Thursday, April 9, 2015

Semua anutan agama itu telah sekata tentang berlaku kiamat

 
 
Ketika berlaku satu peristiwa besar. (Al-Qurʾān: 56: 1)



Semua anutan agama[1] itu telah sekata tentang berlaku kiamat itu. Orang Yahudi, orang Nasara dan orang Islam memang diketahui umum yakin dengan peristiwa itu. Hanya kesilapan sebahagian orang yang jahil yang terdiri dari kalangan ahli kalam yang mahu menyokong umat Islam mengatasi penganut-penganut lain dalam millah hanifi untuk mencapai tahap yang sempurna dan mengatasi milah sabiah yang berpegentahuan.
Perbezaan antara millah hanifi dan milah sabiah tidak lebih dairpada perbezaan antara milah Islam, millah Yahudi dan millah Nasara. Inilah nikmat-nikmat yang paling besar diberi kepada orang Islam melalaui hikmat al-imam wali Allah al-Dihlawi. Kerana beliau telah menerangkan masalah itu dengan jelas. (masalah millah – agama satu. Syariat dan manahij berbeza). Beliau jadikan Islam telus kepada semua manusia; tetapi golongan ahli kalam yang angkuh menuduh umat sabiin berakidah dengan tanasukh.[2]
Pada hakikatnya kesan tanasukh di sisi umat sabiah dapat lahir kepada mana-mana peringkat manusia. Bukan setiap manusia tertakhluk kepada tanasukh, dan kiamat untuk menghimpunkan manusia juga sudah pasti di sisi mereka. Tanasukh dan kiamat dalam istilah hindu dinamakan Perly.
Selain dari itu, golongan ahli kalam ini membuat kesilapan lain pula. Pada manusia ada beberapa pusingan. Kami berada pada satu pusingannya. Adam merupakan bapa manusia. Beliau adalah permulaan kepada manusia pada pusingan itu sahaja. Adapun pusingan lain sebelum pusingan ini dan selepasnya adalah satu peristiwa tetap yang tidak disebut dalam kitab dan sunah.
Golongan ulama muhakik berakidah bahawa setiap sesuatu yang al-Quran dan sunah tidak menyebut. Tidak bererti perkara itu tidak wujud; kerana kadang-kadang sesuatu yang benar tidak disebut kerana orang ramai tidak faham dan menyebabkan kesesatan.
Al imam wali Allah al-Dihlawi telah menetapkan masalah pusingan dalam kitab tafhimat ilahiah dan kitab-kitab lain. Kenyataan beliau difahami oleh tokoh-tokoh imam dari golongan penulis suci; sedangkan orang ramai tidak memahami kata-kata mereka.
Syeikh al-Islam ibni Taimiyah terpimpin kepada masalah ini dengan perantaraan perbahasannya tentang kalam Allah. Beliau berakidah bahawa Allah sentiasa ada, bercakap berterusan dengan lafaz apabila Ia mahu. Beliau membincang masalah itu dengan golongan pengikut al-Asyaari dan Muktazilah. Perbahasan itu sampai ke peringkat akhir. Kemudian beliau berpegang dengan akidahnya bahawa orang yang dituju percakapan dari kalam Allah pasti Ia sentiasa ada. Percapakan tanpa orang yang ditujukan, perkcakapan itu yang ditujukan, percakapan itu dikira bodoh. Allah bersih daripada sifat itu. Oleh sebab itu orang yang ditujukan percakapan itu sentiasa ada. Pusingan yang kami berada ini tidak bersifat azali. Kalam Allah pasti bersifat azali.
Sebelum pusingan ini ada pusingan yang dahulu yang pasti disabitkan di sisi-Nya untuk menyempurnakan hak sifat azali-Nya; malainkan bukan percakapan Allah dan para penentang-Nya. Mereka tidak memahami maksud kalam Allah dan mereka telah mengadakan kiamat terhadap kalam Allah.
Dari perkara itu kami faham bahawa dalam kalangan umat Islam yang muhakik sedar adanya pusingan walaupun mereka tidak bercakap mengenainya.
Sebahagian ahli kalam yang mutakhir yang jahil mengingkari adanya pusingan ini. Keingkaran mereka tidak diambil kira.
Perkhilafan yang mereka adakan di antara umat sabiah dan umat hanafiah itu sama perbezaan antara haiwan dan manusia. Semuanya ditolak. Kamai mengatakan dengan sepenuh kefahaman kami dengan pujian Allah.
Petikan dari tafsir al hakm karangan haji nik abdulah bin haji wan musa. Boleh di dapati di uiam dengan permintaan tesus sahaja.



