Monday, May 11, 2015

Antara hudud dan politik



Antara hudud dan politik
Apabila diperkatakan tentang hukum Allah  maka mereka tujukan ialah hudud kerana di dalam pengajaran Islam mereka diberi faham kemuncak Islam itu hudud.
Dalam arus politik , hudud dibesar2kan untuk mendapat undi, mereka menyusun kalimah2 bagaimana hudud itu untuk dilaksanakan.
Pada umat seluruh dunia undang2 mendera fizikal ini telah pun wujud diterjemah dengan berbagai2 cara dan berbeza mengikut tempat untuk menghukum orang yang bersalah.
Dan hukum yang lebih ringan dinamakan hukum denda.

Murtad
Umat Islam pada zaman nabi berada di dalam zaman peperangan dan persediaan ke arah itu. Mereka yang berpaling tadah akan dihukum bunuh kerana segala rahsia dan persediaan peperangan akan terdedah kepada musuh.
Murtad dinilai pada prinsip perjuangan bukan pada syiar dan bukan pada syariat.

Walaupun bahaya dadah lebih merbahaya daripada arak tetapi kerana dadah tiada dalam kitab-kitab ulama mereka menganggap tidak termasuk dalam hukum hudud kerana budaya ilmu mereka hanya bertaklid kepada ulama dan kitab.
Mereka meletakkan hukum arak lebih mutlak daripada dadah sedangkan dadah adalah paksi kepada kejahatan yang membelengu sosio budaya dan ekonomi masyarakat. Mereka tertelan contoh hukum arak dalam kitab Allah .
Mereka tinggal masalah dadah kepada orang yang bukan ahli agama dan menampakkan ahli2 ugama tertakhluk kepada resam dan zahir hukum semata2 dan Islam bukan lagi satu penyelesaian  masalah semasa bagi mereka. Mereka meletakkan ijtihad ulama sebagai qatie yang sama dengan Al Quran yang tidak boleh dipertikaikan sama sekali.
Bagi mereka ulama-ulama adalah maksum kerana mereka melihat Islam dari sudut khusus dan mendakwa ilmu Allah  itu hanya tersimpan di dalam almari mereka2 tertentu sahaja.
Sedangkan ilmu Allah  bertaburan di seluruh manusia pelusuk dilangit dan dibumi sebagaimana ayat Allah  ilmu Allah  itu apa yang ada dilangit dan dibumi itu.
Ijtihad mereka hanya tertakhluk kepada mujtahid mazhab bukan mujtahid mutlak yang bertujuan menyelesaikan masalah manusia yang berubah2.
        Allah  sentiasa dalam urusan .(perubahan) Quran 55:29 “Allah sentiasa dalam urusan syuun illahi”
Sedangkan ulama masih bersifat beku dan berbudaya taklid.


Ada pihak cuba memperkenalkan hudud  untuk melindungi dasar diktator, dasar kapitalis dan untuk kepentingan puak.
Sebaliknya Islam melaksanakan hukum hudud untuk melaksanakan prinsip adil dan ihsan.
Maka istilah pencapaian pekej bersama hudud. Inilah perbezaan antara matlamat disebalik pelaksanaan hudud. Jika matlamat tersebut tidak jelas maka pelaksanaan hudud tidak menghasilkan apa-apa kebaikan.
Ada pihak yang menyangka apabila hudud dilaksanakan, adil dan ihsan akan berlaku dan limpahan rahmat  pun akan berlaku.
Sebenarnya hudud adalah jalan menuju kepada adil dan ihsan iaitu kasih sayang sesama manusia.
Sedangkan adil dan ihsan tidak pernah dibincang corak dan hala tuju sebagai persediaan    Allah  menurunkan rahmat  .
 Adil dan ihsan dibaca setiap kali khutbah jumaat tetapi tidak beri kesan apa-apa selain tidak di peduli oleh pendengar, malah tidak disedari oleh pembaca itu sendiri. Seolah-olah ayat perintah Allah  itu tidak ada hubungan dengan agama dan ibadat. Kerana mereka diajar dan hukum-hukum zahir sahaja.
Ihsan di kalangan umat manusia tidak mungkin berlaku kerana tersekat salah pengenalan ilmu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
hudud perlu melibatkan semua kaum dan semua penganut agama kerana pada mereka ada asas-asas hudud tetapi berbeza pelaksanaannya. Setiap kaum ada syariat. Oleh kerana pengamal agama, pemimpin agama telah hilang semangat jihad dan menyerah urusan masyarakat kepada ahli politik semata-mata maka penglibatan mereka untuk mengurus masyarakat untuk keadilan telah hilang.
Peranan Islam ialah untuk menzahirkan kebenaran yang hilang itu kerana matlamat dalam ajaran kitab-kitab mereka masih ada. Mereka perlu di ajak untuk membina masyarakat.
Setiap kaum secara fitrah ada rasa hormat kepada pemimpin agama dan kitab-kitab suci mereka. Mana-mana keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira kitab-kitab suci dan ulama-ulama mereka tidak akan hormat dan tidak patuh kepada keputusan itu.
Semua penganut agama cenderung kepada fitrah maka mereka perlu sebagaimana firman Allah   . Wahai ahli kitab kepada kalimah yang sama. Al-Qurʾan: 3: 64. Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan dengan sesuatu jua pun, dan jangan pula sebahagian yang lain jadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah, kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam”

Mereka tidak meletakkan prinsip insaniyah itu utama dalam agama. Prinsip fitrah insaniyah itu terbahagi kepada empat.
i)                 suci (Taharah)
ii)             patuh kepada Tuhan (Ikhbat li Llah)
iii)          murah hati dan sedia memaaf (Samahah)
iv)           insaf dan adil (‘Adalah)

tiga perempat daripada prinsip ugama itu dinilai kepada adil

No comments:

Post a Comment