Saturday, March 1, 2014

Salah faham tentang dunia dan akhirat

1.       Matlamat manusia dijadikan ialah untuk mengimarahkan bumi atau khalifah yang mengurus bumi dan manusia mengikut acuan Allah supaya mengadakan suasana adil dan ihsan.
2.       Usaha untuk mencapai matlamat itu terdapat program jangka panjang dan jangka pendek. Program jangka panjang kadang-kadang tidak memberikan manafaat jangka pendek. Ianya boleh memberi kesan tidak puashati dan keresahan kepada mereka yang tidak peka kepada permasalahan jangka panjang.
3.       Ada pihak yang mementingkan kepentingan jangka pendek semata-mata tanpa mengambil kira masa depan dan mereka tidak mengambil tahu tentang masalah sampingan dan akibat yang akan berlaku pada masa depan.
4.       Mereka sanggup berhutang di luar daripada kemampuan membayar, akibatnya bala daripadanya iaitu bala daripada kesalahan itu akan berlaku dan mereka-mereka itu sanggup melakukan sesuatu yang berchanggah dari fitrah insaniyah(ini chontoh kepada orang yang dikira celaka masa depan, hendak makan untuk waktu sekarang sahaja dan tidak memikirkan makanan pada masa yang akan mendatang- berhutang bila ada keperluan dan bila sudah tergadah,  –mulalah tidak mahu membayar hutang, mula hendak mencuri dan membuat perkara-perkara yang berlawanan dengan kehendak orang ramai kerana dulu fikir  dan beranggapan – biar papa asal bergaya, yang akhirnya sanggup melakukan kezaliman dan menafikan hak-hak orang lain dan dia layak menerima pembalasan.
5.       Adapun mereka yang merancang masa depan sanggup bergolok bergadai merancang  membebaskan diri daripada cengkeman masalah hari depan walau terpaksa mengikat perut pada hari ini.  Demi masa depan yang lebih berjaya.
6.       Pengetrian akhirat ialah pengertian yang merangkumi kepentingan jangka panjang hingga akhir hayat dan hingga selepas mati. Itulah yang difahami umum dan itulah yang sebenarnya.
7.       Ada pihak yang mengambil faham pengertian akhirat tertumpu kepada selepas mati sahaja dan mereka membeza-bezakan antara urusan dunia dan urusan akhirat yang menyebabkan mereka terlupa akan urusan dunia yang telah dijadikan matlamat kepada manusia yang khususnya kepada orang-orang mukmin.  Amalan mereka terhenti sekadar hal-hal peribadi dan  fardhu ain   semata-mata   kelihatan baik dari sudut zahir iaitu melarang supaya tidak berjudi, tidak minum arak, tidak menipu. Mereka-mereka ini langsung tidak menyentuh persoalan memperbaiki masyarakat dan membebaskan manusia daripada belengu jahil dan syirik sebagai penyebab cengkaman penindasan dan kezaliman.
Terdapat ulama-ulama fuqaha menyentuh persoalan syirik hanya kepada golongan yang mempunyai keinginan mencari dan meminta keramat dari kubur juga ke tempat-tempat menjadi tumpuan di kalangan orang-orang jahil dengan tujuan tertentu, tetapi mereka tidak menyentuh persoalan syirik kepada pembesar-pembesar  dan ahli-ahli ilmu kerana mereka sendiritaksub kepada pembesar-pembesar dan ahli-ahli ilmu.  maka haluan hidup mereka menjadi beku dan untuk menyelaras amalan mereka itu antara dunia dan akhirat, bagi mereka amalan sekadar membaca kitab-kitab suci sahaja dan tidak perlu kepada faham dan mempraktikkannya, Dia membaca quran tanpa  mengambil faham dan mempraktikkannya. sama macam skim cepat kaya, membaca  tanpa tujuan , selain dari mendapat pahala dan menghapuskan dosa-dosa lalu.
