Wednesday, June 11, 2014

Kafir dan Islam bukan warisan



Kafir dan mukmin bukan warisan

Anak Nabi Nuh kafir dan budak yang dibunuh oleh Khaidir, ibu bapanya adalah orang mukmin. Khaidir bunuh budak itu kerana bila dewasa nanti akan menjadi kafir    
Nabi Musa s.a.w. di pelihara oleh Firaun. Umum tahu Firaun itu kafir . Nabi Musa a.s. dididik Firaun atau  mengikut peraturan hidup firaun. Bahasan mudah di sekolahkan oleh firaun.
Dalam peristiwa nabi Muhammad s.a.w setelah dilontar perut unta dibelakangnya semasa sujud oleh musyrikin,   pernah di minta izin malaikat untuk menghapuskan   kaum itu tetapi nabi tidak bersetuju kerana menurut nabi akan lahir dari zuriat mereka itu generasi yang berjuang bersama sahabat  memperjuangkan Islam.
Fakta ini menggambarkan bahawa manusia itu kafir atau mukmin bukan warisan pusaka.
Ini tidak sebagaimana kaum Yahudi yang di beri  kitab, mereka mendakwa selain daripada golongan mereka tidak akan masuk syurga. Begitu juga kaum Nasarani  yang memiliki   kitab Injil.
 Perkara yang seperti  ini juga telah merasap  ke dalam ajaran Islam dan sama dengan yahudi dan nasara yang mengangap kafir dan mukmin itu warisan.
Kenyataan di dalam ayat Quran  bila di sebut yahudi dan nasara itu, bukanlah Allah khususkan kepada kaum yahudi dan nasara sahaja tetapi kepada sikap dan perangai manusia yang mempunyai semangat ego yang seperti itu walaupun lafaz ayat Quran  di tumpukan kepada yahudi dan nasara ,tetapi maksud sebenar ayat  dituju kepada semua manusia membacanya yang mempunyai sikap sama seperti sikap yahudi dan nasara itu.
Antara penganut syariat yang berbagai-bagai, ada sebilangan orang menyimpang daripada ajaran kitab suci mereka. Golongan yang sama juga terdapat dalam milah sabi’ah seperti syariat Hindu, Budha yang kita kenali dan banyak lagi yang lain yang tidak kita kenali seperti syariat Shinto, Zardach(majusi) dan lain-lain lagi.
Barangkali mereka ini yang dari golongan syariat Islam muhammad tidak sedar Islam yang mereka warisi itu hanya sekadar dilahirkan menerusi saluran tertentu dari keluarga  Islam dan mendakwa hanya mereka sahaja yang boleh mendapat subsidi dari tuhan kerana lahir dari keluarga Islam dan adakah mereka yang lain-lain itu tidak berhak mendapat rahmat tuhan?  Kita selalu mengajar kaum kita(muslim) yang tuhan itu maha adil? Dan adakah mereka yang selain dari kita itu  diberi pilihan oleh tuhan untuk dilahirkan melalui saluran mana-mana ugama . sudah tentu mereka menjawab mereka tidak diberikan pilihan kerana dilahirkan sebagai jepun, penyembah berhala dan lain-lain lagi. Bagaimana?!!!...
Kita dari umat muhamad kata mereka yang dilahirkan bukan dari keluarga Islam tidak akan mendapat subsidi rahmat dari tuhan kerana di lahirkan dari keluarga bukan muslim. Sia-sia sahajalah mereka itu di jadikan tuhan,sedangkan semua makhluk manusia dijadikan adalah hamba Allah belaka dan mempunyai tanggungjawab (taklif)kepada Allah di bumi ini mengikut peranan masing-masing.
Chontoh,sekiranya kerajaan memberi subsidi kepada setengah rakyat dan tidak kepada setengah yang lain sudah tentu kerajaan itu di panggil kerajaan zalim. Apakah tuhan begitu juga dan boleh di samakan dengan kerajaan zalim? 
Ini pemesongan yang paling besar oleh ulama dari syariat Islam muhamad dan kerana sebab ini jugalah Islam syariat  ini di katogerikan paksi  perpecahan persaudaraan sesama manusia kerana mereka menolak dan menafikan ihsan kepada sesama manusia. Sedang dalam ajaran budha mengatakan semua manusia adalah bersaudara.
Sebenarnya ini bukan ajaran Quran  tetapi ajaran ulama yang gila kuasa menjadi pemerintah politik untuk mentadbirkan khazanah negara.
 Dalam hal ini kesejahteraan syariat budha kelihatan lebih baik kerana tidak menghukum kafir terhadap kaum selain mereka.
Di dalam Quran  ada sebut  tuhan tidak menjadi sesuatu kejadian itu dengan sia-sia.