[1] Maksud istilah agama di sini ialah syariat yang dibawa oleh para nabi, contohnya, syariat yahudi yang dibawa oleh nabi musa as dan syariat Islam (Muhammadiah) yang dibawa oleh nabi Muhammad saw. Istilah agama ini juga merangkumi syariat-syariat dalam millah sabiah yang lebih awal. Seperti syariat hindu,syariat budha, syariat majus dan syariat-syariat lain. Semua syariat ini merupakan tahap-tahap perkembangan agama yang satu iaiatu Islam. Lihat huraian syah waliyullah berhubung dengan masalah agama satu. Syariat dan manahij berlainan. (hujjatullah al – balighah, jilid satu, bab kepercayaan manusia akan dilahirkan semula selepas mati.
[2] Kepercayaan manusia akan dilahirkan semual selepas mati.

Sunday, March 29, 2015

berpeganglah kepada quran






Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3). Segala yang diperkatakannya itu tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.(4). (Al-Qurʾān: 53: 3,4).

 

Satu Peringatan  

Di sini, ramai ahli tafsir mutakhir telah sesat di mana mereka mentafsirkan semua percakapan Nabi (S.A.W.) adalah wahyu. Kesamaran ahli tafsir tentang martabat kewalian yang besar, yang mana tempat fananya dari wujud, tidak sempurna dan kekal dengan wujud rohani.
        Maka tidak lahir daripada jisimnya suatu pergerakan melainkan pergerakan itu suatu urusan rohani, tidak secara khayalan dan pemikiran yang dinisbahkan kepada jisim. Orang yang mahu memahami perkara itu, hendaklah membaca kitab Futuḥ al-Ghaib oleh Shaykh ʿAbd al-Qādir al-Jailānī . Beliau berkata: “Aku tidak makan dan aku tidak minum, sehingga dikatakan kepadaku makanlah dan minumlah”. Kiaskanlah dengannya semua perubahan lain.
        Tokoh-tokoh agung yang mendapat martabat wali besar dinamakan ibdāl . Itulah peringkat tertinggi bagi manusia. Kemudian ada beberapa peringkat ibdāl, di mana pangkat ketua mereka itu tidak dapat difahami oleh pemikiran orang ramai.
        Golongan mutakhir menyamakan martabat kenabian dengan martabat ibdāl,[1] kerana mereka mengetahui sedikit ilmu hakikat melalui pakar ilmu hakikat yang mendalam. Ramai  dalam kalangan orang ramai yang membincang hakikat dan menyebarkan kitab-kitab yang besar yang mana mereka ini tidak lebih dari golongan mubtadik.[2] Orang yang tidak mengetahui ilmu itu tertipu oleh tokoh-tokoh yang tidak mempunyai kedudukan yang tinggi dalam ilmu hakikat. Kesilapan mereka itu dimaafkan.
        Al-Imām Walī Allāh al-Dihlawī telah menetapkan bahawa sumber kenabian berbeza dari sumber kewalian, tetapi dari jenis yang sama. Para walī adalah dari golongan siddīq dan ḥukamāʾ sahaja. Apabila kita menerima ilmu kenabian dengan perantaraan seorang ḥukamāʾ, kita tidak jatuh ke dalam kesamaran dan keadaan seperti itu.
Dan ia tidak memperkatakan menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (Al-Qurʾān: 53: 3).
        Tidak ada bagi nabi melainkan pada masa Al-Qurʾān diwahyukan. Adapun pada masa-masa lain beliau adalah manusia biasa seperti saudara-saudaranya dan para sahabatnya. Jika orang ramai merujuk kitab  ʿAbaqāt dengan sempurna, nescaya terbuka kepadanya perbezaan antara nabi dan ḥukamāʾ.

