Sunday, May 4, 2014

KENAPA ALLAH TURUNKAN BALA BENCANA DAN MENUKAR SUATU KAUM DGN KAUM YG LAIN.

 
KENAPA ALLAH TURUNKAN BALA BENCANA DAN MENUKAR SUATU KAUM DGN KAUM YG LAIN.
 
Al-Baqarah[2]:254
Wahai orang-orang yang beriman! Infakkanlah sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari ketika tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Orang-orang kafir itulah orang yang zalim.
  


Ayat ini mengingatkan supaya orang2 beriman perihatin tentang politik dan menyumbang utk memperkukuhkan negara, jika tidak negara akan diambilalih oleh org lain dan hilanglah persaudaraan kerana berlaku pecah belah. Maka org yg terlibat dlm kecuaian dan ingkar kpd kestabilan politik negara, hilang patriotisma yg menyumbang kpd keruntuhan sesebuah negara. Bagi org2 yg mempunyai kelebihan dan aset samada dari segi buah fikiran atau harta benda maka mereka ini lah yg boleh menjadi penyumbang kpd kestabilan sesebuah negara.Syafaat merupakan semangat tolong menolong antara satu sama lain.
 
Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik, kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerusakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerusakan.QS al-Qashah ayat 77

Dlam ayat al-qasas ayat 77:  itulah matlamat kestabilan politik. Maksud janganlah engkau lupa ....



Mereka mengambilkira akhirat selepas mati sahaja tanpa ambilkira masa hidup didunia. Sabda Nabi “Dunia itu tempat bercucuktanam utk akhirat.Kata Syeikh Ab.Karim Al-Jili didlm kitab insanul kamil m.s 143 maksudnya ketahuilah bahawa Allah s.w.t menciptakn hari akhirat dan semua yg terkandung didlmnya adalah salinan dari dunia dan ciptaan dunia sebagai salinan dari ilmu Allah yg azali.Maka dunia adalah awal dan akhirat itu adalah cawangannya.Dan telah disebut dlm hadis dunia ini tempat bercucuk tanam bagi akhirat.

Allah telah mengingatkn supaya kita prihatin pd semangat kemanusiaan dan bersatu berasaskan sifat ihsan.Membina kesatuan prinsip sejagat yg dituntut oleh fitrah semulajadi manusia dgn semangat ihsan spt.Allah ihsan terhadap kamu






Kerana manusia mengingkari nikmat Allah dan kufur kepada Nya
Dalam firman-Nya lagi:


 
 "Allah memberi contoh sebuah negeri yang dahulunya aman dan tenteram, rezekinya datang ke negeri itu dari setiap penjuru dengan baik, tetapi penduduk negeri itu kafir ke­pada nikmat-nikmat Allah. Kemudian Allah timpakan kepada mereka derita kelaparan dan ketakutan karana dosa-dosa mereka. Allah jadikan negeri itu sebagai contoh buruk bagi segenap manusia." (QS. An-
Nahl 16: 112)




Kerana manusia menukar nikmat Allah dengan kekafiran
Firman-Nya lagi,
 

"Wahai Muhammad, apakah kamu tidak melihat orang-orang yang me­nukar keimanan kepada Allah dengan kekafiran, dan membuka jalan ke­hancuran bagi kaum mereka? Jahanamlah tempat yang akan me­reka
masuki di akhirat, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat tinggal." (QS. Ibrahim 14: 28-29)



Kerana perbuatan syirik manusia kepada Allah.

Tauhid itu bersatu manakala syirik pula berpecah. Sptmn kaum jahiliyah.mereka mengambil panduan selain dari kitabullah.Mereka berhujah dgn sumber zanni (selain Quran) yg meletakkan sesuatu tidak selari dgn al-Quran. Golongan ini meletak setengah dari ayat2 al-Quran bertaraf nasakh mansukh.
 Mereka menjadikan ahli feqah dan ahli tasawuh mereka sebagai pengganti tuhan selain Allah dan ....  . QS AL-TAUBAH AYAT 31
Kata ibn Abbas mereka tidak menyembah ulamak tapi mereka menelan kata2 ulamak tanpa menilai dgn Quran dan meletakkan kata2 ulamak itu setaraf dgn Quran.




Firman-Nya lagi,


 
 "Wahai kaum mukmin, Allah tidak akan menimpakan adzab kepada ka­lian, jika kalian taat dan beriman kepada-Nya. Di akhirat
kelak, Allah tetap memberikan pahala besar ke­pada kalian, sekalipun amal shalih kalian sedikit. Allah Maha Mengetahui keadaan kalian." (QS. An-Nisaa, 04: 147)



Kerana para pemimpin negara menolak syariat Allah dan menggantikannya dengan hukum jahiliyah


Firman-Nya lagi

Al-'Isra'[17]:16
 
Apabila kami kehendaki bahawa kami membinasakan suatu negeri kami perintahkan orang-orang yang hidup mewah maka/tetapi mereka menderhaka di dalamnya berhak berlaku keatasnya perkataan maka kami hancurkannya sehancur-hancurnya. (QS. Al-Israa 17: 16)

  

Kerana kedurhakaan dan kejahatan manusia kepada Allah,
Kerana manusia menukar nikmat Allah dengan kekafiran
Firman-Nya lagi,


"Wahai Muhammad, apakah kamu tidak melihat orang-orang yang me­nukar keimanan kepada Allah dengan kekafiran, dan membuka jalan ke­hancuran bagi kaum mereka? Jahanamlah tempat yang akan me­reka
masuki di akhirat, dan Jahanam itu seburuk-buruk tempat tinggal." (QS. Ibrahim 14: 28-29)





"Wahai Manusia, bencana apa saja yang menimpa diri kalian, maka bencana itu adalah hasil kerja tangan-tangan kalian. Namun demikian amat banyak kesalahan-kesalahan kalian yang dimaafkan oleh Allah."(QS. As-Syura' 42: 30)


Rumusan:
Ini kerana tumpuan mereka sudah tidak selari dengan Quran dan menumpukan subjek-subjek yang tidak menolong meneguhkan kestabilan politik orang islam menyebabkan orang islam semakin mundur dan hilang kelayakan dan menjadi penyebab Tuhan ganti pemerintahan satu-satu negeri kepada kaum lain. Dan  kerana mereka juga tidak merancang daulah islamaiyah , maka atas sebab kelalaian itu maka Tuhan ganti kaum lain selain dari orang yang tidak mengamalkan tolerensi. orang islam sudah sudah hilang semangat persaudaraan sesama bangsa. Keterangan Ayat baqarah 24 memang sudah jelas Allah menginggatkan kepada orang islam.(sama ada Arab ataupun bukan arab)


Oleh ular dalam semak.

No comments:

Post a Comment