Pada mereka(ulama muslim) seakan-akan apa yang dijadikan oleh tuhan itu selain daripada golongan mereka itu adalah sia-sia. Mereka sebenarnya engkar kepada ajaran Quran . Adakah mereka tidak membaca ayat ini? Walaupun begitu, mereka tetap mengatakan golongan selain mereka itu, adalah sia-sia dan tidak layak masuk syurga. Lebih buruk lagi siapa-siapa yang tidak sependapat dengan mereka ini akan di cap kafir.
Mereka tidak sedar yang mereka menidakkan ayat Quran  sedang mereka kata mereka memperjuangkan Quran .
Mereka anggap kelahiran manusia dari keluarga bukan Islam, orang itu dianggap sia-sia kejadiannya. Mereka dinafikan mendapat berkat Allah . mereka di nafikan guna nama Allah. Mereka dinafikan mendapat rahmat Allah  dunia akhirat. Inilah perangai ulama Islam syariat muhamad masa kini dan masa lalu yang sudah terpesong kebenaran yang sebenar.
Kadang-kadang orang  yang dicipta zalim oleh Allah pun tidak sia-sia. Ada  keperluan Allah untuk mengimarahkan dunia ini. Boleh dibuat tentera untuk menteteramkan keadaan boleh jadi perlukan orang zalim. Tentera tidak perlukan penakut.  
Bila tidak mendapat subsidi Islam ini maknanya tuhan zalimlah.
Pernah seorang hamba Allah dari kalangan yang bukan Islam, saya pernah bertanya kepadanya kenapa kamu tidak masuk Islam? jawab beliau, adakah aku perlu mengubah apa yang telah tuhan tentukan terhadap aku?
Umat Islam harus bersyukur kerana dilahirkan sebagai umat Islam bukannya sesuatu kerana dilahirkan sebagai ornag Islam sedangkan ia tidak minta.
Dan apakah yang membolehkan, apakah satu sijil itu yang membolehkan mereka mengkafirkan orang lain, orang yang tidak sama dengan ugamanya.
Allah tidak menjadikan sia-sia sesuatu kejadian (Q 3:191).
 Allah jadikan berbagai bangsa dengan matlamat supaya berkenalan dan memahami di antara satu sama lain. Untuk berkahwin dan mewujudkan satu bangsa manusia. Segaja Allah jadikan dari kumpulan dan pegangan hidup yang berbeza-beza. Bukan saja-saja di ciptakan sebegitu rupa. Malah di dalam al Quran  pun ada di sebut. Tetapi mereka-mereka yang membacanya mentakwilkan dengan cara yang salah untuk mengekalkan keistimewaan mereka di dalam menterjemahkan keterangan. Atau mereka memang tidak faham Quran .Bukan dalam al Quran  sahaja yang ada ayat-ayat yang seperti ini, malah di dalam semua kitab suci ada sebut. Satu tanda untuk mengenali kitab Allah ialah kitab itu di pertahankan dengan nyawa seseorang penganutnya sejak dahulu lagi dan ianya kekal hingga ke hari ini. Kalau tidak cukup kerekter itu, ia menandakan itu bukannya dari tuhan.
Umat Islam seharusnya berterima kasih ke atas Allah kerana di lahirkan sebagai umat Islam yang sejahtera kerana untuk dilahirkan itu tidak ada pilihan bagi seseorang. Kita tidak di beri pilihan dan tuhan tidak meminta persetujuan dari  makhluk ciptaannya untuk meng‘ada’kan apa-apa kejadian. Inilah salah faham yang paling besar ulama dan orang-orang Islam yang dipesongkan dan diperdayakan oleh ulama mereka yang berpendapat hanya Allah dan rasulnya sahaja yang mengetahui. Kalaulah kita ini diberi pilihan sudah tentu kita akan memilih dilahirkan sebagai orang mulia tetapi apa yang berlaku tidak sedemikian. Apa yang di minta tidak di tunaikan dan apa yang diberi percuma adalah yang tidak di minta seperti bala bencana, kemiskinan , penyakit , kebodohan dan lain-lain. Yang di minta seseorang itu sudah tentu banyak dan terlalu banyak. Masing-masing tahu.
Allah jadikan satu kaum untuk saling berkenalan antara satu sama lain.
pengenalan ini bukan setakat zahir sahaja malah pengenalan ini harus di lihat dari sudut pegangan hati atau kita panggilkan iktikad yang dalam bahasa arab maka jadikanlah ‘fitrah insaniyah’ (semangat persaudaraan sesama manusia) sebagai pengukur.
Sedikit petikan dari mukadimah takwil al Quran  oleh nik Mohd Saleh bin Wan Musa.

