Monday, February 2, 2015

Ugama, politik dan islam adalah sesuatu yang sama(edit).




1.   Politik dan agama tidak terpisah,Politik adalah jalan dan agama adalah matlamat.Dalam tindak-tanduk politik ada kotornya kerana berdepan yang zalim dan menyalahgunakan sesuatu kebaikan yang dijadikan topeng untuk menutup kepalsuan mereka.Kuasa yang berselindung disebalik kebaikan peribadi yang tidak mengambil kira masa depan masyarakat dan maanusia.
2.   Kebanyakan ahli ugama yang terpengaruh dengan falsafah paderi yang mengambil faham sepertinya untuk ibadat dan kebajikan sahaja.Sesuai dengan perwatan peribadi dikalangan ahli-ahli agama tidak melibatkan diri didalam pergerakan dan perebutan kuasa yang dikatakan itu semuanya adalah dunia.Dunia itu bangkai dan berebut itu ialah anjing.Orang yang dipengaruhi oleh semangat sami menumpukan kebaikan setakat peribadi dan selanjutnya mempengaruhi orang lain supaya  ikut seperti mereka.
3.   Ada yang berpendapat slogan politik suku agama suku adalah slogan politik yang digunakan oleh sesetengah pemimpin Umno yang mererajui BN kerana terdapat didalamnya parti-parti gabungan BN yang beranggap islam adalah ekstrim dan melampau.
4.   Bidang politik adalah bidang yang mulia disisi agama kerana segala  penyelesaian masalah umum dan masyarakat adalah fardhu kifayah dan jalan yang menuju kepada matlamat itu menyuruh berbuat baik dan melarang berbuat jahat,jalannya ialah  kuasa. Hadis nabi s.a.w., hendaklah kamu tolak kemungkaran itu dengan tangan kamu apabila kamu berkuasa, jika tidak, dengan lidah, jika tidak, dengan hati. Maka itu selemah-lemah imam.
5.   Hadis ini menunjukkan menolak sesuatu kemungkaran itu memerlukan kuasa di dalam tangan dan kuasa itu hari ini iaitu kuasa politik.Jika tidak dengan lidah untuk melahirkan sesuatu hujah yang meyakinkan manusia dan jika tidak mampu lagi dengan hati. Itulah selemah-lemahnya imam.
6.   Orang yang tidak terlibat dalam pergolakan ini yang mana tidak mampu menolak sesuatu kemungkaran dan tidak mampu pula melahirkan pendapat kebenaran. Itulah selemah-lemah imam.
7.   Umat islam perlu ada kekuatan setanding kekuatan dengan yang mungkar dan perjuangan bagi menundukkan supaya Golongan yang mungkar supaya patuh kepada undang-undang itu adalah fardhu kifayah.
8.   Khidmat untuk kepentingan umum perlu terlibat dalam politik untuk menyelamat dan menambah baik kepada masyarakat adalah kemuncak kepada fardhu kifayah dan melaksanakannya untuk tujuan mencapai adil dan ihsan untuk semua manusia sebagai hamba Allah berkhidmat di bumi Allah dibumi manusia dilahirkan, dibumi manusia membina kerangka yang menjadi keinginan fitrah insaniyah demi untuk mendapat keredhaan Allah maka di akhirat adalah ganjaran pada pencapaian kerja-kerja, itulah yang dimaksudkan dan jangan kamu lupa bahagian mu didunia.Yang dimaksudkan dengan bahagian kamu di dunia ialah kelayakan, kelebihan, keistimewaan yang diberi oleh Allah kepada seseorang sebagai alat untuk tujuan tersebut.
9.   Ahli-ahli umno harus dididik menyumbang jiwa raga untuk mengekal dan menambah baik. Bersehkan politik umno yang perlu  diukur pada prinsip sejagat. Tanpa prinsip sejagat umno akan kehilanga arah, tidak dapat kepercayaan daripada rakan kongsinya sendiri daripada pelbagai kaum dan pelbagai agama.
Sedikit petikan dari mukadimah takwil quran haji nik mohd salleh wan musa dalam al mukadimah) - boleh didapati di UIAM dgn permintaan kajian sahaja. Ianya didalam tafs al hakm sebagai priview takwil quran)