8.        mereka syor dan mengada-adakan perkara baru iaitu memperbanyakkan amalan-amalan sunat untuk bekalan mati dan mereka  sogok pula dengan  syor-syor kepayahan dalam mengerjakan amalan akhirat   ciptaan mereka sendiri  sehingga   itu   tidak termampu di buat oleh orang umum. Dan kata mereka ini adalah berasingan dengan amalan dunia.
9.        Oleh kerana amalan dunia  berasingan dengan amalan akhirat,mereka   tidak memberi sokongan sebarang usaha ke arah memperbaiki kehidupan manusia supaya sistem masyarakat tertumpu ke arah adil dan ihsan, kerana menganggap setiap yang berkaitan dengan kehidupan di dunia semuanya dianggap urusan dunia secara menyeluruh.
Mereka-mereka itu juga tidak dapat membezakan urusan yang boleh membawa kepada kebaikan umum generasi ke generasi, sedangkan amal kebaikan daripada kerja-kerja baik itu adalah kekal kebaikan dan manafaatnya  hingga ke alam akhirat. Ada pun urusan dunia adalah kebaikan yang dinikmati hanya sekejap. Kenikmatannya hanya sementara seperti    jual tanah untuk beli kereta, bersiar-siar. Mereka hanya dapat menikmati manafaat jangka pendek dan tidak mengambil kira manafaat jangka panjang dan masa depan. Pada masa depan mereka akan menerima azab. Orang-orang sufi mengatakan dunia ini bangkai dan hanya anjing yang hanya suka kepada bangkai.  Yang dimaksudkan dengan bangkai ialah boleh dimakan dalam tempoh yang singkat, setelah ia busuk sudah tidak boleh dimakan. Dengan makna manafaat bangkai hanyalah terlalu sekejap. 
10.   Kalimah-kalimah yang diguna pakai dalam al Quran memberi pengertian dua serupa. Dunia dan  akhirat. Setiap awal ada akhir, maka akhir itu lah yang dimaksudkan sebagai akhirat. kiamat atau hari akhirat adalah termasuk hari-hari yang berlaku di dunia dan selepas mati atau hari pembalasan, hari hisab dan segala kerja-kerja   di amanahkan kepadanya adalah berlaku di dunia dan kesannya akan berlaku di saat-saat akhir dan selepas mati.
11.   Kiamat adalah di isyaratkan jatuh bangun sesuatu pemerintahan dan bertukar sistem pentadbiran dan ideologi. Petanda kiamat yang dilihat oleh nabi s.a.w. semasa mi’raj ialah perempuan tua bongkok tiga sebagai petanda umur dunia sudah terlalu tua dan kebangkitan nabi s.a.w. sebagai petanda kiamat sudah hampir, kiamat yang dimaksudkan daripada peristiwa itu bukanlah kiamat qubra atau kiamat sebenar tetapi adalah satu petanda bahawa akan jatuh dua kerajaan besar Rom dan Parsi yang menjadi kemuncak pengagungan manusia kepada manusia yang menghambakan dirinya kepada manusia.Runtuhnya sistem manusia yang mengagungkan manusia kepada manusia telah bertukar kepada mengagungkan dan takut   kepada Allah.
12.   Proses pertukaran itu,  maka telah berlaku satu revolusi yang akan menimpa azab kepada orang-orang yang zalim dan melampau batas, dan menyalahgunakan kuasa akan menerima azab , dan pengikut-pengikut rasulullah s.a.w. beroleh kemenangan kerana telah berjaya meletakkan gagasan fitrah insaniyah menjadikan suasana keharmonian keadilan sesama manusia sejagat sesuai dengan semangat  kemanusiaan. Itulah syurga yang dijanjikan oleh alah mahukan manusia melihatnya sesuatu yang sesuai dengan fitrah kemanusiaan, justeru itu manusia beramai-ramai memeluk Islam.
 Islam  bermula untuk membina adil dan ihsan. Jika kedua-dua prinsip fitrah kemanusiaan ini dilaksanakan maka dengan sendirinya ruang Islam  dapat memenuhi keperluan manusia untuk kembali kepada kesatuan fitrah kemanusiaan sejagat.