BENTUK PERSAUDARAAN ISLĀM MENGIKUT
AL-QURʾĀN


Nabi Muammad (S.A.W.) menyeru semua ahli millah supaya bersatu berdasarkan asas-asas kebenaran yang sama pada pengajaran nabi mereka masing-masing. Kebenaran yang sama inilah dijadikan asas untuk membentuk satu kesatuan Persaudaraan Islām yang diperintahkan oleh Al-Qurʾān kepada Nabi Muammad (S.A.W.). Pada hakikatnya semua ahli millah adalah satu dalam agama.
ʿUlamāʾ Islām kini telah tersalah faham dan terpesong tentang persaudaraan Islām. Mereka menyangka persaudaraan Islām hanya untuk masyarakat dalam millah Muammadiah. Ahli-ahli millah lain tidak termasuk dalam kesatuan ini kerana mereka disifatkan bukan Islām. Para ʿulamāʾIslām kini seolah-olah terlupa pada rukun-rukun iman sebagai asas pengajaran Al-Qurʾān bahawa mereka wajib beriman kepada malaikat, semua kitab, semua rasul, kebaikan dan keburukan daripada Allāh. Al-Qurʾān menerangkan bahawa agama yang diwahyukan kepada para nabi bermula dari Adam (A.S.) hingga Nabi Muammad (S.A.W.) hanya Islām. Agama Islām menggambarkan hakikat fiṭrah manusia yang diredai Allāh. Syariat yang  berbeza pada millah Yahudi, Naṣārā, Hindu, Majūsī hanya untuk  menyenang pelaksanaan kehendak agama.
Sebelum Perang Dunia Pertama terdapat sebuah persatuan bernama Al-Ittihad al-Islāmī yang dipimpin oleh Al-Marhum Sayed Jamaluddīn al-Afghanī dan ʿulamāʾ-ʿulamāʾ yang masyhur dari Meṣir, India dan lain-lain. Pada zahirnya ikatan persatuan mereka amat luas di seluruh dunia tetapi mereka gagal menyumbang sebarang kebaikan kepada umat Islām sama ada daripada sudut pendidikan, ekonomi dan politik. Persatuan ini telah diperalatkan dan lenyap dalam arus pergolakan politik penjajah Barat yang sentiasa berazam menghancur Kerajaan ʿUthmāniyah di negara Turki.
Persatuan ini lemah dan hancur kerana  penubuhannya tidak mengikut asas-asas pengajaran Al-Qurʾān. Al-Qurʾān menyeru supaya membentuk persaudaraan Islām terdiri daripada semua umat yang berlainan millah berasaskan kepercayaan mereka kepada kitab mereka masing-masing. Maka persaudaraan Islām itu merangkumi umat Yahudi, Kristian, Majūsī, Yunani, Hindu dan lain-lain. Allāh berfirman:



“Sesungguhnya mereka yang beriman kepada Nabi (S.A.W.) dan mereka yang beriman kepada Mūsā menjadi Yahudi, dan mereka yang beriman kepada ʿĪsā menjadi Naṣārā dan mereka yang beriman kepada nabi-nabi Ṣābiʾīn yang dahulu, sesiapa yang benar-benar beriman dengan Allāh serta berbuat amalan baik, maka tiada kebimbangan ke atas mereka itu dan tidak pula mereka merasa dukacita”.[1]
Dengan ayat ini Allāh menyifatkan setiap umat yang yakin kepada mana-mana nabi yang diutus kepada mereka dan kitab atau suhuf yang diturunkan kepada nabi-nabi tersebut, mereka semua juga orang beriman.
Iman berlebih kurang pada diri seseorang. Nabi (S.A.W.) menyifatkan iman seperti sepohon pokok dengan dahannya yang bercabang, bukan sesuatu yang bulat dan dapat dilengkapi seseorang sekali gus. Imam Muslim Ibn al-Hijaj meriwayat daripada Abū Hurairah (r.a.) bahawa Nabi (S.A.W.) telah bersabda, maksudnya:
 “Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang lebih dan sifat malu juga satu cabang dari iman”.[2]
Umat dari millah lain juga muʾmin, cuma darjah iman mereka tidak memadai untuk zaman tamadun yang berkembang pesat. Maka mereka perlu diseru menerusi asas-asas iman mereka supaya menyempurnakan iman mereka berdasarkan pengetahuan yang khusus pada zaman nabi-nabi mereka dibangkitkan dengan cara mengakui beriman kepada semua rasul dan kitab dengan pimpinan Nabi (S.A.W.) berpandukan Al-Qurʾān. Allāh taʿālā berfirman:
“Katakanlah (ikrarkanlah) kami beriman kepada Allāh dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrāhīm dan Nabi Ismāʿīl dan Nabi Isḥāq dan Nabi Yaʿqūb dan anak-anaknya dan apa yang dikurniakan kepada Nabi Mūsā dan Nabi ʿĪsā dan yang dikurniakan kepada semua nabi (yang diutus) daripada Tuhan mereka (sesungguhnya) kami tidak akan membezakan antara seorang mereka (sebagaimana dilakukan oleh golongan fanatik terhadap nabi-nabi mereka masing-masing) dan kami semua tegak di atas perintah Allāh dengan semangat Islām”.[3]
Allāh taʿālā berfirman:

“Katakanlah (wahai Muammad): Kami beriman kepada Allāh dan apa yang telah diturunkan kepada kami dan apa yang diturunkan kepada Ibrāhīm dan Ismāʿīl dan Isḥāq dan Yaʿqūb dan apa yang dikurniakan kepada Mūsā dan ʿĪsā dan semua nabi daripada Tuhan mereka, kami tidak membezakan seorang pun antara mereka dan kami semua tegak di atas perintah Tuhan dengan semangat Islām”.[4] (Al-Qurʾān: 3: 84).
Allāh taʿālā berfirman: 
 