Umat Islām seluruh dunia tidak akan menjadi umat yang mulia selagi mereka tidak mengkaji dengan teliti pengajaran Al-Qurʾān dan pimpinan Nabi Mummad (S.A.W.) untuk membentuk negara Islām dan rupa bangsanya.
Shāh Walī Allāh menghuraikan masalah ini seperti berikut:
 Dan sebahagian daripada prinsip yang harus diperhatikan oleh seseorang pemimpin yang mahu menjadikan umat-umat yang berlainan adat dan kebudayaan di dalam satu millah (rupa bangsa yang satu) bahawa hendaklah pengajaran agama kepada mereka itu disusun untuk mendirikan Khilafah yang umum. Dan hendaklah dijadikan khalifah-khalifah yang kemudian daripadanya tertentu kepada ahli negerinya dan keluarganya yang telah dilahirkan di atas adat dan peraturan hidup yang tertentu kerana tidaklah bersamaan buat-buat celak pada dua mata itu seperti bercelak dengan sebenarnya. Dan hendaklah semangat mempertahankan agama dalam kalangan mereka disertai dengan semangat mempertahankan nasib keturunan, dan hendaklah ketinggian martabat mereka dan kebijaksanaan tabiat mereka menggambarkan ketinggian bagi pemerintahan pengasas millah itu dan kebijaksanaan pada tabiatnya. Itulah maksud persabdaan Nabi (S.A.W.): “Pemimpin-pemimpin itu hendaklah daripada Quraish.” Dan hendaklah berpesan kepada pengganti-pengganti kemudian daripadanya supaya menegakkan agama dan mengembangkannya. Itulah maksud kata-kata Saidina Abū Bakr  al-Siddīq r.a.. “keteguhan kamu di atas suatu tujuan itu ialah dengan apa yang telah membentuk dengan kamu oleh pemimpin-pemimpin kamu”.[1]


 Sedikit petikan dari mukadimah takwil quran haji nik mohd salleh wan mussa dalam al mukadimah)
 Keadaan ini seperti seorang yang mahu beristeri walaupun diutamakan memilih wanita yang beragama untuk melahirkan keturunan yang ṣāliḥ, tetapi perkahwinan tidak mungkin berlaku jika wanita itu tidak cantik dan tingkah lakunya tidak menarik. Maka syarak menggalakkan seseorang lelaki memilih isteri yang cantik dan menarik pada pandangannya supaya mereka dapat hidup mesra dan kekal. Begitu juga pihak perempuan hendaklah memilih lelaki yang kacak dan bijaksana supaya kepimpinannya membawa kehidupan yang bahagia dan berjaya. 
Semangat kebangsaan perlu dikekalkan dalam masyarakat umat Islām untuk menegakkan pengajaran Al-Qurʾān. Maka Islām telah mengiktiraf semua kepentingan sesuatu kaum itu dipelihara khususnya dalam pembentukan syariat. Islām meraikan semua kemahuan dan budaya sesuatu kaum sebagai sumber utama kelahirannya. 

