Tuesday, June 17, 2014

Amalan Qurban



Amalan Qurban
 Apabila musim haji maka sibuklah mereka-mereka membuat persediaan untuk menjadikannya pesta daging hari raya. Orang miskin tersisih dalam pesta itu kerana saiz amalan qurban dalam masyarakat hari ini ialah untuk orang-orang yang berada sahaja. Hari ini harga lembu dalam lingkungan tiga hingga empat ribu ringgit seekor.
Maka,  orang miskin tidak dapat hak yang sama untuk sama-sama menyertai  syiar islam itu, ulama yang ada sekarang berhujah seekor lembu hanya boleh di bahagi kepada tujuh  bahagian lembu sahaja berdasarkan kepada nabi menyuruh mereka kongsi bayar dam dalam kesilapan kerja haji. Adalah tidak menepati nas amalan fardu dijadikan panduan kepada amalan sunat.
tidak wajar amalan sunat terbeban oleh nas amalan fardu. amalan sunat sewajarnya boleh diringankan mengikut saiz dan kemampuan masyarakat umum. Sepatutnya amalan sunat dibuat mengikut kemampuan orang ramai, kepada orang kaya mampu menyumbang lebih banyak dan mereka yang miskin   memberi  sekadar mampu   , mereka boleh memberi   sekadar kemampuan. mereka akan sama-sama memperingati syiar nabi ibrahim dalam keadaan kemeriahan pergaulan antara orang kaya dan orang miskin.
mereka perlu dididik supaya membesarkan syiar allah mengikut kemampuan yang mampu di buat supaya saiz sesuatu produktiviti di ukur dengan kemampuan sebagaimana sabda nabi, sesuatu yang kamu tidak mampu membuat semua, jangan kamu tinggal semua.
 maka tidak timbul lagi orang miskin yang pada hari itu hanya gologan orang yang menunggu-nunggu ihsan sepotong daging daripada mereka yang meraikan pengorbanan nabi ibrahim kepada tuhan. Bukan terhenti setakat mereka itu hanya diajak bersama-sama mengingati syiar yang mulia itu.
Nabi s.a.w pernah qorbankan enam puluh ekor unta sewaktu menunaikan haji wida dan pernah nabi qorban seekor kibas untk seluruh umatnya ,  tidak ada keterangan qurban hari raya seekor lembu dibahagi  tujuh. ( Nabi hanya menunaikan haji sekali sahaja seumur hidup walau pun tinggal di mekah, ini ramai yang tidak tahu kerana terbiasa dengan ulama yang memperdagangkan haji dan syurga). Ada tempat nabi kata supaya memperbanyak kan umrah, tapi atas sebab lain. Sebab latihan jihad.
Apa yg berlaku sekarang, mereka menjadikan kaedah bahagi tujuh acara upacara qurban, telah menjadi satu pesta daging dan ada diantara mereka berangapan lebih baik lagi menyembelih binatang qurban daripada membeli lauk di pasar  untuk di hidangkan kepada anak-anak dan cucu-cicit mereka yang akan pulang meraikan hari tersebut. Tujuan sebenar tersembunyi kepada  orang yang menyembelih binatang korban adalah mengelak daripada berbelanja membeli lauk pauk. Tujuan hendak berjimat dan tidak sampai matlamat qurban yang sebenar. Sekarang amalan itu sudah menjadi pesta anak beranak, ada juga mereka bersedekah di kalangan yang sama-sama menyembelih binatan korban. Mereka saling memberi kepada rakan-rakan yang sama-sama menyembelih binatang korban. Dan rakan mereka juga memberi kepada mereka. memanglah daging korban mereka habis diberi . mereka telah mengadakan satu pesta hari raya yang tidak sampai matlamat kemana-mana pun.
 inilah satu tipu muslihat mereka yang berselindung di sebalik sedekah amalan korban . kadang-kadang seorang yang megaku ulama pun sama juga. Satu peristiwa berlaku di kelantan pada tahun 1990 selepas kemenangan mengambil pemerintahan dengan dibantu oleh tg r...
Pada 1990 bermula kemenangan pas kelantan dan perkara ini berlaku di kuala besar. Ada orang berada dari kuala lumpur telah menghadiahkan 2 ekor lembu utk dikorbankan di masjid tersebut. Tapi orang bekenaan telah membisik pada orang ramai yang  kononnya lembu korban itu adalah hadiah daripada  tok guru menteri besar, maka bergembiralah penyokong menikmati sumbangan yang kononnya dari tok guru menteri besar. Ini hanyalah muslihat belaka ni. Sampaikah matlamat korban jika di jadikan pesta kemenangan  meraikan kemenangan mentadbir negeri dari kepimpinan melayu  supaya kelihatan lebih arab daripada yang sebelumnya. Kalau tidak menampakkan diri seakan-akan arab,  maka di hukumkan tidak berapa  sempurna islam seseorang itu. Betulkah begitu?
dimanakah ulama yang mengaku tahu serba-serbi itu untuk memberitahu hal-hal yang sebenar dibawah kepimpinan bersama ulama? Tak lama lagi hari raya haji akan datang semula. Sekarang syaaban. Perbaikilah keadaan ini, dan jangan tunggu ulama lagi kerana semua ulama yang kelihatan arab itu berkemungkinan besar ulama palsu atau ulama jahat.
Oleh ular dalam semak.
Oleh kerana mukadimah takwil quran nik muhamad salleh wan musa adalah hak cipta terpelihara uiam, kami hanya pamirkan sekejap-sekejap sahaja.

No comments:

Post a Comment