“Dan sesiapa yang mencari selain daripada Islām itu agamanya (jalan hidupnya) maka tidak akan diterima daripadanya. Ia pada akhirnya kelak dari orang yang rugi. Bagaimana Allāh akan memberi hidayah kepada suatu kaum yang ingkar, sesudah mereka beriman dan sesudah mereka itu menyaksi bahawa Nabi (S.A.W.) itu (membawa pengajaran yang benar) dan telah datang kepada mereka kenyataan-kenyataan yang jelas, (dengan sebab itu) Allāh tidak akan memberi hidayahNya kepada kaum yang zalim (taksub dan bersemangat feudal)”.[5]
Allāh taʿālā berfirman:
“Wahai orang beriman, hendaklah kamu semua beriman kepada Allāh dan rasul-rasulNya dan kitab yang telah diturunkan kepada rasulNya dan kepada kitab-kitab suci yang diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa ingkar kepada Allāh dan malaikat-malaikatNya dan kitab-kitabNya dan rasul-rasulNya dan Hari Akhirat; maka sesungguhnya ia telah tersesat ke jalan yang amat jauh.[6]
Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa:
i)                 beriman kepada semua rasul yang sama tujuan dan dasar seruan mereka.
ii)             penyatuan semua pengajaran yang diturunkan dalam kitab-kitab mereka, membolehkan manusia yang menganut pelbagai akidah melahirkan kebenaran yang sama untuk membentuk perasaan kasih sayang dan ihsan dalam kalangan mereka.
Pada masa itu akan wujud kerjasama berasaskan keadilan untuk menegakkan sebuah masyarakat yang merdeka dan bahagia. Tindakan yang tercetus dari iman seperti di atas membuktikan bahawa seseorang itu benar-benar Islām mengikut istilah Al-Qurʾān.
Islām tidak boleh diwarisi oleh seseorang, tetapi boleh dilengkapkan apabila iman seseorang itu sempurna mengikut pengajaran Allāh (s.w.t.) sahaja. Maka kita dikehendaki mengenal hakikat Islām dari pengajaran Al-Qurʾān .
Seorang Islām sepatutnya memiliki satu akidah dan falsafah hidup Al-Qurʾān dan bertindak mengikuti contoh yang ditunjukkan oleh Nabi Muammad (S.A.W.), para sahabat dan khalifah-khalifah al-Rāshidīn pada zaman keemasan Islām. 
Ciri-ciri umat Islām pada zaman keemasan Islām adalah seperti berikut:
i)                 bercita-cita tinggi.
ii)             berperasaan mulia.
iii)          bersabar.
iv)           peka terhadap hak-hak kemanusiaan dan kewatanan.
v)               cintakan keadilan.
vi)           bersifat ihsan kepada semua makhluk Tuhan.
vii)        saling menghormati keistimewaan untuk menggambarkan akidah dan kebudayaan.
viii)    berkorban jiwa dan harta untuk menegakkan hak-hak dan kebahagiaan hidup semua manusia, berasaskan kebenaran Al-Qurʾān dan disiplin yang disemai oleh Nabi Muammad (S.A.W.).
Dengan ciri-ciri di atas Allāh mewariskan pemerintahan kepada keturunan Nabi Ismāʿīl yang pelaksanaannya disempurnakan oleh Nabi Muammad (S.A.W.) dalam tempoh beberapa tahun sahaja. Nabi (S.A.W.) wafat setelah berjaya menzahirkan kebenaran Islām dalam semua syariat.-ms 31-Di petik daripada mukadimah takwil al Quran  mohd salleh wan musa.
Dan lagi:-
Al-Qurʾān Diturunkan Untuk Membina Kemajuan Di Dunia
Para ukamāʾ, rasul atau nabi diutus untuk memimpin umat manusia, lebih-lebih lagi Nabi Muammad (S.A.W.) dengan Al-Qurʾān yang diwahyukan kepadanya, baginda sekali-kali tidak bertujuan menyeru manusia ke alam akhirat seperti sangkaan golongan ruhban yang telah dirosakkan jiwa oleh musuh Islām. Tujuan sebenar seruan baginda ialah mengajar, mendidik, memperbaiki cara-cara berfikir, bertindak untuk membentuk dan membangun sebuah masyarakat manusia yang menjamin kebahagiaan mereka mengikut peraturan yang sesuai dengan fiṭrah manusia di dunia. Dalam masyarakat itu terdapat tiga rukun asas iaitu:
i)                 keadilan
ii)             kasih sayang
iii)          semangat kebangsaan
Al-Qurʾān diturunkan di dunia kerana dunia adalah tempat manusia dijadi dan dilahirkan-ms127
Dipetik dari mukadimah takwil al Quran  mohd saleh wan musa