Satu Kesilapan Besar

Mereka yang menyamakan martabat nabi dengan martabat ibdāl menumpu kepada ilmu ḥadīth. Mereka mengesahkan setiap ḥadīth yang diriwayatkan daripada para walī dan ḥadīth-ḥadīth itu dinisbahkan kepada Nabi (S.A.W.) oleh mereka yang tidak mengetahui perbezaan antara sumber kewalian dan sumber kenabian. Sesungguhnya telah masyhur dari kalangan ahli ḥadīth yang kami tidak lihat orang ṣāliḥ sedikitpun yang lebih berbohong daripada mereka dalam bidang ḥadīth.
        Kata-kata ini disalin daripada Muslim dalam Ṣaḥīḥnya, riwayat daripada Yaḥyā bin Saʿīd Al-Qattān, kemudian dihuraikan oleh Muslim. Beliau berkata: “Pembohongan berlaku melalui percakapan mereka, dan mereka tidak berpegang dengan pembohongan, mereka tidak memperbanyakan riwayat ḥadīth dan mereka tidak berpegang dengan kitab Jalaluddīn al-Sayūṭī dan Al-Muttaqā, malah mereka berpegang dengan kitab Al-Hafiz Ibn Hajar dan berpegang dengan kitab gurunya dari ʿIrāq dan kepada pengarang kitab Majma al-Dhawaʾid ; semua kitab itu menjauhkan orang ramai dari pangkat kenabian ke pangkat kewalian.
        Shaykh berkata, jika ḥadīth-ḥadīth itu berada dalam kumpulan orang Islām yang khusus, mereka bercakap dalam kalangan mereka, percakapan mereka tidak menzahirkan kesan yang membahayakan; tetapi jika ḥadīth-ḥadīth itu sampai kepada golongan yang bukan-Islām, kamu dapat lihat perkara itu merosakkan pengajaran Islām dan kamu dapati perkara itu meragukan seperti kesamaran dalam kitab Injīl dan Taurāt. Oleh sebab itu, menjadi kewajipan orang yang mempunyai kefahaman supaya tidak menerima ḥadīth melainkan daripada para ḥukamāʾ, dan tidak berpegang dengan kitab-kitab ḥadīth melainkan enam kitab ḥadīth, iaitu Muwaṭṭāʾ, Bukhārī dan Muslim dalam peringkat pertama;[3] kemudian Abū Dāʾwūd, Termidhī dan Al-Nasāʾī dalam peringkat kedua.[4] Dirinya tidak mahu mengambil ḥadīth selain daripada usul kitab ḥadīth ini. Kenyataan ini tidak bererti menerima setiap riwayat dari enam kitab ḥadīth ini; malah semua sanad disusun menjadi tiga martabat. Pertama, hadis mutawatir yang sedikit. Kedua, ḥadīth mustafidh yang banyak. Ketiga, ḥadīth gharib, termasuklah ḥadīth ṣaḥīḥ dan ḥadīth ḥasan. Maka janganlah kamu menumpu kepada ḥadīth peringkat ketiga melainkan ḥadīth peringkat ketiga ini dipegang oleh Ḥakīm; kerana orang ramai lalai apabila mereka melihat ḥadīth yang dinisbahkan kepada ususl-usul ini mereka terus menerimanya sekalipun diterangkan bahawa ḥadīth itu lemah. Mereka tidak menerima kesulitan kerana bertolak ansur dengan sanad-sanad. Mereka tidak mengharuskan kitab-kitab itu kepada kepada orang ramai. Orang ramai haram mengikuti mereka. Manakala Ḥakīm tidak menerima ḥadīth melainkan dari usul-usul itu sahaja dan beliau tidak menerima melainkan ḥadīth mustafidh. Apabila beliau perhatikan ḥadīth gharib, beliau lebih dahulu merujuk kepada Al-Qurʾān yang umum. Adakah Al-Qurʾān yang umum itu boleh menyokong ḥadīth gharib. Mereka melihat kepada ahli kabinet negara umat Islām, adakah mereka sanggup menerimanya. Setelah kedua-duanya berpuashati, mereka menerima ḥadīth-ḥadīth gharib yang ṣaḥīḥ dan ḥasan. Adapun ḥadīth yang sudah dinaskan lemah atau telah diisyaratkan lemah, mereka menolaknya, melainkan jika mereka berpegang dengan pendapat mereka yang sama dengan ḥadīth lemah itu. 
        Orang yang bodoh memahami bahawa Ḥakīm menerima ḥadīth lemah dan mereka mahu mengikuti Ḥakīm dalam masalah ini. Bagaimanakah kaitan mereka dengan Ḥakīm?

 

Satu Fasal     

Jika Islām datang daripada Allāh untuk memimpin manusia dan membangun semua anutan, maka perhubungan Islām dengan Al-Qurʾān adalah amat pasti. Manakala ḥadīth diterima secara contoh atau secara berpegang kepada fikiran. Al-Qurʾān telah menyerahkan urusan kepada fikiran dan pendapat kita. Fikiran kita bertepatan dengan ḥadīth. Jika maksud Islām ialah membangun agama kepada kaum ʿArab dan ʿAjam yang di sekitarnya, bukan kepada semua manusia; maka sudah pasti lebih diutamakan berpegang dengan ḥadīth daripada berpegang dengan Al-Qurʾān.[5] Tamat fasal.