13.   Kalau seseorang itu mati ianya bererti kiamat, samalah juga Satu bangsa yang mati itu adalah satu kiamat kepada bangsa itu. Bangsa yang mati adalah bukan satu bangsa  kedepan dan tidak menjadi bangsa contoh yang patut di ikuti oleh bangsa-bangsa lain iaitu satu bangsa yang suka memperbesar-besarkan perkara-perkara kecil dan memperkecilkan sesuatu perkara   yang besar. Sebagai contoh, Islamisasi bertujuan dimulakan dengan membesarkan syiar mengharamkan babi dan arak kononnya Islam  itu bleh dibuat secara berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. Kaedah itulah yang diutamakan tetapi apa yang berlaku di keranakan tumpuan melampau kepada babi dan arak.  Menjadikan pengharaman kedua-duanya kepada haram mutlak walhal haram millah dan haram arak kerana menyalah guna. Jika di haram mutlak sesuatu yang bukan mutlak maka ia telah melampau batas atau diistilah ‘toghut’ sehingga hilang matlamat asal ajaran kitab-kitab Allah untuk mengimarahkan bumi.
Mereka jadikan mazhab sebagai ukuran sejagat dan skil feqah adalah segala-galanya.
 Bagi mereka-mereka ini, terlepas pemerintahan mutlak Negara ke pihak lain , itu tidak penting asalkan arak dan babi boleh di jadikan sebagai bahan untuk mereka untuk berjihad dan tegakkan. Mereka-mereka seperti ini perlu faham bahawa kejatuhan sesuatu pemerintahan itulah kiamat. Bagi orang melayu dan generasi yang akan datang akan menerima azabnya. Babi dan arak sebagai untuk bahan berjihad, mereka jadikan mazhab sebagai ukuran sejagat. Di ukur dengan skil feqah sebagai segala-galanya.
Kata Zahid Hamidi, al Quran, hadis, kias dan ijma’ sebagai (qati’e) mutlak yang tidak boleh dipertikaikan sama sekali  , mereka telah meletakkan selain daripada al Quran adalah setaraf dengan al Quran tanpa membeza yang mana yang ijtihad mana yang diwahyu. Manusia tidak syirik pada zat ketuhanan yang menjadikan langit dan bumi tetapi manusia syirik kepada sifat tuhan antara sifat itu ialah kalamullah. Jikalau kalam mullah di letakkan setaraf dengan kalam manusia mereka termasuk kedalam golongan syirik sebagaimana firman Allah;
 yang maksudnya;Katakanlah: "Bawalah saksi-saksi kamu memberi keterangan bahawa Allah mengharamkan (benda-benda yang kamu haramkan) ini". Kemudian jika mereka (tergamak) menjadi saksi (secara dusta), maka janganlah engkau turut sama membenarkan mereka mereka; dan janganlah engkau turut hawa nafsu orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, dan orang-orang yang tidak beriman kepada hari akhirat, sedang mereka pula menyamakan (sesuatu yang lain) dengan kalam Tuhan mereka. (6;150)
Dgn erti kitab-kitab fiqh samalah dengan kalam tuhan. Mereka seolah-olah menentang kitab tuhan dengan berbuat demikian.
Dan firman tuhan (9:31)
Mereka  menjadikan ahli feqah, dan ahli tasauf pengganti sebagai tuhan selain Allah, ....
Dengan maksud:“mereka jadikan ulama feqah dan tasauh tuhan pendidik selain  Allah”. Adi bin Hatim bertanya Rasulullah s.a.w., maksud ayat di atas.  Baginda menjawab: Mereka menghalalkan untuk mereka beberapa perkara, oleh kerana itu mereka menghalalkannya; dan mereka mengharam ke atas mereka beberapa perkara dan mereka mengharamkannya.