Pegangan hati terhadap prinsip ketuhanan dan bukannya menafikannya dengan hanya dilihat sebagai perbezaan melakukan upacara ibadat atau bentuk sembahyang dan haji dan perbezaan kiblat semata-mata. Semua manusia walau arah mana ia menghadap pun, sudah tentu menghadapkan mukanya kearah tuhan.
Tuhan memberi jaminan bahawa tiada satu umat pun melainkan Allah lahirkan seorang nabi atau rasul mengikut bangsanya (Quran  ibrahim ayat 4),  mereka telah dilengkapi pada satu  kaum itu dengan prinsip cara hidup yang sempurna iaitu ‘din dan fitrah’. Walaupun pada jalan yang berbeza , contoh nya perkahwinan yang di iktiraf pada semua kaum dan syariat walau pun oleh umat Islam sendiri.umat Islam yang fanatik pun mengiktiraf perkahwinan yang di upacarakan oleh adat dan istiadat kaum lain itu sah dan anak-anak mereka itu bukan anak zina atau anak haram walaupun mengikut istiadat yang berbeza pada syariatnya.dan sekirannya mereka memeluk atau menukar kepada syariat muhamad, semua ulama muhamad sependapat tidak perlu di kahwin kan semula dan anak-anak mereka kekal menggunakan nama mereka yang asal dan tidak perlu nama arab. Macam sahabat-sahabat nabi , nama asal yang digunakan semasa jahiliyah tetap di gunakan dan nabi tidak menukarkan nama kepada sahabat.
Yang bodohnya ulama dan umat Islam hari ini ,tidak mahu mengambil kenal atau cuba mempelopori tentang ajaran-ajaran syariat selain dari syariat mereka berdasarkan sudut kebenaran berasaskan prinsip din dan fitrah yang ada persamaan dan untuk membina satu kesatuan sejagat antara manusia berasaskan kepada prinsip yang sama. yang lebih teruk lagi umat Islam mahukan (sejagat) menerima hudud mereka biar pun mereka itu di dalam kumpulan yang tersangat kecil berbanding masyarakat manusia lain di muka bumi Allah ini. Mereka mahu manusia lain suka dengan selera mereka tanpa mengambil kira selera selain daripada mereka. Islam yang sebenar pada asalnya begitu mudah semasa nabi muhamad dan yang paling mudah berbanding syariat-syariat lain sehingga menarik ramai orang mengikutinya dan sekarang sudah menjadi terlalu payah susah dan rumit untuk di amalkan di sebabkan oleh ulama-ulama yang berkepentingan. Pada mereka , kalau tidak susah itu belum cukup lagi Islam seseorang. Sehingga tidak termampu di buat barulah Islam. dalam melaksanakan undang-undang pun sama. Mereka(ulama syariat muhamad ) tidak produktif dalam membawa kemajuan masyarakat dalam membangun tamaddun. Mereka hanya pandai bercakap-cakap, cakap pusing-pusing. Inikah umat Islam? Hanya pandai manapulasi manusia lain untuk kesenangan diri. Mereka tidak mengikuti Quran  tetapi mereka mahu Quran  mengikuti keinginan dia dengan meletakkan stering pada Quran  dan korner ikut sesuka hati mereka.
Allah juga perintahkan kepada nabi s.a.w di dalam al Quran  supaya menyeru ahli kitab kepada kalimah yang sama walaupun dibenci oleh kaum musyrikin mekah iaitu orang-orang yang berpegan kepada sumber yang tidak mutlak(zanni). Sumber yang selain dari Quran .
Itulah adanya nabi gelarkan kafir harbi dan kafir zimmi. Harbi adalah untuk menakhluki pemerintahan.
Zimmi, nabi ambil pendapat dan meletakkan mereka di dalam badan pemerintahan nabi.