Semangat kebangsaan perlu dikekalkan dalam masyarakat umat Islām untuk menegakkan pengajaran Al-Qurʾān. Maka Islām telah mengiktiraf semua kepentingan sesuatu kaum itu dipelihara khususnya dalam pembentukan syariat. Islām meraikan semua kemahuan dan budaya sesuatu kaum sebagai sumber utama kelahirannya. 
    Shāh Walī Allāh menerangkan perkara ini seperti berikut:
 “Dan hendaklah diketahui bahawa sesungguhnya berlainan segala syariat para nabi (A.S.) itu kerana beberapa sebab dan beberapa maslahah, hal itu ialah kerana syiar-syiar Allāh hanya dijadikan syiar kerana tujuan tertentu. Dan kadar yang ditetapkan di dalam syariat itu ialah berpandukan kepada keadaan orang yang mukalaf dan adat mereka itu”.[2]
Di halaman yang lain Shāh Walī Allāh menerangkan seperti berikut:
 “Hanya nabi itu datang memerhatikan pada iktikad dan amalan yang telah ada di sisi mereka. Maka mana-mana yang sesuai bagi membersihkan jiwa, lalu ditetapkan untuk mereka, dan ditunjukkan mereka itu kepadanya, dan mana-mana yang bertentangan dengan kebersihan jiwa maka nabi-nabi menegah mereka dari melakukannya”.[3]
Berdasarkan keterangan ini tidak dapat dinafikan bahawa Islām telah meletakkan asas semua peraturan hidup dan un dang-undang di atas semangat kebangsaan sebagai tabiat semula jadi bagi setiap manusia. Semangat ini perlu diiktiraf dan dihormati mengikut pengajaran Al-Qurʾān. 
Sebahagian ʿulamāʾ Islām seperti Sayed Qutub dan Abū al-aʿlā Maududi telah terkeliru dalam masalah ini. Mereka menyangka fahaman kebangsaan bertentangan dengan pengajaran Islām dan Al-Qurʾān kerana pandangan mereka tentang semangat kebangsaan dalam pengertian yang sempit seperti yang berlaku kepada sesetengah pemimpin Barat. Kesilapan itu timbul dari fahaman fanatik yang sememangnya ditegah oleh Islām – bukan timbul dari fahaman semangat kebangsaan. Jika fahaman  semangat kebangsaan dan kekeluargaan bertentangan dengan Islām sudah pasti tidak diturunkan dalam Al-Qurʾān ayat-ayat seperti hukum membahagi harta pusaka kepada waris selepas mati, dan tidak diturunkan ayat cara menentukan nafkah yang baik iaitu pertama ditujukan kepada ibubapa, keluarga yang hampir dan sebagainya.
(Dipetik dari al muqadimah haji nik mohd saleh wan musa)- boleh didapati di UIAM dgn permintaan kajian sahaja. Ianya didalam tafs al hakm sebagai priview takwil quran)


Demikianlah tujuan manusia dijadikan ialah untuk menjadi khalifah dibumi atau sebagai tajalli tuhan untuk menyusun atur makhluk dibumi supaya selari dengan prinsip adil dan ihsan sebagaimana yang dikehendaki allah.