14.   Pada zaman Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri berhubung dengan masalah loteri yang mana jelas loteri adalah sumber derma daripada orang ramai untuk membentuk kerajaan. Mengumpul sumber derma dari orang ramai untuk  bantu kerajaan menagani masalah sosial tetapi bila di bentangkan kepada ulama, ulama menolaknya sebagaimana dikatakan loteri itu judi sedangkan judi sebenarnya menimbulkan masalah menipu dan pergaduhan sedangkan masalalah loteri selamat daripada sebarang penipuan kerana ada muhalil Cuma hanya  disediakan hadiah sebagai galakan kepada penderma.iaitu hadiah untuk menggalakkan orang ramai menderma. Ianya sama juga seperti sistem sijil simpinan premium. Bank simpanan nasional ada cabutan bertuah. Itu hadiah sebagai menggalakkan orang-orang menyimpan,  dan samalah juga dengan loteri kebajikan masyarakat tetapi tidak halnya dengan loteri yang ada sekarang ini yang mana keuntungannya tertumpu kepada individu tertentu dan bukan untuk kepentingan masyarakat umum.
15.   Maka Tunku Abdul Rahman faham masalah ini lalu beliau menegaskan sanggup menanggung  segala dosa kerana dia yakin dengan demi kepentingan kebaikan umum.   Begitulah kata-kata Tunku Abdul Rahman.
16.    Kesimpulannya Tunku Abdul Rahman dari awal lagi tidak  mengambil kira golongan ulama berfahaman sempit, beku dan mengelirukan iaitu ‘taamud’ dan ‘tashaduh’ ini daripada di ajak berunding ,inilah kelebihan Tunku Abdul Rahman dari daripada perdana-perdana menteri yang lain dalam menangani ulama-ulama cari makan ini.
17.   Mereka-mereka yang mengelarkan diri ulama ini sanggup mengenakan chas bayaran yang tingi sehingga tiga ribu ringgit sejam untuk satu ceramah yang bertajukkan ikhlas. Di mana ikhlasnya mereka-mereka ini?  Mereka tidak faham, tidak nampak, tidak yakin, tidak percaya dan tidak beriman tentang apa yang akan berlaku. Bangsa yang runtuh dan generasi akan datang akan merana di azab kesan daripada penjajahan.
18.   Kalau Yahudi telah meruntuhkan bangsa arab , tidak mustahil juga bangsa melayu  boleh di jajah dan di azab oleh bangsa asing yang berpusat di negara jiran. Mereka sedang memerhati langkah-langkah Yahudi terhadap bangsa arab dan belajar dari contoh-contoh itu  untuk dilaksananakan di negara ini. Maka hilanglah kemerdekaan dan kiamatlah bangsa melayu.Melayu akan di azab dalam kehinaan. Ulama yang dahulunya bersuara hilang.

Apa yang hendak diberitahu di sini ialah keruntuhan sesuatu bangsa itu  seakan-akan sudah berlaku kiamat kepada bangsa itu. Kiamat asalnya dari perkataan kiam dan kiam itu berdiri, maknanya berdiri kepada orang yang menang ke atas orang yang kalah. Iaitu orang bangsa cina berdiri atas bangsa melayu di tanah melayu sendiri.
Singapura telah memerhati dan mengambil chontoh prilaku Yahudi terhadap arab dalam menakhluki dunia arab dan akan dilakukan terhadap orang melayu di bumi melayu seperti mana Yahudi lakukan. Dan itu bermakna kiamatlah kepada pemerintahan dan bangsa melayu keseluruhannya. 
Oleh hasan muhamad kg tok ku kedai lalat.

Saturday, February 22, 2014

Benarkah tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum?



Benarkah tuhan tidak mengubah nasib sesuatu kaum?
1.       Maka dibacalah ayat “tuhan tidak akan mengubah nasib satu-satu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya. Dan setakat terhenti di situ sahaja dan meninggalkan aqidah yang sebahagian lain yang membuatkan orang syirik.