Nasara yang di zaman nabi itu tidak sama dengan kristian yang ada pada zaman kita ini. Nasara pada zaman nabi ialah untuk menolong untuk yahudi berkuasa. Yahudi dan nasara itu adalah sama. Nasara ialah satu mazhab dalam yahudi. Sampai sekarang pun. Itulah sebabnya apabila di sebutkan yahudi dikembarkan bersama nasara. Nasara di beri tuhan akhlak yang tinggi dan bukan pemerintah dan yahudi di beri tuhan cara memerintah dengan adil dan ihsan. Yahudi yang kita sebut yahudi itu tidak mengikut syariat nabi Musa sebenarnya . Tetapi amalan mereka  mencontohi cara firaun. Jika mereka mengikut musa, sudah tentu ianya sama dengan Islam. mengutamakan kesejahteraan.
Kristian sekarang berbeza dengan nasara di zaman nabi dahulu dan bukannya menentang Islam, tapi kelihatan menentang Islam. mereka sebenarnya menentang ulama-ulama dalam Islam kerana ulama ini mengkafirkan mereka. Siapa yang mahu mengaku kafir? Samy Velu pun marah bila haji hadi awang  kata beliau kafir suatu masa dahulu. “ini orang cakap saya kafir, betul kah saya kafir” –S Samy Velu.
 Bila salman farisi tanya nabi bagaimana tentang nasara jawab nabi nasara itu kafir. Adalah jelas nasara pada masa itu tentang nabi.
kristian yang mewarisi hari ini daripada kristian yang menentang nabi dahulu sudah tidak sama lagi. Yang ulama hari ini tidak menggambarkan sama seperti dahulu , ulama dalam islam yang mengkafirkan mereka sedangkan ulama itu sendiri tidak berpendirian sama dengan pendirian nabi untuk membimbing masyarakat .
Kafir ialah mereka yang engkar tentang apa kebenaran yang telah sampai kepadanya sehingga ia yakin dan faham kebenaran dan selepas itu dia telah menutup kebenarannya kerana sesuatu kepentingan .
Kafir dan mukmin tidak ramai.
Mukmin itu bukan setakat penghuni masjid sahaja. Demikian juga kafir . bukan sahaja penghuni gereja dan kuil sahaja. Adalah sama penghuni masjid, kuil dan gereja semuanya ada kafir dan ada mukmin naya berbeza pada zahir shariat sahaja.  Kafir dan mukmin adalah tidak ramai di kalangan manusia , yang ramai nya adalah ashabu araf . walaupun mereka ini mempunyai ilmu pengentahuan tetapi dari sudut ilmu nubuwah tetapi mereka tidak tahkid tentang ilmu nubuwah. 
Seperti peristiwa wafat nabi sebahagain daripada mereka tidak mahu membayar zakat sebab pemerintah islam itu ialah nabi sebagai perantaraan dengan Allah.
Pada tanggapan mereka nabi itu adalah perantaraan ke Allah, bila tak ada nabi, dia ini tidak ada taklif untuk menyambung nubuwah nabi. Jadi nubuwah nabi ini terhadap masyarakat dan kerajaan islam itu ialah nubuwah nabi.
Generasi pertama islam yang sama berjuang bersama nabi s.a.w. boleh menyimpang semata-mata kerana wang apa lagi generasi islam sekarang menggunakan status islam sebagai sijil untuk cari makan seperti mana ahli kitab pada zaman nabi yang membaca kitab semata-mata untuk kepentingan diri demikian juga hari ini yang mempelajari kitab dan membaca kitab terdiri dari tok guru dan ustaz adalah dengan maksud mencari kepentingan semata-mata . al baqarah ayat 101.
Dan tatkala datang kepada mereka seorang rasul dari sisi Allāh yang menyetujui yang ada pada mereka, segolongan daripada orang yang diberi kitab itu membuang kitab Allāh ke sebelah belakang mereka. Seolah-olah mereka tidak mengetahui. (Al-Qurʾān: 2: 101)
Mereka mendakwa kitab itu tidak menepati pemikiran mereka. Mereka tinggalkan kitab Allāh dan mengambil kitab sihir yang menepati pemikiran mereka yang fasik itu.
                              