(Sedikit petikan dari mukadimah takwil quran haji nik mohd salleh wan musa dalam al mukadimah)
Ringkasnya Nabi (S.A.W.) diutus untuk membangun Millah anīfī yang diasaskan oleh Nabi Ibrāhīm (A.S.) Maka dasar syariat millah tersebut mesti dikekalkan melainkan sedikit perubahan sekadar menentukan perkara umum, menambahkan penjelasan, menerangkan batasan-batasan dan sebagainya sahaja.
Kehendak Allāh supaya Nabi Muammad (S.A.W.) membersih akhlak bangsa ʿArab. Kemudian dengan perantaraan bangsa ʿArab pula membersihkan akhlak manusia seluruh dunia. Maka unsur-unsur syariat Nabi Muammad (S.A.W.) terpaksa dibentuk berdasarkan budaya bangsa ʿArab sebagai contoh pertama, kemudian falsafah pembentukan itu diikuti oleh bangsa-bangsa lain di seluruh dunia.
Maka secara keseluruhannya syariat Millah anīfī itu berkulitkan budaya bangsa ʿArab. Jika diperhatikan secara tasyrik, undang-undang yang dibentuk oleh Nabi Muammad (S.A.W.) adalah untuk menyempurnakan mana-mana yang telah ada dalam kalangan umat ʿArab itu. Setiap hukum yang diperundangkan itu mengandungi latar belakang dan sebab-sebab yang diterima akal. Setiap suruhan dan tegahan mengandungi maslahah dan tujuan yang khusus.
Ringkasnya, contohnya dalam bidang ibadat, hukum bersuci, sembahyang, puasa, zakat dan haji dalam kalangan umat ʿArab pada zaman itu telah banyak berubah daripada yang asalnya kerana mereka tidak mengambil berat melaksanakannya, mereka berselisih faham tentang cara melakukannya. Oleh kerana pada kebanyakannya tiada peraturan dan termasuk penyelewengan-penyelewengan oleh ahli Jahiliah, maka Al-Qurʾān datang untuk menyusun kembali, memperbetulkan mana-mana yang telah berubah kembali seperti kehendak asalnya.
Dalam bidang pentadbiran rumah tangga juga telah diterap beberapa budaya buruk, melampau dan zalim. Demikian juga peraturan dalam politik negara telah dirosakkan. Maka Al-Qurʾān menetapkan prinsip-prinsip, batasan-batasan dan waktu-waktunya.
(Dipetik dari al mukadimah haji nik mohd salleh wan musa) - boleh didapati di UIAM dgn permintaan kajian sahaja. Ianya didalam tafs al hakm sebagai priview takwil quran)

10.                    Bersehkan budaya umno yang bekerja kerana wang, tidak ada wang tidak ada kerja.Kerana budaya kepentingan diri pernah berlaku di dalam sejarah yang diibaratkan dalam al quran ,anai-anai yang memakan tongkat nabi sulaiman yang memberi maksud akhirnya kerajaan peninggalan nabi sulaiman jatuh tersungkur setelah beberapa generasi.
11.                    Kesan daripada kejatuhan sebuah kuasa politik,ekonomi dan perniagaan akan berubah, segala peluang perniagaan dan kegiatan ekonomi akan beralih tangan.Rakyat  dan generasi yang akan datang yang akan menjadi mangsa penjajah akan dipecah belahkan dan tidak lagi wujud semangat bersatu dan saling membantu antara satu sama lain. Generasi itu akan menderita apabila kelalaian di sebabkan generasi sebelumnya cuai terhadap kuasa politik yang ada.
12.                    Dalam suratul baqarah ayat 254, hendaklah kamu berbelanja(menyumbang kepada organisasi perjuangan).dan ingatlah suatu hari tidak ada jual beli/perniagaan/perdagagan(setelah ekonomi beralih tangan pada orang lain).tidak ada lagi shafaat (semangat bersatu dan tolong menolong), sesungguhnya di azab orang yang zalim.(maksudnya orang-orang yang ada kuasa politik,khazanah negara di buat untuk kepentingan diri dan apabila politik beralih tangan, ekonomi akan dimiliki orang asing.) dan generasi seterusnya akan menerima padah.
Allah berfirman:
 Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa'at. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang zalim. (baqarah 254)

Oleh hasan bin muhamad kg tok ku  oleh kerana rating hanya ada 10 oang sahaja, kami tidak mengutamakan keindahan bahasa. sampai maksud kami dah dikira memadai.


[1]  Shāh Walī Allāh, ujjat Allāh al-Bālighah, Juzuk 1,  m.s. 119.
[2]  Ibid, Juzuk 1, ms. 89.
[3] Tafhīmāt illāhiyyah, Juzuk 1, m.s. 92.

