Wednesday, July 13, 2016

Adil adalah 3 per empat daripada ugama.

Adil adalah 3 per empat daripada ugama.
Umat islam kini hanya tinggal rukun syiar semata2 tetapi prinsip yang tersusun yang menuju kepada adil dan ihsan yang merangkumi manusia seluruhnya.
Ajaran para nabi yang berpaksi  kepada insaniayah. Ajaran para hukama berpaksi kepada ananiyah. Ajaran kepuakan berpaksikan jibilah atau budaya nenek moyang, mereka berlumba mencipta formula kemajuan sehingga tenggelamnya keadilan.
Apabila diperkatakan tentang adil tergambarlah revolusi yang menjuruskan kepada sosialis dan komunis.
Sedangkan di dalam negara kapitalis seperti swissland, belgium norway dan lain2 dapat mewujudkan keadilan kepada rakyatnya tanpa di desakkan kepada revolusi sosialis dan komunis.
Kita tidak seharusnya melihat adil itu dari satu subjek sahaja.
Pernternak ayam dapat memahami tidak semua ayam ternakannya mampu berebut. Maka golongan kerdil dan lemah perlu diberikan tumpuan khas supaya semuanya mendapat hak mendapat kelangsungan hidup. Adalah mustahil apabila di perkatakan sesuatu agenda supaya miskin menjadi kaya.
Kalau ada pun, adalah terhad secara individu bukan satu kaedah penyelesaian umum terhadap kemiskinan rakyat.
Adalah lebih praktikal kalau sesuatu agenda untuk mempermudahkan orang miskin dapat membuat sesuatu untuk kegunaannya.
Apabila golongan yang paling  terkebawah dapat menyediakan keperluan sara diri . Itulah nilai keadilan dan 50 peratus ekonomi negara sudah di kira mantap.
Menepati dengan teori ekonomi islam iaitu sistem pembahagian rezeki diantara tolongan kaya dan golongan miskin.
Kepada golongan rakyat yang tiada tempat bergantung dan mengganggur di namakan kehidupan secara perkongsian antara modal dan tenaga. Disatu pihak kerajaan boleh memberi prasaran disatu pihak memberi bahan mentah dan satu pihak memberi tenaga , mereka membuat mengguna dan menjual. Kaedah ini boleh diurus oleh kerajaan badan berkanun atau individu.
Atau dengan lain perkataan satu daya penggerak tiap tenaga yang ada boleh menyumbang kepada produktiviti.
Sesuatu aktiviti ekonomi biasanya perlu mendapat restu daripada pasaran iaitu segolongan kaum kapitalis yang mendominasikan pasaran arus perdana dan bersekongkol dengan rakyat yang disogok dengan iklan yang meluas menyebabkan tidak banyak benda yang boleh dibuat oleh rakyat. Sebaliknya jika sesuaut perniagaan dibuat berasaskan skim sara diri banyak benda yang boleh dibuat dan diniagakan.
Kaedah ini boleh memperkenalkan produk2 baru tanpa menggunakan kos iklan yang besar. Itulah hala tuju atau pun halatuju kearah membina market yang dapat menyaingi, yang dapat mengimbang pasaran arus perdana.
Objektif inilah nabi membina pasaran kedua sebagai imbangan kepada pasar yang ada yang didominasi oleh kaum yahudi
Oleh hasan muhamad.

No comments:

Post a Comment