Kitabsihir itu dengan maksud kitab yang tidak berpijak kepada fakta. Kitab zanni, kitab-kitab yang menepati pemikiran mereka yang fasik itu.

Salman Farisi bertanya nabi generasi nasara pada zaman nabi yang faham akan perjuangan nabi tidak sama dengan generasi nasara selepas itu dan hari ini yang berpaksi melihat perwatan umat islam sekarang sekadar memperbesar-besarkan rukun islam dan syiar pada zahir semata-mata. Adapun pegangan hidup mereka hanyut mengikut arus . kalau sekirannya firaun masih hidup sekarang dan memegang kuasa politik dunia nescaya firaun pun tidak akan marah mereka-mereka ini dan tidak sedikit pun mereka-mereka ini yang tidak dapat mengambil contoh apa yang ada pada orang islam hanya penyokong yang melihat yang menumpang nama shafie seperti kata-kata nya tidak berlandaskan kitab-kitab karangan imam shafie itu sendiri.
Maksud hendak diberitahu, dalam sebuah kereta terdapat satu komponan yang menanggung beban berat seperti tayar  dan menanggung beban panas seperti enjin adalah tidak sama dengan komponen-kompenan yang lain tidak menanggung beban berat. Adakah pembuat kereta itu sengaja mahu menganiyai tayar . dan enjin yang berada di dalam kepanasan dan beban berat .
Demikian juga Allah jadikan keadilan manusia ada baik ada yang jahat ada mukmin ada yang kafir . Allah membuat makhluk pokok yang menyerap zat kekotoran dan najis itu yang menyuburkannya dan dapat menghasilkan makanan dan keperluan kepada manusia. Inilah kitaran alam yang Allah jadikan supaya manusia berfikir.  Surah ke 64: Al-Taghābun ayat 2
Dialah yang mengaturkan kejadian kamu maka ada sebahagian dari kamu yang kafir; dan ada sebahagian dari kamu yang beriman; dan Allāh Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan. (Al-Qurʾān: 64: 2).
Bagi orang melayu istilah kafir itu ialah orang yang mengisytiharkan dirinya keluar dairpada syariat islam yang menukar kepada syariat lain, membezakan dirinya cara sembahyang puasa dan haji . sebenarnya kafir ialah seorang yang engkar apa yang ia faham sesuatu kebenaran itu dari Allah kerana semata-mata untuk mendapat sesuatu ganjaran untuk dirinya dan kesan daripada tindakan ini berlakulah kezaliman dan penindasan kepada manusia dan kafir itu mereka ingkar kepada fitrah kemanusiaan.
Kafir zimmi
Kafir zimmi adalah kafir yang bekerjasama dengan pemerintah islam dan tidak berkeinginan untuk memberontak dan merampas kerajaan. Pada hikmatnya mereka ini islam pada syariat mereka. Kerjasama dari sudut menegakkan adil dan ihsan. Mereka taat kepada undang-undang negara dan tidak membantah. Taat kepada undang-undang masyarakat. Taat kepada kitab syariat mereka. Mereka sembahyang, puasa mengikut kehendak tuhan melalui syariat mereka.
Punca mereka memberontak hari ini kerana kita berlebihan membuka ruang kepada ahli agama kita sebabkan mereka merasa diri  mereka di kafirkan oleh segolongan orang yang mengkafirkan orang lain. Tidak terhenti kepada sesama islam sehaja malah kepada mereka yang bukan syariat mereka sekalipun.
Ulama-ulama Islam pula hanya berminat membina masyarakat umum hanya berpandu kepada peraturan-peraturan dengan akal dibawah tempurung sahaja. Macam katak di bawah tempurung mazhab sahaja. Jumu’ dan beku. Mengikut perasaan yang kesannya akan berlaku kehancuran kepada kestabilan negara dan keharmonian manusia.
Memberi hidayah kepada manusia ini samalah juga di ibaratkan dengan mengembara belayar di lautan luas. Kalau kita hendak bawa semua apa yang kita ada ke dalam perahu kita yang kecil, kita tidak akan kemana-mana pun dan mungkin karam di lautan sebelum sampai matlamat. Lautan itu adalah lautan manusia yang mana nisbah bilangan nya jauh lebih ramai daripada bilangan yang kita ada. Munasabahkah kita hendak memaksa golongan besar mengikut kita. Kalau ambil undi pun kita akan kalah. Lebih baik berkompromi dan ambil pendekatan yang mengutamakan keamanan yang sama-sama di persetujui kerana tiada undang-undang yang dibuat itu ke arah membawa keburukan dan semua undang-undang yang ada di bumi ini adalah untuk keamanan dan kesejahteraan. Dan saya kata semua undang-undang yang ada di atas bumi ini di ilhamkan dari tuhan yang semuanya adalah undang-undang yang di ilhamkan oleh tuhan ke arah kesejahteraan(Islam). Tidak terlepas satu pun.
sekirannya tidak ada pendekatan pada mereka tentang kebenaran nescaya Allah tidak perintah kepada nabi s.a.w. supaya menyeru kepada ahli kitab supaya bekerjasama pada prinsip yang sama tentang fitrah insaniyah. firman Allah.


Katakanlah: “Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu kalimah yang sama antara kami dan kamu, iaitu kita tidak menyembah melainkan Allāh, dan kita tidak sekutukan dengan sesuatu jua pun, dan jangan pula sebahagian yang lain jadikan orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allāh, kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima) maka katakanlah kepada mereka: “Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang Islam”.[1]  




[1] Al-Qurʾān: 3: 64.
 
Oleh Hasan muhammad


[1] Al-Qurʾān: 2: 62
[2] adīth riwayat Muslim.
[3] Al-Qurʾān: 2: 136
[4] Al-Qurʾān: 3: 84
[5] Al-Qurʾān: 3: 85,86.
[6] Al-Qurʾān: 4: 136.

No comments:

Post a Comment