Sunday, February 1, 2015

Takrif hamba




1.   Setengah pendapat terutama pelajar daripada mesir dan timur tengah beranggapan hamba itu bermula dari tawanan perang dikeranakan askar yang berjuang bersama nabi telah mengeluarkan modal yang banyak. Mereka mendapat tawanan perang sekali gus boleh dijadikan hamba mereka.   sebagai ganjaran pelaburan mereka bersama nabi.Pendapat itu pernah dinyatakan oleh nik aziz nik mat bekas menteri besar kelantan atau mursyidul am pas,   
2.   Istilah tawanan perang itu disebut wafiriqa dan tidak akan menjadi abdun sama sekali. Tawanan-tawanan perang itu boleh disuruh bekerja sebagai membantu tuan rumah untuk memenuhi keperluan mereka juga sementara tukar tawanan perang atau tebusan atau mereka memeluk islam. jika tidak mereka disuruh mengajar sepuluh orang anak orang Islam sehingga kanak-kanak itu boleh membaca dan menulis dan selepas itu mereka dibebaskan.
3.   Pada hari ini, apa yang berlaku, kekalahan perang dikalangan askar-askar jerman dan iraq atau pun rakyat jerman dan iraq di paksa oleh pihak yang berkuasa mencurahkan segala ilmu yang ada untuk memenuhi keinginan pihak yang berkuasa.
4.   walaupun sumbangan itu tanpa kerelaannya tetapi terpaksa dilakukan mengikut apa yang diperintah kerana itulah yang dinamakan hamba yang dipaksa dan jika mereka enggang ikut arahan mereka akan dibunuh secara terancang.
5.   susulan berikut mereka mendakwa Islam telah galakkan merdekakan hamba itu dengan sebab-sebab tertentu.Pendapat seperti itu adalah berchanggah dengan prinsip Islam sama sekali.Menggalakkan seseorang supaya membebaskan hamba adalah tidak selari bagi ahli undng-undang.Kerana dalam perkara perhambaan tidak mungkin boleh diatasi dengan galakan.Prehambaan adalah sesuatu yang besar dari sudut kemanusiaan.Istilah menggalak supaya membebas hamba seolah-olah perkara ini perkara sunat.
6.   Menggalak supaya merdeka hamba bukan  yang dimiliki tetapi perhambaan dipersekitaran berlaku unsur-unsur penindasan tekanan kepada golongan-golongan yang lemah atau negara yang menjadi mangsa atau kepada masyarakat atau penjajahan oleh golongan yang kuat terhadap golongna yang lemah.
7.   Imbasan yang berlaku samaada industri dan masyarakat dari negara yang menjadi mangsa penindasan yang berlaku di setiap zaman.Kehendak resepi ekonomi penjajahan dari sudut ekonomi , ada pemimpin perniagaan berkata perniagaan harus bermula dari bawah tetapi golongan menegah yang terlibat dalam produktiviti perniagaan dan saiz perusahaan itu diukur dengan golongan menengah yang masing-masing bercita-cita untuk menjadi naga dan geruda dalam bidang perniagaan.
8.   Hamba dalam pengertian quran atau pun Islam,Ia dijadikan Allah ada yang mempunyai kelayakan untuk menjadi pemimpin, menjadi pengikut (atau menjadi rakyat)Sebagai satu syarat kesempurnaan hidup manusia memerlukan kedua-dua kekuatan ini. (kebolehan)Seperti mana tangan-tangan manusia itu tidak sama atau jari-jejarinya. Kerana dengan ketidaksamaan itulah ada kekuatannya.Diistilah sebagai kedua-dua golongan ini sebagai imej merdeka ataupun hamba.Orang merdeka itu,sebagai pemimpin dan abdi itu sebgai rakyat.Pada tanggapan umum apabila disebut hamba , mereka akan ternampak orang kulit hitam yang boleh dijual beli seperti mana dalam sejarah amerika. disuruh apa saja oleh majikannya mereka dibahasakan sebagai abdun mengikut bahasa quran atau pun mengikut bahasa arab quran. Mereka yang hidup menumpang atau kuli atau budak suruhan pejabat yang boleh disuruh apa saja oleh majikannya.Orang yang memiliki malakaf abdun tidak merasa sempurna  dan kekuatan atau keyakinan diri , dia sebenarnya tidak kuat dan tidak ada keyakinan diri jika tidak ada bersamanya orang yang memantau dan menyokong bersama tugas-tugas yang mereka laksanakan.Mereka itu tidak mampu mencetus sesuatu lebih-lebih lagi menyanggah arus.