Baginya ada malaikat-malaikat yang selalu menjaganya bergiliran, dari depan dan belakangnya. Mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap suatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya dan tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. Ar-Ra`d[13]:11
2.       Ayat ini di fahami oleh umum seolah2 ketentuan nasib manusia di tentukan oleh manusia itu sendiri.
3.       Promosi kaedah memahami ayat seperti ini berlaku di zaman pemerintahan Tengku Abdul Rahman yang ketika itu sedang memikirkan bagaimana untuk mengisi kemerdekaan kepada orang-orang melayu, maka di bacakan setengah daripada ayat itu oleh menteri yang tidak berpot polia  sebagai galakan untuk orang melayu tidak menjadi pemalas kerana telah sekian lama di bius oleh inggeris supaya kekal menjadi pemalas supaya inggeris kekal memerintah dengan memperbodohkan pribumi melayu. Dan yang  pada  masa itu dato razak sebagai menteri luar bandar yang dulunya di perkenalkan untuk melancarkan projek luar bandar supaya rakyat mengubah nasib.
4.       Daripada saat itu, ayat ini sentiasa bermain di bibir tokoh politik dan terutama di pihak penentang  supaya rakyat sedar dan bangkit untuk mengubah pemerintah yang ada dan memilih mereka sebagai pengganti pentadbir negara.
5.       Sampai ke hari ini rakyat menjadi sasaran supaya mengubah sikap tetapi di sebaliknya mereka menyembunyi dasar dan prinsip khusus yang menjadi penyebab yang kaku kepada perubahan.
6.       Saya pernah menghadiri majlis kasim ahmad, beliau pernah menyebut baahwa manusia mempunyai pilihan antara yang baik dan buruk. Pada sesiapa yang memilih yang buruk maka pembalasannya buruk demikianlah sebaliknya.
7.       Bagi beliau pilihan manusia adalah mutlak sebagai penentu segalanya.
8.       Pendapat beliau ada persamaannya dengan pandangan dengan ulama2 yang ada cuma berbeza pada gaya sahaja.
9.       Sebenarnya pilihan manusia tertakhluk kepada pilihan Allah dan marilah  kita sama2 renung kisah nabi yusuf a.s.
10.   Ianya bermula dengan mimpi yusuf yang menggambarkan satu ideal yang menyeluruh dn difahami oleh ayahnya nabi yaakub bahawa akan berlaku sesuaut anugerah yang amat besar kepada yusuf maka bermulalah episod kepada yusuf. Ayahnya sendiri bersikap pilih kasih di kalangan ahli keluarganya sebagai mendorong saudara2 yusuf bersikap irihati terhadap yusuf dan tindakan seterusnya mereka bersepakat untuk membunuh tapi dengan takdir Allah, yusuf di buang kedalam telaga.
11.   Episod kedua berlaku fitnah dengan isteri raja sehingga yusuf diperjara, ada individu (kasim ahmad) yang mengatakan penjara adalah universiti kedua.
12.   Demikian juga yusuf dengan hikmat Allah ia di penjara, beliau dapat bertemu dengan sekumpulan individuindividu yang bermasalah dan daripada individu2 itu yusuf mendapat ilmu daripada perkenalan itu.
13.   Allah mahu memberi petunjuk kepada yusuf melalui individu2 di dalam penjara sebagai persediaan memikul tugas yang akan berlaku.
14.   Apabila yusuf dapat men ta’bir mimpi raja dan raja memahami kebenarannya dan sedar bahawa beliau salah menghukum orang yang tidak bersalah, sebagai hendak menebus kesalahan daripada tindakan raja, raja telah menawarkan satu jawatan yang istimewa kepada yusuf, maka yusuf telah memilih jawatan perbendaharaan negara.
15.   Daripada liku2 kehidupan yusuf yang meniti diatas pilih kasih, irihati, fitnah dan keinsafan raja menghukum orang yang tidak bersalah menjadi penyumbang atau ‘takribah’ (jalan pintas) untuk meletakkan yusuf sebagai pemerintah.
