.a.w sedangkan sunah Allah dalam surah al-qadr tidak menyebut tentang pahala tetapi sekadar lebih baik dari seribu bulan.
5.      Malam ganjil bukan pada perhitungan kelendar iaitu 21, 23, 25, 27 dan 29. Adapun malam genap ialah satu keadaan yang seimbang di antara malakiah dan sifat bahimiah.
6.      Adapun di ertikan malam ganjil ialah satu keadaan sifat malakiyah lebih daripada sifat bahimiah. Sifat malikiah mengatasi sifat bahimiah. Kesan daripada amalan taat yang menyeluruh atau ‘tasabuh bil malaikat’(penyerupaan malaikat) iaitu maalikat tidak makan, tidak minum dan tidak sek, itulah maknanya penyerupaan malaikat yang akan  melahirkan suatu amalan taat yang menyeluruh dan berpuasa , ia akan melahirkan suatu cahaya amalan. Cahaya itu bersamaan dengan dengan cahaya malaikat ,apabila bercahaya cahaya amalan taat , manusia naik maka cahaya malaikat akan turut memantul sama, menjadikan di saat itu suatu cahaya amalan taat yang saling berpantulan dengan cahaya malaikat menerangi alam dalam penglihatan batin. Jadi, bila kita tercapai malam itu, merealisasikan budaya insaniyah yang menghidupkan suasana kasih sayang sesama manusia dan semangat tolong-menolong supaya dapat mengatasi budaya haiwan yang bersedia untuk bertarung dan apabila menang ia dikira berhak menguasai membolot dan memonopolikan segala-galanya. Demikianlah hidup manusia dalam sistem pendidikan hari ini adalah kearah menang dan mengalahkan seorang, ia dalam persedian itu menguasai ilmu kemahiran supaya ia dapat menang dalam persaingan dan tidak mengambil berat tentang ilmu ihsan dan adil. Maksudnya bila tercapai malam lailatu qadar itu, kita merealisasikan hidup kita ini dengan budaya insaniyah.kepada ahli-ahli ugama umum.
7.      Apabila keadaan itu berlaku(tasabuh bil malaikat), tercapailah oleh seseorang pada qadar fitrah insaniyah mengikut kadar seseorang.
8.      Setiap seratus tahun Allah jadikan seorang mujadid kerana setiap seratus tahun dunia akan berlaku perubahan ,di keranakan jarak masa yang panjang menjadi sebab salah pengenalan terhadap ugama Allah  boleh berlaku.
9.      Maka program Tuhan untuk mereformasikan agama itu melalui nabi-nabinya terdapat gambaran pada program sebenar atau pun jalan reformasi sebenar sesuai dengan sifat Tuhan “Tuhan sentiasa dalam urusan’.
10.  Malam laillatu qadar yang  turun kepada nabi Muhammad s.a.w  ada kaitannya dengan perancangan Allah untuk  memimpin umat manusia kepada kebenaran mengikut saiz manusia sejagat.

11.  Telah menjadi satu persoalan kepada nabi muahammad apabila dia dilantik menjadi nabi semasa umurnya empat puluh tahun itu dan skop tugasnya mencakupi seluruh dunia.
12.   Dari segi perhitungan masa, hanya dua puluh tahun sahaja Allah memperuntukkan  kepada nabi Muhammad s.a.w  sedangkan umur-umur nabi sebelum ini ianya panjang dan ada yang mencecah seribu tahun seperti nabi nuh tetapi tidak berjaya untuk menyeru  kaumnya sahaja.
13.   Jadi masa begitu panjang untuk menyeru kaum sedang kepada Nabi Muhamad s.a.w., masa yang begitu singkat untuk menyeru umat dunia. Itulah suatu persoalan?
14.   Sebagai pemecah kebuntuan soalan ini, maka nabi s.a.w dengan kemurahan Allah, berlaku di malam itu satu limpahan ghaibi kepada nabi dapat menyaksi suatu gambaran tentang pencapaian yang akan berlaku dalam lingkungan seribu bulan itu. Satu malam yang berlaku peristiwa itu adalah lebih baik dalam lingkungan seribu bulan itu.
15.    Sehari di sisi Allah adalah seribu tahun pada perhitungan dunia. maka seribu bulan adalah di nisbah kepada malam dan terbit fajar dalam lailatu qadar. Di saat itulah Allah turunkan segala persediaan dan malaikat untuk menjayakan program Allah itu di namakan turunnya segala malaikat pada malam itu.
16.    Adalah tidak sama lailatul qadr yang diturun yang turunnya al Quran dengan lailatul qadr yang berlaku setiap tahun seperti mana peringatan hari merdeka setiap bila sampai tanggal 31 ogos. Memperingati 31 ogos adalah tidak sama dengan berlaku 31 ogos 1957. Perbezaan ini adalah jelas dengan hari-hari memperingati. 
17.   Demikian juga malam lailatulqadar adalah  jelas malam turunnya  ada pun hari yang berikutnya adalah sebagai hari memperingati saja tanpa turunnya al quran.
18.   Adapun hari-hari lailatul qadr berikut sebagai bayangan sahaja tanpa melibatkan turunnya al Quran dan tanpa dikaitkan dengan seribu malam.
19.   Persoalannya, dimanakah titik perbezaan itu?
20.  Tidak  semestinya lebih baik itu dikira daripada sudut pahala.
21.  Apa yang berlaku pada nabi Muhammad s.a.w. pada zaman keemasan islam dealam lingkungan seribu bulan sebagaimana sabda nabi s.a.w.” sebaik-baik kurun itu ialah kurun aku, dan kurung sahabat dan kurung yang mengiringi saat itu bermula daripada nabi di gua hira’. Dari sudut hikmatnya Allah telah mengisyaratkan dalam ‘alif lam mim’ dan anda akan mengikut hurainnya selepas ini.
 Oleh hasan muhamad,kg tok ku kedai lalat

No comments:

Post a Comment