[1] Shaykh berkata, dalam istilah ṣūfī, lelaki yang bijaksana dinamakan ibdāl. Martabat nabi lebih tinggi daripada martabat ibdāl. Ibdāl ini telah tetap melalui kasyaf dan rohani dan tidak ditetapkan melalui Al-Qurʾān dan ḥadīth ṣaḥīḥ di sisi pakar imam ḥadīth. Malah mereka hanya isyaratkan seperti yang disebut oleh Shaykh ʿAbd al-Qādir al-Jailānī dalam Futuḥ Ghaib dan disebut oleh Shāh Walī Allāh al-Dihlawī.
[2] Mubtadik ialah orang yang menjadikan sesuatu yang tidak mendatangkan kebaikan kepada masyarakat.
[3] Secara kajian, peringkat pertama hanya ditetapkan kepada tiga kitab iaitu Muwaṭṭāʾ, Ṣaḥīḥ Bukhārī dan Ṣaḥīḥ Muslim. Imām Shāfiʿī berkata bahawa kitab yang paling sah selain daripada kitab Allāh ialah Muwaṭṭāʾ Imām Mālik, dan ahli-ahli ḥadīth telah sekata berpendapat bahawa semua ḥadīth dalam Muwaṭṭāʾ adalah ṣaḥīḥ berdasarkan pendapat Imām Mālik dan mereka yang sama dengannya. Adapun dua kitab ṣaḥīḥ [Ṣaḥīḥ Bukhārī dan Ṣaḥīḥ Muslim] telah sekata oleh para ahli ḥadīth bahawa semua ḥadīth dalam kedua-duanya adalah dari kalangan ḥadīth muttasil yang marfuk dan tetap ṣaḥīḥ dan kedua-duanya mutawatir sampai kepada pengarang-pengarangnya; dan setiap mereka yang memandang rendah urusan kedua-duanya dikira mubtadik yang tidak mengikuti jalan orang beriman. (Ḥujjat Allāh al-Bālighah, jilid I, bab , ms. 133).
[4] Peringkat kedua ialah kitab-kitab yang tidak sampai ke tahap Muwaṭṭāʾ dan dua kitab ṣaḥīḥ, tetapi kitab-kitab itu berada selepasnya, di mana pengarangnya terkenal dengan sifat lebih dipercayai, adil, hafal dan melaut dalam pelbagai ilmu ḥadīth. Dalam kitab mereka ini, mereka tidak reda dengan sikap bermudah-mudah tentang apa yang mereka tetapkan sebagai syarat-syarat ke atas diri mereka. Maka kitab-kitab mereka diterima oleh orang selepas mereka dan ahli-ahli ḥadīth, dan ahli perundangan Islām mengambil berat dengan kitab-kitab mereka generasi demi generasi dan telah masyhur dalam kalangan manusia, dan kaum telah berpegang dengan kitab-kitab itu untuk menerangkan kalimah-kalimah yang ganjil dan mengkaji periwayat-periwayat dan menghasilkan kefahamannya. Di atas ḥadīth-ḥadīth itulah terbina kebanyakan ilmu; seperti Sunan Abū Dāʾwūd, Jamiʿ Al-Termidhī dan Mujtaban al-Nasāʾī. (Ḥujjat Allāh al-Bālighah, jilid I, bab , ms. 134). Sila rujuk bab yang sama untuk keterangan kitab-kitab hadis peringkat ketiga, keempat dan kelima.
[5] Kami hanya memanjangkan perbahasan ini oleh guru kami Mawlānā Muḥammad Qāsim di Deoband daripada guru kami Shaykh al-Hind, yang mana mereka adalah ḥukamāʾ atau orang yang menerima daripada ḥukamāʾ pada masa itu.
                Di sisi kami, ilmu ḥadīth adalah satu bidang ilmu. Kemudian guru kami Shaykh al-Hind meninggalkan Deoband. Beliau diganti oleh muridnya Anwār Shāh. Kefahaman Anwār Shāh sama dengan kefahaman Imām Sayūṭī. Mereka yang belajar daripadanya menjadi fuqahāʾ Ḥanafī yang muhakik, sedangkan mereka lemah dalam bidang ḥadīth dan menyakitkan kita.
                Sekarang urusan ini kembali kepada Shaykh Ḥusīn Aḥmad yang tidak mampu memperbaiki kerosakan oleh Anwār Shāh, melainkan dengan mengambil masa selama dua puluh tahun.
                Shaykh Anwār Shāh adalah seorang alim yang zahid dan seorang imām dalam ilmu balaghah. Ilmunya merangkumi usul yang difikirkan dan semua ḥadīth sama ada ḥadīth ṣaḥīḥ atau ḥadīth lemah. Kemuncak cita-citanya ialah melahirkan pelbagai jalan bagi mazhab Abū Ḥanīfah dan menjawab mereka yang mengkritik mazhab Ḥanafī dari kalangan orang dahulu dan orang semasa. Dalam bidang itu beliau adalah seorang tokoh dalam mazhab Ḥanafī. Beliau seorang yang bertakwa. Beliau mengajar orang ramai bahawa setiap percakapan Nabi (S.A.W.) adalah wahyu. Manakala Imām Walī Allāh telah menerangkan dengan jelas dalam kitab Fatḥ Al- Raḥmān bahawa kata-kata nabi tidak lebih daripada Al-Qurʾān.