16.   Di dalam penjara itu adalah masyarakat  yang paling terkebawah. Yusuf dapat menyelami perasaan dalaman golongan perasaan yang paling terkebawah. Maka yusuf pun fahamlah bagaimana untuk mengatasinya
17.   Kalau tidak dikerana ayahnya tidak bersikap pilihkasih maka tidak akan berlaku iri hati dan tidak akan berlaku di campakkan ke dalam telaga. Keburukan keluarga yusuf semata2 berlaku daripada  hikmat dan kehendak Allah di dalam mentakmirkan mimpi yusuf, lahirlah susunan tadbir masyarakat yang menyeluruh kepada umat manusia, maka apa yang berlaku kepada yusuf adalah ikhtibar umum yang berlaku kepada semua manusia. Susun tadbir Allah adalah melibatkan semua manusia.  Manusia dapat  membina sesuatu yang lebih baik kepada masyarakat   perlu mengambil iktibar daripada perasaan mereka2 yang bermasalah dan   masyarakat yang paling terkebawah (menyelam ke masyarakat terkebawah barulah boleh memahami masyarakat yang sebenar.)
18.    bukan hanya melihat pada yang zahir semata2 tetapi semuanya  berlaku adalah susun atur dari tadbir Allah yang harus di ambil iktibar daripadanya di guna pakai oleh manusia di guna pakai keseluruhan.

Apa yang hendak diberitahu di sini bahawa tukang-tukang syarah yang berpakaian ugama mengambil faham seakan-akan Allah tidak berkuasa dan tidak mengetahui apa yang akan terjadi sedang kita di beritahu Allah sudah pun mengetahui apa yang akan terjadi sedangkan kita di beritahu bahawa allah maha tahu dengan makna allah tahu apa yang akan terjadi seperti dalam ayat 255 surah al baqarah. Dengan tidak berpegang dengan ketentuan baik dan ketentuan buruk yang ditentukan oleh tuhan, aqidah kita semacam separuh-separuh. Beriman separuh dan tidak beriman separuh. Kita hampir sama macam aqidah yahudi yang mengatakan kerja tuhan sudah selesai selepas enam hari, dan kita ini adalah dari rupa tuhan.  Kemudian kita katakan yahudi itu sesat sedang kita hampir sama dengan yahudi. Tuhan ialah sebahagian daripada kita.
Maksud sebenar ayat itu ialah:
Walaupun kamu cuba hendak mengubah maka tak akan terubah dan itulah yang sebenarnya. (Q 13;11)

Walaupun kamu cuba nak mengubah maka tak terubah dan itulah yang sebenarnya.
Di sini bawah ada di bawakan sedikit rujukan:
Semua perbuaatan hamba adalah pilihannya, tetapi pilihan dalam pilihan itu. Semua perbuatan yang berlaku dijadikan Allah. Jika demikian dari manakah datangnya pembalasan, kerana maksud pembalasan merujuk kepada perbuatan Allah yang berlaku kepada hambanya? Kehendak hikmat perbuatan itu supaya terjadi perbuatan lain sama ada nikmat atau azab. Ikhtiar dan usaha hamba hanya dijadikan syarat pada pembalasan itu ssecara mendatang tidak secara hakiki, kerana nafs natiqah tidak menerimanya
1.       Warna amalan yang tidak berkait dngannya.
Amalan yang tidak di sandarkan kepada pilihan dan qasad seseorang
Allah tidak membalas seorang hamba dengan perbuatan yang mana warna perbuatan itu tidak diterima oleh nafs natiqah
Dalam keadaan demikian, pilihan hamba dengan tidak bebas dari syarat, setelah perbuatan itu sudah dipastikan untuk nafs natiqah menerima warnnya. Untuk memastikan hamba melakukan sesuatu perbuatan, maka dikembarkan dengan usaha. Kepastian ini suatu perkara yang mulia yang difahami dariapda kata-kata sahabat dan tabiin.

mengikut tafsir al hakm ayat 11 surah  al rad'
Maksudnya: Allah hanya menurunkan sesuatu peraturan hidup (syariat) atau hukum yang sesuai dengan perubahan dan persediaan yang ada di sisi mereka. Maka ada dari kalangan mereka tidak boleh menerima peraturan dan undang2 itu. Mereka terus menegakkan peraturan (taghut) dan mereka berdegil mempertahankan kebatilan mereka. Mereka tidak perlukan pembaharuan. Tidak ada penolong selain daripada Allah. Orang islam berpegang teguh dengan hukum Allah dan Allah tetap memelihara mereka. (Tafsir hakm jilid 3 ms 435.)