9.   Demikianlah hamba bil tabie, iaitu hamba semulajadi. Malakaf hamba abdun secara taklif, seseorang merasa selesa apabila ia mendapat sesuatu tugas atau peranan. Ada pihak lain yang memantau atau dengan lain perkataan ia dapat menumpang sifat berani bersama orang lain. Dia sanggup melakukan yang luar biasa dari pemimpin mereka. Itu hamba bil tabie.adapun sifat  hamba yang dipaksa seperti membuat sesuatu tanpa kerelaannya dan terpaksa tunduk  dan melakukan sesuatu tanpa kerelaannya  yang diperintah ke atasnya dan tidak berdaya membantah walaupun dengan upah yang tidak setimpal. umat yang dibawah jajahan satu-satu kaum, hamba diperingkat yantg kedua itulah yang menjadi kewajipan kepada orang beriman kepada Allah supaya memerdekakan mereka ataupun masyarakat dibawah penjajahan. itulah  orang yang beriman.Hamba yang dipaksa oleh sesuatu keadaan kerana takdir ia dipaksa, pernah berlaku masyarakat melayu,  apabila musim tengkujuh mereka tidak dapat kelaut terpaksa berhutang dengna taukeh yang membeli ikan. Mereka terikat dengan syarat-syarat ketika berhutang dengan beberapa ikatan yang menekan hidup mereka. Mereka terpaksa menjual tangkapan mereka kepada taukeh dengan harga yang ditetapkan oleh taukehnya.
10.                    budaya taklid adalah satu perhambaan sepertimana seumpama para-para sami yang telah memasyhurkan diri mereka supaya orang ramai memberi makanan dan wang kepadanya. Demikianlah juga para paderi dan penunggu-penunggu surau.meletak diri mereka layak untuk menerima sumbangan kononnya akan dimurah rezekidan menghapuskan dosa.perhambaan juga berlaku dari sudut ekonomi dan perniagaan berlaku mengikut kaedah persaingan yang membolehkan pesaing itu bankrup di tengah jalan. itulah resepi ala kapitalis dan dalam urusan ekonomi  .Maka lahirlah mereka yang menang itu sebagai juara yang dapat mengalahkan pesaing. Dan memonopoli perniagaan menerusi empayar-empayar perniagaan yang menyeluruh kelas rakyat yang miskin dan menganggur hanya mengharapkan golongan ehsan daripada golongan kaya untuk mendapat pekerjaan
11.                    di negara kaum melayu atau bumiputra sekadar menjadi pengguna.menyedari hakikat ini pemimpin negara berucap dipersidangan untuk membebaskan orang melayu dan bumiputra daripada menjadi hamba di negara sendiri.
12.                    Bangsa pengguna adalah bangsa hamba. Bagsa pekerja juga adalah bangsa hamba. Bangsa melayu adalah bangsa pengguna dan bangsa pekerja. Bangsa yang di perintah dan bukan bangsa yang memerintah.
13.                    Pemimpin-pemimpin pernah mencari perhatian dalam ucapannya tentang keperluan golongan-golongan bermasalah ini tetapi dari sudut pelaksanaannya segala perancangan itu direbut oleh ali baba. Apa yang mereka rancang sesuatu perniagaan dilakukan oleh mengikut hukum kapitalis. Monopoli antarabangsa yang menjadi ikutan kepada perancang ekonomi hari ini. Mereka tidak sedar teori mereka terjebak dalam perangkap kapitalis yang membina tamadun bermula daripada market (pasar) sedangkan Islam membina tamadun daripada semangat kekeluargaan.Sesetengah ahli-ahli politik yang mabuk kuasa sanggup menjadi alat kepada pihak yang tertentu mengikut saluran ali baba kerana mereka di di taja untuk menang dalam pilihanraya atau pemilihan parti. Mereka itu ditaja oleh golongan kapitalis tentang untuk menang dalam pilihanraya dan  pemilihan parti mereka dan cakap pasal ekonomi hanya sendiwara.  Jika ada beberapa syarikat yang berpotensi untuk maju ada pemimpin-pemimpin politik tertentu yang menangguk di air keruh atau menawar, menjadi broker supaya syarikat-syarikat melayu dan bumiputra berpindah milik walau pun syarikat itu mendapat bantuan dan geran daripada kerajaan.Jiwa kapitalis yang ada pada peniaga melayu dan bumiputra, merancang untuk membelakangkan ajenda asal kerajaan, boleh musnah dengan sekelip mata apabila apabila tawaran untung segera yang ditawarkan. Mereka berkata, inilah yang dikatakan orang bijaksana mendapat wang dan digelar sebagai orang yang berjaya walaupun matlamat jangka panjang bangsa menjadi kian mundur.
14.                    Tidak harus dilupakan ruang dan ruang pada pada golongan  yang tidak berdaya saing dan gagal dalam arus perdana yang bangkrap dan hilang tempat bergantung, tidak memadai mereka dilayan seperti kaedah kapitalis.Golongan yang paling terkebawah di layan seperti haiwan peliharaan sekadar mereka dipantau supaya tidak mati kebulur ditepi jalan.Jalan keluar untuk mereka, sekadar mendapat permit sebagai  peminta sedekah daripada kebajikan masyarakat walaupun mereka tidak membawa tempurung di kaki lima.Bayangkanlah, setelah kumpulan itu akan bertambah besar dalam masyarakat.Yang hendak diberitahu di sini, golongan yang ditanggung oleh kebajikan masyarakat, diberi makan sekadar. Bila golongan bertamba ramai , badan kebajikan masyarakat itu tidak mampu hendak tanggung. Apa jadi kepada negara? Mereka ini adalah manusia yang mempunyai impian dan perasaan. Mempunyai tenaga dan kebolehan. Jika digabungkan akan menjadi tenaga yang mampu membuat, mengguna dan menjual. Harus difahami, kebahagiaan manusia terbahagi kepada dua.Kejayaan hidup manusia terbahagi kepada dua. Pertama manusia yang cenderung kepada nilai kemampuan dan nilai kebendaan yang serba changgih.Yang kedua, golongan, golongan yang cenderung kepada masyarakat yang saling bantu-membantu dan tolong menolong walaupun hidup dalam keadaan yang sederhana.Kedua-dua golongan ini harus di tangani dengan baik. Maka ia akan menjadi penyumbang kepada pembanggunan masyarakat dinegara.Akhir kata, wahai pemimpin umno, jika kamu mahu bebaskan orang melayu dan bumiputra daripada kelemahan dan kemiskinan  dalam ekonomi. Padankanlah, sesuai dengan segala perancangan dengan ukuran saiz manusia yang miskin dan terkebawah supaya mereka ada jurang untuk menyumbang mengikut kemampuan. Mereka ini ada kekuatan sebagai pengguna sebagai asas untuk di atas kekuatan membuat, mengguna dan menjual. Maka lahirlah satu pekej diantara modal dan tenaga membolehkan mereka untuk membina asas perniagaan di atas kekuatan membuat mengguna dan menjual, iaitu perniagaan dan persaingan berasaskan kekuatan pengguna.

Oleh hasan muhamad, kg tok ku, kota bharu,...olelh kerana rating kami hanya 10  sahaja, kami tidak mengindahkan bahasa. sampai maksud kami dikira memadai.harap maaf.